Bahan - bahannya:-
2 cwn Tepung Beras (diayak)
1 cwn gula
5 cwn Santan (jika mahu wangi, anda boleh kisar dengan 3 helai daun pandan. Di tapiskan)
1 camt garam
Caranya :-
- Campurkan semua bahan dan digaul hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan berikan 2 camt pewarna makanan bewarna merah kepada satu bahagian dan biarkan ssatu lagi bahagian tidak bewarna.
- Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz kecil yang beralas plastik khas. dan panaskan buat seketika didalam kukusan yang panas.
- Masukkan 1 senduksup adunan berwarna putih dan kukus buat 2 - 3 minit. Selepas itu masukkan adunan berwarna merah sebanyak 1 senduksup juga dan kukus buat 2 - minit juga.
- Ulang langkah ini sehingga adunan habis.
- Selesai mengukus dan angkat. Biarkan sejuk buat seketika dan boleh dipotong untuk di hidangkan.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment