Tuesday, December 16, 2014

Resepi:- Spagetti Tuna Ala A.S

Pelbagai jenis masakan spagetti yang kita ketahui seperti spagetti carbonara, bolognese, alfredo dan banyak lagi yang amat menyelerakan apabila kita melihatnya. Bila merasa, rasanya amat enak dan rasa mahu makan lagi (itupun kalau citarasanya kena dengan apa yang kita inginkan). Seperti spagetti tuna ini, cara masakannya amat mudah dan sedap. Lets go, try it now !



Hidangan untuk :- 4 orang

Bahan - bahannya:-
Spagetti secukupnya (yang direbus hingga lembut, toskan dan di lumurkan dengan planta)
Tuna (Kalau Aisyh suka menggunakan Tuna yang tinnya berwarna biru muda Cap Ayam)
6 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1 biji telur (yang digoreng terlebih dahulu hingga hancur)
Garam & gula secukupnya
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Mentega

Caranya:-
- Cairkan mentega didalam kuali yang panas.
- Tumis bawang putih hingga naik bau atau pecah minyak. Kemudian masukkan lobak merah dan biarkan masak hingga layu.
- Masukkan tuna, masak sebentar dan masukkan spagetti dan gaul hingga sebati.
- Berikan garam,gula,serbuk lada putih dan lada hitam (jika mahu lebih pedas, tambahkan banyak sedikit) secukupnya.
- Akhir sekali masukkan telur hancur dan gaul hingga sebati.
- Angkat dan boleh di hidangkan.

*Bagi yang vegeterian atau yang suka banyak sayur boleh tambahkan brokoli kedalam masakan selepas memasukkan spagetti. Tidak rugi mencuba. Memang enak dan mudah!

No comments:

Post a Comment