Suasana menjadi tidak menentu sekarang. Aku menjerit, si hantunya ikut juga menjerit. Dah macam dalam filem hantu komedilah pula. Hantu ni pun satu, yang kau masuk kereta aku kenapa? Tak ada kereta lainkah yang kau mahu masuk. Kalau tecalar kereta aku sebabkan kuku kau tu, siap kau, aku cari kau sampai ke lobang cacing.
"Hei kawan setan, apa kau buat dalam kereta aku ni ha?! Cuba jangan ganggu aku malam - malam ni, tak best lah!"
"Banyak lah kau punya kawan setan, aku langsuirlah. Suka hati je bagi nama! Hehe," marah si hantu sambil ketawa dengan cara yang mengerikan. Dia ni senget ke apa, langsuir tu kan spesis macam setan juga, suka mengacau, menghasut dan melakukan sesuatu yang jahat. Sama lah tu.
"Ui langsuir, kawan setan tu sama juga lah spesisnya dengan kau. Aku tanya ni apa kau nak dengan aku malam - malam ni?!" soal ku sekali lagi.
Boleh diam pula aku tanya, dah kenapa. Sakit tekak sebab ketawa banyak kali. Heh, aku dah seram ni. Dah esok ada fashion show, mau nya aku mengantuk esok camane. Semuanya sebab tak dapat tidur terbayangkan hantu. Aku nak balik.
"Sebenarnya saya nak minta tolong awak. Boleh awak hantar saya ke rumah dekat depan sana?" soalnya dengan penuh 'berbudi bahasa'. Pelik, hantu pun pandai berbudi bahasa. Aku pula te 'aku kau' dengan dia. Buat malu bangsa saja.
" Rumah buruk tu? Untuk apa? Ada apa dekat sana? Siapa tinggal sana?" tanya ku bertubi - tubi. Biar dia pening memikirkan jawapannya. Hahaha.... Ingat dia saja yang jahat, aku pun boleh buat perkara yang sama lah. Astagfirullahal'azim, apa aku buat ni?
" Cakap baik sikit ek. Itu rumah bukan rumah buruk. Rumah tu lah saja tempat kami tinggal. Tidak di kenakan sebarang bayaran pula tu," katanya dengan suara yang sedih.
Eh, tunggu sekejap. Bukannya dia ni langsuir ke? Kenapa tak terbang saja? Ingat apa, kereta aku ni teksi. Apa lah dia?
" Kenapa awak tak terbang saja. Kan awak hantu, boleh terbang apa. Jangan menyusahkan orang boleh tak. Saya ni penakut tau tak!" Geramnya aku.
" Heh manusia, kalau saya boleh terbang. dah lama saya terbang tak payah menyusahkan awak lah! Selama ni saya pergi menakut orang pun, dengan cara naik kereta diorang saja dan minta diorang antar saya kerumah saya. senang kan? Saya memang sejak dari dulu, mula - mula saya jadi hantu, memang tak dapat terbang. Tolong lah saja!" mohon hantu itu dengan kasar.
Kerana takut punya pasal. Aku ikut sajalah.....
"Aris! Ui, Aris! Bangun. Kau punya turn untuk keluar sana tak lama lagi. Oi, jangan tidur! Ya Allah, dia ni, tidur lah pula!" bebel tukang fesyen kepada ku. Oh mimpi rupanya. Aku fikir betul - betul tadi. Kalau betul, mahu aku pengsan tak sedarkan diri buat beberapa minggu. Takkan lah aku boleh seberani itu.
" Seterusnya adalah koleksi - koleksi fesyen musim panas bagi tahun ini. Saksikanlah!" kata pengacara itu dengan penuh semangat. Aku pun keluar memperlihatkan koleksi - koleksi tersebut di ikuti dengan model -model yang lain.
Dalam masa yang sama, semasa aku keluar, aku ternampak sesuatu dan dia berkata, " Terima kasih Aris kerana menolong saya semalam. Tanpa awak, saya takkan sampai kerumah 'buruk' yang awak katakan itu. Terima kasih banyak - banyak." kata langsuir itu lalu menghilangkan dirinya.
Selepas kejadian itu, aku tidak menyedarkan diri dan tidak tahu apa yang terjadi setelah itu... Sungguh mengerikan kerana ada hantu yang sebegitu rupa dan baik perangainya. Beterima kasih lagi tu. Hebat - hebat. Memang terbaik.
No comments:
Post a Comment