Thursday, January 1, 2015

Sipnosis Detektif Luar Biasa

Sinopsis

Haris Hakimi juga dikenali sebagai Mika, seorang pelajar sekolah menengah yang nerd (mempunyai IQ yang amat tinggi), telah dipaksa oleh nekandanya berpindah kesekolah baru. Disebabkan dia seorang cucunda yang menurut perintah, dia mengikut sahaja apa yang disuruh oleh nekandanya itu.

Setelah berpindah, sesuatu yang luar biasa telah berlaku keatas dirinya. Hidupnya berubah sama sekali dari nerd kepada seorang yang sukar untuk dikenali. Dirinya telah menjadi seorang Detektif Luar Biasa pabila bergabung dengan Unic, benda yang mempunyai kuasa. Namun semua perkara ini adalah dirancang oleh seseorang yang tidak dikenali Mika.

Tasya Nadilah, sahabat karib disekolah barunya Mika yang mempunyai identitinya yang tidak diketahui oleh sahabatnya yang lain. Dia banyak membantu Mika ketika Mika memerlukannya dalam kes pembunuhan, penculikan dan banyak lagi. Namun kerjanya itu bukanlah dia seorang yang membuatnya. Dia juga dibantu oleh Halid Atifin.

Halid Atifin, bukan sebarangan orang diantara Tasy dan Mika. Dia juga mempunyai identiti yang perlu dirungkai oleh Mika. Adakah dia seorang yang baik ataupun sebaliknya?

Disebalik Mika menjalani hidupnya sebagai seorang Detektif, terdapat satu organisai yang dalam diam memburu dia. Sebab mengapa mereka memburu Mika masih tidak diketahui. Misteri tentang organisasi ini perlu dirungkai oleh Mika secepat yang mungkin jika tidak nyawanya dalam bahaya.

Apa akan terjadi apabila seorang pelajar sekolah menengah mendapat kuasa dari seorang yang tidak dikenali. Kuasa yang masih misteri baginya membuatkannya keliru. Apabila pelbagai kes pembunuhan atau kes yang berkaitan dengan jenayah, sesuatu yang luar biasa terjadi pada dirinya sehinggakan kes itu dapat diselesaikan. Apakah dia kuasa itu? Apa yang berlaku pada pelajar ini? Siapakah musuh yang dimaksudkan itu? Jawapannya ada disini. Inilah Detektif Luar Biasa.

No comments:

Post a Comment