Thursday, January 1, 2015

Resepi :- Pau Pembuka Rasa 2015

Assalamualaikum sahabat - sahabat sekalian, sempena tahun baru 2015, Aisyh ingin mengongsi sebuah resepi pembuka tahun 2015 iaitu pau, makanan kegemaran orang Asia terutama sekali bangsa Cina. Mungkin anda semua rasa, resepi Pau ini sudah di ketahui dan senang untuk melakukannya tapi bukan Aisyh sebab ini buat kali pertamanya Aisyh membuat resepi ini dan hasilnya amat memuaskan hati Aisyh serta keluarga. Alhamdulillah. Atas bantuan bonda tersayang, kuih ini siap dengan cepat. Aisyh suka buat kerja perlahan sebab itu juga keluarga Aisyh dapat makan masakan Aisyh pun lambat. Hehehehehehe... So, Lets go! Try it now!


Hidangan untuk :- 10 orang

Bahan A:
500 ml air suam
12 gm yeast
120 gm gula pasir

Bahan B:
1 kg tepung pau
1 camt baking powder
100 gm shortenig / lemak sayuran
sedikt garam


Caranya:
- Larutkan gula dalam air dan masukkan yeast, gaul hingga kembang.
- Campur bahan larutan dan Bahan B dan adun hingga adunan menjadi doh yang lembut.
- Biarkan adunan kembang buat 1 jam.
- Boleh ambil kira - kira 1/4 cwn daripada adunan dan buatkan bentuk bulatan lalu masukkan inti kegemaran anda.
- Ulang langkah ini hingga adunan habis.
- Kukus pau lebih kurang 8 minit. Setelah selesai, boleh dihidangkan. So delicious!





No comments:

Post a Comment