Bila Misteri Kini Terungkai!
Aku dan Qeen
berdiri sambil memandang satu sama yang lain. General Mai sudah berjaya aku
kalahkan. Bukan mati tapi buat dia sedar. Macam mana? Gegaran. Aku memberikan
gegaran di tubuhnya untuk mengeluarkan berlian yang ada pada dirinya. Gila weh
besar! Qeen lagi yang aku harus hapuskan. Dia harus menerima balasan dari ku
dengan apa yang telah dibuatnya selama ini.
“Sampai
bila kita nak berpusing macam ni?” soal Qeen tiba – tiba pada ku dengan wajah
yang agak pucat. Dah nak termuntah kut. Lupa pula aku yang kami dari tadi
berpusing dalam bulatan saja sambil melihat mata masing – masing.
“Aku
tunggu kau bersedia, baru kita berhenti berpusing.” Sebenarnya aku pun dah nak
termuntah.
“Aku
dah sedia tapi tunggu sekejap.” Terkeluar segala isi perutnya. Pening sangat
dia ni. AHAHA baru padan muka kau.
Qeen
berdiri seperti sediakala. Mataku dipandang semula dengan tajam. Api dah
membara! Itu baru sikit, dah nak marah. Belum lagi aku tumbuk. Eh, jap. Aku dah
tumbuk lah muka dia tadi tapi dia ni kebal sangat. Mungkin dia juga menggunakan
berlian merah itu. Ke tak? Argh!! Peningnya aku!
“Mirza
kau dengar sini. Aku nak kau keluar dari tubuh aku sekejap,” pintaku pada
Mirza.
“Kenapa?”
“Buat
– buat tak tahulah pula. Kau kan dapat baca fikiran aku, buat jelah.” Arahan ku
diturut oleh Mirza dan kini aku menghampiri Qeen dengan lebih rapat lagi.
“Ayahanda!
Apa yang yang ayahanda buat tu?!” kedengaran suara Haris menjerit cuba
menghalang aku. “Jangan cuba merbahayakan diri ayahanda, atau kami tidak akan
wujud dimasa depan nanti!” Kata – kata Haris membuatkan langkahku terhenti. Apa
yang dikatakan itu memang benar tapi aku harus lakukan perkara ini juga kerana
aku dapat lihat dimana dia kelemahan Qeen sekarang.
“Haris,
tak usah risau kerana ayahanda tahu apa yang ayahanda lakukan sekarang.” Aku
mula berlari dengan kepantasan paling laju. Ya, laju. “Mirza! Sekarang!” Aku
memberi arahan kepada Mirza untuk kembali kedalam tubuhku dan..
“Ma...cam
mana kau b..b..boleh tahu..?” soal Qeen dalam kesakitan. Dia rebah sambil
memegang kepalanya yang dah mula berdarah.
“Aku
tak tahu lah kau lupa ke atau tak tahu? Pandangan mata yang kau bagi dekat aku
tu lain, maksud aku mata kau tiba – tiba satu kearah lain dan satu kearah lain.
Begitu juga tangan kau sebelah kanan, reaksinya untuk mengangkat semula agak
lambat selepas aku tolak tangan kau dengan kasar tadi. Kenapa? Sebab kau cuba
kawal berlian merah itu dan ia memberi kesan buruk terhadap kau. Aku tak sangka
tahap kebodohan kau memang level atas sekali kan. Kenapalah kau tanam
benda tu dekat kepala kau ni ha? Nak jadi kuatlah konon, tapi tak memikir pasal
risiko yang akan kau akan hadapi. Kini bukan kau yang kawal berlian itu tapi
berlian itu yang kawal kau. Itu yang kau tak terkawal. Kalau aku terlambat
tadi, memang kau dah nazak dekat sini. Ikut hati, nak je aku lihat kau dekat
dalam bilik mayat tu tapi nasib baik aku baik hati.” Tak pasal – pasal aku
beceramah dekat sini.
Qeen
memandang aku dengan wajah sakit hati. “Kau...” Dia terus tidak menyedarkan
diri.
Mirza
keluar dari tubuhku. Aku pula memandang jam tangan ku, 1.51PM (3 October 2015),
Organisasi Zaiwuin berjaya dihapuskan dan sudah semestinya dimasa depan
organisasi ini tidak akan wujud lagi. Aku sangat pasti.
“Ayahanda!
Alhamdulillah, nasib baik ayahanda tidak ada apa – apa. Terkejut Kayla dengan
apa yang telah ayahanda lakukan tadi.” Aku hanya senyum sahaja dengan kata –
kata yang diungkapkan oleh Kayla itu.
SEBULAN sudah berlalu, banyak perkara
yang sudah berubah. Susah untuk aku senaraikan betapa banyaknya perubahan itu.
Pertama sekali, ayahanda sudah kembali pulih dan kembali semula kerumah kami.
Qeen pula disahkan ada penyakit sakit jiwa tapi badannya lumpuh separuh badan. Selain
daripada itu, setelah apa yang dia lakukan selama ini, dia dikurung dalam satu
bilik khas yang tiada siapa pun tahu dimana tempatnya berada, untuk mengelakkan
dia melakukan perkara yang sama
Dalam masa sebulan ini juga, aku membuat persediaan
untuk berpindah ke United Kingdom untuk menyambung belajar di sana. Perasaan
sedih itu sudah semestinya berada didalam hati ini. Aku akan berpisah dengan
keluargaku buat empat tahun atau lebih. Baru saja bersatu, dah nak berpisah
pula.
Jam
sudah menunjukkan tiga setengah petang dan aku baru tiba dirumah. Aku janji nak
balik awal tapi terakhir lah pula. Mesti bonda marah ni. Ngeri lah pula. Sampai
didepan pintu rumah, jantungku rasa kurang enak. Kenapa ni?
“Selamat
hari jadi, Mika!” Terkejut beruk aku dibuatnya oleh orang – orang yang wujud
didalam rumah ku ini. Hui, semangat! Nasib aku tak ada sakit jantung. Eh, hari
jadi aku ke hari ni? Ya ke? Berapa hari bulan ek hari ni? Aku lihat jam tangan
ku. Eh, betul lah hari ni hari jadi aku! 3 November! Macam mana lah aku boleh
lupa. Mungkin juga sebab aku terlampau sibuk kut.
“Selamat
hari jadi Mika! Bonda sayang dengan Mika,” kata bonda sambil menuju kearahku
dan memeluk tubuh ku. Begitu juga ayahanda, dia melakukan perkara yang sama.
Nia pula, hmmm. Dia pun peluk juga. Taubatlah katakan.
Haris
dan Kayla, aku pandang dari jauh. Perasaan sedih sudah terpahat dihati. Mereka
tidak lama lagi akan meninggalkan zaman ini dan kembali ke masa depan. Huh. Aku
menghampiri mereka dan memeluk tubuh mereka sekuat yang ku mampu.
“Happy
Sweet 19, ayahanda! Kayla sayang ayahanda!” kata Kayla dalam masa kami berpeluk
itu. Aku renggangkan pelukan dan memandang wajah mereka, Kayla hanya senyum.
Haris pula sebaliknya, monyok je. Eh, apahal dia ni pakai reben segala dekat
kepala dia ni.
“Haris,
kenapa kamu pakai reben tu? Macam mmmm… Kamu faham maksud ayahandakan?”
“Ni
Kayla yang suruh pakai!” Haris merajuk lah! HAHAHAHA…. Geli pula aku tengok dia
buat muka merajuk ni.
“Ya,
memang Kayla yang suruh pakai sebab Kanda Atif sebenarnya, ayahanda, Dia punya hari jadi sama macam ayahanda, 3
November,” kata Kayla dengan nada mengejek.
“Betul
ke?” soal ku terkejut. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum malu. Selama
setahun lebih aku kenal dia, baru sekarang aku tahu bila hari jadi dia. Jadinya
dimasa depan, Haris adalah hadiah yang paling bermakna untuk aku. Pasti aku
bahagiakan dimasa depan?
Aku
menarik mereka ke meja makan untuk memotong kek bersama dengan aku. Kami
menjamu selera bersama – sama dan segalanya sama – sama kecuali masuk tandas
dan selebihnya. HAHAHA…
Ramai juga yang bonda jemput datang hari ni.
Mungkin juga sebab ayahanda dah kembali semula, bonda rasa bahagia, sebab itu
dia buat makan – makan secara mewah begini. Dalam masa yang sama, sambut hari
jadi aku. Aku dapat baca apa yang bonda fikirkan.
“Perhatian semua, dalam kesempatan ini saya
ingin membuat satu pengumuman penting dan paling mengembirakan.” Tiba – tiba Mirza
mula bersuara dengan lantang untuk mengambil perhatian semua orang. Pengumuman
penting? “Saya tidak lama lagi akan bernikah dengan teman saya yang sudah lama
saya kenal. Memperkenalkan Lee Syim Ah, dari korea. Nama melayunya Rania
Abdullah.”
Wah, Mirza nak kahwinlah! Dengan orang korea
lagi tu! Cantiknya! Tunggu sekejap. Muka tu original ke tidak? Mana tahu operatekan.
“Suka hati mulut kau je cakap macam tu. Aku
hempuk juga dia ni karang. Muka dia tu memang cantik dari azali lagi, okey.”
Terkejut aku bila Mirza sergah aku melalui komunikasi telepatik. Lupa pula aku
yang dia boleh baca fikiran a.k.a dengar apa yang aku kata dalam hati.
“Ayahanda,” panggil Haris sambil memegang
bahu ku dari belakang.
“Ah ya, kenapa?”
“Masanya sudah tiba. Kami harus pulang kemasa
depan semula.”
“Oh, ya ke? Huh… Baiklah, jom ikut ayahanda.”
Aku mengeluh dengan berat. Susah untuk aku berpisah dengan mereka.
“Tunggu kejap ya, ayahanda. Kayla nak salam
Nekanda – Nekanda, Tok Yang dan Mak Long Nia dulu. Sama orang lain juga,
Hehehehe” Aku hanya geleng kan kepala saja.
“Kamu tak pergi salam ke?” soalku pada Haris.
“Dah tadi.” Aku anggukkan saja kata – katanya
itu.
“Dah nak balik ke? Lepas ni mesti Tok Yang
rindukan Kayla.” Nekanda memeluk Kayla dengan bersungguh – sungguh sambil
menitis kan air mata.
“Tok Yang, jangan lah macam ni nak sedih –
sedih bagai. Kayla pun dah ikut sedih dah ni. Tok Yang!~~” Makin erat pelukan
diantara mereka.
“Kayla!~~” Drama lah pula Nekanda ni. Aku
tengok dah nak banjir dah dekat sana tu. Sampai macam tu dia boleh sayang kan
cicitnya. Dengan aku tak pernah pun macam tu. Eh, yang aku nak cemburu ni
kenapa?
Kayla berpindah kearah bonda dan ayahanda.
Dia menyalam tangan kedua ibu bapaku. Mereka (ayahanda dan bonda) seakan – akan
memberi nasihat kepada Kayla yang mana membuatkan Kayla tunduk dan menitiskan
air mata lagi. Kemudian Kayla bangun dan memeluk tubuh mereka.
Aku fikir sudah selesai selepas dia pergi
bersalam dengan Nia, rupanya ada lagi. Tuan Besar pun dipeluknya dengan sakan.
Tuan Besar pula carry on je sambil mengusap rambut Kayla. Tasy, pun
disalamnya dan dipeluknya. Aku hanya senyum hairan je tengok perangai si Kayla
ni.
Tiba – tiba terlintas difikiranku untuk
menanya soalan berikut…
“Haris, kalau ayahanda boleh tanya sesuatu,
siapa dia isteri ayahanda?” soalku dengan teragak – agak.
“Huh, sebenarnyakan Haris nak rahsiakan benda
ni saja, biar ayahanda cari jawapannya sendiri. Tapi nampaknya ayahanda dah
terdesak sangat nak tahu kan. Haris bagi tahu jelah ya. Orangnya selama ini
memang ada didepan mata ayahanda iaitu kawan baik ayahanda.”
“Maksud kamu Tasy?”
“Aha, tepat
sekali. Bonda masih tidak tahu mengenai hal ini sebab Haris nak biarkan the
future become surprise for her. Ayahanda fahamkan maksud Haris? Baiklah,
jom kita pergi sekarang,” kata Haris setiba Kayla di depan kami. OOO… Jadinya
dia rupanya isteriku dimasa depan. Makin berbunga lah hati aku bila
mendengarnya. Happy gila weh!
Aku membawa mereka ke pejabat rahsia aku di
bawah tanah, tempat di mana aku bersama Unic pernah masuk dulu. Aku cuba
mencari pintu kemasa depan yang dimaksudkan oleh Haris itu. Dan tempat itu adalah dibawa meja kerjaku. Aku baru
menyedari kewujudan tempat itu. Ianya bukan pintu tapi pusaran besar yang
pernah aku lihat sebelum ini. Aku menolak meja itu ke tepi untuk memudahkan
mereka memasuki pusaran itu.
“Selamat tinggal ayahanda! Harap berjumpa
lagi dimasa yang akan datang!” kata mereka berdua ketika hendak melompat masuk
ke dalam pusaran itu.
‘Selamat tinggal’ balas ku di dalam hati. Huh…
Sekejap je masa berlalu, mereka pun dah pergi
meninggalkan aku. Bila aku sampai di tingkat atas, aku memandang ayahanda dan
bondaku. Aku terus memeluk tubuh mereka kerana sedih yang teramat sangat.
“MIKA, semua benda dah ada ni? Pasti?”
“Ya, bonda. Semua dah ada”
“Kalau dah sampai sana, jangan lupa telefon
bonda. Belajar rajin – rajin, jangan main – main. Bukan senang tau dapat
tawaran sambung belajar dekat luar negara ni.”
“Ya, bonda. Jangan risau. Anak bonda ni akan
belajar bersungguh – sungguh hingga mengambil PHD. Hehehehe… Amin..” Bonda
memelukku dengan erat. Susah sungguh dia nak melepaskan anak bongsu nya ini.
Eh, anak kedua bongsu lah sebab tak lama lagi aku akan ada adik. Kuat masih
rupanya ayahanda aku ni. AHAHAHA.. Teringat pula aku bila bonda mengumumkan
yang dia mengandung.
“APA? Betul ke apa yang bonda katakan ini,
Ayahanda?” soalku terkejut bila mendengar berita yang disampaikan oleh bonda
sebentar tadi.
“Ya, betul! Kamu berdua akan ada adik bongsu.,”
jawab Ayahanda sambil gelak sakan melihat reaksi daripada kami adik – beradik.
“Tak sangka, dalam umur ayahanda 49 tahun ini
pun masih kuat. Nia salute dengan ayahanda. Lepas ni tak payah lah Nia
duk bergaduh dengan Mika ni sebab ada teman baru untuk bergaduh.” Gila ke apa minah
sorang ni cakap macam tu. Tak malu betul.
“Nia, apa cakap macam tu? Tak malu ke dengan
ayahanda dan bonda. Ni bonda nak tanya kamu berdua, bila kamu ehem ehem sampai
menantu bonda ni mengandung,” soal Nekanda sambil ketawa. Semua ketawa dengan
serentak bila mendengar soalan nekanda itu. Aku tak ketawa hanya tersedak je. Nekanda
pun dua kali lima juga tanya soalan yang bukan – bukan. Ahhh!!! Gelinya aku
dengar!
“Dah, dah. Jom kita minum petang!” Bonda mula
bersuara memanggil kami untuk kemeja makan. Cucur goreng bonda! Kegemaran ku!
AKU tersenyum sorang diri sambil melihat keatas.
“Hoi Mika, apa yang kamu angankan lagi tu?
Tak lama lagi kamu tu nak berlepas. Cepat lah masuk sana.” Terkejut aku bila
disergah oleh bonda. Oh ya betul lah, kapal terbang aku dah nak berlepas.
“Bye Bonda, Ayahanda,, Nekanda, Nia. Love
you allssss!” jerit ku sambil belari masuk ketempat menunggu.
Mereka hanya senyum dengan gelagatku.
AKU tantang mata pelajarku. Aku sudah cukup
pasti, memang dia lakukan benda ini.
“Betul ke, bukan kamu yang melakukan benda
ni?” soal ku pada pelajarku.
“Betul Prof, memang bukan saya yang buat.
Tergamak betul ke saya sampai nak buat perkara macam ni?” Ceh, drama je tu.
“Kalau bukan awak yang melakukan, habis itu
siapa? Siapa lagi yang sanggup menggunakan kerja kawan sendiri selain daripada
awak? Awak nak tahu apa buktinya, ini!” Aku menunjukkan kertas yang berada di
tanganku. “Tulisan yang ada pada kertas ini bukan tulisan awak tapi tulisan
Mary. Tulisan awak, setahu saya tak secantik dan sekemas ini. Awak ingat saya
tak tahu yang awak ambil kerja dia dan masukkan kerja awak kedalam fail dia dan
menulis nama dia diatas kertas itu. Awak pula, padam nama dia dan fotokopi
kerja dia, buang yang asli dan tulis nama awak disini? Saya rasa, saya tak
pernah mengajar pelajar saya untuk membuat benda yang melanggar peraturan universiti
ini. Saya kecewa dengan awak, Nash”
Tahu kau terdiam bila dengar kata – kata aku.
Kalau dah diam, maksudnya betullah tu. Tahu dia terduduk oleh aku. Dia nak
lawan detektif terkenal di seluruh dunia ni. Salah orang lah weh.
Aku terus balik kerumah bila selesai hal
dengan si Nash ni. Nash pula dibawa ke bilik dekan untuk menghadapi denda yang
seterusnya.
Dua belas tahun sudah berlalu dan kini aku
berusia 31 tahun. Kini kerjaku bukan saja sebagai seorang detektif tetapi
sebagai seorang pensyarah di sebuah university di negara ku. Selain itu, kini aku
sudah begelar seorang suami dan ayah kepada anakanda ku yang bernama Haris
Atiffin yang baru berusia satu tahun. Nak tahu siapa isteri saya? Tasy lah. Dah
tahu, nak tanya lagi. Porah.
“Sayang! Dah balik ke?” Erghh geli pula aku
bila si Tasy panggil sayang. Suka tu memang suka tapi entah kenapa hari ni
gedik semacam je bunyinya.
“Dah kenapa gedik semacam je bunyinya ‘sayang’
hari ni? Ada apa – apa ke?” Soalan ku tidak dilayan oleh Tasy. Kenapa ni?
“Awak duduk lah dulu. Saya ada surprise
ni!” Aku turut pintanya. Surprise? Apa dia?
“Apa yang awak cakap ni? Surprise apa? Cepat
lah bagitahu! Abang curious ni!”
“Nah!” Tasy memberi aku sesuatu dan sesuatu
itu adalah pregnancy test. Takkanlah Aqila Mikayla pula didalam perut
tu.
“Betul ke ni?!” soal ku teruja. Dia jawab
soalan ku dengan mengangguk saja. “Berapa bulan?”
“Dua bulan! Hehehehehe…” Alhamdulillah Ya
Allah! Aku terus memeluk Tasy dengan penuh erat. “Abang, kita balik rumah
nekanda ya hujung minggu ni. Diorang belum tahu lagi pasal hal ni.” Ya, aku
akan balik rumah nekanda hujung ni! Pasti mereka gembira.
LAPAN belas tahun kemudian…..
“AAAAAA!!!!”
BOK!
“Aduh~~~ Sakitnya kepala Kayla! Kanda! Kenapa
kita landing dekat sini? Sakit kepala Kayla, tau tak!”
“Yang Kayla tanya kanda apahal? Bukannya
kanda yang minta untuk landing dekat sini. Porah!” Aku pula yang dia salahkan.
Aku? Siapa Aku? Aku lah Haris Atiffin, anakanda kepada Detektif Luar Biasa
iaitu Haris Hakimi a.k.a Mika. Aku dan Kayla sudah kembali ke zaman kami semula
setelah setahun di zaman dulu dan 2 bulan bagi Kayla.
Sekarang ni aku tidak usah risau lagi tentang
Organisasi Zaiwuin kerana mereka sudah semestinnya tidak wujud pada zaman ini
tapi keselamatan kami belum pasti selamat lagi kerana mungkin ada tertubuhnya
satu organisasi lagi. Mungkin! Belum tahu lagi.
Aku
pandang Kayla, dia masih menggosok kepalanya akibat kami landing dekat
tong sampah belakang rumah. Macam mana lah boleh landing dekat sini? Ah,
malaslah aku nak fikir!
“Kanda! Ayahanda! Jom kita check,
ayahanda masih ada dekat dalam ke tidak?” Memang betul kata – kata Kayla.
Kami belari masuk kerumah untuk mencari
ayahandaku, Mika, tapi dia masih tidak ada.
“Bonda, mana ayahanda? Belum balik lagi ke?”
soal ku pada bondaku, Tasy.
“Kamu dah lupa ke? Ayahanda kamu sudah hampir
setahun lebih belum balik kerumah. Bukannya kamu merantau mencari ayahanda ke,
Atif? Kayla cakap macam itu dekat bonda masa ri tu.” Aku fikir semuanya berubah
bila Organisasi Zaiwuin dihapuskan tapi tidak. Kemana sebenarnya ayahanda
pergi? Kalau bukan sebab Organisasi Zaiwuin ayahanda menghilangkan diri, habis
itu sebab apa? Apa sebenarnya yang berlaku kepada ayahanda pada zaman ini?
Ah! Takkanlah sekarang ni aku pula yang mesti
selesaikan hal tentang ayahanda ni. Serabutnya aku!
“BOS, bila kita nak lancarkan misi kita ni? Saya
dah tak sabar ni!” soal X kepada tuannya.
“Kita tunggu masa yang sesuai untuk melakukan
benda ini. Aku dah lama pendam sakit hati ni pada keturunan Haris Hakimi ni.
Masanya sudah tiba untuk membalas dendam! Semuanya untuk bapa aku. Wahai, orang
– orang yang ku sayangi. Kini Organisasi ZenX akan memberontak menghapuskan
keturunan Haris Hakimi! HAHAHA!” kata seseorang kepada orang – orangnya.
~TAMAT~

No comments:
Post a Comment