Tuesday, December 29, 2015

Detektif Luar Biasa B14


Masanya Kini Terasa..

Mika, tahan. Kau pasti boleh lakukan benda ini. Mana pula Haris ni? Aku perlukan dia sekarang.

“Mika, kami tidak ada apa – apa. Usah bimbang mengenai kami, anak kau dah selamatkan kami tapi keadaannya agak lemah. Semuanya angkara berlian merah yang mereka simpan di pintu sangkar ini.” Tiba – tiba Mirza menyergah aku melalui komunikasi telipatik. Kejut aku dibuatnya. Oh rupanya Haris cuba untuk menolong lepaskan yang lain dan patutlah dia masih belum timbul kerana kondisinya agak lemah. Kelemahan kami sama rupanya.

Aku cuba untuk bangkit daripada terlentang buat sekian lamanya. Tubuh General Mai aku tenung. Keadaannya agak agresif dan tidak mampu untuk dilawan. Dia tidak terkawal. Sampai begini teruknya kesan dari berlian merah itu?

Ayahanda! Mana ayahanda? Tadi aku rasa dia masih terlentang di belakang General Mai. Mana dia pergi? Takkan dia sudah sedar dan larikan diri? Kalau macam tulah jadinya, satu hal lagi nak cari ayahanda. Huh..

“Mirza, macam mana dengan Haris? Dia dah ok ke?”

“Ya, dia dah beransur pulih. Kau teruskan saja apa yang kau mampu buat sekarang.” Apa yang mampu aku buat? Satu pun tak ada. Lemah gila weh... Tak tipu. Kuat gila kuasa berlian merah yang ada pada General Mai ini.

Aku harap sesuatu luar biasa akan berlaku pada masa ini. Sesuatu yang dapat membantu aku untuk berlawan dengan orang ni. Sesuatu yang dapat kurangkan rasa lemah pada diri ini. Baiklah, dalam keadaan yang dah terlebih darurat ni, aku akan cuba lagi sedaya upaya aku untuk berlawan dengan General Mai. Baiklah...

“Aaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!” aku tedengar satu jeritan dari atas.

Bok!!! Belum sempat untuk aku belari menuju kearah General Mai, tiba – tiba ada seorang wanita jatuh dari satu pusaran besar diatas kepalaku sambil menjerit. Sikit lagi aku ikut menjerit dan pengsan.

“Cik, ok tak ni?” soal ku sambil menghampiri wanita tersebut.

“Aaaaaa!!” Aik? Dah jejak ke bumi yang nyata ini pun masih menjerit macam kena rasuk? Apa hal dia ni? Waras ke tak?

“Kayla!” jerit Haris secara mengejut dari belakang. Apa hal hari ni ada banyak scene kejut mengejut ni ah? Nasib aku tak ada sakit jantung, kalau ada mahunya aku dah K.O dekat sini.

“Kayla? Siapa ni, Haris?” soal ku pada Haris. Boleh pula ada sesi soal menyoal dalam masa yang genting macam ini kan. Saja – saja ikut macam drama lain sikit. Cliche kan? Tau pun.

“Kejap ya, ayahanda. Ni nak bagi sedar sikit perempuan sorang ni. Tak pernah berubah sungguh. Hoi Kayla, bangun oi! Apa hal jerit – jerit macam orang gila ni? Kau dah jejak pun dekat bumi ni. Drama betul. Tak malu ke orang tengok?” bebel Haris pada wanita itu.

“Eh, dekat mana ni? Kanda! Macam mana kanda boleh dekat sini ni? Kita kat mana ni? Eh, macam kenal je orang dekat belakang tu! Kanda, bukannya ayahanda masa muda ke tu? Eh, betullah! Ayahanda!” Wanita itu terus belari meluru kearah ku dan memelukku dengan erat. Aduh, sakitnya badan aku! Baru kena belasah dengan teruk dah kena peluk oleh wanita ni. Siapa dia ni? “Rindunya untuk memeluk ayahanda semenjak ayahanda hilangkan diri. Patutlah kanda dan Kayla kacak dan cantik. Rupanya ayahanda memang kacak dari dulu. Nasib Kayla ni anak, kalau tak dah lama Kayla jadikan boyfriend.” Apa hal dengan dia ni panggil aku ayahanda bagai. Takkan lah...

Tak pasal – pasal kepala wanita itu di tolak oleh Haris. “Hoi, sudah – sudahlah kau buat perangai tiga suku kau tu. Itu ayahanda bukannya kawan kau yang kau suka hati nak cakap macam tu. Senget betul kepala kau ni! Kita dekat masa lampau ni, masa umur ayahanda dan kanda sama. Ah ayahanda, minta maaflah dengan perangai anak ayahanda yang kedua ni, otaknya memang tiga suku sikit macam bonda lah juga. Memperkenalkan, Aqila Mikayla, anakanda kedua ayahanda” senyum Haris kepada ku.

Ternganga mulut aku dibuatnya. Ini rupanya Aqila Mikayla. Kenapa tak ada macam muka aku? Jangan – jangan anak angkat kut. Tapi tak juga, apahal aku macam pernah tengok muka dia ni. Macam mirip seseorang. Siapa ek?

Disebabkan oleh perangai Kayla itu jugalah, bonda dan nekanda hampir terkena serangan jantung apa bila melihat aku dipeluk oleh seorang wanita. Pantang nenek moyang aku diperlakukan begitu. Tak pernah dilakukan oleh mana – mana wanita sebelum ini kecuali minah gedik yang tak pernah serik minta tolong dari aku tu. Siapa lagi kalau bukan, Sherry.

“Tak baik tau kanda cakap macam tu. Kalau bonda dengar mahu taknya dia tersinggung dengan kata – kata kanda tu. Dosa tau tak,” kata Kayla sambil menjeling kearah Haris. Habis dia menjeling pada Haris, kepalanya terus pusing kearah seseorang dengan pantas sambil menggosok – gosok matanya yang tidak pedih itu. Dia terus berbisik sesuatu pada Haris dan Haris hanya menggelengkan kepala sahaja. Apa benda yang mereka bincangkan tu ek?

“Memandangkan kanda belum beritahu siapa dia...” mulut Kayla terus ditekup oleh Haris dengan kasar. “Apa kanda ni, sakit tau tak! Baik beritahu awal, sebelum terlambat. Nanti tak tahu wujud ke tidak kita ini nanti dimasa depan.”

“Nanti jelah,” balas Haris dengan geram. Masam terus muka Kayla dibuatnya. “Hah, lupa pula kanda nak tanya, macam mana Kayla boleh sampai ke sini?” Ya, betul juga soalan Haris tu ek? Macam mana ya?

“Kayla kena kejar oleh Organisasi Zaiwuin lagi kanda. Tiba – tiba ada satu pusaran besar depan Kayla ketika Kayla berlari menuju kerumah. Sampailah Kayla disini,” jawab Kayla.

Dah kenapa dengan Organisasi Zaiwuin masa depan ni? Suka sangat main – main kejar ni? Timbul lagi persoalan di kepala ku. Huh.

Seronok punya pasal berbual dengan diorang ni, terlupa pula aku dengan General Mai. Aku terus berpusing untuk menyambung perlawanan antara aku dengannya. Namun niat ku tergantung apabila melihat kelibatnya sudah tiada. Mana pula acong ni pergi larikan diri. Heh, biarkan jelah.

“Mak Long Nia! Wassup! Apa khabo?! Baik – baik kan? Meh sini, Kayla peluk sikit. Cantiknya mak long ni. Geramnya tengok.” Nia bagi muka bengang apabila Kayla terjah dia tiba – tiba. Lawak weh kalau tengok muka Nia masa ni. Tak tipu, memang lawak gila. Perangai siapalah Kayla ni ikut? Haris kata macam bondanya. Siapalah isteri aku ek?

“Nekanda! Tok Yang! Assalamualaikum! Meh sini, Kayla peluk sikit. Tak pe kalau tak kenal, nanti kalau ayahanda dah kahwin, kenal punya tu.” Kayla panggil Nekanda, Tok Yang? Mmm.. interesting... Baru aku pernah dengar itu.

Senang kata, hampir semua orang di peluknya Kayla pada masa ni kecuali Mirza. Mungkin dia tak kenal kot. Aku rasakan, aku ada dengar sesuatu masa Kayla peluk Tuan Besar, tapi tak berapa jelas. Patutnya aku bediri dekat dengan Tuan Besar tadi. Huh..

“Kanda Atif, kanda tau tak bonda risau mana kanda pergi selama ni. Setahun lebih tu. Nasib adinda kanda yang bijak bestari ni beritahu yang kanda pergi merantau mencari ayahanda. Pihak sekolah lagi, itu pun satu masalah tu. Mereka menghantar surat kerumah kita berulang kali tahu tak.”

“Abis tu apa bonda kata bila Kayla beritahu macam tu? Biarkanlah pihak sekolah tu, diorang bukannya endah pun kalau kanda ada ke tak,” balas Haris dengan sempoi pada Kayla.

“Bonda kata ‘oh, ok!’. Itu je pun. Manasaja kanda lah,” kata Kayla.

Peningnya kepala aku, kenapa ni? Oh aku lupa, aku dah banyak hilang darah ni lepas kena belasah. Oleh sebab itu, aku rebah dan duniaku menjadi gelap lagi.

“Ayahanda!” jerit Kayla dan Haris serentak. Selepas itu aku tidak ingat apa yang berlaku.

               
               
                AKU sibuk dengan kerja yang bertimbun diatas meja ini. Yang banyak – banyak bertimbun ni semua mengenai dimana beradanya Organisasi Zaiwuin. Dua hari sudah berlalu dan mereka masih belum ditemui. Begitu juga ayahanda, dimanakah dia berada sekarang?

                Oh ya! Tadi pagi aku ada menerima surat dari pihak kerajaan yang mengatakan aku dapat sambung belajar diperingkat universiti di luar negara, dekat Univeiversity of Cambridge. Berita itu menjadi berita paling gembira untuk bonda dan nekanda. Nia? Dia hanya dapat menyambung dalam negara sahaja. Ok lah tu, tak ada juga orang yang mengganggu aku kan. Tasy? Dia menyambung dekat luar negara juga tapi dekat Australia. Tak sama dengan aku. Sedih. Aku akan sambung belajar dalam masa beberapa bulan je lagi. Bagaimana pula dengan Haris? Dia kata dia akan pulang kemasa depan setelah kes ini selesai. Huh, aku tak mampu manghalang dia.

                Walaubagaimanapun, mood ku kurang baik juga hari ini selepas mendengar rahsia yang diungkapkan oleh bonda. Perasaan terkejut, marah dan sedih bercampur aduk didalam diri ini. Patutlah bonda pernah mengatakan pada aku supaya jangan melakukan kerja seperti ini kerna ianya akan membahayakan diri. Rupanya...


                “NIA, Mika, bonda ada sesuatu yang bonda nak bagitahu pada kamu. Bonda harap kamu jangan terkejut dengan apa yang bonda katakan ini.” Bonda tiba – tiba bersuara. Aku tak tahu kenapa dimeja makan hari ini kenapa sunyi semacam saja.

                “Halimah, kenapa ni?” soal nekanda pada bonda.

                “Ya bonda, apa yang bonda nak beritahu ni?” soalku sopan. Ya, sopan. Tak tipu, memang sopan. Betul – betul sopan.

                “Selama ini kamu semua berfikir yang kerja  bonda adalah sebagai arkitektur sehingga bonda dipanggil ke Jepun untuk menolong buat design bagi sebuah bangunan yang ingin mereka tubuhkan. Tapi sebenarnya semua itu adalah tipu semata – mata.” Tersedak terus aku dibuatnya bila bonda mengatakan semua itu adalah tipu. Habis itu apa dia pekerjaan bonda yang sebenar?

                “Apa yang bonda merepek ni? Takkanlah tiga tahun kita dekat sana bonda tak buat apa – apa. Habis itu dari mana bonda dapat duit?” soal Nia pada bonda.

                “Kerja bonda sama seperti kerja yang Mika buat pada masa ini. Bonda adalah seorang perisik di bawah persatuan lain. Mereka menghantar bonda ke Jepun untuk menyelesaikan beberapa kes yang agak besar disana. Bonda tahu, beradanya bonda ditanah air orang agak lama tapi kes itu mengambil masa yang lama untuk selesaikannya.” Aku terkedu dengan kata – kata yang dikeluarkan dari mulut bonda itu. Air mata ku mula menitis ke bumi.

                “Dan mengenai ayahanda kamu, bonda juga sudah tahu yang dia tidak meninggal dunia. Begitu juga pekerjaan yang ayahanda kamu lakukan. Dia dikatakan meninggal dunia tapi sebenarnya dia dilatih oleh pihak PPP’U’M untuk menyesuaikan diri dengan Unic iaitu Mirza. Perkara itu agak mengecewakan bonda juga. Oleh sebab itu, bila bonda diberi tugas untuk menyelesaikan kes jenayah di Jepun, bonda setuju dan membawa diri bersama Nia sebagai teman kesana.” Titisan air mata ku semakin lebat bila mendengar perkara itu.

                “Tiga tahun sudah berlalu dan bonda menerima berita dari pihak persatuan bonda mengenai ayahanda kamu bahawa dia sudah meninggal dunia apabila cuba menyelesaikan kes mengenai Organisasi Zaiwuin. Nasib juga masa itu, kes di Jepun sudah selesai, terus je bonda pulang ke sini. Bila dia dikatakan meninggal tapi mayatnya tidak ada? Bonda terus menyiasat mengenai ayahanda kamu dan bonda dapat tahu bahawa dia masih hidup tapi lumpuh separuh badan, di hentak tulang belakangnya oleh Qeen. Masa itu bonda masih tidak dapat apa – apa info mengenai Qeen.” Panjang penjelasan yang diberikan oleh bonda yang membuat aku dan Nia terkejut begitu juga nekanda. Walaupun terkejut, wajah nekanda masih lagi tenang. Dia tahu ke?

                Nia sudah tidak ada selera untuk makan dan terus lari masuk ke dalam biliknya.

                “Sanggup bonda merahsiakan perkara penting seperti ini. Kenapa bonda tak beterus terang saja selama ini? Kenapa baru sekarang nak bagitahu? Bonda tahu tak, betapa merananya Mika selama ni, tak ada bonda, ayahanda di sisi Mika buat beberapa tahun. Tapi Mika selalu berfikir yang bonda pergi atas sebab kerja untuk mencari duit untuk bagi makan Mika dan Nia. Sebaliknya kerja yang Mika sangka bonda lakukan selama ini yang memberi inspirasi buat Mika untuk membuatnya, hanyalah tipu semata – mata. Maafkan Mika bonda jika terkasar bahasa ya, tapi Mika harus pergi sekarang juga. Ada hal. Assalamualaikum.” Aku berlalu pergi sambil mengusap air mata yang masih ada dipipi ini.

                Kedengaran tangisan bonda dari luar rumah walaupun jarak aku dengan rumah agak jauh. Nekanda cuba menenangkan bonda tapi bonda masih menangis. Maafkan Mika bonda, jika Mika terkurang ajar tadi.



                BEGITULAH ceritanya. Sampai sekarang aku tak ada mood. Mika!!! Kau tau tak Mika yang kau dah berdosa sebab buat bonda kau menangis. Heh...

                “Tuan, tuan, tuan, tuan, tuan, tuan!!” Terkejut aku Si Sal ni. Aku hempuk juga dia ni kang.

                “Apa dia kamu ni gopoh sangat ni?” soal Tuan Besar dengan serius.

                “Saya dah jumpa dimana Tuan Zulhisham berada! Begitu juga General Mai ‘and the geng’. Cuba tengok ni.” Sal menunjukkan  kordinat dimana mereka berada dan tempat itu mebuatkan aku terkejut. Selama ini mereka disana? Kenapa aku tidak perasan? Rupanya situ markas mereka tapi macam mana mereka boleh masuk?

                Mirza, Haris dan Kayla memandang aku dengan serentak. Aku juga memandang mereka. Aku terus ambil kot sejukku dan belari keluar dari markas PPP’U’M untuk pergi kesana. Begitu juga yang lain turut sama dengan aku. Memang cari nahas betul mereka ni.



                “BAIK kau lepaskan keluarga aku sekarang juga! Kau memang dah terlebih dari melampau, Qeen! Baik kau hentikan segala yang kau buat sekarang sebelum kau menyesal kemudian hari!” jerit ku pada Qeen dalam masa yang lain sibuk berlawan dengan orang – orangnya.

                Sekarang aku faham kenapa setiap kali anakanda – anakanda aku ke zaman sekarang melalui pusaran di rumah ku di masa hadapan. Rupanya markas Organisasi Zaiwuin berada berdekatan disini. Aku masih mencari sebab mengapa mereka memilih tempat ini?

                “Kalau aku kata, aku tak nak, tak nak lah! Apa yang kau tak faham bahasa sangat ni ha? Kalau kau nak aku berhenti, kau mesti berhenti menghalang aku daripada membuat segala yang aku nak. Kalau kau masih bedegil, kau yang akan nahas oleh aku!” Gila betul dia ni. Memang gila tahap gaban dah ni. Patut di humban masuk tanjung rambutan dah sekarang ni. Cara dia bercakap pun macam orang sakit jiwa.

                “Yang lain tutup telinga! Kayla nak guna kebolehan Kayla ni!” Tutup telinga? Kenapa pula?

                “AAAAAAAAA!!!!!!!” Bingitnya telinga aku! Erghhhh .... Masih berdesing lagi. Ini rupanya kuasa Kayla.

                Bila Kayla menggunakan kebolehannya itu, orang – orang Qeen terhumban jauh dari tempat mereka berdiri. Haris pula mula menggunakan kuasanya yang seperti Martian Manhunters sehinggakan orang – orang Qeen mula takut dengan dia. Aku? Aku harus membuat sesuatu untuk menghapuskan Qeen dan General Mai.

                Oh lupa! Ayahanda! Mana dia? Dari tadi aku tak.... “AAAAA!!!” aduh sakitnya! Siapa yang tiba – tiba membaling aku dari belakang ni? Ayahanda. Aku terkejut bila ayahanda melakukan benda itu kepada ku. Reaksi daripada berlian merah itu membuatkan aku tidak dapat merasa apa – apa yang datang kepada ku.

                “Well Mika, macam mana? Kau nak berhenti sekarang atau tidak? Kalau kau tak berhenti, keluarga kau akan mampus! HAHAHA!” jerit Qeen memberi amaran kepada ku.
               
                Dia ni, main kasar betul lah.

                “Mika, aku rasa aku dapat tolong kau, Mika!” Tiba – tiba Mirza timbul berkomunikasi dengan aku secara telepatik.

                “Maksud kau?”

                “Cuba kita lakukan apa yang kita pernah lakukan sebelum ini. Aku rasa benda itu akan menjadi.” Biar betik dia ni.

                “Maksud kau bergabung dengan kau? Mustahil weh, kau bukan Unic untuk bergabung dengan aku,” jawab ku bengang.

                “Heh, kau ni tak pernah nak dengar cakap aku! Cuba sesekali tu dengar sikit. Aku suruh cuba ni pun sebab aku dapat rasa yang kita mampu lakukannya. Kau nak lemah selamanya sebab berlian merah itu atau tidak. Aku bukannya takut pun dengan berlian itu. So, mungkin aku dapat membantu kau. Nak ke tak nak ni?!” soalnya lagi.

                “Ya la, ya la!” sejurus aku menamatkan kata – kataku, Mirza terus menghampiri aku sambil memegang kepala ku yang mana menyebabkan kami bergabung seperti sebelum ini.

                Aku bangkit daripada kelemahanku. Aku memandang Qeen sambil tersenyum sinis. Mata yang memandang Qeen ini juga sudah berubah menjadi ke emas – emasan seperti sebelum ini. Kau tak kenal lagi siapa Detektif Unic Mika, Qeen. Aku Detektif Luar Biasa yang kau akan menyesal bila mengenali aku. Kini aku dapat rasa bahawa inilah penamat bagi kau Qeen.

                Masanya kini terasa....

                Apakah kesudahan perlawanan diantara Detektif Unic Mika dan Qeen? Mika mengetahui siapakah isterinya dimasa depan? Siapakah dia orangnya? Haris dan Kayla mengucapkan selamat tinggal? Kemana mereka pergi? Nantikan Detektif Luar Biasa B15 – Bila Misteri Kini Terungkai!

APA? B15 ADALAH EPISODE TERAKHIR BAGI CERITA INI? APAKAH KESUDAHAN BAGI CERITA INI? TUNGGU~~~



No comments:

Post a Comment