Cabaran Diterima!
Adui~~ Sakitnya kepala aku. Mata ku buka
dengan perlahan untuk melihat keadaan disekililing. Dekat mana ni? Tempat ini
agak bersepah dan tunggang langgang. Besar memang besar tempat ni. Ayoyo, dekat
mana ni?
Hok alo! Bukannya gudang tebiar
ke ni? Heh, cliché betul lah diorang
ni. Tak ada tempat lain ke? Ini dah macam dalam drama dah ni. Sikit – sikit
kalau orang jahat culik orang baik, mesti dibawanya ke gudang tebiar untuk
mengelakkan daripada orang jumpa mereka. Dah lah cliché, lampu mentol ni saja yang diorang bagi untuk menyinari
tempat ini? Huh, sengal.
“Hoi Mika, diamlah! Sakit kepala
aku mendengar kau membebel. Pasal gudang ni pun boleh jadi isu bagi kau. Terima
sajalah hakikat yang kau tu dah kena culik. Huh, buat orang pening je,” marah
Mirza kepada ku melalui komunikasi telipatik.
“Eh, Mirza. Kau pun ada dekat
sini. Yang kau nak marah aku kenapa? Suka hati aku lah nak membebel ke apa ke?
Kau tu yang sibuk masuk dalam kepala aku apa hal? Orang pula yang kena salah
kan. Sedih tau tak!” balas ku balik.
Mirza hanya diam selepas aku
berkata begitu. Sentap lah tu. Tak padan dengan umur 27 tahun pun masih nak
sentap. Ish ish ish.. Memalukan.
Mata ku meliar semula untuk
melihat sekeliling ku, mana tahu ada terjumpa bonda ‘and the geng’ kan. Mana ek mereka ni? Hah, tu dia! Bonda tersayang
dihadapan ku rupanya. Tapi keadaannya agak lemah begitu juga dengan nekanda dan
Nia. Haih, nak buat camana ni? Tangan serta kaki ku di ikat. Masa macam ni pula
badan ni buat hal. Lemahnya~
“Tsk, tsk. Bonda! Bonda bangun!
Mika ni. Bonda oi bonda. Bangun!” jerit ku dengan nada berbisik. Tubuh bonda
dah memberi reaksi. Oh berjaya plan aku.
“Mika, anak bonda. Apa dah jadi
ni? Kenapa kita diculik dan diikat seperti ini? Apa yang dah kita lakukan
sebenarnya sampai kena buat macam ni?” soal bonda dengan nada yang serak.
Mungkin bonda tidak diberi minum buat beberapa hari ni sampaikan suaranya macam
tu. Tergamak mereka mempelakukan bonda ku begini.
“Bonda, sebenarnya Mika nak
bagitahu sesuatu tapi jarak kita agak jauh untuk Mika berbicara.” Aku cuba
mencari Haris jika dia ada disini. Aku ingin meminta pertolongan dia. Hah tu
dia.
“Haris! Tolong tarikkan Nekanda,
Mak Long Nia dan datok kedepan sedikit. Hampir dengan ayahanda punya tempat
duduk,” pintaku pada Haris.
“Apa yang kau merepek ni, Mika?
Sejak bila aku jadi aunty dia ah?!” jerit Nia padaku bila aku berkata
sedemikian.
“Nia diam jelah. Mika tahu apa
yang Mika buat,” balasku padanya.
Haris menurut permintaanku. Dia
menggunakan kebolehannya untuk menarik kerusi Nekanda, Nia dan bonda
berhampiran dengan tempat aku duduk. Mata bonda, Nia dan nekanda terus membulat
apabila terasa diri mereka ditarik walaupun tiada siapa didepan mereka.
“Mika, apa semua ni?” soal ibu
tegas dalam keadaan dia mula beralih bertenaga.
“Sebenarnya bonda, semua benda
yang terjadi ini mungkin salah Mika juga. Mika selama ni, hampir setahun lebih,
menjadi seorang detektif bawah jagaan Persatuan Penyiasat – Penyiasat Unic
Mirza. Ini Mirza dibelakang Mika. Memang benar apa yang bonda lihat di
televisyen dulu. Orang yang melakukan penyiasatan di lapangan itu adalah Mika.
Maafkan Mika sebab tak beritahu bonda dari dulu lagi. Dan orang yang menculik
kita ini adalah Organisasi Zaiwuin. Mereka ingin menghapuskan keturunan kita,
bonda,” jelas ku kepada bonda.
“Dah, udah lah tu Mika. Kau tak
payah nak menipu kami. Kami bukannya kanak – kanak lagi untuk percaya kata –
kata kau. Kuat be imaginasi betullah kau ni.” Sibuk betul minah sengal ni. Aku
cakap dengan bonda bukannya dengan kau, Nia.
“Eh Nia, aku dah lama besabar
dengan kau ni. Apa yang kau tak puas hati sangat sama aku dari dulu ni ah. Ada
saja yang kau nak buat untuk sakitkan hati aku ni. Apa yang aku cakap ni betul
lah. Kalau kau tak nak percaya, sudah. Aku tak paksa pun. Suka hati kau lah!”
jerit ku pada Nia. Hilang segala tutur bahasa ku kepada minah sengal ni. Baru
kau tahu siapa adinda kau yang sebenar. Dari dulu aku besabar dengan kau tapi
sekarang tidak lagi.
Terdiam Nia bila mendengar aku
berkata seperti itu. Begitu juga bonda hanya membeku dari tadi aku lihat.
“Mak Long Nia, apa yang
dikatakan oleh ayahanda itu memang betul. Umm... Dalam kesempatan ini, saya
ingin memperkenalkan diri saya sebenarnya kepada nekanda, dan Mak Long Nia.
Nama saya Haris Atiffin bin Dr. Haris Hakimi. Saya anakanda dia berasal dari
masa depan. Memang sukar untuk mempercayainya tapi itulah hakikatnya,” Haris
mula besuara untuk menegakkan kebenaran.
Wajah Nia tampak tidak setuju
dan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Haris. Bonda pula matanya
membulat semula. Riak wajahnya sudah berubah. Alamak, takkan bonda dah nak
marah kot? Adui, mampus lah aku.
Bonda mula menangis dengan
bersungguh – sungguh. Aik, dah kenapa lah pulak ni? Nekanda yang duduk
disebelah pun dah jadi bengang dengan tingkah – laku menantunya itu.
“Bonda jangan lah sedih macam
ni. Mika belum lagi beritahu hal paling penting, dah nak menangis lah pulak.”
“Apa dia benda yang penting
itu?” soal bonda teresak – esak. Aku rasa bonda menangis, mungkin sebab
ketakutan.
“Sebenarnya,
ayahanda masih hidup. Baru je tadi kami berjumpa, bonda tapi malangnya bonda,
ayahanda ditembak oleh orang Organisasi Zaiwuin, betul – betul dekat jantung.”
Bila aku berkata macam itu, lagi lah bonda menangis sakan. Ya Allah, kenapalah
otak ni sengal sangat nak bagitahu berita sedih macam ini? Bodohnya kau Mika!
“Apa?!!” terkejut Nia sehingga
macam kamera zoom terus dekat mukanya. HAHA just
kidding. “Habis tu, mana ayahanda sekarang? Dia ok ke tak?”
“Aku tak tahu sebab masa aku nak
panggil doktor, ada lelaki tak guna ni terus culik aku dan bawa kesini. Aku
harap sangat orang ramai ada nampak ayahanda dan bawa ke dalam hospital.”
Aku rasa besalah. Disebabkan
aku, semua orang di sekeliling aku dalam bahaya. Huh.
Aku terasa ikatan ditangan ku
sudah mula telerai. Yes, nasib lah
ada kebolehan untuk menjadi pantas jadinya aku menggegarkan pergelangan ku
sehingga tali itu terjatuh. Tali di kaki juga aku leraikan. Aku pusing ke Haris
untuk membantu dia, tapi dia sudah pun berdiri sambil memegang tali ikatan Tasy
dan yang lain. Lupa pula aku yang dia ni ada kuasa.
Memandangkan aku sudah terlepas,
aku pun tolong keluarga ku dan kami semua terus belari keluar dari tempat itu.
Namun...
“Kau nak kemana tu Mika?” kami
terhenti bila dihalang oleh sekumpulan orang yang diketuai oleh General Mai.
Aku terkejut tapi aku kuatkan diri dan terus tersenyum. Ada maksud disebalik
senyuman ku ini. Mungkin ini masanya untuk aku memberitahu dia hal sebenar
mengenai orang yang dia percaya selama ini.
“Oh, hai General Mai. Apa
khabar? Macam mana kau boleh ada dekat sini?” soalan bodoh apa yang aku soal
ni. Kalau mereka tidak ada disini, macam mana pula kau boleh kena culik kan.
Porah. Cubalah tanya soalan lain. “Maksud aku, apa yang kau nak pada aku ah?”
“Well, well , well Mika. Actually,
there’s nothing that i need from you. I just want to see you and your family
suffer. That’s all,” katanya padaku dengan gaya orang putih. Orang putih
lah sangat.
“Itu saja sebab kau culik kami.
Huh, tak patut lah! Bukan ke sebab lain. Sebab kau mahu menakhluk dan
bemaharajalela di dunia ini? Dan kau juga nak semua orang didunia ni tunduk
pada kau. Bukan begitu?” Aku senyum sambil melihat kearah Qeen.
“Menakhluk itu memang benar.
Bermaharaja lela dan selebihnya itu aku belum lagi terfikir. Takkan lah aku nak
buat benda macam itu. Encik Mikanya oi, sungguh aku ni jahat, taklah sampai
kesitu. Apa yang kau merepek ni?” soal General Mai dengan wajah bengang. Aku
senyum sekali lagi sambil melihat wajah Qeen lagi.
“Oh ya? Cuba kau tanya pembantu
peribadi kau yang kau percaya sangat itu? Aku rasa dia pasti faham apa yang aku
maksudkan ini.”
“Apa maksud dia, Qeen? Apa yang
kau ta... Arghh!” Berlian merah bersaiz besar ditusuk tepat pada jantung
General Mai oleh Qeen. General Mai rebah dan terus bersujud ke bumi.
Aku terkejut
dengan apa yang Qeen telah lakukan kepada General Mai. Sanggup dia melakukan
perkara seperti itu kepada tuannya sendiri? Walaupun aku sudah tahu apa yang
dia inginkan tapi yang ini tidak.
Dalam masa
sebulan, aku menyiasat mengenai dirinya yang sebenar. Qeen, dia berasal dari
masa depan dan disebabkan dia, pusaran kemasa sekarang masih terbuka dan
menyebabkan anakanda ku berada disini. Dia adalah ketua Organisasi Zaiwuin pada
masa hadapan tapi hidupnya sebagai seorang ketua itu tidak berapa di endahkan
oleh orang – orangnya kerana bagi mereka dia ketua baru yang tidak berguna.
Orang – orangnya masih mengharapkan General Mai yang berpindah ke organisasi
yang lain untuk menjadi ketua mereka semula.
Tujuh tahun
yang lalu, dia datang kemasa sekarang dan menyamar menjadi seorang saintis dan
menabur segala serbuk merbahaya yang berasal dari masa depan. Matlamat dia yang
sebenarnya adalah untuk menghapuskan General Mai pada masa sekarang tetapi
niatnya berpesong dan bercabang kearah lain iaitu untuk menakhluki dunia ini
dan mahu semua orang tunduk kepadanya. Dua tahun kemudian, pada masa dia
bertemu General Mai zaman sekarang, dia menyamar menjadi anak buah General Mai
yang telah mati angkara bunuh diri akibat tertekan. Segala gerak langkahnya
dalam organisasi ini memang sudah lama diperhatikan oleh Mirza dan disebabkan
itu juga Mirza menjadi Unic.
Apa pula
kaitan dengan ayahanda? Kaitannya ialah Unic menceritakan segalanya kepada
ayahanda mengenai hal itu dan ayahanda terus menjalankan peranannya untuk
menghapuskan Qeen. Bila Qeen tahu ayahanda menggangu kerjanya, dia terus cuba
untuk membunuh ayahanda. Sampailah turun kepada aku, perkara yang sama terus
berlaku. Pada masa yang sama, dalam setiap kes yang aku selesaikan, semuanya
ada berkaitan dengan saintis yang bekerja di makmal terkenal itu seperti Cikgu
Zayn ( cikgu pendidikan jasmani), Nik (pekerja di pusat membeli belah) serta
teman wanitanya, mangsa yang terbunuh dilapangan terbang dan ramai lagi adalah
saintis yang terlibat dalam eksperimen berlian itu.
Mereka
di khianat dan dibunuh atas sebab untuk
mengelakan daripada membocorkan rahsia. Semua itu kerja Qeen, dia menghasut
pada suspek yang terlibat untuk melakukan perkara demikian sehinggalah
sekarang. Dia seakannya gila dan sekarang misinya berjaya untuk menghapuskan
General Mai. Aku harus hentikan dia untuk melakukan perkara yang seterusnnya.
“Aku tak
sangka yang kau sebodoh ini ya, General Mai. Takkan lah kau tak perassan yang
selama ini aku mempergunakan kau. Bodoh sungguh,” katanya sambil ketawa. “Sekarang
kau akan tunduk pada aku, kau akan jadi kuli aku!”
“Aku tak
sangka apa yang kau inginkan sudah berjaya, Qeen. Dan aku masih tak sangka
betapa tergamaknya kau melakukan perkara seperti ini kepada tuan yang
percayakan kau selama ini! Bukan dia yang bodoh, Qeen tapi kau. Kau yang bodoh!”
jeritku kepadanya.
Qeen ketawa
mendengar kata – kataku. Sungguh mengerikan gelaknya itu.
“Sekarang
ni, apa kau nak buat? Tuan kau sudah mati dan kau dapat apa yang kau mahukan,”
kataku lagi.
“Mati? Siapa
yang mati? Tuan aku? Sejak bila pula aku bunuh dia? Aku hanya..” balasnya sambil
melirik mata kepada General Mai. Aku terkejut dan hampir melarikan diri akibat
melihat General Mai bangkit semula. Siapa juga tak terkejut kalau nampak orang
yang disangka mati bangkit semula? Macam hantu. “Aku hanya menjadikan dia kuli
aku a.k.a pahlawan perang memerangi kau, Mika supaya kau dan keluarga serta
kawan – kawan kau tunduk pada aku.”
Jadi itu lah
kegunaan berlian merah yang sebenar. Bukan saja untuk melemahkan aku tetapi
untuk mencipta pahlawan. ‘Berlian merah itu ada kebolehan seperti awak, Mika’
aku teringat dengan kata – kata yang diungkapkan oleh Tasy sebulan yang lalu.
Jadi semua itu benar.
Dalam masa
aku masih lalai berangan, seseorang melangkah masuk kegudang itu dengan
perlahannya. Aku menjeling untuk melihat siapa kah gerangan itu? Mataku terus
membulat. Bonda dan Nia serta nekanda juga terkejut dengan kehadiran orang itu.
Kenapa dia ada disini? Bukannya tadi....?
“Kenapa
Mika? Terkejut? Tak usah terkejut sangat. Ayahanda kau tak mati pun, aku
melakukan perkara yang sama pada dia. Aku tidak menggunakan peluru untuk
menembak dia malah berlian merah ini yang aku guna. HHAHAHA” Kejamnya kau Qeen.
Sampai begitu kekejaman yang kau ada. Maksudnya ayahanda juga jadi seperti
General Mai? Huh, aku mengeluh. Kenapalah semua perkara yang aku benci untuk
berlalu, terjadi juga hari ini juga?!!!!
Aku
berkomunikasi dengan Mirza melalui telepatik untuk membawa keluarga ku pergi
termasuklah Tasy dan Tuan Besar. Haris? Ya, dia juga aku hantar pergi. Mirza
memulakan langkahnya untuk pergi dan berjaya.
“Mika, Mika,
Mika. Jangan kau ingat aku tak berakal, tak semudah itu untuk aku lepaskan
korang.” Kata – katanya itu membuatkan aku terkedu buat seketika. Aku pusing
belakang semula dan keluarga serta Tasy dan Tuan Besar sudah terkurung didalam
sangkar. Pantasnya kerja mereka? Eh, Haris, mana dia? Kelibatnya tidak wujud
didalam sangkar itu. “Bengang? Tak payahlah. Sini aku bagi kau pilihan, kau nak
keluarga kau terlepas ke atau dibunuh? Kalau kau nak mereka terlepas, aku cabar
kau untuk lawan General Mai dan ayahanda kau sendiri. Macam mana? Setuju?”
soalnya padakku.
Fikiranku terhenti
buat seketika. Lawan General Mai, Ya.
Tapi lawan ayahanda? Apa yang harus aku lakukan? Aha! Aku tahu apa nak buat!
“Cabaran
diterima...” kataku perlahan.
ARGHH!! Perit ditubuh ini sukar untuk aku tafsirkan.
Bertubi –
tubi aku dibelasah oleh mereka. Kenapa aku tidak lawan? Bukan kerna aku tak
mampu untuk berlawan namun tidak boleh. Kira sama lah tu kan? Tubuhku langsung
tidak bergerak untuk melawan kerana berlian merah itu. Benda itu adalah
kelemahan aku. Atleast, aku sempat memengsankan ayahanda tapi tidak
General Mai.
Darah mula
belumuran dari bahagian mulutku serta kepala. Jeritan dan tangisan dari bonda
dan Tasy masih berdesing ditelingaku. Maafkan Mika, bonda. Maafkan saya, Tasy.
Aku memang tidak mampu melakukan apa – apa.
Qeen dan
orang – orangnya sudah berlalu pergi, mungkin kerana dia sudah mengagak aku
memang akan kalah. Huh, tanggapannya salah. Aku masih ada anakandaku yang akan
membantu ku. Mungkin~~~ Mana dia ni?
Inikah
pengakhirannya? Ya, mungkin itu jawapannya.
Apa akan
terjadi pada Mika? Mana pula Haris menghilangkan diri? Bagaimana pula dengan Qeen,
kemana dia pergi? Adakah ayahanda Mika akan sedar semula? Bonda ada rahsia yang
belum diberitahu? Sesuatu berlaku dengan Mirza dan Mika? Apa dia? Nantikan
Detektif Luar Biasa B14 – Masanya Kini Terasa!

No comments:
Post a Comment