Thursday, December 24, 2015

Detektif Luar Biasa B12


Memorinya Kini Kembali Semula
               
Mika masih belum menyedarkan diri. Kritikal sungguh keadaanya pada masa ini. Sedih? Perasaan itu sudah menjadi ‘lauk’ bagi Haris setiap hari.

Doktor mengesahkan bahawa kecederaan pada kepala Mika sungguh teruk yang mana menyebabkan dia mendapat amnesia. Sebab dia mendapat amnesia adalah kerana luka yang ada dalam kepalanya. Mengimbas kembali cerita, pada masa Tasy diculik pada tempoh hari, kepala Mika ada dihentak oleh Qeen dan kini kepalanya terhentak di tiang lampu yang keras yang mana menyebabkan luka dikepalanya makin teruk dan membuatkan dia mendapat amnesia. Jangka masa amnesia itu masih belum diketahui, adakah ianya sekejap ataupun lama. Perasaan bimbang nampak jelas terpancar di muka Haris.

Kisah mengenai keluarga Mika masih belum ada berita. Apa mereka baik – baik saja? Perkara itu masih belum lagi diketahui.

Tasy yang duduk behadapan dengan katil Mika, memandang Haris dari atas kebawah yang dari tadi hanya mendiamkan diri disebelah katil ayahandanya. ‘Macam mana dia boleh dapat kebolehan seperti itu? Kenapa dia merahsiakan semua itu dari kami selama ini? Kalau di ikutkan kebolehannya itu hebat tahap kegilaan. Macam Martian Manhunter tu. Bukan calang – calang tau,’ bebel Tasy dalam hati.

“Saya tahu apa yang awak fikirkan sekarang ni? Tunggu ayahanda sedar, baru saya bagi tahu.” Terkejut Tasy apabila Haris berkata sedemikian. Gila, boleh baca fikiran orang juga dia ni. Ini dah tahap gaban ni kalau dapat tahu apa orang fikir. Ungkap Tasy dalam hati sekali lagi.

“Tak adalah. Mana ada aku fikir apa – apa masa ini.” Tipu.

Tenkū Mirza masuk kedalam bilik tempat Mika dan yang lain berada. Tuan Besar Kamaruddin Bakhtiar turut ikut bersama dari belakangnya. Sudah semestinya mereka ke sini kerana mahu melawat Mika. Mirza memandang wajah masing – masing yang tidak bermaya disebabkan menjaga Mika buat beberapa hari ini. Keadaan di dalam bilik juga sunyi semacam.

Bunyi telefon bimbit Mirza memecahkan suasana yang sunyi itu. “Moshi Moshi... Hai’ ... ye Hai’... Hai’.... Arigato Gozaimasu”

Tasy yang memandang gelagat Mirza menjawab telefon itu, rasa pelik kerana buat pertama kalinya dia mendengar Mirza bercakap dalam bahasa jepun tapi tak lah banyak mana pun apa yang dicakapnya itu. Bercakap mengenai bahasa jepun, dia memang fail, C saja yang mampu dia dapat.

“Hukkkkkk!!!” Sekali lagi Mika bangun secara mengejut seperti sebelum ini.

“Ayahanda! Encik Mirza tolong panggilkan doctor!” arah Haris bila melihat Mika sedar semula.

“Ayahanda? Siapa tu? Korang siapa? Aku dekat mana ni? Apa yang telah terjadi pada aku ni?!” ujar Mika dalam keadaan baru sedar itu.

“Ayahanda, jangan risau. Ayahanda tidak apa – apa,” kata Haris cuba menenangkan Mika.

Seorang doctor lelaki melangkah masuk kedalam bilik untuk memeriksa keadaan Mika.

MIKA sudah kembali tenang seperti sedia kala. Namun wajahnya masih lagi nampak kebingunan seperti sebelum ini.

Mereka rasa senang hati bila Mika sudah menyedarkan diri tapi Mika masih tidak ingat siapa mereka sebenarnya.

“Saya rasa, saya perlu melakukan perkara ini. Saya boleh kembalikan semula memori ayahanda tapi dengan bantuan Encik Mirza,” kata Haris bila menghampiri katil Mika. Walaupun tiada tindak balas diberikan oleh yang lain tapi dia tetap meneruskannya.

“Apa yang dapat saya bantu, saya akan bantu,” Mirza mula bersuara.

Haris membuka gelang yang berada dipergelangan tangan kanannya itu. Kemudian, dia meminta Mirza untuk memegang pergelangan itu dan tangan sebelah kirinya memegang kepala Mirza. Tangan kanan Haris bersinar begitu juga matanya berubah menjadi biru semula.

Tuan Besar dan anaknya terkejut dengan apa yang berlaku pada masa itu. Hampir terpengsan juga orang tua tu dibuatnya. Mika yang memandang situasi itu hanya membeku dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Setelah perkara diantara Haris dan Mirza selesai, Haris beralih kearah Mika. Mika cuba mengelak tetapi ditarik oleh Haris untuk menghampirinya. Lagi sekali, dia meminta Mika untuk memegang pergelangan tangan kanannya itu dan meminta Mika untuk berdiri. Dahi mereka belaga antara satu sama yang lain. Tubuh masing – masing mula terapung di akibatkan reaksi di antara dua kebolehan dari dua tubuh badan.

Kini, Tuan Besar betul – betul rebah a.k.a pengsan akibat terkejut yang teramat sangat. Jadi satu hal lagi untuk mengejutkan Tuan Besar ni. Dah nama Tuan Besar, badan pun besar, susah untuk diangkat jadi mereka biarkan saja di atas lantai. Deng..

“Ayahanda ingat apa yang terjadi pada ayahanda sebelum ini?,” soal Haris pada Mika bila mereka tiba di bumi semula.

“Haris!” Mika terus memeluk tubuh Haris.

“Memorinya kini kembali semula. Tepuk tangan semua,” ujar Haris.

“Sengal. Tapi, macam mana kamu boleh mendapat kebolehan ini?”

“Betul tu, Haris. Seperti yang kau janjikan tadi, tolong jelaskan sekarang juga.” Tasy mula besuara.

“Baiklah, saya akan memperkenalkan diri saya sekali lagi. Nama saya ialah Haris Atiffin bin Dr. Haris Hakimi. Saya berasal dari masa depan seperti yang anda semua tahu. Saya ada seorang adik perempuan bernama Aqila Mikayla. Mengenai kebolehan ini, saya dapat dari ayahanda saya. Adinda saya juga ada kebolehan seperti saya but a bit different. Gelang yang saya pakai selama ini, ayahanda yang buatkan dan kegunaannya adalah untuk mengawal kebolehan saya ini. Ayahanda saya dari masa depan ada nasihat, guna kebolehan ini bila terdesak saja, sebelum dia menghilangkan diri entah kemana. Sebab itu saya tidak menggunakan langsung kebolehan saya pada zaman sekarang. Jika kamu dapat lihat, digelang saya ini ada berlian bewarna biru, sama seperti berlian dirantai ayahanda dulu.”

(Kini aku kembali semula untuk menceritakan cerita ini......)

Penjelasan Haris membuatkan aku bengang buat seketika. Apa maksud Haris, aku menghilangkan diri entah kemana? Apa sebenarnya yang berlaku pada masa hadapan? Satu perkara lagi, aku ada pangkat doktor? Wah, takkan aku belajar sampai ambil PHD? Wow!!

“Apa maksud kamu, saya menghilangkan diri, Haris?” soalku pada Haris yang duduk kepenatan.

“Betul, memang ayahanda menghilangkan diri entah kemana pada masa hadapan. Semuanya bermula bila ayahanda mendapat panggilan telefon daripada seseorang dan orang itu langsung ayahanda tidak beritahu kepada kami. Sebabnya adalah untuk mengelakkan kami dari mendapat bahaya. Beberapa hari kemudian, saya dikejar oleh sebuah organisasi iaitu Zaiwuin ketika saya mahu pulang kerumah selepas dari sekolah dan pada hari itu juga lah saya sampai kesini.” Oh jadi itu lah yang sebenarnya berlaku pada Haris. Siapa sebenarnya yang telefon aku ek?

Aku berasa kesian buat Haris, sebab hampir setahun lebih dia tinggal di zaman lama ini. Apa yang bondanya akan berfikir tentang kehilangan Haris di masa hadapan? Eh, baru aku ingat, bonda Haris iaitu isteri aku dimasa hadapan, siapakah orangnya? Ingin juga aku tahu. Baik aku tanya. Kenapalah baru sekarang aku tefikir nak tanya? Haih

Belum sempat aku bertanya siapa orangnya kepada Haris, dia pengsanlah pula. Aku tahu memang dia penat sangat tu. So, kesimpulannya buat hari ini, dua orang pengsan disebabkan aku. Ish ish ish...



SEHARI sudah berlalu dan kini aku boleh keluar dari hospital tanpa ada kecederaan pada diri ini. Terkejut doktor bila aku mula mengingati segala – galanya. Dia kata, aku adalah orang yang pertama dia pernah jumpa yang mendapat amnesia hanya buat seketika. Tipulah, aku kata dalam hati.

Sejak aku keluar dari hospital tadi, aku rasa macam ada mata – mata yang mengekori gerak langkahku. Mungkin juga itu hanyalah imaginasiku semata – mata. Aku masih terasa trauma dari apa yang berlaku padaku pada tempoh hari.

Keluargaku. Berita mengenai keluargaku, masih belum aku perolehi. Rasa bimbang dihati makin membuak – buak. Aku mesti cari mereka sekarang. Sekarang juga.

“Awak nak kemana tu, Mika?” soal Tasy bila nampak aku berlalu pergi menuju kearah jalan berlawan dengan mereka.

“Ahhh, saya ada hal kejap. Ok bye”

“Awak tak perlu mengelak, Mika sebab saya tahu awak nak kemana. Awak nak cari keluarga awak sendiri – sendirikan. Awak jangan lupa yang saya masih dapat baca fikiran awak.” Langkah ku terhenti bila Mirza menegur ku dari belakang. Hish, potong steam betullah dia ni! Macam mana lah aku boleh lupa pasal dia ni. Huh....

Semua dah pandang aku dengan wajah yang tertanya – tanya. Heh, tepaksa lah juga aku beritahu yang nak cari keluarga aku ni.

“Ya, memang saya...”

“Mika, diam. Cuba tengok belakang awak,” Tasy potong kata – kataku dan menunding jari kebelakang. Apa lagi yang ada dekat belakang aku ni?

“Ayahanda?” kata ku dengan lemah dan bengang seraya pusing kebelakang. Memang betullah ayahanda. Jadi perasaan ku memang benar tadi. Orang yang memerhatiku dari tadi adalah ayahanda. Tapi kenapa baru sekarang ayahanda timbul? Adakah sebab dia mengetahui bahawa nekanda, bonda dan Nia kena culik?  

“Ya, ini ayahanda. Assalamualaikum, Mika.” Aku tersenyum dan mula menitiskan air mata. Aku amat merindui ayahanda. Hampir lima tahun lebih aku mengemiskan rasa rindu terhadap seorang ayah.

Aku terus masuk ke dalam dakapan ayahandaku. Aku peluk dan menitiskan air mata dengan lebat. Ayahanda ku hanya memberus rambut ku dengan lembut.

“Kemana ayahanda pergi selama ini? Kemana ayahanda menghilang? Ayahanda tahu tak, nekanda, bonda dan Nia masih berfikir bahawa yang ayahanda itu sudah meninggal. Mika, hanya Mika saja yang masih menyiasat dimana ayah berada selama ini. Kenapa ayahanda memperlakukan kami begini ayahanda? Kenapa ayahanda hanya memberi klu mengenai kewujudan ayahanda melalui surat biru itu? Kenapa ayahanda memberi pelbagai jenis soalan di dalam fikiran Mika ni?” Aku luahkan segala – galanya kepada ayahanda.

“Ayahanda minta maaf Mika. Bukan sengaja ayahanda lakukan semua itu. Semua itu mempunyai sebab disebaliknya. Itu untuk keselamatan keluarga kita juga. Organisasi Zaiwuin masih memburu ayahanda bila mereka tahu yang ayahanda masih hidup.”

“Keselamatan? Ayahanda, kalau mereka masih memburu ayahanda, kenapa mereka cuba menyakiti kami, ayahanda. Mika dan yang lain selalu jadi mangsa. Itu yang ayahanda katakan untuk keselamatan kita sekeluarga. Tidak, langsung tidak ayahanda.” Aku cuba menidakkan statement yang diberikan ayahanda itu.

“Ayahanda tahu semua benda itu terjadi....”

“Kenapa ayahanda tidak halang semua perkara tu!” Aku potong kata – kata ayahanda.

“Sebab ayahanda tidak boleh. Ayahanda tak dapat bangun daripada katil. Ayahanda lumpuh buat setahun lebih, tahu tak?” Penjelasan ayahanda membuatkan aku membisu. Aku rasa besalah bila menuduh ayahanda bertubi – tubi tadi.

Tunggu sekejap. Kalau ayahanda lumpuh, jadi siapa yang meletakkan surat biru selepas Haris yang meletaknya dalam peti surat rumah aku?

“Mika minta maaf ya ayahanda. Bukan niat Mika untuk menuduh ayahanda yang bukan – bukan. Tapi ayahanda, siapa yang meletakkan surat biru mengenai bilik rahsia tu?”

Yang lain dekat belakang hanya melihat gelagat kami anak beranak ini sahaja.

“Haris, anak kamu yang bantu ayahanda meletakkan surat itu. Selama ini dia yang menyampaikan berita mengenai kamu dan keluarga kita dan ayahanda juga tahu kewujudan kuasa pada diri Haris juga” kata Ayahanda sambil memandang kearah Haris.

Aku pandang Haris dan dia hanya tunduk kepala saja. Betuah, sampai hati dia tidak bagi tahu aku. Budak ni nak kena ni.

Bok!!

Tasy, Haris dan Tengku Mirza yang memerhatikan kami dari tadi tiba-tiba rebah secara serentak. Aku memerhatikan sekeliling mencari punca yang terjadi kepada mereka dan puncanya ialah renjatan elektrik dari jauh.Orang Organisasi Zaiwuin.

Boom!

Aku menoleh kearah ayahnda yang tidak sedarkan diri kerana ditembak tepat berdekatan dengan jantungnya. Aku menjadi cemas becampur dengan perasaan marah yang teramat sangat. Baru je jumpa ayahanda hari ni. Ayahanda tidak boleh ‘pergi’  dengan begitu sahaja. Keluargaku mesti bersatu semula. Ini dah melampau. Ini dah melebih – lebih ni. Cari nahas betul dia ni.

“Ayahanda bangun! Sesiapa tolong panggilkan doktor didalam hospital sekarang juga!!” jerit ku meminta pertolongan orang ramai walaupun tiada siapa berhampiran sana.

Aku cuba belari masuk kedalam hospital tapi dihalang oleh Qeen. Dari mana pula manusia ni timbul. Belum sempat untuk aku melawan dia, ada orang di belakang menghentak kepala aku. Kepala aku lagi. Tak ada tempat lain ke nak hentak. Kenapa mesti kepala?!! Stressnya aku!! Baru saja baik, dah kena hentak lagi.

Oleh sebab itu, duniaku menjadi gelap. Huh~~

Apa akan berlaku pada Mika serta keluarganya? Bagaimana pula dengan Tasy dan yang lain? Apa sebenarnya motif Organisasi Zaiwuin melakukan semua ini? Ada rahsia baru akan timbul nanti? Apa dia? Siapa lagi yang berahsia selama ini? Nantikan Detektif Luar Biasa B13 – Cabaran Diterima!


No comments:

Post a Comment