Kau, Akan Terima Padahnya!
“MIKA, betul ke apa yang baru awak katakan ini?”
soal Sherry pada ku
“Betul lah... Habis tu, awak
fikir saya ni main – main ke?”
“Tapi kenapa saya?”
“Awak kan kawan baik saya...
Jadi tolong lah saya hantarkan cerita ini kepada pejabat publisher tu. Saya tak ada masa, hari ini adalah hari terakhir
untuk menghantar manuscript ini.”
“Baiklah saya cuba hantarkan
tapi saya tak janji yang manuscript ini
akan sampai pada waktu yang ditentukan sebab saya agak sibuk hujung minggu ni.”
“Tak apalah, saya percayakan
awak.”
Bual bicara aku bersama Sherry
pada tiga tahun lepas tiba – tiba terngiang – ngiang difikiran ku. Aku masih tidak
percaya yang dia telah menipu aku. Dia mengatakan dia agak sibuk tetapi
sebenarnya dia tidak, dia pergi menghantar manuscript
itu dengan menggunakan namanya sebagai penulis cerita itu yang mana menyebabkan
dia menjadi terkenal dengan cerita yang aku buat. Dia khianati aku. Aku selalu
fikir yang dia adalah kawan yang paling baik pernah aku ada sebaliknya tidak.
Dia menjadi kaya secara tiba –
tiba kerana namanya naik secara mendadak dengan penulisan ku. Sepatutnya aku
yang berada di tempatnya pada masa itu. Lima buah buku ciptaan ku menjadi
haknya. Aku sedih. Aku tahu, aku memang dari dalam perut bondaku sudah kaya
tapi itu semua duit dari keluarga ku yang mana aku tidak berapa menggunakannya.
Aku mahu berdikari juga. Huh
“Baiklah, pelajar semua! Sila
letakkan pena kamu kerana peperiksaan sudah selesai!” arah Cikgu Diyana kepada
kami semua. Akhirnya!!!! Peperiksaan kemuncak kami sudah berakhir dengan seronok
sekali kerana kertas terakhir ini memang superb
senang tahap dewa dewi. HAHA lebih lah pula.
Apa yang aku fikirkan tadi ah?
Oh pasal Sherry. Daripada aku fikirkan tentang si Sherry jahanam tu, baik aku
fikirkan apa patut aku buat selepas ini. Adakah aku patut sambung belajar atau
sepanjang masa dekat PPP’U’M sebab gaji selalu masuk. Haha
Aku berjalan keluar dari kelas
ku untuk pulang kerumah. Dalam pada masa aku sudah tiba diluar pagar sekolah,
pada masa aku ingin menaik bas sekolah, satu suara memanggilku dengan lantang.
Suara yang sememangnya aku tidak ingin mendengar. Aku mengendahkan suara itu
dan terus naik bas tersebut. Tak ada masa aku nak layan kau minah gedik.
“MAAFNYA cik, Tuan Muda Mika tidak mahu berjumpa dengan siapa –
siapa. Dia ingin berehat kerana peperiksaan kemuncak baru sahaja selesai.” Aku
melihat gelagat pembantu peribadiku melarang Sherry untuk berjumpa dengan ku.
Walaupun agak jauh, tetapi aku tetap dapat mendengar perbualan mereka dengan
kebolehan yang aku ada dari Unic.
“Eh, kau ni siapa nak melarang
aku untuk berjumpa dengan Mika! Kalau pembantu tu, buat saja macam pembantu!
Mika! Let me in, Mika! I need your help!”
Banyak cantiklah kau kata macam tu pada pembantu aku. Cermin diri sedikit lah
perempuan. Patutnya kau tanya soalan tu pada diri kau. Kau tu langsung tak ada
apa – apa kaitan dengan aku. Tolong? Apa lagi pertolongan yang kau pinta
dariku. Ecewah, ayat, macam skrip cerita lama lah pula. Onarku seorang diri.
Aku ternampak dua tubuh yang
amat aku kenali mula mendekati rumah ku dan mereka adalah Tasy dan Haris,
anakanda ku. Aku mahu lihat apa reaksi Sherry bila aku membenarkan mereka
berdua masuk kerumah ku.
“Assalamualaikum, Wassup Abang Sam! Mika ada? Kami nak
jumpa dia ni. Kami nak lepak!” sapa Tasy pada pembantu peribadi ku dengan
sempoi. Tasy, semestinya seperti selalu, terlebih friendly lah pula.
“Tuan Muda Mika ada dekat dalam
biliknya. Dia memang dari tadi tunggu kamu berdua. Sini abang bukakan pintu
pagar untuk kamu berdua,” balas Abang Sam dengan sempoi juga. Abang Sam terus
membuka pintu pagar. Sherry yang gedik itu pun sibuk nak masuk juga tetapi
dihalang oleh Abang Sam.
“Eh, kenapa saya tak boleh
masuk? Dorang boleh pula. In tidak adil! Mereka boleh pula jumpa dengan Mika,
kenapa saya tidak. Mika! Benarkanlah saya masuk! Saya nak jumpa awak!”
“Saya minta maaf sekali lagi.
Tuan Muda Mika nak rehat. Ok Bye.
Saya masuk dulu,” lambai Abang Sam kepada Sherry.
“Hih!!!” geram Sherry.
Aku hanya senyum melihat gelagat
pembantu peribadiku itu, cara dia melayan Sherry cukup membuat aku gembira.
Usai aku melihat sinetron pendek tu, aku terus baring dikatil ku sambil menutup
mata buat seketika sementara menunggu Tasy dan Haris tiba di bilik tidur ku.
“Tuan Muda, kawan – kawan Tuan
Muda dah tiba!” kedengaran pintu bilik ku diketuk oleh Abang Sam.
“Masuk”
“Ayahanda!” jerit HAris sambil
menuju kearah ku. Tubuh ku dipeluk dengan erat. Pelik budak sorang ni, bukan
baru tadi ke kami berjumpa. Heh, budak ni.
Tubuh Haris ku tolak dengan
perlahan. “Mmmmmm... Lambatnya kamu
berdua ni? Penat saya tunggu tau.” Mereka hanya tersenyum bila ku berkata
begitu. Perjumpaan kami pada hari ini bukanlah kerna lepak saja – saja tapi
sebab ingin berbincang tentang kes dua minggu lepas, pembunuhan dilapangan
terbang.
Kerusi belajarku ditarik oleh
Tasy untuk duduk berdekatan dengan kami dan Haris pula hanya duduk bersila
dikatil sama aku. Dalam sibuk mereka duduk tu, mata mereka masih menerokai
bilik tidur ku. “Kenapa?” soalku pada mereka.
“Mika, betul ke ini bilik awak?
Gila besar betul! Bilik ibu bapa saya pun tidak besar macam ni, apatah lagi
bilik saya.”
“Dah tu, kalau rumah besar bilik
kecil, tak juga kena kan?” balas Haris dengan selamba.
Aku hanya senyum dengan kata –
kata yang di ungkapkan oleh Haris. Fail kertas ditangan Tasy aku pandang. Ya,
aku tahu itu fail apa. Itu adalah fail tentang latar belakang mangsa pembunuhan
Qeen. Aku mengangkat kepala ku dan memandang Tasy sambil mengangguk kepadanya.
“Baiklah,
arahan pun sudah diterima. Ok. Nama mangsa ialah Cathrina Moon. Berumur 29
tahun yang mana bekerja sebagai seorang ahli saintis disebuah makmal yang
terkenal di bandar kita. Mengenai rantai berlian bewarna merah yang awak suruh
kami siasat itu, memang benar dia adalah salah seorang saintis yang
menciptanya. Berlian yang mereka cipta itu sebenarnya hanya berlian biasa
tetapi disebabkan salah seorang daripada saintis di makmal itu menyimpan satu
kemikal yang merbahaya, berlian itu menjadi luar biasa. Maksudnya berlian merah
itu ada kebolehan seperti awak, Mika.”
Aku angguk dengan keterangan
yang diberikan oleh Tasy itu. Jadi, itulah sebabnya aku menjadi lemah apabila
mendekati berlian itu dan sebab itu juga Organisasi Zaiwuin inginkan berlian
merah itu. Baru aku mengerti sekarang.
“Bila berlian merah itu mula
menjadi merbahaya? Dan boleh saya tahu siap meletakkan kemikal bahaya itu?”
soal ku pada Tasy. Dalam masa yang sama aku memandang kearah Haris yang tengah
sibuk makan coklat yang berada dalam peti sejuk dalm bilik tidur ku itu. Betuah
punya anak, suka hati dia je makan makanan ayahandanya itu. Orang tengah sibuk
bemesyuarat sekarang, dia boleh relax saja disana. Ceh, tak boleh diharap
sungguh!
“Berlian ini mula tecemar pada tujuh
tahun yang lalu sebelum ayahanda awak menjadi Detektif Mir Unic tetapi mula
diketahui oleh Organisasi Zaiwuin lima tahun yang lalu. Identiti saintis yang
memasukkan bahan merbahaya itu mungkin awak tidak percaya....” kata – kata Tasy
terhenti apabila sampai disatu bahagian dalam fail itu.
“Siapa?”
“Siapa orang itu?” Haris pun
sibuk bertanya soalan yang sama.
“Doktor Ai Ayzuqeen a.k.a Qeen,
Pembantu Peribadi General Mai yang paling dipercayai,” kata – kata membuat aku
terkejut.
Kenapa setiap kali ada hal
seperti ini, Mesti nama itu juga yang aku dengar. Kenapa tidak ada nama General
Mai ataupun orang lain. Nama lelaki itu juga yang wujud disebutan. Huh...
“Qeen lagi?! Dahsyat betul
manusia sorang ni. Macam dia pula yang general sekarang. Apa – apa kes, nama
dia saja yang saya dengar. Siapa sebenarnya dia ni selain daripada seorang
saintis? Kenapa dia melakukan perkara sedemikian? Banyak betul soalan di kepala
saya masa ini. Huh..”
Tasy hanya mengangkat bahu tanda
tidak tahu. Begitu juga Haris, dia melakukan perkara yang sama. Walaupun
anakanda ku yang berumur 18 tahun ini berasal dari masa depan, tapi dia tetap
tidak mengetahui apa sebab disebalik semua ini. Aku seperti biasa, hanya
mengeluh saja.
Jadi sekarang ini, aku perlu
siasat siapa sebenarnya Qeen ini.
“AWAK dah bersedia?” soal Tasy pada aku.
“Ya, saya dah sedia!” belum
sempat aku jawab, Haris dah jawab
“Oi budak, aku tak tanya kau.
Aku tanya ayahanda kau ni! Dia pula yang jawab. Mengada – ngada betul.”
“Ya, saya dah cukup bersedia
dari semalam lagi,” jawabku sambil senyum dengan mekar.
Sebulan sudah berlalu selepas
peperiksaan kemuncak kami dan hari ini adalah hari penentuan buat kami semua.
Harap – haraplah aku lulus. Dengan penuh berhati – hati, kertas keputusan aku
buka dengan perlahan. Mataku mula terbeliak sampaikan biji mata ini mahu
keluar. Just kidding. Titisan air
mata mula gugur dari mata ku.
“Korang~~” aku memanggil mereka
dengan sedu sedan.
“Mika, awak okay ke tidak ni?” soal Tasy.
“Ayahanda gagal ke?” soalan
Haris bagaikan menusuk di dada ku.
“BAik cantik kau kata macam itu.
Tasy! Saya lulus. Haris, ayahanda lulus!” jerit ku pada mereka berdua.
Haris menarik keputusan ku
dengan ganas. Nasib tak koyak. Aku lihat wajahnya. Aku hanya senyum. Wajah
Haris pada masa ini, memang senang sungguh untuk ditafsirkan. Maksud bagi
wajahnya pada masa ini adalah T E R K E
J U T. Tasy yang berdiri di sebelah Haris, terus menarik keputusan itu kerana
melihat riak wajah Haris yang berubah.
“Mika, apa jenis otak awak ni?
Bahasa Melayu, A+. Bahasa Inggeris, A+. Matematik, A+. Biologi, A+. Kemistri,
A+. Fizik, A+. Pengetahuan Ugama Islam, A+. Matematik Tambahan, A+. Bahasa
Jepun, A+. Bahasa Korea, A+. Sejarah, A-. Macam mana awak belajar Mika,
sampaikan keputusan awak ni cantik bagai nak rak. Saya salute betul dengan awak, Mika,” kata Tasy dengan penuh teruja.
“Ayahanda! Sekarang ni, baru
Haris tahu dari mana Haris dapat kepandaian seperti ini sebab keputusan kita
lebih kurang. Cuma Bahasa Jepun dan Bahasa Korea Haris, A-. Meh sini, Haris nak
peluk ayahanda.” Sungguh aku tidak membenarkan, dia tetap melakukannya. Pening
aku dengan budak seorang ini. Pelukannya aku cuba renggangkan, memandangkan
kami masih disekolah, takut ada yang berfikiran bukan – bukan. Nauzubillah.
Telefon bimbitku berbunyi dengan
kuat. Ada orang telefonlah. Siapa ek? Bonda kot tak sabar nak tahu keputusan
aku dan Nia. Bercakap mengenai Nia, mana dia ek? Dari lepas ambil keputusan
tadi, batang hidung dia langsung aku tak nampak. Mana pula minah sewel ni
pergi.
Aku lihat skrin telefon
bimbitku. Eh, bukan nombor telefon bonda. Siapa ni? “Hallu, siapa disana?” aku
mengangkat panggilan itu dengan ceria. Sunyi... Siapa ni? Takkan si Sherry
lagi. Seingat – ingat aku, aku dah block
nombor telefon perempuan tu.
“Hai Mika, gembira nampak.
Takkanlah kau tak save nombor telefon
aku, Mika?” General Mai?
“Apa yang kau nak ah, General
Mai?!”
“Weh, besabar Mika. Aku telefon
kau ni sebab rindu lama dah tak dengar suara kau.” Wah mamat sorang ni, bukan
main selamba dia jawab soalan aku.
“Hoi, general hampeh. Geli aku
dengar kau berkata sedemikian. Baik kau bagi tahu aku sebab sebenar kau telefon
ni!”
“Aku ingat tak nak beri tahu
tapi memandangkan kau dah paksa, aku beritahu saja lah. Aku tak mahu ganggu
hari bahagia kau tapi cuba kau...”
Belum sempat General Mai
menghabiskan kata – katanya, Haris menepuk bahu ku, “Ayahanda, cuba ayahanda
lihat dibelakang ayahanda sekarang.” Aku memandang tempat yang ditunjuk oleh
Haris.
“Kau General Mai, kau memang
menguji kesabaran aku. Kau, akan terima padahnya!” jerit ku pada telefon
bimbitku apabila melihat nekanda, bonda dan Nia di ikat didalam sebuah kereta
hitam diseberang jalan.
“Oh ya?! Kalau kau nak aku
lepaskan diorang semua ni, kau mesti berhenti melakukan semua perkara yang kau
lakukan pada masa ini. Jangan kau berani ganngu kami lagi!”
“Kalau aku berhenti sekarang,
negara ini akan porak peranda disebabkan organisasi kau tak guna. Kau ingat aku
tak tahu apa motif organisasi kau sebenarnya? Kau mahu menakhluk negara ini,
bukan?”
“Tahu pun kau apa motif kami.
Habis tu, kenapa kau masih mengganggu kami. Baik kau berhenti sekarang!”
“Aku takkan berhenti sselagi organisasi kau belum dihapuskan.
Baik kau lepaskan keluarga aku sekarang!”
Belum sempat dia membalas kata –
kataku, aku terus putuskan talian dan terus menyerangnya. Namun, perbuatanku
dihalang oleh orangnya termasuk seseorang yang berbadan besar yang menghumbanku
sehingga kepalaku terhentak di sebatang tiang lampu yang keras.
(Baiklah... Saya Mirza akan
menyambung cerita Mika....)
Mirza tiba ditempat kejadian
sebelum General Mai berlalu pergi. Haris pula mula rasa marah apabila
ayahandanya dicederakan oleh orang General Mai.
“Ini semua tidak masuk akal.
Kau, General Mai! Berani kau cederakan ayahanda aku. Kau, akan aku kerjakan!”
jerit Haris
“Haris, mata kau biru. Kau ok
ke? Takkan kau pun ada....” soal Tasy yang berada disisi Haris pada masa itu.
Memang benar kata – kata Tasy. Haris, dia ada kebolehan seperti Martian Manhunters di dalam Justice League.
Haris mengangkat tangannya
menuju kearah orang – orang General Mai yang mana menjadikan mereka terapung
dan dihumban jauh dari tempat mereka berada sekarang.
“Cepat tinggalkan tempat ini!
Berundur, berundur!” arah Qeen kepada orang – orangnya. Mereka berlalu pergi
tanpa meninggalkan keluarga Mika disitu.
Tasy, Haris dan Mirza meluru
menuju kearah Mika berada. Kepala Mika berdarah banyak. Dia cedera parah
dikepala yang mana menyebabkan.....
“Mika, bangun Mika! Bangun!”
kata MIrza sambil menggoyang badan Mika.
“Ayahanda! Bangun!” jerit Haris
sekali lagi.
Mika menyedarkan diri buat seketika
lalu berkata, “Korang siapa? Kenapa dengan saya ni?” lalu pengsan semula.
“Saya Haris, anakanda ayahanda!
Ayahanda!!”
“Tak mungkin. Tak mungkin Mika
hilang ingatan! Cepat telefon ambulance!
Someone please call the ambulance, right
now!” arah Mirza pada orang disekeliling.
Tasy hanya membeku melihat apa yang telah
berlaku pada Mika pada masa ini. Begitu juga apa yang telah berlaku pada Haris.
Dia masih tidak percaya yang Haris juga mempunyai kebolehan seperti Mika. Tapi
persoalannya sekarang, bagaimana dia boleh ada kebolehan itu? Mengapa dia
menyorokkan kebolehannya selama ini? Soalan itu masih terngiang – ngiang di
minda Tasy.
Apa sebenarnya berlaku? Adakah
benar Mika telah hilang ingatan selepas hentakkan dikepalanya itu? Bagaimana
pula dengan Haris? Dimana dan bila dia memperolehi kebolehan itu? Keluarga
Mika, selamat atau diseksa? Orang yang difikir tiada, kini telah kembali
semula? Siapa dia? Nantikan Detektif Luar Biasa B12 – Memorinya Kini Kembali
Semula.
No comments:
Post a Comment