‘Mereka Punca Segala – galanya’....
Huuhhhhh~~~~~Aku
mengeluh dengan berat. Penat pula rasa diri ni bila difikir – fikirkan semula.
Oh Ayahanda, Mika tidak sangka yang Mika akan meneruskan tugas ayahanda pada
usia Mika semuda ini. 18 tahun, siapa yang buat kerja macam ni pada usia semuda
itu? Mana adakan? Lainlah Detektif Conan, memang seorang pelajar sekolah menengah
yang menjadi murid tadika dan selesaikan pelbagai jenis kes dengan mudahnya,
tapi semua itu karut betul (kartun). Heh tak patut, memang tak patut. Aku ni
lagi satu, kenapa baru sekarang aku mahu mengeluh dengan kerja yang dilakukan
sekarang? Patutnya dari awal lagi aku mengeluh dan katakan tidak pada kerja ini
tapi apa boleh buat, aku katakan tidak pun, tetap juga kena paksa untuk membuatnya.
Semuanya demi ayahanda yang disayangi.
“Pukul berapa
cik menjumpai mayat ini?” kedengaran suara Mirza menyoal orang yang mula – mula
nampak mayat itu. Walaupun dari jauh, tetap dapat aku mendengarnya. Bagaimana
boleh? Kerana dengan kebolehan Unic yang berada dalam diriku sekarang. Dalam
aku sibuk mencari bahan bukti, aku melihat wajahnya dari jauh. Caranya menyoal
dan mencatat segala info yang dia dapat itu, nampak seperti seorang detektif
yang sebenar. Apa laginya ‘macam’, dia kan memang detektif, Mika. Haih kau ni
Mika.
Kenapa
aku tidak suka adanya Mirza pada masa ini? Selama dia hilang, aku yang tercari
– cari dia, risau yang dia okay atau
tidak walaupun dia berada didalam rantai. Tapi sebaliknya bila aku mengetahui
yang dia sudah kembali kebentuk asalnya, kenapa aku tidak menyukai kewujudan
dia? Patutnya aku bersyukur kerana dia selamat. Apa kena dengan aku ini?
“Kira
– kira pukul 10.50 pagi macam itu lah encik” kata wanita itu dengan wajah yang
pucat kerana masih ketakutan selepas melihat mayat seorang wanita dibunuh
dengan kejam. Memang kejam teramat sangat kerana kepalanya dihentak di mangkuk
tandas sehingga kepalanya pecah. Kalau wanita itu sudah takut, apatah lagi aku
yang baru melihat ini. Siapa yang tergamak melakukan perkara ini?
Aku menunjukkan pas penyiasat kepada pihak
polis yang menjaga tempat kejadian, untuk menghampiri mayat yang masih ‘segar’
itu. Aku bercangkung untuk melihat tubuh yang terlentang berhampiran dengan
mangkuk jamban. Aku cuba menghidu bau darah disana, mana tahu ada darah lain
selain dari darah mangsa. Belum sempat aku menarik nafas, aku sudah muntah
dengan bersungguh – sungguh. Nak tahu kenapa? Sebab berbau sungguh tandas
wanita dekat sini. Pening pula aku dibuatnya.
Disebabkan mencium bau begitu saja boleh
membuatkan aku muntah, jadinya aku mecalit sedikit darah disitu tapi sebaliknya
hanya sejenis darah saja wujud. Aku melihat sekeliling mayat itu, yang ada
ialah pas pekerja dan beg galas mangsa yang mana barangnya semua sudah
beterabur dimerata tempat. Adakah ini kes mencuri? Tidak mungkin sebab kalau
kes mencuri kenapa mangsa harus dibunuh dengan begitu kejam? Ini mesti ada yang
dicari oleh pesalah, tapi apa dia?
Aku
berlalu pergi dari tempat kejadian dengan pelbagai soalan diminda ini. Dalam
sibuk aku memikirkan jawapan bagi setiap soalan itu, tiba – tiba aku tertendang
sesuatu dan sesuatu itu adalah rantai. Aku membongkok untuk mengambil rantai
itu. Cantik! Aku berfikir begitu. Memang benar rantai itu cantik, berlian yang
ada di rantai itu membuatkan aku berasa lain daripada yang lain. Kenapa mata
aku tiba – tiba menjadi kabur? Kenapa aku berasa pening?
“Mika, lepaskan benda itu!” jerit Mirza dari
jauh dan terus belari menuju kearahku dan menangkis tanganku sehingga rantai
itu jatuh dari genggaman. Penglihatanku kembali pulih dan aku tidak berasa
pening. Apa benda yang ada di dalam berlian itu sehingga membuatkan aku berasa
begini?
“Kenapa kamu pegang rantai itu? Kamu tahu
tidak, rantai berlian bewarna merah itu adalah kelemahan kamu. Kamu ingat
tidak, kes yang kita selesaikan di pusat membeli belah pada tempoh hari, yang
kita berdua berpisah secara tiba – tiba itu. Semua itu adalah kerana wujudnya
rantai ini berhampiran dengan bilik Tuan Pengarah itu! Tak kan itu pun kamu
tidak tahu?”
“Yang Encik Mirza nak marah dengan saya ni,
apa hal ah? Kalau saya tahu, saya takkan pegang dan genggam benda ini
sekalipun. Saya tak sebodoh itu lah encik!” Huh dia ni nak marah – marah orang
pula tanpa menyiasat apa – apa dulu.
“Saya bukan marah. Saya hanya risau sebab
saya sudah mula ingat apa yang terjadi dengan ayahanda kamu dulu, dia selalu
terasa perkara yang sama seperti awak selepas mendekati berlian merah ini.”
Aku terdiam buat seketika. Apakah benar apa
yang dia katakan ini? Dia sudah mendapat memorinya semula? Jadi dia sudah ingat
apa yang berlaku pada ayahandaku? Dimana tubuh ayahanda ku juga dia sudah
ingat?
“Sekarang ini barulah saya tahu siapa dalang
disebalik semua ini. Organisasi Zaiwuin, merekalah punca segala – galanya,”
Mirza menyambung kata – katanya. “Sebab hanya Organisasi Zaiwuin yang
meinginkan berlian ini. Berlian merah ini adalah kekuatan mereka dan kelemahan
bagi awak”
Membulat
mataku pabila mendengar kata – kata daripada Mirza. Aku tidak mampu untuk
berkata apa – apa. Jadi selama ini, semua kes yang kami selesaikan ada
berkaitan dengan mereka. Aku masih tidak faham, kenapa mereka mahu membunuh
keturunan ku? Apa yang keturunan ku telah buat kepada mereka? Kenapa mereka
mengejar dan mengancam anakandaku dimasa hadapan? Apa sebenarnya yang berlaku
ini? Ah! Malas lah aku nak fikirkan tentang hal ini. Apa yang penting sekarang
adalah kes ini. Aku mesti cari siapa pembunuhnya dan bertanya apa motif
pembunuhan ini? Adakah ia berkaitan dengan berlian merah itu?
Aku
menghampiri mayat itu sekali lagi. Aku tenangkan fikiran dan terus mencari
bahan bukti. Huk!!! Aku mendapat satu vision.
Kali ini bukan berkaitan dengan ayahanda tapi tentang kes pembunuhan ini. Wah
semudah itu aku mendapat vision
mengenai pembunuhnya. Aku nampak seseorang berhud hitam menghampiran wanita
ini. Dan orang itu ialah.... Betul ke dia orangnya?
“ENCIK,
bukan saya lah yang membunuh wanita itu!”
“Maafkan kami Encik Atiffin,
awak mesti ikut kami kebalai untuk memberi keterangan lanjut”
“Encik polis yang kacak lagi
perkasa, takkan saya yang berumur 18 tahun ini sanggup membuat perkara seperti
ini! Gila ke apa?! Saya masih tahu dosalah Encik polis!”
Aku yang berdiri dari jauh hanya
memandang anakandaku dari masa depan digari dan dibawa oleh polis kebalai untuk
memberi keterangan yang lanjut. Aku terpaksa melakukannya untuk menutup kes ini
secepat mungkin.
Beberapa minit yang lalu......
“Mika, kenapa dengan awak?” soal
Mirza bimbang.
Aku manarik hudku kebelakang,
“Pembunuhnya, saya dah tahu siapa”.
“Siapa dia orangnya, Mika?”
“Qeen, pembantu setia General
Mai. Orang yang menculik Tasy dan menghentam saya dulu,” jawabku dalam keadaan
yang masih terkejut apabila mendapat vision
itu. Adakah benar apa yang aku lihat tadi. Tapi memang jelas sekali, wajah
yang aku lihat itu mirip sekali dengan orang yang menculik Tasy dulu iaitu
Qeen, pembantu setia General Mai.
“Memang betul tekaan saya. Jadi,
apa kita nak buat sekarang? Kita mesti buat sesuatu untuk tutup kes ini kerana
tidak ada siapa yang boleh selesaikan atau ambil alih kes ini selain daripada
PPP’U’M,” soal Mirza. Memang benar apa yang dikatakan oleh Mirza, tidak ada
siapa boleh buat kerana ini adalah special
case. Tiada siapa boleh tahu tentang hal ini selain daripada PPP’U’M. Aku
harus mencari ide untuk menutup kes ini.
Aku menarik hudku kedepan semula
dan mengeluarkan telefon bimbit dengan segera. Nombor telefon Haris ku dial
dengan rapi. Ini saja cara yang aku terfikir buat masa sekarang.
Masa sekarang.....
“Alah Encik Polis, saya merayu
betul – betul dengan Encik Polis yang kacak lagi perkasa untuk melepaskan saya
yang masih muda dan bujang ini. Kesiankanlah saya encik, kesiankanlah ibu bapa
saya. Sedehnya!!! Kenapa mesti saya yang berada disini?!” rayu Haris pada Encik
Polis. Lebih lah pula lakonan budak sorang ini.
“Dah dah. Tak payah nak belakon
dekat sini lagi. Tak adanya dapat anugerah pun kalau belakon dekat sini. Cepat
ikut kami kebalai,” balas Encik Polis itu dengan malas.
KUNCI rumah aku keluarkan dari poket seluarku. Aku mengeluh
kepenatan kerana apa yang berlaku pada hari ini. Kalau dikenangkan semula apa
yang berlaku dibalai tadi memang lawak sekali bagi aku.
Mahu tidaknya si Haris tu
meraung menangis dalam penjara kerana pihak polis lupa yang dia itu hanya berlakon
sahaja untuk menjadi pembunuh. Selepas pihak atasan mengeluarkan notis untuk
pihak polis, barulah mereka ingat yang Haris itu hanyalah berlakon menjadi
pembunuh. Merah bebenar mata budak tu menangis. Menangis sakanlah katakan.
Aku membuka pintu rumahku dengan
luas. Lampu di ruang tamu masih terbuka. Kunci rumah, aku serahkan kepada Abang
Sam, pembantu peribadiku dan dia terus berlalu pergi. Aku melihat jam ditangan
ku, jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Selalunya pada waktu begini bonda akan
berada dibiliknya mengaji. Aku memusingkan badanku untuk menutup pintu rumah
tapi belum sempat aku menutup pintu....
“Hai anak bonda ni, dari mana?
Dari tadi pagi bonda tak nampak batang hidung. Mika pergi mana sebenarnya ni?”.
Alamak!! Bonda lah!
“Ahhhhh... Mika, pergi buat
ulangkaji dengan Tasy dan Halid. Kan tak lama lagi ada peperiksaan kemuncak.
Lepas tu kami pergi jalan, makan dekat luar sebab rumah Tasy tak ada makanan,
bibiknya bercuti”
“Betul ke apa yang anak bonda ni
katakan?”
“Bonda nak buat apa tu?” soal ku
pada bonda pabila ternampak bonda mendial nombor telefon seseorang.
“Bonda nak telefon Halid untuk
memastikan apa yang kamu katakan ini betul.” Pula dah.
“Tak usahlah, bonda. Apa yang
Mika katakan memang betul. Cuba tengok ni,” aku keluarkan telefon bimbitku
untuk menunjukkan gambar aku, Tasy dan Haris dikedai minum. Nasib kami sempat
singgah kekedai minum tadi. Tak tefikir pula benda macam ini akan belaku. Nasib
baik gerak hati nak ambil gambar tu ada.
“Emmmm... Okay. Kali ni Bonda
percayakan Mika. Bukannya apa, Mika. Tadi Bonda ada tengok berita. Ada kes
pembunuhan dekat lapangan terbang. Lepas tu bonda ni ada ternampak orang ni,
mukanya mirip sangat macam Mika tapi tak lah clear mana pun sebab wartawan ambil video dari jauh dan lagipun dia
pakai hud. Dia kalau tak salah bonda, seorang penyiasat yang mula menaik
namanya. Jadi bonda fikir Mika ni keluar pergi buat kerja yang merbahaya tu.
Dengar sininya Mika, jangan sesekali buat kerja macam itu. Jauh – jauhkan lah
sebab kerja macam tu, tinggi risikonya nak.”
Riak wajah ku berubah. Aku
menelan air liur berulang kali apabila mendangar apa yang dikatakan oleh bonda.
Mampus aku kalau rahsia aku terbongkar. Fiuh~
Nasib wartawan ambil dari jauh, kalau dari dekat, makin tinggilah prasangka
yang bukan bukan dari bonda.
“Mmm... Ya bonda, Mika takkan
buat kerja macam itu lagipun Mika kan masih muda, takkanlah Mika nak buat kerja
macam itu. Huh, jauh dari apa yang Mika fikirkan. Baiklah bonda, Mika naik
dulu, mahu beradu. Esokkan sekolah. Selamat malam bonda, Assalamu’alaikum” kata
ku sambil mengambil tangan bonda untuk dicium oleh bibirku.
“Aik? Awalnya. Pergi sembahyang
isyak dulu baru tidur. Sembahyang maghrib ni dah ke belum?”
“Dah bonda, dekat markas tadi
Mika sembahyang menyempatkan.”
“Markas? Markas apa?” Alamak
terlepas lah pula. Mulut kau ni Mika tak pandai nak simpan rahsia betullah.
“Eh apa pula markas. Mana pula
datangnya perkataan markas ni. Maksud Mika pusat beli belah. Markas ni apa pula
ek? Bonda apa maksud markas ek?” aku berlakon buat – buat tidak tahu. Sikit
lagi kantoi
“Heh kamu ni Mika macam – macam
lah. Penat betul kamu ni Mika. Markas maksudnya.... Apa ek? Bonda pun tidak
tahu. Kamu check sajalah kamus dewan
bahasa melayu tu. Ok selamat malam. Wa’alaikumsalam dan Assalamu’alaikum.”
Nasib tak banyak soalan bonda
nak tanya.
USAI solat isyak, aku membaling
tubuhku keatas katil. Tadi bukan main aku penat, tapi sekarang ni boleh cerah
lah pulak mata ni. Jam di meja belajar ku sudah menujukkan pukul sepuluh malam.
Haih, apa yang aku fikirkan sebenarnya ni. Adakah aku fikirkan pasal
peperiksaan pada esok hari? Adakah ia senang ataupun tidak? Atau aku masih
memikirkan tentang Organisasi Zaiwuin yang masih bebas diluar sana?
Aku teringat kata – kata bonda
tadi. Apa yang dikatakan itu memang benar belaka, aku memang dalam bahaya
sekarang ini. Walaubagaimanapun, aku harus lakukan semua ini kerana ini adalah
wasiat dari ayahanda. Kalau aku tidak melakukannya, mungkin aku boleh
mengecewakan ayahanda.
Telefon bimbit ku berdering
dengan kuat. Nombor telefon yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon
bimbit ku. Siapa ni? Aku mengangkatnya dengan perasaan yang amat berat.
“Hello... Siapa ni”
“Hello, Hai Mika. Ini sayalah,”
suara seorang wanita yang amat ku kenal bergema ditelinga ku. Tapi aku tidak
ingat siapa.
“Ya itu awak tapi siapa ek?”
soalku lagi
“Ini sayalah, Sherry. Kawan awak
yang paling awak sayangi dari kecil”
Sherry? Siapa pula Sherry ni?
Eh, tunggu sekejap. Dia kata kawan yang paling aku sayangi. Sherry! Aku ingat
siapa Sherry! Tapi kenapa dia telefon aku? Dari mana dia dapat nombor telefon
aku?
“Awak, bukannya kita dah tak nak
bercakap satu sama yang lain selepas apa yang awak buat saya?” kata ku dengan
perlahan.
“Itu apa yang awak fikirkan,
tapi saya masih nak bercakap dengan awak dan ingin berjumpa dengan awak. Boleh
saya jumpa dengan awak?”
Banyak cantiklah kau nak jumpa
aku esok, aku sekolah lah ngok. Huh, bertenang Mika, bertenang. “Tak dapat.
Esok saya ada exam. Ok bye, saya nak
tidur. Assalamualaikum”
“Eh Mika tunggu! Saya nak....,”
talian ku putuskan. Aku sudah berjanji pada diriku untuk tidak bercakap atau
pun berjumpa dengan kau. Kau dah mengkhianati dan menipu aku dulu.
Siapa Sherry sebenarnya? Kenapa
Mika benci dengan Sherry? Apa yang Sherry dah lakukan dengan Mika sampaikan
Mika benci dengan dia? Apa sebab Sherry mahu berjumpa dengan Mika? Sesuatu
berlaku kepada Mika nanti? Benarkah? Apakah dia? Nantikan Detektif Luar Biasa
B11 – Kau, Akan Terima Padahnya!

No comments:
Post a Comment