Bahan - Bahan Roti Jala:
2 cwn Tpg Gandum
2 cwn air
0.75 cwn susu kotak atau susu cair
2 biji telur
secubit kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit pewarna kuning (kalau tak kuning boleh tambah lagi)
Cara - Caranya :
Masukkan semua badan dalam mesen pengisar (#blender) hingga sebati dan hancur. Selepas itu ditapis dan boleh digunakan.
Masukkan didalam acuan jala dan bentukkan diatas frying pan (masak selama 2 - 3 minit) boleh diangkat dan digolong.
Roti Jala ni kalau makan dengan susu pun sedap sebenarnya. tak payah kuah kari pun tak pe. Tapi since saya ni telampau rajinkan (ye rajin #sangat) so kita buatlah kari walaupun isinya kentang je... huehuehuehue.. so this is the recipe!
Bahan - bahan Kari Kentang (#agak-agak)
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Rempah Lima Sekawan
2 camb serbuk kari
7 biji kentang (dikopek kulitnya dan dipotong kecil)
0.75 dari santan kotak
air secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
Cara - caranya :
Kisar bawang - bawang serta halia dengan sedikit air hingga halus. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
Panaskan minyak didalam periuk kemudian tumis bahan kisar dan rempah lima sekawan hingga pecah minyak dan naik bau.
Kemudian masukkan bancuhan kari dan sedikit air dan masak hingga pecah minyak (pastikan anda sentiasa gaul untuk mengelakkan daripada wujudnya kerak hitam yang tidak diinginkan).
Bila kari dah masak masukkan kentang yang telah dipotong, Gaul dan masukkan air hingga kentang tenggelam untuk merebus. Bila kentang dah empuk masukkan santan serta garam gula dan gaul hingga sebati. Biarkan mendidih tetapi digaul selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Ok itu saja dari saya hari ini. Selamat mencuba. Love you olls
No comments:
Post a Comment