Inikah Masanya?
“Ayahanda,
bangun ayahanda!”
Nasib Haris
ada memyimpan pengesan didalam telefon bimbit ayahandanya itu, kalau tidak
memang susah baginya untuk mencari ayahandanya serta Tasy ditempat yang
dilarang masuk ini lagi – lagi gelap sahaja. Setiba sahaja dia ditempat
kejadian, dia terlihat Tasy sedang menekap badan Mika yang telah ditembak tadi.
“Haris,
badan kamu? Mula kabur!” kata Tasy kepada Haris Atiffin.
Haris
melihat tubuhnya dengan wajah terkejut. “Ayahanda, bangun!! Jangan buat Haris
macam ni. Apa akan jadi pada masa depan nanti ayahanda? Haris mungkin tidak
akan wujud lagi!” Haris menangis dengan bersungguh – sungguh. Tasya Nadilah
yang berada disana turut menangis juga.
Tubuh Mika
yang terlimpang tadi mula bergerak dengan lemah. Mata Haris yang berair dikesat
oleh Mika dengan lembut. “Haris, jangan menangis. Ayahanda tidak ada apa – apa.
Bersabarnya” selepas menyebut kata – kata itu, Mika pengsan semula. Haris
terkejut dengan panggilan yang digunakan oleh Mika itu, ‘ Ayahanda’. Haris mula
cemas apabila Mika pengsan semula. Inikah masanya untuk aku meninggalkan dunia? kata- kata itu terlintas difikiran Mika serta anakandanya. Sama betul fikiran mereka.
“Cepat bawa
Ayahanda ke hospital! Cepat!!”
Satu bulan
tiga minggu kemudian....
Sebulan
lebih sudah berlalu tetapi Mika masih belum menyedarkan diri. Dalam masa itu
juga, pelbagai jenis kes jenayah telah berlaku yang belum lagi diselesai.
Penjenayahnya masih bebas diluar sana. Kota itu dalam keadaan tidak selamat
tetapi yang peliknya mengapa kes – kes itu masih tidak dapat diselesaikan,
tidak adakah penyiasat yang dapat lakukan semua kerja itu.
Haris yang
setia disisi Mika sentiasa mengaji dan mendoakan supayanya Ayahandanya itu baik
–baik saja. Keluarga Mika tidak pula ada dihospital pada masa ini. Kenapa?
Sebab pihak PPP’U’M menyamar dan memberitahu bahawa Mika dihantar keluar negeri
untuk program pertukaran pelajar.
“Haris, tengok tangan Mika!” kata Tasy yang
sedang duduk diatas kerusi roda akibat kecederaan yang berlaku pada dirinya
sebulan lepas.
“Huuukkkk!!!!” sekali lagi Mika terbangun
dengan mengejut seperti dirasuk tetapi tidak dan sekali juga jururawat yang
berdekatan disana terkejut dan melatah dibuatnya. Ish, ish, ish, Mika, Mika,
kau buat lagi daaa..... Tapi kali ini bukan jururawat saja yang terkejut, Haris
yang duduk berhampiran denganya juga terjatuh kebelakang.
Aku dekat mana ni? Aduh, balutan apa dibadan
ku ini? Tiba – tiba, satu vision datang
di pandanganku. Apakah ini? Pandanganku kembali normal. Apa yang baru aku lihat
itu? Dua tiga menjak ini mengapa aku selalu lihat benda yang memang tidak ingin
aku lihat. Apa yang terjadi kepada aku sebenarnya ini setelah sekian lama aku
bersama Unic. Eh, mana Unic? Aku raba – raba leher serta dada ku tetapi
kewujudan rantai itu sudah hilang. Mana Unic sekarang?
“Doktor,
pesakit sudah sedar!” jerit jururawat memanggil doctor.
“Akhirnya
ayahanda sudah menyedarkan diri setelah sebulan lebih terbaring diatas katil
ini koma” terkejut aku mendengar apabila Haris mengatakan sudah sebulan lebih
aku tidak menyedarkan diri. Gila, lama betul!
Haris yang
memang jenis puah mata, terus menangis di tepi katil itu sehinggakan tidak
nampak lagi lantai disitu. Dia menangis bukan kerana sedih tetapi kerana
bahagia sebab ayahandanya sudah menyedarkan diri.
SEBULAN
kemudian..
Keadaan
kembali pulih sediakala, hanya Unic saja masih lagi hilang begitu sahaja tanpa
meninggalkan apa – apa tanda pada hari kejadian yang lepas. Siapa yang ambil
rantai aku itu? Kalau tiada siapa yang mengambil, habis itu dimana rantai itu
berada sekarang? Aku memandang cermin didalam bilik tidurku itu, jelas masih
kesan dari rantai yang pernah aku pakai.
Telefon pintarku berbunyi. Ada pesanan ringkas
ditinggalkan oleh Tuan Besar, dia minta aku datang kemarkas sekarang kerana ada
hal penting katanya. Ha, mengenai markas kami yang dulunya sudah hancur di
serang oleh Organisasi Zaiwuin, kini ianya sudah dibina semula dan pihak
kerajaan sudah merasmikan secara sahnya kami (pihak PPP’U’M) sebagai unit yang
paling besar dan penting di pejabat penyisatan Negara itu.
Nasib hari
ini bukan hari sekolah, kalau tidak memang tidak dilepaskan oleh bondaku untuk
keluar rumah kerana peperiksaan akhir tahun dan terakhir bagiku sudah hampir
dekat, tinggal sehari sahaja lagi. Jadi bonda suruh aku belajar bersungguh –
sungguh untuk mendapat keputusan yang terbaik supaya dapat masuk universiti yang
bagus.
Setiba
sahaja di markas, aku lihat keadaan disekelilingku agak pelik kerana masing –
masing sibuk bercerita mengenai satu hal yang setentunya aku tidak tahu. Ada
yang aku lihat dahi mereka bekerut seribu, macam orang tua pula aku lihat dan
ada juga memberikan wajah terkejut yang sukar untuk ditafsir apa sebabnya.
“Assalamualaikum
Tuan Besar. Ada apa panggil saya kemarkas terburu – buru sangat ni? Kenapa
semua orang dekat luar... AAAAA!!!” kata – kataku terhenti kerana dadaku terasa
pedih teramat sangat. Kenapa ini? Apa yang mereka lakukan kepada aku? Aku cuba
memandang wajah mereka sambil memegang dadaku yang sakit. Mereka tidak
melakukan apa -apa kepadaku kerana mereka juga menjadi cemas tiba – tiba
apabila melihat keadaan ku seperti ini. Apa jadi pada aku?
“AAAAAA!!!!” sekali lagi aku menjerit
kesakitan dan kini aku terapung, terapung bukan kerna dirasuk tetapi kerna satu
sebab yang mana aku tidak tahu. Dadaku bercahaya seperti sebelum ini, seperti
saat pertama kali aku bertemu Unic. Takkan? Adakah Unic kembali? Tetapi dimana?
Aku masih tidak nampak kelibat rantai itu. Aku rebah. Keadaan ini memang sama
sekali seperti dahulu. Hanya pada saat ini aku tidak pengsan, aku masih
meyedarkan diri.
Rasa sakit masih lagi dapat dirasa di dada
ini. Seseorang berjalan menuju kearahku dengan perlahan, jelas kedengaran bunyi
tapak kasut itu. Aku dengan lemah mengangkat kepala ku untuk melihat wajah
orang itu. Siapa dia ni? Kenapa aku macam pernah lihat lelaki ini tetapi
dimana? Dia membongkokkan dirinya sambil menghulurkan tangan untuk menolong aku
berdiri. Aku capai huluran itu dan berdiri seperti sediakala.
“Hai Mika,
ingat saya lagi?” suara ini, seperti pernah aku dengar sebelum ini. Tunggu
sekejap, suara ni, eh takkanlah. Bukan dia Mika, bukan dia. Heh mengarut betul
pemikiran kau ni, Mika. Dia kan dalam rantai terkurung oleh Organisasi Zaiwuin
yang sengal tu. Aku pukul – pukul kepala aku sebab berpikiran sedemikian.
“Awak tidak
usah pukul kepala awak Mika sebab apa yang awak fikir itu memang benar. Saya
adalah Unic atau nama sebenar saya ialah Tenkū Mirza, orang yang terkurung
didalam rantai yang awak pakai selama ini tapi kini saya sudah bebas atas
bantuan awak. Terima kasih saya ucapkan ata bantuan awak itu” kata Mirza dengan
senyuman terukir dibibirnya.
“Apa?!!” aku
hampir pengsan tetapi sempat disambut oleh anakandaku, Haris dengan pantas. Aku
sambung semula kata – kataku, “Tapi macam mana? Lagi satu kenapa tutur kata
awak sungguh sopan dan sedap untuk didengar, tidak seperti dulu yang kasar dan
ganas. Benarkah awak ini Unic yang saya kenal?”
“Ya, betullah saya ni Unic yang awak kenal
tapi sekarang ni jangan panggil saya Unic sebab yang Unic sekarang ini adalah
awak Mika. Panggil saja saya Tenkū bukannya Tengku okey? Ataupun Mirza.”
Aku? Unic?
Bagi aku ketawa dulu. Apalah manusia sorang ni merapu. Ada ke dia kata yang
sekarang ni aku Unic. Heh tak patut tak patut.
“Ayahanda,
betul ke dia ni Unic dalam rantai itu? Tapi semua orang kata memang dialah
Unic,” Haris berbisik di telinga.
“Manalah aku
tau, Haris oi.” Aku bisik ditelinganya semula.
“Sebenarnya
ceritanya macam ini, saya ringkaskan sahaja ye. Pada hari Tasya Nadilah diculik
dan Mika pergi untuk menyelamatkan Tasy itu, saya sudah merasakan sesuatu akan
berlaku. Pada ketika Mika berasa marah dan mula mengganas, dia sebenarnya sudah
menyerap segala kuasa yang saya ada dan saya telah pun bebas dari kurungan itu.
Rantai yang awak pakai selama ini sebenarnya tidak hilang tetapi telah pun masuk
kedalam jantung awak. Sebab itu masih ada kesan rantai dileher awak itu. Oleh
yang demikian, orang yang mempunyai kebolehan yang telah saya perolehi selama
ini akan digelar Unic. Walaubagaimanapun, memandangkan nama Unic itu tidak sesuai
untuk awak Mika, jadinya awak boleh guna nama awak sendiri sahaja. Satu lagi,
walaupun saya sudah tidak mempunyai kuasa tetapi saya masih dapat membaca
fikiran awak Mika kerana darah saya dan darah awak sekarang ini sudah pun
bercampur due to kita terlampau
banyak bergabung sebelum ini”
Mulutku
ternganga mendengar penjelasan daripada Unic, i mean Mirza. Oh macam itu rupanya ceritanya. Walaupun bunyinya
agak tidak masuk akal tetapi hakikatnya memang benar belaka. Jadi dalam badan
aku sekarang ini ada kebolehan yang Unic ada dulu. Jadi kami tidak usah
bergabung lagi? Jadi kami tidak perlu bekerja sama lagi? Bahagianya hidupku!
Dalam gamat
aku melayan bahagia didalam hati ini, ada pula suara sumbang dari luar pejabat
Tuan Besar memanggil Tuan Besar.
“Tuan, tuan,
tuan, tuan, tuan, tuan!!!! Tuan Besar Kamaruddin Bakhtiar!”
“Kenapa
dengan kamu ini, Sal? Dari luar saya dengar kamu menjerit nama saya bagai nak
rak? Ada apa ni?” Sal salah satu pembantu peribadi Tuan Besar, kalau Kak Yana
tak ada dia yang ambil alih kerja Kak Yana untuk menyampaikan segala informasi
kes yang baru masuk. Sal ni memang bagus cara dia bekerja, cuma dia ni lembut
sedikit. Sal ni lelaki sebenarnya, nama sebenarnya ialah Tengku Indera Saleh.
Anak kerabat, kacak tapi itu sajalah lembut
“Tunggu
sekejapnya tuan, saya tarik nafas dulu ya. Ya Allah penat lah pula sebab belari
dari luar ni! Itu, tengok dekat skrin
tu. Saya mendapat informasi yang mana menunjukkan satu kejadian pembunuhan
berlaku di lapangan terbang berdekatan dengan markas kita. Bukan itu saja, ia
ada kaitan dengan satu organisasi yang mula membuat hal pada masa ini iaitu
Organisasi Zaiwuin!”
“Apa?! Mika
kamu pergi dengan Mirza untuk selesaikan kes ini. Pastikan semuanya berjalan
dengan bagus!” arahan Tuan Besar buatkan aku terkedu buat seketika. Kenapa
dengan Mirza?
“Ahhh Tuan,
kenapa Mirza?”
“Sebab kamu
dengan Mirza memang sudah ditakdirkan untuk berkerja bersama – sama. Dah sudah,
pergi sana! Pergi selesaikan kes ini.” Pula dah. Itu saja alas an yang dia ada.
Tak patut, tak patut.
Huh, baru
saja nak bahagia sikit. Ingat bebas lah diri ini dari bertekak dengan Unic, eh I mean Mirza. Keliru betul aku dibuatnya nama lelaki
sorang ni. Remember Mika, nama dia
Mirza bukan Unic. Terima sajalah hakikat yang kau mesti bertugas dengan Mirza
buat selama – lamanya, Mika. Hadui, sedehnya hati ini mengenangkan hal tentang
dia.
Berjayakah mereka
berdua untuk bekerjasama seperti dulu? Mampukah mereka menyelesai kes
pembunuhan kali ini setelah sekian lama tidak menyelesaikan apa – apa kes?
Siapakah pembunuhnya? Organisasi Zaiwuin punca disebalik kes ini? Benarkah?
Tapi kenapa? Nantikan Detektif Luar Biasa B10 – ‘Mereka punca segala – galanya’....

No comments:
Post a Comment