Tolong Saya, Selamatkan Saya~~~
Hari sekolah bermula seperti biasa tapi saya rasa
kosong pabila kekurangan sahabat pada masa ini. Tasy, dimanakah awak masa ini?
Tasy mula hilang dua hari lepas ketika markas PPP’U’M diceroboh dan diserang
oleh orang – orang Organisasi Zaiwuin. Saya masih tidak faham kenapa mereka
membuat sedemmikian sedangkan kami tidak pernah membuat sebarang salah kepada
mereka. Apa yang mereka mahukan sebenarnya ah?
“Haris, cepat! Tuan Besar memerlukan kita pada
masa ini. Markas diserang oleh
Organisasi Zaiwuin!” jeritku dengan nada yang gelisah dan bimbang. Haris
juga begitu risau apabila mendengarnya. Kami terus berlari menuju ke markas.
Setiba
sahaja kami dimarkas, semuanya sudah hancur. Semua teknologi yang canggih sudah
rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Saya sedih apabila melihat ramai yang
cedera dan tidak bermaya untuk bangun. Kelibat Tuan Besar masih tidak
kelihatan. Saya mencari dan terus mencari. Satu susuk tubuh yang saya kenali
telah ditimpa oleh batu yang agak besar tapi nasib baik dia tidak apa – apa.
“Tuan Besar, awak tidak apa – apa ke?”
“Ha ah, saya
tidak apa – apa. Apa jenis soalan yang kamu tanya ni? Memanglah saya tidak
baik disini. Sakit sangat ni. Mika tolong saya, tolong selamatkan anak saya,
Tasy. Dia diculik oleh Organisasi Zaiwuin.”
Kepala Tuan
Besar yang saya pegang tadi terus saya lepaskan kerana terkejut dengan berita
yang disampaikan oleh beliau. Mahu taknya menjerit orang tua tu dibuatnya. Apa?
Tasy hilang? Mengapa mereka menculik Tasy sedangkan mereka ugut saya untuk
membuat sesuatu kepada keluarga saya? Takkan? Jadi tadi itu hanya perangkap
bagi saya untuk keluar dari tempat ini dan pada masa yang sama mereka memasuki
tempat ini. Eh, baru saya ingat tadi! Saya memang ada bertembung dengan orang
yang tidak dikenali tadi tapi saya fikir mereka hanya berjogging biasa – biasa sebaliknya bukan. Mereka adalah Organisasi
Zaiwuin. Tapi persoalannya sekarang, kenapa Tasy?
Dalam
serangan itu, ramai juga yang terkorban dan cedera. Disebabkan perkara ini
berlaku, orang yang tidak mengetahui mengenai PPP’U’M, jadi tahu. Ia mula
menjadi viral di laman sesawang. Ada
yang mengatakan takziah dan ada juga yang mengatakan perkara negatif mengenai
PPP’U’M. Tuan Besar sekarang ini masih dirawat dihospital kerana cederanya yang
agak parah itu. Haih, saya masih sedih~~
“Baik,
pelajar – pelajar semua, sila buka muka surat 101 dan baca. Saya bagi kamu masa
selama 10 minit untuk membacanya,” kata – kata Cikgu Diyana menghentikan
lamunan ku sebentar tadi. Cikgu Diyana adalah cikgu baru disekolah ini dan dia
mengajar subjek Bahasa Melayu.
SAYA pulang ke
rumah dengan berjalan kaki walaupun jarak rumah dan sekolah baru saya agak jauh.
Mahu lepaskan stress kata orangkan.... Saya melintasi peti surat di hadapan
rumah saya dan ia besinar lagi seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Eh
surat biru lagi? Apa pula sebab Haris untuk menghantarkan surat biru ini?
Dengan tidak memikir panjang, saya terus mengeluarkan surat itu dan terus
membacanya.
Kepada Anakandaku, Mika,
Ayahanda memang sudah mengagak situasi begini
akan berlaku. Oleh yang demikian, ayahanda ada membina bilik khas untuk kamu
menjalankan tugas kamu. Kata kuncinya masih sama seperti kata kunci untuk
markas PPP’U’M. Kamu boleh membawa Haris, anak kamu masuk kedalam bilik itu
tapi jangan sesekali membawa orang lain selain diri kamu dan Haris kecuali
orang itu kamu rasa betul – betul boleh dipercayai. Ingat kata – kata ayahanda
ini. Jangan sesekali! Ayahanda juga mempunyai kata – kata untuk kamu, jangan
cari sesuatu yang memang tidak pernah berlaku. Fikirkan maksud ayahanda ini. Dengan
itu, ayahanda sudahkan surat ini dengan salam dan semoga ayahanda.
Sekian,
Ayahanda.
Membulat
mataku membaca surat itu. Ayahanda! Tapi macam mana? Ayahanda sudah meninggal
dunia tapi siapa yang menghantar surat ini? Macam mana ayahanda tahu mengenai
Haris? Hal ayahanda ini membuatkan saya lebih musykil tanpa sebab. Apakah benar
ayat yang ditulis diatas kertas ini? Patutkah saya mencarinya? Saya terus
memasuki rumah dengan tubuh yang bergetar kerana rasa yang amat sukar untuk
ditafsirkan. Sebelum itu saya memasuki bilik tidur saya untuk meletakkan beg
sekolah dan menukar pakaian ditubuhku ini.
Mencari dan
terus mencari. Hampir seluruh kawasan rumah itu, luar dan dalam, saya mencari
tempat yang dimaksudkan oleh ayahanda itu. Dimana sebenarnya tempat itu? Tiba –
tiba Unic bersuara.
“Mika, cuba kau cari dalam bilik kau lagi ke
atau bilik kerja ayahanda kau ke. Mungkin juga di rumah pokok kau dekat halaman
belakang rumah itu.”
“Saya dah cari kat semua tempat itu lah,
Unic. Tapi saya masih tidak jumpa.”
“Eh, engkau ni. Kalau aku kata cari. Cari
sajalah!”
“Kalau saya tak nak, apa awak nak buat dekat
saya.”
“Hih, budak ni. Kalaulah badan aku ni masih
ada dan wujud, memang dah lama aku seligi kepala otak kau ni!”
“Yaaaaaa...... Saya ikut cakap awak, wahai
tuanku Unic.”
Saya turut
apa yang diarahkan oleh Unic itu. Pada mulanya saya mencari dirumah pokok dan
bilik tidur saya tapi masih tidak menjumpainya. Lalu, saya pergi kebilik kerja
ayahanda yang sudah lama tidak dimasuki oleh orang, hampir empat tahun jugalah.
Saya terokai tempat itu dengan muka yang amat serius dan serius lagi. Huh,
serius lah sangat~ Akibat otak sudah buntu kerana tidak menjumpai tempat itu,
saya pun duduk dimeja kerja ayahanda yang agak beserabut itu.
“Wahai
ayahanda ku yang tercinta, dimanakah tempat yang ayahanda maksudkan itu. Hampir
semua tempat Mika cari masih tidak jumpa. Huh~~`” onarku seorang diri sambil
melihat gambar ayahanda di dinding berdepanan dengan meja kerjanya itu. Gambar
itu saya tatap betul – betul sehinggakan ternampak satu kilauan kecil menyinar
di rantai yang di pakai oleh ayahanda didalam gambar itu. Eh, rantai yang
samalah! Apabila melihat ayahanda memakai rantai itu memang mirip sungguh
seperti saya yang sedang memakainya sekarang. Ayahanda, dimanakah ayahanda pada
masa ini? Jika benar ayahanda sudah meninggal dunia tapi dimanakah mayat nya?
Saya
menghampiri gambar tersebut kerana ternampak sesuatu yang agak dikenali. Nombor
113 – 00. Ini, bukannya nombor jalan ke Markas PPP’U’M ke? Takkan ini yang
dimaksudkan oleh ayahanda? Saya menyebut kata kunci yang sama seperti yang
diguna untuk markas tersebut. Tiada apa – apa yang berlaku. Pelik. Kalau bukan
ini, habis tu dekat mana?
Ya ampun!!!!
Buntunya otak saya ini! Huh, bertenang Mika, bertenang. Saya cuba tekan – tekan
gambar itu, mana tahu macam dalam cerita dongeng zaman sekarang, kalau tekan
dinding itu, pintu pasti terbuka, tapi hampeh, tak ada betulnya. Buktinya
sekarang ini.
“Wahai Unic,
kata – kata awak hanyalah tipu semata – mata”
“Ha, aku
tau! Cuba kau begabung dengan aku, lepas itu kau sebut lagi kata kunci itu.
Mana tahu menjadi.”
Saya belum
sempat berkata apa – apa, dia sudah masuk ketubuh saya. Hampeh! Aku terus
menyebut kata kunci itu sekali lagi dan memang benar ada satu pintu terbuka di
sebelah tempat aku berdiri. Ada tangga menuju ketempat itu. Ayahanda memang
hebat!
MEMANG luar
biasa tempat yang dibina oleh ayahanda ini. Aku tidak mampu berkata apa – apa
selain ‘Fulaweh!!!! Hebat gila!!! Wow!!!’
itu yang mampu ku katakan. Aku apa lagi, dekat tempat itu, macam orang baru
keluar dari hutan selama bepuluhan tahun. Apa aku nak buat dekat sini ek? Aku
duduk di kerusi berdekatan dengan meja kerja ku sambil berpusing – pusing kerana
bosan. Ah, nak keluar lah! Sebelum sempat aku keluar, sesuatu timbul dari meja
itu. Ada ayat yang tertulis disitu.
Jangan pernah masuk kedalam tempat ini jika
kamu tidak bergabung dengan Unic. Special case for Haris. Dan jangan pernah
keluar dari tempat ini tanpa Unic. Now Unic is part of your life. Remember that.
Adakah ini
amaran atau arahan? Aku baru saja rancang nak keluar dari badan ini. Huh,
sengal punya arahan. Setelah keluar dari tempat itu, aku berubah semula menjadi
saya, Mika. Telefon saya berdering dengan kuat. Nombor siapa ini? Takkan? Saya
terus mengangkat panggilan itu dengan hati yang berdebar.
“Hello!”
“Mika, tolong saya~ Selamatkan saya~ Mika~”
“Tasy! Awak ke tu? Tasy, awak dekat mana?
Tasy, jawablah saya!”
“HAHAHAHA..... Kenapa Mika? Kau takut kami
apa – apakan Tasy. Kami tidak ada buat apa – apa pada dia. Kami Cuma sentuh
sedikit je muka dia tu.”
“Hey, kau siapa ah? Kenapa kau culik Tasy?
Kalau korang mahu kan aku kenapa kamu
culik dia? Kalau Tasy cedera atau kesakitan, nahas korang aku kerjakan!”
“Wah, dah berani be ‘aku kau’. Kau nak tahu
siapa aku? Aku General Mai. General yang paling licik, hebat, pintar, bergaya
dan mamang ter vok di dunia. Tiada
siapa yang boleh menghalang dan mengalahkan aku dalam apa jua benda yang aku
buat! Ahahahaha”
“Banyak lah kau punya general sana. General
mana yang bagitahu identitinya sebenar kepada orang lain. Pintarlah sangat.
Bodoh ada lah”
“Wei, kau memang main ganas ya! Sedap mulut
kau je kata aku bodoh! Aku tampar perempuan depan aku ni karang, baru kau tahu.
Dahlah, kredit aku nak habis ni. Ingat, kalau kau nak perempuan ni selamat,
jumpa aku malam ni jam 8.00. Jangan kau berani bawa sesiapa, polis atau sesiapa
pun. Nanti aku suruh orang aku SMS kau tempatnya. Bye HAHAHAHA”
“Eh tunggu!!”
Talian
terputus. Tasy, apa yang mereka lakukan pada awak sehinggakan bunyi suara awak
begitu lemah? Saya mesti beritahu Tuan Besar dan Haris mengenai hal ini.
General Mai ada mengatakan jangan bawa sesiapa, saya peduli apa, dia mana boleh
mengarah saya sesuka hatinya saja.
7.58 minit
malam......
“Tasy!!
Tasya Nadilah!! Mana awak berada?!” Saya menjerit memanggil Tasy. Saya tidak
meminta pertolongan Unic dalam hal ini walaupun ianya agak berisiko. Dia ada
kata nak tolong, tapi saya tidak benarkan. Saya lihat tempat ini, dan seperti
saya pernah melihatnya. Saya terus mencari dan mencari.
“Hai Mika” kedengaran
suara seorang lelaki dibelakang saya. Belum sempat saya berpusing, kepala saya
dihentak dengan benda keras dan saya pitam.
“Hoi bangun!
Jangan kau nak pengsan – pengsan lagi dekat sana! Hoi, aku kata bangun!”
seseorang menjerit kearah saya. Suara yang sama saya dengar tadi. Saya mula
membuka mata, permandangan saya agak kabur. Kaca mata saya. Mana kaca mata
saya? Saya tidak dapat melihat dengan jelas kalau begini. Tasy, mana Tasy? Badan
saya diikat dengan ketat dan saya tidak mampu untuk bergerak. Saya mula berasa
marah, sedih dan takut pada masa yang sama.
Tiba – tiba,
sekali lagi saya dapat melihat sesuatu. Perkara yang sama seperti sebelum ini,
mengenai tempat di mana saya berada sekarang. Tempat ini memang sama seperti
dimana ayahanda diserang. Saya sedar semula. Tasy rupanya selama ini berada
dihadapan saya. Keadaannya sangat lemah. Eh saya dapat lihatlah! Tanpa
menggunakan kaca mata! Adakah Unic telah memasuki badan ini sekali lagi? Tidak,
dia tidak masuk badan saya pun.
Saya pandang
wajah orang yang memukul saya tadi walaupun keadaan disekeliling agak gelap.
“Kau siapa
ah?” saya jerit kepada orang itu dengan nada marah.
“Aku Qin.
Orang yang General Mai paling percaya didunia ini. Apa yang yang aku kata semuanya dia percaya. Ini
orang – orang aku yang paling aku sayangi pada masa yang sama yang paling aku
benci!” mukanya semakin jelas dipandanganku. Ceh, harap muka saja cantik tapi
perangai macam lumpur, kotor sungguh.
“Oi perempuan, mana General kau yang sengal
tu ah? Apa namanya tu? General Mei? Mai? Ah aku peduli apa namanya siapa tapi
mana dia sekarang? Aku nak selesaikan hal ini dengan dia tapi bukan dengan
korang!”
“Wah, wah, wah... Mulut kau memang kasar eh.
Suka hati kau je kata aku perempuan. Aku jantan lah. Main kasar betul budak
sorang ni! Haih, kalau penumbuk ni hinggap dekat muka kau yang kecik tu, memang
mati terus kau dibuatnya. General aku, tidak dapat datang hari ini sebab
kesesakan jalan raya.”
“Hahahahaha... Aku fikir perempuan tadi
rupanya lelaki. Cantik dengan kacak pun aku boleh confuse. Aku nak korang lepaskan kawan aku sekarang juga atau nahas
korang aku kerjakan!”
“General kami belum membagi sebarang arahan
pun untuk melepaskan korang berdua sehingga dia berada disini. Dia nak bunuh
kau, Mika sebab dia memang suka membuat sedemikian.”
“Aku tahu kenapa dia suka bunuh orang sebab
otak dia sengal dan bengong, tau tak. Sampaikan orang bawahannya juga mempunyai
otak seperti dia. Nama organisasi pun pelik macam orang – orangnya juga”
“Kurang ajar!!”
Satu
tumbukan kuat hinggap dimukaku. Tutur kataku berubah serta merta. Ini bukan
Unic punya kerja. Tapi ini aku, diriku sendiri, Mika. Aku marah dan aku marah!
Aku tetiba berasa kuat dan mampu membuat sesuatu tanpa pertolongan Unic. Mataku
membiru dan ikatan di seluruh tubuhku lerai begitu sahaja.
“Aku kata,
aku nak selesaikan hal ini dengan general kau! Bukannya dengan kau!!” satu
tumbukan terbang dimuka Qin sebelum dia berlalu pergi. Dasar pengecut. Perasaan
ini, perasaan yang sudah lama aku mahukan. Aku menjadi pantas dan tumbukan
hinggap dimuka masing – masing. Semuanya berterbangan oleh aku. Ada yang cedera
parah oleh aku. “Mana General kau? Mana?!!”
“Saya tak
tahu~~ Saya tak tahu” jawab orang -
orang si Qin ketakutan. Belum sempat aku menumbuk mukanya, sedas tembakan
dilepaskan masuk kedalam tubuhku. Aku berpusing dengan lemah dan nampak Qin
serta sebelahnya ada seseorang yang tidak aku kenali. Mungkinkah itu General
Mai? Jeritan Tasy kedengaran di telingaku ini. Dia ketakutan. Mataku kabur
semula dan mula rebah.
Dapat rasa
rambutku ditarik dengan ganas. “Apa kau kata? Aku bodoh, sengal, bengong? Wah
mulut kau, cantik sungguh sampai kata – kata kau pun catik sungguh. Lihat
sekarang, siapa yang bodoh? Aku ke kau? Kau! Sebab kau yang terlimpang
kesakitan sekarang ini!” bisik General
Mai ditelingaku. “Biar kan dia disini bersama kawannya itu. Puas hati aku,
sekarang ini keturunan Haris Hakim tidak wujud lagi didunia ini.” Ketawanya itu
membuatkan telingaku bingit.
Aku tidak mampu
untuk bergerak. Sakitnya! Adakah benar ini kesudahan hidup ku? Bonda, Nia,
Nekanda, Mika ditembak.
Apa yang
akan berlaku pada diri Mika? Adakah ini kesudahan hidupnya? Adakah ini
kesudahan cerita ini? Orang yang Mika ingin jumpa, kini menjelma? Siapakah dia?
Encik Mirza kini kembali seperti biasa? Benarkah? Nantikan Detektif Luar Biasa
B9 – Inikah Masanya?
No comments:
Post a Comment