Friday, November 13, 2015

Detektif Luar Biasa B7


Tak Guna!!!

1 jam 43 minit 50 saat yang lalu....

Aku memandang kearah semua tempat untuk menghidu bau darah yang serupa dengan sampel darah suspek yang berada ditangan pada masa ini. Namun sukar bagiku untuk membuat sedemikian disebabkan lapisan – lapisan dinding yang menghadang aroma bau lain untuk menembusinya. Lalu aku pun pergi kesetiap satu tempat untuk membuat apa yang dilakukan sebelum ini.

Kerja ku terhenti apabila telefon pintar ku berbunyi. Huh Mika, apa jenis lagu yang kau simpan jadi nada dering telefon pintar kau ni ah? Geli geleman aku dengar. Aku mengangkat panggilan itu untuk membuang rasa jengkel mendengar nada dering tersebut. Mmmmm.... Tasy....

“Ha apa? Dah jumpa ke tak maksud disebalik nombor itu?” kataku dengan nada menjengkelkan.

“Hih, bukan main sedap mulut kau saja kan? Kalau kau tolong carikan juga bolehlah kau cakap macam tu. Kan...  Aku pun dah hilang budi bahasa disebabkan kau... Aku telefon kau ni Detektif, sebab mahu beritahu yang aku dan Haris dah buntu untuk mencari maksud nombor itu. Kau buat lah sendiri and... Ok Bye!” sengal punya perempuan. Aku belum habis cakap dia boleh suka hati hentikan perbualan kami. Huh!

Dia ni, aku bagi kerja senang macam itu pun tidak dapat buat. Kata pelajar terbaik didalam kelas, benda macam itu pun lembab nak selesaikan. Kalau dah macam ini jadinya, aku soranglah buat kerja ni. Buat penat aku saja.

Aku berlari pantas menuju kesatu tempat yang mana aroma darah itu hampir sama. Mata ku mengecil untuk membaca penanda disebalik pintu kaca itu. ‘Pejabat Utama’? Dengan kehandalan yang ada pada diriku ini, aku dapat menembusi pintu ini tanpa membuka pintu ini. Huahaha... Gelak aku sebentar. Saja sekali sekala show off. Aku memasukki tempat itu dalam keadaan halimunan dan cuba mencari bau itu. Langkah ku terhenti. Kepala ku rasa pusing. Kenapa ni? Apa jadi pada aku? Aku belari masuk ke dalam tandas yang berdekatan.

“Aaaaa!!!!” secara tiba – tiba aku berubah semula menjadi, saya Mika. Lemahnya badan saya. “Unic, apa yang terjadi ini?”

“Sepatutnya aku yang tanya kau. Selalunya aku dengan arwah ayahanda kau, boleh tahan juga lamanya kami bergabung tapi dengan kau hari ni kenapa sekejap sahaja? Mika, kau mesti selesaikan kes ini seorang diri,” saya menjadi risau tidak menentu arah. Macam mana saya nak keluar dari tempat ini. Ini macam tandas pekerja dekat sini saja. Aduh Unic, kenapalah awak pilih tempat ini untuk menyorok. Think Mika, think. Find a way to get out from this place, Mika. Saya harap ada kebolehan macam awak, Unic supaya boleh menjadi halimunan. Beranganlah saja.

Dengan perlahan saya keluar dari tempat itu dan saya berjaya. Saya mencari tempat untuk duduk buat seketika dan berfikir. Saya memandang nombor yang dicatit oleh tangan ini tadi. 81822162 – 00 – 7132624121732142 ? Nombor apa ni ah? Saya pandang setajam – tajam yang mungkin. Setiap nombor itu saya lihat dengan teliti. Eh, sekejap. Ini adalah kod yang biasa saya guna untuk kawan saya disekolah lama. Saya selesaikan kod itu dan saya telah pun mendapat jawapannya. Jadinya, dialah pembunuh itu. Unic!!! Saya berjaya selesaikan kes ini. Motifnya lagi masih saya tidak tahu.

Tidak lama selepas itu, badan saya terapung. Unic hendak bergabung dengan saya sekali lagi. Dia mencuba dan berjaya. Aku tahu apa dia motif pembunuhan ini.

Kembali kepada masa sekarang.....

“Selamat petang di ucapkan kepada tuan – tuan dan puan – puan semua. Saya ingin mengenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya ialah Detektif Unic Mika. Sebab saya memanggil anda semua dibilik ini adalah kerana saya telah pun ketahui siapakah pembunuh Encik Nik tadi pagi. Dan pembunuhnya tak lain dan......,” kata – kataku terhenti kerana..

“Aik, boleh pula cakap tak payah be ‘aku kau’. Kan bagus be’saya – saya’. Sedap sikit telinga ni dengar,” disampuk Tasy dengan nada menyindir.

“Hih, sibuk lah kau sana. Diam. Jangan ganggu aku. Okey bebalik semula kepada kes ini. Dan pembunuhnya tak lain dan tak bukan, awak Tuan Pengarah Mustafa” kata ku sambil menunding jari kearahnya. Suka hati akulah nak tunding jari ataupun tidak.

Satu bilik terkejut apabila mendengar apa yang baru aku katakan itu. Jelas kegelisahan di raut wajah Tuan Pengarah Mustafa. Apa lagi yang dia mampu lakukan untuk mempertahankan dirinya. Aku melihat lagi wajahnya, berubah menjadi marah dan serius.

“Apa bukti yang kau ada untuk menuduh aku sebagai pembunuh dalam kes ini. Cuba kau jelaskan kepada kami semua. Aku mahu dengar,” balasnya dengan tenang.

Aku hanya senyum sinis sambil meminta semua orang keluarkan kertas dan pena. Aku mengarah mereka untuk menulis nombor yang telah aku selesaikan tadi itu. “Saya mahu awak semua yang ada disini lukis papan kekunci telefon bimbit yang lama yang mana setiap satu nombor ada huruf – hurufnya yang tertentu. Maksud 2 nombor pertama – 81 ialah jika anda tekan nombor lapan satu kali, huruf ‘T’ akan keluar. Seterusnya jika anda tekan nombor lapan dua kali, huruf ‘U’ pula akan keluar dan seterusnya juga begitu,” jelas ku kepada mereka.

“T-U-A-N – (jarak) – P-E-N-G-A-R-A-H. Eh, betullah. Tuan Pengarah!” sebut Tasy satu persatu. Semua memandang Tuan Pengarah dengan wajah tidak percaya.

“Mangsa menggunakan kod ini bagi setiap contact number yang ada didalam telefon beliau. Tapi pada waktu dia telah dibunuh, ketika suspek larikan diri, mangsa sempat membuka telefonnya untuk mencari kod bagi nama Tuan Pengarah. Lagi satu bahan bukti yang sangat – sangat kukuh dan boleh dipakai ialah ini, sampel darah Tuan Pengarah. Betulkan Tuan Pengarah, awak ada luka di bahagian lengan awak itu? Ketika awak sedang bergelut dengan Encik Nik, benda yang digunakan dalam kes ini terguris ditangan awak. Betulkan? Memanglah betul sebab saya kan selalu betul,” kata ku dengan penuh lagak pabila melihat muka Tuan Pengarah sudah pucat.

Keadaan didalam bilik itu menjadi sunyi sepi. Mata ku tertangkap disatu sudut berhampiran dengan meja kerja Tuan Pengarah. Aku senyum. Bahan yang digunakan untuk kes ini dibuang didalam tong sampah dia. Memang tidak bijak langsung Tuan Pengarah ni. Nama saja pengarah tapi pemikiran singkat sungguh. Memang tak ada insuran betul mulut kau ni detektif.

“Mungkin saya tidak perlu untuk berlakon lagi. Memang saya yang membunuh Encik Nik tapi saya tak sengaja. Saya langsung tidak ada niat untuk membunuh dia. Tapi dia memaksa saya untuk membuat sedemikian. Saya cuba untuk menghalang dia dari melaporkan kepada polis tentang diri saya yang sebenar. Saya telah memakan harta pusat membeli belah ini atas sebab untuk berjudi. Dia mula mengetahuinya pun ketika dia membaca resit bank yang menunjukkan duit pusat ini makin bekurangan dan dia mula tanya saya kenapa benda ini boleh terjadi dan dia juga meneka. Tekaannya memang betul,” wajah Tuan Pengarah Mustafa ku lihat dengan senyuman. Kau memang tidak pandai berlakon, Tuan Pengarah.

“Itu bukanlah sebab yang sebenar mengapa dia bunuh Encik Nik. Betulkan, Tuan? Awak sebenarnya telah membunuh seseorang sebelum awak membunuh Encik Nik dan Encik Nik adalah saksi perkara tersebut. Orang yang awak bunuh sebelum ini adalah teman wanita Encik Nik, Cik Sara. Mayatnya ada di bawah tempat Tuan berdiri sekarang ni,” pihak polis dan CSI terus menuju ketempat Tuan berdiri sejurus aku berkata begitu. Memang benar tanggapan ku, ada satu tubuh berlumuran darah berada di situ. Nasib baiklah tanggapan ini betul.

Aku sambung ayat ku tadi, “Mangsa, Cik Sara dibunuh kerana telah mendapati Tuan Pengarah adalah pengedar yang tidak bertauliah dan ingin melaporkan kepada Encik Nik untuk memberitahu kepada pihak polis tapi hajatnya tidak kesampaian pabila ditikam oleh Tuan Pengarah dari belakang. Encik Nik, yang melihat situasi itu ketika dia hendak memasuki pejabat Tuan Pengarah terus melaporkan kepada pihak polis tapi belum sempat dia buat apa – apa, Tuan Pengarah ternampak Encik Nik lalu membubutnya sehingga ke lif. Pergelutan berlaku dan mangsa terbunuh ditempat kejadian,”

Tuan Pengarah tergamam. Pihak polis membawa dia ke balai bagi siasatan yang lebih lanjut. Beliau dipenjarakan atas sebab mengedar, memakan harta pusat itu dan membunuh. Benda yang digunakan untuk membunuh adalah pembuka surat. Dengan ini kes ditutup.




“SYABAS diucapkan kepada Mika kerana telah menyelesaikan banyak kes yang berkaitan dengan jenayah semenjak dua menjak ini.”

“Terima kasih semua atas tepukan yang diberikan. Saya tidak mampu membuat semua ini kalau tidak ditolong oleh Unic. Terima kasihnya Unic!” ucapku kepada semua dan Unic.

Tiga minggu berlalu setelah kes di pusat membeli belah itu selesai. Selepas iitu pelbagai jenis kes yang saya selesaikan bersama Unic. Dalam jangka masa itu juga saya telah lulus dalam latihan bersama Unic yang dibuat oleh pihak PPP’U’M. Selepas ini saya mampu mengawal kuasa yang Unic ada Cuma satu yang masih misteri, saya masih tidak faham mengapa dalam setiap kes, saya mesti akan berpisah dengan Unic secara mengejut ketika memasuki tempat suspek. Apa maksud sebenarnya ek?

Saya keluar dari tempat parti yang dibuat oleh pihak PPP’U’M atas kelulusanku dalam latihan yang mereka lakukan. Pintu bilik kerja saya (jangan tak tahu, saya ada bilik kerja endiri di PPP’U’M. Jangan jealous !!!!), saya buka dengan malas. Kenapa fikiran saya beserabut hari ini? Kenapa kepala saya rasa pusing? Saya masuk kedalam tandas untuk mengambil wudu’ dan mengambil sejadah untuk menunaikan solat zohor. Saya mula menjadi lalai apabila mula bertugas ditempat ini. Huh, Mika, awak dah membuat dosa  yang amat besar.

Usai saya solat zohor, saya duduk disofa yang berdekatan. Saya cuba tutup mata untuk menghilangkan rasa pusing. Tiba – tiba saya dapat melihat sesuatu dalam masa saya menutup mata. Diakibatkan rasa terkejut, saya terus membuka mata. Apa yang saya lihat tadi itu? Tempat apakah itu? Saya sepertinya nampak ayahanda dalam ketakutan dan kesakitan. Begitu juga yang yang mengejar dia, Nampak begitu garang, ganas dan bertubuh besar. Apakah yang saya lihat tu?

Telefon pintar saya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali telah menelefon saya. Siapa ni? Saya terus mengangkat panggilan tersebut.

“Hello”

“Kalau kau nak keluarga kau selamat, hentikan segala aktiviti kau sebagai seorang detektif. Kami tidak mahu kamu mengganggu kerja kami lagi.”

“Eh, apa yang awak maksudkan ni? Saya tidak faham? Apa pula kaitan keluarga saya dalam hal ini? Apa yang kamu buat dengan keluarga saya ah?!!”

“Keluarga kau ada bersama kami pada masa ini, Haris Hakimi. Seperti yang aku katakan tadi, jika kau mahu keluarga kau selamat, hentikan segala aktiviti kau sebagai seorang detektif.”

“Tak Guna!!! Mana keluarga saya sekarang ah....!!!”

Belum sempat saya menghabiskan kata – kata, talian diputuskan. Rasa marah mula membara didalam hati ini. Saya terus berlari keluar dari pejabat saya. Bonda, Nekanda, Nia, tunggu Mika. Mika.

“Ah ini pun dia Mika. Mika ini penyisat dari Ko...”

“Maafnya Tuan. Saya terpaksa pergi sekarang. Ada perkara kecemasan,” jelasku kepada Tuan Besar dan berlalu pergi. Panggilan Tuan Besar dan anaknya, Tasy dari belakang ku endahkan sahaja. Haris yang berasa amat risau terhadap saya, turut ikut bersama saya.

Unic tolonglah saya. Berilah saya kebolehan awak untuk saya guna sekarang ini. Saya mula terapong dan terbang menuju kerumah saya dahulu. Haris yang mengikut saya tadi, mengambil teksi untuk kerumah saya. Setiba dirumah, Bonda, Nia dan Nekanda mula saya panggil dengan jeritan. Darah gemuruh mula menyelimuti saya. Saya mencari mereka disetiap bilik. Pintu bilik bonda saya buka dengan kuat, nampak satu tubuh sedang duduk diatas sejadah, menghadap Ilahi.

Nasib baik keluarga saya tidak apa – apa. Maksudnya tadi itu hanya panggilan palsu untuk mengugut saya daripada menjalankan tugas sebagai seorang detektif.

“Oi Mika, apahal kau menjerit – jerit macam orang gila ni ah?!” Huh, minah sengal dah mula bersuara. Dengan malasnya saya memusingkan tubuh saya ini menghadap muka minah sengal a.k.a kakak kembar saya. Senyuman saya ukir dibibir ini.

“Sibuklah kau sana. Suka hati Mika lah nak jerit ke tidak. Ni suara ni, orang tengah test untuk digunakan semasa pertandingan menyanyi besok,” temberang saya. Sejak bila pula saya masuk pertandingan menyanyi esok. Senyumku lagi.

“Sudahlah kau sana. Kau memang tidak akan menang punya. Aku, Hani Haninia, gadis cantik lagi kebaboom, yang akan menang pertandingan menyanyi. Ahahahaha....,” Ya Allah, gediklah pula saya dengar dia ni ketawa. Nasib baik disekeliling saya tidak ada apa – apa, kalau ada barang memang tak lama orang didepan saya ni. Sabar Mika, sabar.

Tiba – tiba pintu rumah kami dibuka dengan ganas. Terkejut kami berdua dibuatnya. “Ayahanda!! Ayahanda dimana?!” Huh, dengar suara pun dah tau siapa. Haris, Haris, lagi satu manusia sengal dalam bab ini. Drama betul. Macam saya ni nak kena bunuh saja. Saya Nampak kelibat Haris sedang berlari naik keatas.

“Aya.... hey hey hey.... Mak Long Nia eh salah... Nia...,” kata – kata Haris tidak menentu apabila melihat Nia a.k.a Mak Long Nia dia berada didepan matanya. Itulah akibatnya suka sangat panngil saya Ayahanda kan, sekarang tersasul panggil Mak Long Nia bila nampak kakak kembar saya. Haris, Haris.. Apalah kamu ni. Keluhku sambil tersenyum.
“Banyak cantik kau panggil aku Mak Long. Ada macam orang tua didepan kau ni. Huh sengal. Apa yang aku dengar tadi kau panggil si Mika ni, ayahanda. Sejak bila pula kau jadi anak dia, Halid?” soal Nia dengan wajah ingin tahu.

“Emmm... Aaaaa... Tu.... Ummmm.. Ahhhh... Itu gelaran yang saya bagi pada dia, sebab perangai dia ni mirip sungguh macam ayahanda saya. Hehehe ,” jelas Haris teragak – agak. Nasib Haris, nasib kamu pandai buat cerita pada waktu gawat seperti ini. Saya hanya mengelengkan kepala.

“Apa yang bonda dengar riuh rendah dekat luar ni? Kamu berdua ni, Nia, Mika, mesti nak bergaduh kalau bertembung. Apa nak jadi dengan kamu berdua ni ha? Pening bonda dengan kamu berdua ini,” bonda yang keluar dari biliknya terus memarahi kami berdua. Haris hanya tercengang disebelah ku.

“Selamat tengah hari Nekanda, eh, Puan Halimah. Kenapalah mulut saya hari ni merapu sahaja. Maafnya,” terkejut Bonda apabila Haris memanggilnya Nekanda. Sudah – sudahlah Haris dengan sifat gelabah kamu tu. Mmmm... Ayahandanya ini pun gelabah, mana tidaknya anakandanya juga sama. Bonda hanya menjawab salam Haris dengan anggukan sahaja. Lawak lah si Haris ni.

“Mika ni Bonda. Dia yang mulakan. Sedihnya Nia macam ni” Aik? Saya pula yang kena salahkan. Heh, saya hempuk juga otak sewel perempuan seorang ni. Baru sedar kut.

Saya melihat telefon pintar saya berbunyi. Tuan Besar? “Bonda, Mika pergi dulunya. Mika ada hal dengan Halid diluar. Asslamualaikum Bonda. Jumpa nanti malam,” saya pusing melihat Haris untuk memberi isyarat dengan menggunakan riak wajah saya. Mula – mula Haris bengang, selepas itu dia faham dan terus berkata :

“Ya Nekanda, ayahanda dengan Haris perlu pergi sekarang. Eh!!!!!!! Bukan – bukan!! Maksud saya Puan Halimah, Mika dan saya, Halid perlu pergi sekarang sebab ada hal yang perlu diselesaikan. OK BYE!! Assalamualaikum!” katanya lalu kami terus berlari keluar dari rumah.

Telefon yang bordering dari tadi saya angkat. Dalam masa yang sama saya dan Haris berjalan di tempat khas dihadapan rumah menuju ke PPP’U’M

“Mika!!! Tolong kami! PPP’U’M diceroboh. Kami diserang oleh Organisasi Zaiwuin! Cepat Mi...” Tut tut tut tut.... Talian terputus.

“Haris cepat! PPP’U’M diceroboh oleh Organisasi Zaiwuin!!!” jeritku pada Haris sambil menarik tangannya. Terkejut Haris dibuatnya.

Apa sebenarnya yang berlaku di PPP’U’M? Bagaimana Organisasi Zaiwuin boleh masuk ketempat rahsia PPP’U’M? Apa yang terjadi? Siapa sebenarnya Organisasi Zaiwuin ini? Tasya Nadilah hilang? Benarkah? Nantikan Detektif Luar Biasa B8 – Tolong Saya, Selamatkan Saya~~~

No comments:

Post a Comment