Hakikatnya Dia....
Setelah pulang dari Pejabat PPP’U’M, saya
terus balik kerumah dengan perasaan yang agak becelaru.
“Kami
harap apa yang kami sampaikan kepada kamu ini, tidaklah kamu sampaikan kepada
bonda dan kakak kamu. Saya tahu kamu mesti rasa kecewa dengan pihak kami yang
tidak mengambil berat mengenai kamu sekeluarga. Kami telah pun belajar akan
kesilapan kami yang lalu. Jadi, pihak kami tidak akan memisahkan kamu dengan
keluarga kamu untuk menjalani latihan bersama Unic kerana kami agak terkejut
betapa pantasnya kamu dapat membiasakan diri dengan kebolehan ini. Pengsan
selepas bergabung dengan Unic adalah perkara yang biasa bagi ayahanda kamu
sebelum ini,” suara Tuan Besar masih terngiang – ngiang di minda ku.
Saya masih berbelah bahagi untuk membuat
keputusan. Adakah saya perlu meneruskan semua ini? Tapi ini adalah wasiat dari
ayahanda supaya saya harus meneruskan segala apa yang dia pernah lakukan
sebelum ini. Hmmm... apakah yang patut saya buat sekarang ini?
Beberapa hari kemudian.... Di Sekolah Tinggi
Sains Sedunia
Sudah 4 hari saya tidak hadir kesekolah dan
kini saya kembali tanpa rasa sedih mahupun kecewa. Saya bertekad untuk mengubah
diri saya untuk menjadi lebih positif demi kebaikan saya sendiri. Mungkin ramai
yang tertanya mengapa saya tidak menhadiri Sekolah selama 4 hari?
Dalam tempoh 4 hari itu, saya membuat
keputusan untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh ayahanda dulu. Saya
dan Unic memulakan latihan secara sendiri – sendiri tanpa pengetahuan dari
pihak PPP’U’M. Dalam masa itu, banyak perkara yang berlaku. Kecederaan berlaku
disebahagian tubuh saya kerana tidak dapat mengawal diri ketika bergabung. Betapa
agresif dan kuatnya kuasa itu hinggakan saya cedera. Pada mulanya saya tidak
dapat mengawalnya dan akhirnya berjaya.
Semua menoleh kearah saya apabila saya
memasukki kelas. Jelas sekali terpapar riak
kebingungan di wajah masing – masing tetapi saya mengendahkan semua itu
dan hanya menumpu kearah buku yang berada diatas meja. Gila!!!! Banyaknya kerja
rumah?! 4 hari tidak sekolah begini banyaknya. Haih, menyesallah pula!! Apa
boleh buat, perkara sudah terjadi.
“Hai Mika, kenapa awak tidak bersekolah
selama 4 hari? Saya dan Halid risau takut apa – apa yang terjadi dengan awak,”
tegur Tasy dengan wajah risau.
“Hai. Saya tidak ada apa – apalah. Jangan
risau. Saya okay. Hmmmm.”
“Awak masih marahkan kami ke, Mika? Kami
minta maaf sekali laginya Mika.”
“Ya, Haris minta maafnya ayahanda,” Halid
mula besuara dengan menggunakan nama sebenarnya. Saya rasa agak janggal apabila
dia memanggil saya ‘ayahanda’. Tak sangka dia ni betul – betul anak saya di
masa hadapan. Apa patut saya panggil dia ni? Halid, Haris atau anakanda?
Bingungnya!!
“Ummm... Saya tidak rasa marah dan kecewa
lagi dengan pihak PPP’U’M termasuk kamu berdua. Mmmm Halid i mean Haris, boleh awak jangan panggil saya, ayahanda sebab
bunyinya agak pelik. Saya tak biasa. Lagi satu, boleh saya tanya awak, selama
ini tinggal dimana? Saya risau walaupun saya masih rasa pelik,” ujar saya
dengan nada yang segan.
Alamak, apa yang saya cakap ni? Ok, cover malu~ Wajah saya berubah serius
semula dan tenang. Seganlah pula. Tasy hanya mendiamkan diri tetapi terukir
senyuman yang amat ketara. Mengejek lah tu. Haris atau Halid pula membulatkan
mata dan mulutnya agak ternganga sedikit kerana tidak percaya dengan apa yang
saya katakana tadi tapi hanya untuk sebentar. Selepas itu dia hanya senyum. Tiba
– tiba dia terus memeluk tubuh saya dengan eratnya. Adui, budak ni, janganlah
pula peluk aku dihadapan yang lain. Naik meremang bulu roma saya.
“Aaaa... Haris, lepaskan saya. Pelajar lain
tengok kita masa ni. Peliklah pula rasanya,” saya menolak tubuhnya dengan
perlahan tapi pelukannya itu semakin erat. Dalam masa dia memeluk saya, saya
dapat rasakan perasaan kasih sayang seorang anak kepada ayahnya dan saya ada
mendengar perkataan yang keluar dari mulutnya ‘Ayahanda...’. Kali ini, saya
pasti dia sememangnya anak saya di masa hadapan. Haris melepaskan tubuh saya
dengan perlahan. Senyuman masih terukir dibibirnya. Huh ..... Saya, Haris
Hakimi, berumur 18 tahun telah mula percaya bahawasaya saya mempunyai seorang
anak yang bernama Haris Atifin dimasa hadapan yang datang kezamannya dan umur kami
sebaya. Hakikatnya dia memang anak saya. Ayoyoyoy.... Mulalah merapu ni...
Sesi persekolahan berjalan seperti biasa
walaupun terpaksa menghadap Guru Besar tadi kerana dipaksa menjelaskan sebab
saya tidak sekolah selamat empat hari beturut - turut. Sikit lagi saya di
berhentikan sekolah. Nasib baiklah Bonda ada tadi, dapatlah dia berlakon.
Bondakan DramaQueen, katanya. Lakonan
Bonda memang hebat sebab dia dengan bersungguh – sungguh tadi mengatakan saya terpaksa
ditahan di hospital sekali lagi kerana perkara yang terjadi kepada saya masa
hari itu memberikan kesan yang amat teruk kepada saya. Sampai menangis – nangis
kau. Tak hebat dekat mana tu lakonannya itu. Saya apa lagi turut berlakon lah
juga. Peranan saya adalah untuk menenangkan bonda. Lawak betullah Bonda ni.
Liar mata Tasy melihat segala aksesori di kedai
perhiasan wanita di pusat membeli belah. Dia ada membawa saya dan Haris turut
bersama ke pusat membeli belah selepas waktu sekolah. Kami hanya menurut
kemahuannya itu. Lagipun, Unic ada memberitahu saya tadi, saya perlu pergi
kerana dia dapat merasakan sesuatu. Kata – katanya itu ada betulnya kerana saya
juga dapat merasakan sesuatu yang tidak betul hari ni.
“Haris, awak tak ada nak beli apa – apa
ke?”soal Tasy kepada Haris memecah angan saya. Saya fikir dia panggil saya
sebab nama saya dan nama sebenar Halid kan sama.
“Apa benda saya nak beli dekat sini? Ini kan
kedai aksesori wanita. Sayakan lelaki. Dia ni pun, buang tebiat ke apa tanya
orang?” balas Haris sambil memberi jelingan tajam kepada Tasy. Macam – macam diorang bedua ni. Saya yang berdiri
berhampiran dengan pintu kedai tersebut berasa amat bosan kerana sikap wanita
yang selalu mengambil masa yang amat lama untuk memilih barang. Mencari yang perfect, katanya. Yalah tu.
Tiba – tiba, saya terhidu sesuatu yang kurang
enak. Kembang kempis hidung saya mencari aroma bau yang kurang enak itu. Mula –
mula saya fikir ada yang kentut tetapi baunya bukan bau kentut. Tidak lama
kemudian saya terdengar suara seorang wanita menjerit dengan kuat. Saya
bergegas keluar dari kedai tersebut untuk mencari suara itu. Tidak jauh dari
kedai aksesori itu, terdapat ramai orang berkumpul di hadapan lift berdekatan.
Setiba saja disana, saya nampak satu tubuh
berlimpangan di dalamnya dengan berlumuran darah yang tak terkira banyaknya.
Membulat mata saya dibuatnya. Seluruh tubuh saya mula begetar kerana saya
memang tidak boleh melihat darah yang begitu banyak seperti ini.
"Mika, inilah apa yang kita rasakan tadi," ujar
Unic dimasa aku masih ketakutan.
"Apa yang patut kita lakukan, Unic. Jika awak suruh
saya untuk menyelesaikan kes ini, memang tidaklah jawapannya. Saya takut
melihat darah yang belumuran itu."
"Ini bukan masanya untuk kau berasa takut! Cepat mulakan!"
Jerit Unic yang mana saya saja yang boleh dengar.
Saya menarik nafas sedalam - dalam yang mungkin. Ada betul
apa yang dikatakan oleh Unic itu. Baiklah. Saya genggam berlian di rantai saya
ini dengan sekuat hatinya. Perubahan seperti sebelum ini berlaku kepada saya
lagi. Anda tahu apa maksud saya. Saya Mika telah menjadi, Aku Detektif Unic
Mika, Detektif Luar Biasa.
Aku menghilangkan diri(halimunan), supaya
dapat masuk ke tempat kejadian untuk mencari bahan bukti. Makin ramai yang
berkumpul ditempat kejadian. Keluarga mangsa juga sudah tiba dan kedengaran
suara tangisan yang teresak – esak dari luar lift. Balik semula kepada penyiasatan, mangsa, bernama Nik (kalau
dilihat dari tag nama mangsa) telah mati ditempat kejadian kerana di tusuk
jantungnya. Ada beberapa benda yang boleh dijadikan bahan bukti seperti kertas
kerja, tapak kasut dan cebisan kain tetapi bukti ini tidak berapa kukuh. Tiba –
tiba mataku besinar melihat darah disitu. Aku menghidunya dan mendapati bahawa
terdapat dua jenis darah yang berbeza. Satu jenis adalah milik mangsa dan satu
lagi mungkin milik suspek.
Dengan pantas, jariku menyentuh darah milik
suspek dan merasanya. Rasa ini, seperti milik seorang lelaki. Selain daripada
darah, telefon pintar milik mangsa juga menyala. Aku melihat screen telefon tersebut dan ada nombor
yang agak panjang dibuka ; 81822162 – 00 –
7132624121732142. Itu adalah nombor yang tertera di screen telefon pintar mangsa. Apa maksud disebalik nombor ini? Apa
ia mempunyai kaitan dengan kes ini? Apa benda yang digunakan untuk menusuk
jantung mangsa? Soalan itu masih bermain difikiran ku.
Aku keluar dari tempat kejadian dan kembali seperti biasa (tidak halimunan). Tasy
dan Haris yang ku sedari tadi tidak ada ditempat kejadian, baru keluar dari
kedai aksesori wanita. Aku menuju kearah mereka dengan menarik hood yang berada
dikepala kebelakang.
“Mak hantu!! Heh, kau ni Mika buat aku
terkejut saja!” jerit Tasy terkejut.
“Eh, ini bukan ayahanda. Cuba lihat pada mata
dan penampilannya. Ini Detektif Unic, Detektif Unic Mika. Ya Allah, pucatnya
muka,” kata Haris dengan wajah terkejut.
“Aku minta tolong dari kau orang berdua. Tolong
salin nombor ini dan selesaikan. Aku pergi dulu untuk mencari suspek,” kata aku
dengan nada yang serius dan garau. Aku berlalu pergi dari tempat itu.
“Detektif, tunggu!! Nombor apakah ini? Mana
nak cari maksud nombor ni?! Detektif!!” jeritan Tasy aku tidak mengendahkan. “Huh,
bukan main kasar cara dia ni bercakap. Bukan main be ‘aku kau’ dengan kita. Hish...
memang berbeza sungguh Mika dengan Detektif Unic Mika ini walaupun orangnya
masih yang sama,” sambung tasy geram sambil menggelengkan kepalanya yang kecik
tu. Taklah kecik mana pun, tapi bagi aku kecik semacam je.
1 jam 43 minit 50 saat kemudian....
“Selamat petang di ucapkan kepada tuan – tuan
dan puan – puan semua. Saya ingin mengenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya
ialah Detektif Unic Mika. Sebab saya memanggil anda semua dibilik ini adalah
kerana saya telah pun ketahui siapakah pembunuh Encik Nik tadi pagi. Dan
pembunuhnya tak lain dan ......,” kata – kataku terhenti kerana..
“Aik, boleh pula cakap tak payah be ‘aku kau’.
Kan bagus be’saya – saya’. Sedap sikit telinga ni dengar,” disampuk Tasy dengan
nada menyindir.
“Hih, sibuk lah kau sana. Diam. Jangan ganggu
aku. Okey bebalik semula kepada kes ini. Dan pembunuhnya tak lain dan tak
bukan, awak....”
Apakah maksud nombor yang dijumpai oleh Detektif
tersebut? Dapatkah mereka menyelasaikan kes ini? Siapakah pembunuh disebalik
kematian ini? Apakah yang digunakan untuk menusuk jantung mangsa itu? Ada
sesuatu berlaku kepada keluarga Mika? Benarkah? Nantikan Detektif Luar Biasa B7
– Tak Guna!!
No comments:
Post a Comment