Wednesday, November 4, 2015

Detektif Luar Biasa B5


Rahsia Disebalik Kisah Sebenar


Suasana di tempat itu begitu suram dan mengerikan kerana gelap yang teramat sangat sehingga Mika tidak dapat melihat apa – apa. Dia mula meraba – raba tempat disekelilingnya. Sampai di satu tempat tangannya berada, terasa seperti butang besar tapi bukan butang yang biasa. Lalu,

“Sila berikan nama anda! Sila letak tapak tangan anda bagi sesi pengenal pasti identiti anda!”

Suara perempuan kedengaran keluar dari butang itu. Dengan tidak memikirkan apa – apa, Mika menurut perintah itu dan dengan luasnya satu pintu besar terbuka dengan luas. Disebalik pintu itu terdapat ramai orang dengan berpakaian yang amat pelik tetapi mengagumkan. Riak wajah Mika jelas sekali menunjukkan bahawa dia  hairan dan terpenggun dengan tempat itu. Perasaan bahagia tanpa sebab yang diketahui juga dapat dirasakan.

“Biar betik tempat ni. Boleh wujud ke tempat macam ni? Takkan saya mimpi pula? Takkanlah... Bonda!!! Neknda!!! Mika berjaya jumpa tempat ini!!!” jeritnya sehingga ramai yang menoleh kearahnya dengan riak wajah yang bengang .

“Encik Haris Hakimi.. Sila ikut saya ke pejabat Tuan Besar. Disini arahnya” sapa seorang perempuan yang umurnya lebih kurang seperti ibu Mika. Terkejut beruk Mika dibuatnya. Mana tidaknya, dalam keseronokan Mika menghayati rasa bangga kerana ketidakpercayaannya terhadap wujudnya tempat itu lalu ada pula perempuan tegur dia. Lebihlah pula.

Sesi kebingungan Mika bermula semula setelah membuntuti perempuan itu. Sepanjang perjalanan mereka menuju ke pejabat Tuan Besar itu, Mika melihat keadaan disekelilingnya. Suasananya sungguh luar biasa. Tempat itu mempunyai pelbagai jenis teknologi berkuasa tinggi dan canggih, sepertinya dari masa hadapan. Dalam sibuk dia memerhatikan tempat itu, mereka sudah pun tiba dihadapan pejabat Tuan Besar. Hadui Mika, penatlah pula aku cerita pasal engkau ni. Kau cerita lah sendiri lagi.

Baiklah, sekarang ni giliran saya pula beceritanya. Saya? Saya, Mika lah....

Setiba sahaja saya dihadapan pintu Tuan Besar itu, pintu bersaiz pintu gerbang itu terbuka dengan sendirinya. Gila, tidak mewah kat mana tu kalau pintu pejabat pun macam pintu gerbang. Saya mula melihat kearah bilik pejabat tersebut. Terdapat tiga orang berdiri membelakangi saya sedang berbincang kan sesuatu. Dua orang dari mereka itu saya agak mengenali susuk tubuh mereka tapi dimana saya lihat ya?

Saya meneruskan langkah masuk kedalam pejabat itu. Suara garau seorang lelaki tua linkungan 50-an menyuruh saya supaya duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerjanya. Saya turut akan perintah itu. Saya menundukkan kepala untuk menghilangkan rasa gemuruh tanpa saya ketahui apakah sebabnya.

Saya mendongakan kepala saya semula apabila kedengaran suara Tasy dan Halid memanggil nama saya. Mmmm..... Apa Tasy dan Halid buat disini? Macam mana mereka boleh sampai kesini? Bila mereka sampai? Haik.. Peliknya~~~

“Mmmm... Boleh saya tanya? Ummmm Macam mana awak dan Halid boleh sampai kesini dan macam mana kamu berdua tahu tempat ini?”

“Sebelum saya menjawab soalan awak itu, ingin saya meminta maaf terlebih dahulu sebab meninggalkan awak tadi dan sebab menipu awak selama ini. Sebenarnya saya ialah anak perempuan kepada Tuan Besar dekat tempat ini iaitu Tuan Besar Kamaruddin Bakhtiar. Beliau ialah ketua ditempat ini. Dan mengenai Halid... Mungkin awak tidak akan percaya..,” Tasy tidak meneruskan kata – katanya kerana dia mahu melihat reaksi wajah Halid terlebih dahulu.

Cara dia berkata itu membuatkan saya lebih musykil akan perkara sebenar yang hendak mereka katakan. Riak wajah saya makin berubah kebingungan. Apa sebenar yang hendak mereka beritahu saya ni?

“Percaya atau tidak, awak mesti juga percaya. Nama Halid sebenarnya adalah Haris Atifin bukan Halid Atifin dan dia berasal dari masa depan yang mana dimasa depan dia adalah anak sulong awak, Mika. Dia dengan tidak sengaja kembali ke masa sekarang apabila dikejar orang dari  Organisasi Zaiwuin melalui lubang di bawah meja kerja awak di rumah awak masa depan. Quite interesting, right?

 “Apa?!!” saya terkejut seperti didalam drama Indonesia, kamera kedepan dengan pantas hingga terkena kepala. Just kidding~~

“Jadinya selama ini yang menghantar surat biru bersampul hitam itu adalah kamu berdua. Jadi sebab saya terpilih untuk bersama Unic adalah kerana Halid datang ke zaman kita? Jadi apa yang tertulis didalam surat itu hanyalah rekaan semata – mata. Kalau macam itulah, baik saya tidak payah jadi sebahagian dari hidup Unic. Awak semua tahu tak, saya jadi tidak sedap hati sepanjang masa kerana semua ini terutama sekali memikirkan tentang identiti Unic yang sebenar dan Detektif Mir itu. Saya selalu berfikir, Unic apakah dia? Adakah dia hantu atau jin atau sebagainya kerana saya tidak sesekali mahu ada kaitan dengan benda – benda halus seperti ini.”

“Tidak Mika, apa yang tertulis didalam surat pertama itu adalah benar belaka. Awak memang yang terpilih kerana memang awak yang layak. Saya tidak mahu meneruskan cerita saya... Saya akan serahkan kepada papa saya untuk membuka segala rahsia dan cerita yang awak tidak tahu.”

Halid yang saya sedari tadi hanya mendiamkan diri sambil memandang saya dengan wajah yang agak suram. Tidak tahu hendak mengatakan apa. Unic begitu juga dari tadi hanya mendiamkan diri. Adakah benar apa yang dikatakan oleh Tasy itu? Saya seperti tidak percaya dengan satu pun yang dikatakan oleh Tasy itu kerana wujudkah orang dari masa depan boleh kemasa lampau dengan begitu sahaja? Wujudkah?

Tuan Besar Kamaruddin Bakhtiar tidak banyak berkata – kata dan terus menunjukkan saya slideshow mengenai identiti Unic dan Detektif Mir. Dengan berat rasa, saya melihat setiap  isi slideshow itu. Saya membaca segala kisah mengenai Unic pada mulanya. Sekarang barulah saya percaya bahawa Unic itu bukanlah hantu mahupun jin. Sebenarnya, kalau mengikut apa yang saya baca, Unic, nama sebenar Mirza berasal dari manusia yang dijadikan bahan uji kaji yang telah dimasukkan kedalamnya pelbagai jenis vaksin yang mengandungi DNA binatang yang tertentu. Ujian tersebut berjaya dan ia membuatkan Unic mempunyai kuasa luar biasa. Unic menjalankan tugasnya untuk menolong orang yang memerlukannya. Pada mulanya, ianya membuahkan hasil yang amat bagus tetapi satu organisasi telah tertubuhkan untuk menentang Unic diatas kehandalannya itu.

Mereka berjaya melawan Unic dan  membuat Unic tidak wujud didunia ini. Sebaliknya, mereka tidak tahu sebenarnya Unic tidaklah mati tetapi terkurung didalam satu berlian biru yang mana membuatkan ia tidak dapat membuat apa – apa kecuali dengan bergabung dengan badan manusia yang sesuai untuk menggunakan kuasanya itu (salah satu kebolehan Unic) dan badan yang sesuai untuk bergabung dengan Unic adalah....

“Ayahanda......,” saya tidak tahu hendak berkata apa. Mata saya membulat apabila melihat gambar ayahanda ada didalam salah satu slideshow itu. Kenapa ayanhanda?Adakah ini bermakna Detektif Mir yang dimaksudkan itu adalah ayahanda? Tidak mungkin? Bukankah ayahanda telah meninggal dunia 4 tahun lepas tapi Detektif Mir yang saya tahu meninggal dunia 2 bulan lepas. Apakah maksud semua ini?

“Kenapa gamabr ayahanda saya ada disitu? Adakah awak semua maksudkan Detektif Mir itu adalah ayahanda saya? Tapi didalam nama ayah saya tidak ada ‘Mir’, namanya ialah Zulhisham. Jangan buat saya tertanya – tanya. Tolonglah!” saya mula menitiskan airmata kerana hal ini telah membabitkan ayahanda saya.

“Bertenang Mika. Ayahanda awak, Encik Zulhisham sudah bekerja dengan kami hampir 9 tahun dan dia mula mempunyai kaitan dengan Unic sejak 4 tahun lepas yang mana mengikut pengetahuan kamu, dia telah meninggal dunia tetapi sebenarnya dia terpaksa meninggalkan kamu buat selamanya hanya sebab untuk mebuat latihan untuk membiasakan diri dengan Unic dengan kuasa yang wujud dalam diri Unic apabila bergabung dengannya. Maafkan kami atas apa yang telah kami buat dengan keluarga kamu. Kami tahu apa yang kami ini adalah salah namun kami terpaksa melakukannya kerana untuk keselamatan kamu sekeluarga juga. Detektif Mir, nama baru ayahanda awak jika bergabung dengan Unic yang mana berasal dari nama sebenar Unic” jelas Tuan Besar Kamuruddin Bakhtiar.

Hujan lebat mula turun dari mata saya. Saya tidak percaya apa yang saya baru dengar dari mulut Tuan Besar. Tergamak mereka membuat begini kepada kami sekeluarga. Tapi kenapa mesti ayahanda? Kenapa tidak memilih orang lain selain dari ayahanda? Kalau ayahanda tidak menjadi Detektif Mir, pasti bonda tidak perlu ke Jepun dan tinggalkan saya tanpa kasih sayang seorang bonda selama tiga tahun. Kami pasti hidup bahagia sekeluarga. Saya berasa sedih yang teramat sangat.

Sekarang, 4 tahun berlalu dan ayahanda pun sudah meninggal dunia, saya masih mengemiskan kasih sayang seorang ayah.

“Sebelum ayahanda kamu meninggal dunia, dia ada meninggalkan wasiat. Dalam wasiat itu dia menyatakan untuk menurunkan kebolehan itu kepada kamu, Mika. Tapi kami hanya biarkan Unic untuk memilih tuannya yang baru. Rupanya, Unic menurut apa yang diwasiatkan oleh ayahanda kamu dan kamu sememangnya layak untuk menerima semua ini. Walaupun kamu tidak mahu, Unic tetap akan mencari kamu sehingga kamu menjadi tuannya yang baru. Satu lagi rahsia yang kami pihak PPP’U’M (Persatuan Penyiasat – Penyiasat ‘Unic’ Mirza) berat rasa untuk sampaikan kepada kamu ialah.... Mayat ayahanda kamu masih tidak diketemui. Maafkan kami,” sambung Tuan Besar.

Satu lagi perkara yang membuatkan saya terkejut. Saya hampir pitam tetapi sempat disambut oleh Halid. Halid, Haris Atifin, anak saya di masa hadapan? Ayahanda, Encik Zulhisham, Detektif Mir? Inilah rahsia yang saya sepatutnya tahu sejak beberapa bulan yang lalu tapi kenapa baru sekarang saya mengetahuinya? Bonda, Nia, Mika rasa sedih untuk kamu berdua. Maafkan Mika.Persoalannya sekarang, dimana mayat ayahanda berada sekarang?

Apakah yang akan berlaku kepada Mika selepas ini? Adakah dia akan meneruskan tugasnya sebagai seorang Detektif yang luar biasa selepas ini? Mampukah dia menampung semua ini? Terpaksa atau tidak dia melakukan semua ini? Nantikan Detektif Luar Biasa B6 – Hakikatnya Dia... 

No comments:

Post a Comment