Tuesday, November 3, 2015

Detektif Luar Biasa B4


Maksud Disebalik Surat Biru

 ‘Macam mana Tasy dan Halid boleh tahu mana saya mahu pergi pagi ni? Sedangkan saya tidak ada pernah sekalipun memberitahu mereka tentang hal ini. Pelik,’ soal Mika didalam hatinya. Memang benar, Mika langsung tidak memberitahu Tasy dan Halid yang dia mahu pergi ke satu tempat yang mana harus sampai sebelum pukul 9 pagi. Namun, hakikatnya Mika sudah terlewat kerana terlanjur tidur.

“Emmm, macam mana kamu berdua tahu yang saya nak keluar pagi ini?”

“Pula dah. Bukannya awak yang minta kami temankan awak pergi ke satu tempat yang mana awak tidak pasti dimana tempatnya?” bengang Tasy.

“Ha ah lah Mika. Dia sendiri telefon kita semalam boleh dia lupa pula. Pelik lah awak ni Mika. Takkan makhluk asing pula yang telefon kami semalam,” sambung Halid.

 Aik? Sejak bila pula aku telefon mereka semalam. Takkan? Ini mesti kerja Unic ni. ‘Hui Unic, awak rasuk saya ke semalam dan telefon mereka menggunakan tubuh dan suara saya ini?’ soal saya di dalam hati kerana Unic boleh dengar kata hati ini.

‘Mana ada. Sedap suka suki hati dia saja menuduh aku yang buat. Nanti aku buat betul – betul nanti, tak menyesal kau dekat mana,’

‘Eh dia ni, orang tanya saja pun. Takkan itu pun nak marah,’ balas Mika dengan mengeluh di hatinya.

Makin banyak persoalan didalam fikiran Mika pada masa itu. Tasy dan Halid mula merengus kerana Mika sempat lagi berangan dimasa dia sudah lewat. Tanpa menghiraukan apa yang dilakukan Mika pada masa itu, Tasy dan Halid terus menarik tangan Mika ke tempat yang hendak mereka tuju. Mika hanya menurut saja kerana dia masih lagi mengingatkan apa yang telah berlaku semalam. Mika, Mika, tak sampai sehari kau boleh lupa apa yang terjadi semalam. Haih, pelik aku dengan kau ni, Mika.

Setiba saja di kota, mereka memulakan pencarian. Hampir seluruh tempat mereka terokai, namun tetap juga tidak menjumpai tempat yang tertulis dalam surat itu. Surat berwarna biru itu dipandang Mika berulang kali, cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan didalam surat itu. Jalan Warna Warni? PPP’U’M? Bandar Indahnya Fikiran? Setiap perkataan itu dia cuba cari makna disebaliknya. Hmmm.... pening pula kepala ini.

 Bila sampai di satu lorong, Mika berhenti buat seketika. Lorong itu sungguh cantik dengan pelangi yang mewarnai jalannya lalu terdapat pelbagai jenis lukisan seperti lakaran wajah orang dan sebagainya. Bila dipandang berulang kali seperti dia tidak pernah melalui lorong ini sepanjang mereka terokai kota itu. Tidak sampai seminit, baru Mika memahami akan maksud disebalik surat biru itu.

“Halid, Tasy, saya dah jumpa jalan yang dimaksudkan di dalam surat ini. Jalan Warna Warni  yang di maksudkan itu adalah pelangi. Pelangi kan mempunyai pelbagai jenis warna. Bandar Indahnya Fikiran itu tertumpu kepada lorong ini yang mana mempunyai pelbagai jenis lakaran yang mempunyai maksud disebaliknya dan saya baru perasan nombor 113 – 00 itu ada tertulis di sepanjang lorong ini. Jadinya inilah jalannya jika kita hendak pergi PPP’U’M itu!” jelas Mika dengan bersungguh – sungguh.

Namun, kata – katanya itu tidak dibalas oleh Tasy dan Halid kerana kelibat mereka sudah tidak ada dari tadi apabila Mika berpusing untuk melihat mereka. Patutlah sepanjang Mika jalan, sunyi semcam saja dibelakangnya itu. Tapi kemanakah mereka menghilangkan diri tanpa memberitahu Mika. Mika makin merasakan sesuatu yang tidak betul dengan mereka berdua itu.

 Mula – mula, didepan rumah Mika tadi pagi dan sekarang pulang menghilangkan diri ketika mencari jalan yang di maksudkan didalam surat biru itu. Perasaan yang dirasakan oleh Mika pada masa ini bukanlah perasaan yang mahu dia rasakan. Rasa ditinggalkan begitu sahaja. Huwaaaa!!!! Kenapa kau orang tinggalkan saya seorang diri!! Jeritnya dalam hati.

Setelah selesai titisan air mata menitis dari mata Mika, dia meneruskan perjalanannya di lorong itu menuju ke tempat yang dia patut berada pada masa ini. Sampai dipenghujung jalan, satu bangunan pun tidak ada disana. Adakah dia ditipu dan di permainkan oleh orang yang menghantar surat itu? Mika berasa amat sedih lalu berpusing untuk pulang kerumah.

Namun hajatnya untuk pulang kerumah itu terhenti apabila Unic mula besuara.

“Mika, kau dalam bahaya!! Ada beberapa susuk tubuh yang sedang belari menuju kearah kau. Aku tahu aroma ini. Aroma musuh yang pernah membunuh Detektif Mir dulu. Cepat larikan diri, Mika!!”

“Alamak, macam mana ni! Mana ada jalan dekat sini. Jalan mati.. Macam mana ni... Macam mana ni.. Think Mika, think. Sesuatu yang aku mesti ingat.. sesuatu... Takkan pula perkataan tu? Tak mungkinlah..,”

“Cepat Mika!! Kau tak ada masa lagi!! Mereka hampir menghampiri kita!!”

“Ya Allah, mudahan juga apa yang saya fikirkan ini betul. Baiklah.. PiPiPiYuEm!!!”

Kata – kata Mika itu membuatkan beberapa cahaya keluar dari dinding di sekelilingnya itu lalu seperti memeriksa seluruh tubuh Mika. Rupanya kata – kata itu adalah kunci untuk memasuki tempat itu. Selesai saja perkara itu berlaku, satu lubang besar terbuka di bawah kaki Mika.

 “Holamak, menyesallah pula sebut ayat itu.... Bonda tolong Mika!!!!!” jeritnya lalu jatuh ke lubang besar itu.

Keadaan ditempat itu kembali seperti biasa. Tapi terdapat beberapa susuk tubuh melihat kearah tempat kejadian dengan wajah yang sinis dan benci. Turun naik turun naik jugalah nafas mereka itu. Marah lah tu kirakan. Sangat ~~~

Siapakah musuh yang dimaksudkan oleh Unic itu? Siapakah orang yang melihat kejadian itu dengan perasaan yang marah? Siapakah mereka sebenarnya? Kemana Mika menuju melalui lubang itu? Nantikan Detektif Luar Biasa B5 – Rahsia Disebalik Kisah Sebenar.

No comments:

Post a Comment