Assalamualaikum sahabat2 ku sekalian.... hari ini Aisyh ingin mengongsikan sebuah resepi yang sungguh enak dan sangat lazat. Kakak Aisyh sangat terseliur nak makan kuih ni apabila melihat kuih ini berjual di pasar malam. Jadinya, Aisyh pun carilah resepi kuih ni dekat buku - buku resepi bonda Aisyh yang sangat bertimbun . Akhirnya jumpa, Aisyh pun buat. Resepinya amat mudah dan ringkas sahaja. Terima kasih kepada penyumbang resepi yang dikasihi. Lets go! Try it now!
Hdangan untuk - 7 orang.
Bahan Kuih:-
2 cwn tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
2 camt garam
1 1/8 cwn air (tambah jika tidak cukup)
Caranya:-
- Ayakkan tepung pulut dan tepung gandum kedalam satu bekas.
- Masukkan kelapa parut dan garam lalu digaul hingga sebati.
- Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit air kedalam campuran tepung sehingga menjadi doh.
- Bentukkan doh menjadi bulat dan leper/nipis lalu di goreng sehingga keperang - perangan. Angkat, tos dan ketepikan.
Bahan Sira:-
1/2 cwn gula
1/4 cwn air
Caranya:-
- Campurkan gula dan air kedalam satu kuali dan gaul diatas api sehingga menjadi pekat betul dan berbuih.
- Setelah itu, masukkan kuih yang siap, tutup api dan gaul hingga gula menjadi kristal yang putih.
- Angkat dan boleh dihidangkan.
Tips: Kuali yang melekat gula keatasnya setelah selesai mengaul kuih bersama sira, direndam bersama air panas yang mendidih buat 1/2 jam. Baru senang untuk dicuci.
No comments:
Post a Comment