Saturday, February 7, 2015

Detektif Luar Biasa B3



PPP’U’M? Apakah maksudnya itu?


   Mika menghilangkan diri secara diam – diam tanpa diketahui oleh orang lain. Dia mencari dimana tempat pencerobohan itu berlaku tapi tidak jumpa. Dia cari dan cari dan cari, akhirnya dia jumpa. Rupanya tempat pencerobohan itu adalah Bilik Kewangan Sekolah.

   “Oh, disini rupanya tempat kejadian. Ini bukan kes menceroboh tapi kes pencurian. Tapi guru besar kata tadi tidak ada sebarang kehilangan. Pelik. Baik aku siasat,” katanya seorang diri. Dari satu sudut ke satu sudut, Mika meneliti tempat itu tanpa diketahui pihak polis. Mana tidaknya pihak polis tidak nampak, Mika boleh menjadi halimunan secara tiba – tiba. Patutlah di dewan tadi, tidak ada seorang pun yang tahu dia keluar. Apabila tiba di sudut yang terakhir, tiba – tiba Mika tersenyum dengan sinis tanda mengetahui dalang disebalik pencerobohan ini.

   5 minit kemudian, di dalam dewan sekolah…….

  “Eh Halid, Mika mana? Bukannya dia ada disebelah kau ke tadi?” soal Khairul, kawan sekelas mereka.

  “Betullah. Mana Mika ya? Mika ni, kan guru besar tidak suruh keluar dewan selagi siasatan belum selesai. Mesti dia ambil buku kerja kelas untuk dibuat disini, kan dia itu kuat belajar,” balas Halid kepada Khairul dan lain – lain dengan bersungguh – sungguh.

  “Tak logik lah kau ni Halid,” kata salah seorang daripada kawan mereka itu.

  Tidak sampai beberapa minit, pintu dewan sekolah terbuka luas. Satu susuk tubuh memasuki dewan dengan berhud dan misterinya, orang itu ialah Mika. Dia berjalan menuju keatas pentas tanpa rasa malu dan disuruh oleh guru – guru. Keadaan didewan menjadi riuh – rendah dengan kehadiran Mika itu.

   Setiba saja dia di atas pentas, terus saja dia menggapai mikrofon yang ada disitu.

  “Cubaan, cubaan, satu dua tiga. Cubaan. Oo, baik rupanya mikrofon ni. Aku fikir tidak baik tadi sebab guru besarnya bercakap comel saja aku dengar. Maafkan saya sebab bercakap secara tidak formal tadi. Berdirinya saya disini adalah dengan satu sebab sahaja. Saya ingin memberitahu bahawasanya saya tahu siapakah penceroboh dan motif disebalik pencerobohan ini!” Mika senyum sekali lagi.

  Keadaan di dewan bertambah riuh lagi apabila mendengar kata – kata dari Mika. Guru – guru wanita mula bercakap dengan satu sama yang lain. Kalau dah gurunya macam tu, apatah lagi dengan murid – murid disana, lagilah kecoh dibuatnya.

   “Minta tolong boleh? Tolong diam. Saya nak bercakap ni. Tadi saya ada masuk ketempat kejadian dan saya ada terjumpa beberapa bukti yang saya boleh pakai untuk menyelesaikan kes ini. Dan bukti itu adalah milik kepunyaan kakitangan disekolah. Jangan terkejut dulu, saya belum habis cakap. Bukti yang saya jumpa itu ialah wisel berwarna merah dan pemiliknya adalah awak, Cikgu Zayn Nafis, guru pendidikan jasmani. Awaklah pencerobohnya. Betul tak tekaan saya? Kalau nak terkejut, boleh terkejut sekarang,” kata Mika kepada semua orang.

   Semua murid dan guru terkejut dengan penerangan yang diberikan oleh Mika itu. Masing – masing melihat kearah Cikgu Zayn Nafis. Wajahnya kelihatan agak gelisah tapi dia kembali serius untuk menegakkan kebenaran bagi dirinya itu.

   “Apa saya pulak? Kalau wisel saja buktinya, tidak bermakna itu kepunyaan saya. Sedangkan dibilik kewangan itu, banyak wisel yang berjual disana. Jangan merepek lah encik oi. Jangan suka menuduh orang tanpa bukti yang kukuh. Tidak baik,” balas Cikgu Zayn Nafis dengan megahnya tanda dia tidak bersalah.

   Mika tersenyum dan ketawa terbahak – bahak. Macam orang gila pulak aku lihat. “ Cikgu, cikgu.  Jangan nak menipulah cikgu. Saya dapat hidu aroma kebohongan pada tubuh cikgu sekarang ini. Mengapa muka cikgu berubah menjadi gelisah apabila saya mengatakan cikgu adalah pencerobohnya? Itu adalah salah satu tanda cikgu berbohong. Lagi satu, ada saya mengatakan dimana tempat kejadian itu yang sebenarnya? Tidakkan. Tapi macam mana cikgu tahu tempat kejadian itu adalah Bilik Kewangan Sekolah sedangkan guru besar tadi tidak ada menyebut dimana tempat kejadian itu berlaku. Itu adalah lagi satu bukti cikgu menipu. Tentang wisel yang saya jumpa tadi itu bukan salah satu wisel yang berada didalam almari yang untuk dijual. Cikgu nak tahu mengapa? Sebabnya ialah terdapat kekotoran pada tali wisel itu. Saya rasa setiap hari sebelum waktu sekolah tamat, bilik itu akan dibersih oleh guru yang bertugas, jadinya tidak ada sebarang kekotoran lagi dibilik itu.

    Struktur kekotoran itu nampak seperti pasir, bukannya semalam pelajaran cikgu adalah bersukan diluar sekolah dan pelajaran pendidikan jasmani bersama cikgu adalah pelajaran yang terakhir sekali bersama tahun 11 Cekap. Lagipun, cikgulah satu – satunya guru pendidikan jasmani di sekolah ini, minggu depan baru ada guru baru.Lagi satu, ingat! Bukti yang saya jumpa itu bukan satu tapi dua dan bukti yang kedua itu adalah berupa nota. Nota ini terjatuh dari poket baju cikgu semasa cikgu sedang mencari sesuatu. Pencerobohan ini bukanlah kehendak cikgu sendiri tapi cikgu disuruh oleh seseorang. Betul tidak, guru besar Sekolah Tinggi Sains Sedunia, Cikgu Hazman Hashimi?” terang Mika bertubi – tubi tanpa sempat orang lain kata apa – apa. Sekali lagi Mika senyum sambil keningnya diangkat – angkat ketika melihat Cikgu Hazman Hashimi walaupun wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan hud dibajunya itu.
  Semua murid dan guru bengang dan mendiamkan diri dengan penjelasan dari Mika itu. Semua takut untuk berbunyi kerana jika mereka berkata – kata atau bercakap tentang guru besar yang tidak baik – baik, mereka akan menerima padahnya. Semua orang tidak pasti akan penjelasan yang diberikan oleh Mika itu sahih ataupun tidak.

  Ada yang berkata didalam hati ‘Dia ni gila ke apa, berani dia bercakap begitu kepada guru besar’. Ada pula yang kata ‘Hebat gila dia ni cakap macam itu pada guru besar, kalau aku tak berani buat macam tu.’ Pelbagai jenis kata – kata yang disampaikan oleh murid – murid didalam hati mereka. Guru besar apa lagi, anginnya turun naik, turun naiklah apabila dengar kata – kata dari orang yang dia tidak kenal itu.

  “Ui orang tak guna, kau siapa nak menuduh – nuduh aku? Dah masuk sekolah orang sesuka hati lepas itu sedap mulut kau saja mahu menuduh aku yang menyuruh penceroboh ni buat semua kerja ni. Kau apa hal ah?!” jerit Cikgu Hazman Hashimi itu dengan perkataan yang kasar kepada Mika. Semua murid dan guru yang berada disana tercengang dengan kata – kata yang dilemparkan oleh Cikgu Hazman Hashimi. Tidak pernah sama sekali Cikgu Hazman Hashimi lakukan walaupun ketika dia memarahi semua murid – murid disana ketika barisan pagi.

   Dengan sekelip mata Mika sudah berada dihadapan guru besar sekolah. Terkejut dibuatnya guru besar itu oleh Mika. “Cikgu tanya saya siapa? Saya Detektif Unic M. Sudah –sudahlah cikgu nak menutup kebenaran, tulisan yang bertulis diatas kertas nota ini adalah tulisan cikgu sendiri. Baru saja tadi saya masuk ofis cikgu untuk memastikan tulisan ini adalh tulisan cikgu. Satu perkara lagi, dari awal tadi lagi saya dah tahu orang yang menyuruh Cikgu Zayn Nafis buat kerja ini adalah cikgu. Cikgu nak tahu kenapa? Sebabnya perkataan yang cikgu katakan tadi ialah ‘jadinya saya harap murid – murid dan guru – guru sekalian boleh memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalani penyiasatan ini’. Cikgu tidak ada pun mengatakan orang luar terlibat didalam kes ini. Cikgu memang sengaja perangkap Cikgu Zayn Nafis kan? Pandai tak saya cikgu? Tengoklah, ini Detektif Unic M lah. Tak ada siapa yang boleh lawan.” Mika ketawa dengan sinis setelah menyelesaikan kata – katanya itu.

    Cikgu Hazman Hashimi terduduk setelah mendengar penjelasan dari Mika ataupun Detektif Unic M itu. Macam – macam pula nama dia ni. Cikgu Zayn Nafis yang berdiri disebelah guru besar tadi turut duduk bersama. Dua – dua lemah dan tidak mampu berbohong lagi.

  “ Ya, memang saya sengaja untuk memerangkap Cikgu Zayn Nafis. Saya nak dia ni masuk penjara. Disebabkan dia, anak saya meninggal dunia. Dialah punca segala – galanya. Dia sanggup mencuri hasil karya penulisan anak saya semata – mata untuk mengembirakan wanita lain. Anak saya bersusah payah untuk menghasilkan sebuah cerita dan dia hanya tahu mencuri hasil karya anak saya saja. Suatu hari saya dan anak saya tidak tahan lagi dengan perilaku dia ni, oleh sebab itu kami berjumpa dengan wanita yang menerima hasil karyanya itu tapi Cikgu Zayn Nafis juga berada disana. Cikgu Zayn Nafis mengamuk dengan kelakuan anak saya yang berjumpa dengan teman wanitanya itu secara tiba – tiba lalu dia menolak anak saya ketepi jalan, namun anak saya tergelincir jatuh keatas jalan raya dan dilanggar lori besar. Anak saya meninggal dunia ditempat kejadian kerana pendarahan yang banyak. Cikgu Zayn Nafis tidak mengaku salah, dia terus melarikan diri dari tempat kejadian. Bila saya tahu dia menjadi guru pendidikan jasmani disekolah ini, saya berazam untuk membalas dendam.”

   Setelah mendengar penjelasan dari Cikgu Hazman Hashimi itu, pihak polis membawa Cikgu Hazman Hashimi dan Cikgu Zayn Nafis kebalai polis untuk memberi penjelasan yang selanjutnya. Walaupun sekadar kesalahan yang kecil, tapi ianya membawa kepada padah yang besar.

  Selepas kejadian tersebut, Detektif Unic M a.k.a Mika menghilangkan diri entah kemana.

  “Tasy, aku hairanlah. Dari tadi aku tak Nampak Mika ni. Dia ni pergi kemana sebenarnya”

   “Haah, aku baru saja nak tanya kau mana Mika. Jom kita cari dia,”ajak Tasy kearah Halid.

  Mereka pun mencari Mika diseluruh sekolah. Setiap kelas mereka masuk, tapi mereka tidak menjumpai Mika. Mereka risau akan keselamatan Mika, kerana waktu sudah senja, hampir masuk waktu maghrib. Tiba – tiba Halid terasa ingin melepaskan hajat kecil, jadinya dia pun pergi menuju kearah tandas lelaki.

  Apabila dia masuk, dia ternampak Mika berlimpangan diatas lantai tandas lelaki. Mika tidak menyedarkan diri, dia sepertinya pengsan. Tanpa berlengah lagi Halid memikul Mika keluar tandas dan ajak Tasy untuk menghantar Mika pulang kerumah.

Beberapa jam kemudian selepas Mika tiba dirumah….

  Mika menyedarkan diri dengan lemahnya. Dia melihat suasana disekelilingnya. Terang – benderangnya! Dahinya bekerut apabila sedar dia sudah berada dirumahnya. ‘ Haik, bukannya saya dekat sekolah ke tadi? Mimpi saja rasanya tu.’ Dia berasa lega apabila dia berfikir bahawa kejadian tadi itu hanyalah mimpi. Namun kelegaannya itu hanya buat sementara saja apabila dia memegang lehernya terdapat seutas rantai yang sama seperti didalam mimpinya itu. ‘Kalau rantai ini ada dileher saya, maksudnya tadi itu bukan mimpi. Tapi mengapa saya ada dekat sini sedangkan saya ada disekolah tadi. Menghairankan.’

  Tiba – tiba seseorang menuju kearah Mika. “Mika!! Anak bonda dah sedar! Ini dah kenapa pengsan – pengsan macam ni? Anak bonda ni sakit ke?” Bonda Mika rupanya. Puan Halimah Kesum, seorang ibu yang penuh drama melebihkan filem Hindustan. Selama ini dia berada diluar negeri bersama anak perempuannya iaitu kakak kembar Mika yang bernama Hani Hanania.

   “Eh bonda? Bila bonda balik? Kenapa balik tak beritahu Mika dulu? Bolehlah Mika dan Neknda pergi lapangan terbang jemput bonda. Bonda jangan risau dengan Mika, Mika tidak ada apa – apa,” kata Mika kepada bondanya.
    Rindu yang teramat sangat Mika dengan ibunya. Sudah 2 tahun tidak berjumpa dengan bondanya itu. Bulan Ramadhan dan Hari Raya, dia sambut dengan Nekndanya saja. Setiap tahun, rasa sedih mesti tersemat di hatinya. Bila bonda dah balik ni, rasa sedih itu sudah pun terubat.

    Dalam seronok anak beranak itu berbual, wajah Mika tiba – tiba berubah eksperasi, hidungnya kembang kempis, kembang kempis seperti menghidu sesuatu yang tidak enak. ‘Eh busuknya. Apakah aroma yang aku hidu ini?’ Mika mencari dari mana aroma itu datang. Apabila dia berpaling kebelakang, satu susuk tubuh yang dia benci, menghampiri anak beranak itu.

    “Alah bonda, tak payah lah nak fikir sangat tentang anak bonda yang manja itu. Tak maju masa depan. Betul tak, Mika?” kata Hani Hanania kepada adik kembarnya Mika. Bila Mika mengetahui orang itu adalah kakak kembarnya, mukanya menjadi masam. ‘Hish, dia ni ada juga. Fikir saya tertinggal dekat lapangan terbang Jepun, rupanya selamat sampai juga. Dia ni kalau tidak sakitkan hati orang sehari, tak boleh ke?’ Mika merengus dengan perlahan.

  Bondanya mengeluh buat sebentar. “Nia, kenapa Nia cakap macam itu kepada Mika. Tidak baik, tahu. Mika inilah satu – satunya anak lelaki bonda yang bonda sayang. Walaupun Mika ini sudah bonda tinggalkan dengan neknda buat 2 tahun, tapi tetap bonda sayang. Kan Mika? Bonda sayang Mika. Sini, bonda gomol – gomol sikit pipi Mika ni.” Terus saja Puan Halimah Kesum cium pipi anaknya selepas berkata sedemikian.

   Hani Hanania malas mahu melayan kerenah dua beranak itu, jadinya dia pun naik keatas masuk bilik tidurnya yang telah dia tinggalkan buat 2 tahun. Mika dan bonda sambung bercerita panjang tentang diri masing – masing sehingga lewat malam.

   “Mika, bonda naik dulu ya. Bonda penat. Dah lewat malam ni. Esok saja kita sambung cerita memandangkan esok hujung minggu. Selamat malam Mika. Have a nice dream!” kata Puan Halimah Kesum kepada anaknya yang tersayang. Mika hanya menganggukkan kata – kata ibunya itu sambil tersenyum. Dia pun turut bersama naik ketingkat atas untuk masuk kebilik tidurnya. Namun langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi pintu rumahnya diketuk dengan kasar. Perasaan takut mula menghantui Mika pada masa itu tapi dia kuatkan diri untuk mengetahui siapakah yang mengetuk pintu rumahnya.

    Dia pun membuka pintu rumahnya, dan tidak ada sesiapa diluar pintu rumah itu. Bulu romanya mula mengembang disebabkan ketakutan. ‘Takkan Unic punya kerja lagi? Tapi diakan ada dalam rantai ni’ katanya didalam hati. Mika memeriksa lagi diluar rumahnya untuk mencari orang yang mengetuk pintu rumahnya itu. Tiba – tiba, matanya tertumpu di peti surat yang berada ditepi jalan raya dihadapan rumahnya. Dia melihat seperti ada satu sinaran di dalam peti surat itu. Dengan kuat hatinya, dia menuju kearah peti surat dan membukanya.

    Terdapat sampul surat berwarna biru yang mana bentuknya seperti sampul surat yang dia terima sebelum ini. Lalu Mika pun membuka sampul surat tersebut, dan membaca setiap patah perkataan yang tertulis didalam surat itu.
   
     “Kepada Mika,

     Ini adalah surat kedua yang awak terima selepas surat yang diberikan oleh Detektif Unic Mir. Surat ini mempunyai arahan yang diberikan oleh ketua kami iaitu Tuan Besar Mokhtar yang mana dia menyuruh awak untuk hadir kepejabat kami pada esok hari. Awak dimestikan datang tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah dengan membawa teman yang awak kenali. Sila ikut alamat yang tertulis ini didalam surat ini. Kami harap awak dapat hadirkan diri pada jam 9.00 pagi tepat. Kalau lambat, satu ganjaran akan ditolak. Kalau tak faham, fahamkan sajalah.

Harap Maklum.

Yang Benar,
Setiausaha Tuan Besar Mokhtar,
Ketua PPP’U’M
Jalan Warna Warni,
Spg 113 – 00
Bandar Indahnya Fikiran.”

   Mulut Mika terlopong dengan luas selepas menamatkan bacaannya terhadap surat itu. Lama juga Mika berdiri kerana bengang dihadapan rumahnya itu.

   “Unic, ui Unic. Tolong saya. Apa yang surat ini maksudkan?” soal Mika kepada Unic yang berada didalam rantai di lehernya itu.

   “Aku pun tak tahulah, Mika. Kau ikut sajalah apa yang disuruh oleh surat itu. Mungkin kau akan dapat tahu maksud disebalik surat yang kau terima sebelum ini. Just follow, orang kata,” balas Unic dengan selamba.

    “PPP’U’M itu apa Unic?”

   “PPP’U’M itu, maksudnya ialah Persatuan Pakaian – Pakaian Ummm Masem. Manalah aku tahu, Mikanya oi. Aku lepas masuk badan kau ni, aku ada lupa beberapa perkara tentang Detektif Unic Mir. Ah, malas lah aku nak fikir! Kau fikir sendirilah, Mika”

  Mika rasa menyampah pula apabila dipermainkan oleh si Unic ini. ‘Huh’ mengeluhnya buat seketika. Apa maksud perkataan ini sebenarnya? Soalan ini mula mengiang – ngiang difikiran Mika sehinggakan dia susah untuk tidur.

   Keesokan harinya…..

Drrriiingggg!!!!!

   Mika menghempas jam loncengnya dengan kuat lalu membuka matanya. “Alamak!! Saya dah lewat untuk pergi ketempat itu” dia menjerit dengan sekuat hatinya apabila dia melihat jam menunjukkan sudah pukul 8.50 pagi. Dia terus masuk kedalam tandas untuk membersihkan diri dan bersiap. Solat subuh pun dia tertinggal. ‘Macam manalah saya boleh terlanjur tidur ni? Kalau neknda tau saya tak solat subuh tadi, mahunya dia mengamuk pada saya.’

    Mika pun turun ketingkat bawah  dengan berlari dan terus menuju kepintu rumahnya. Apabila dia membuka pintu, “Hai Mika, kenapa awak lambat? Lama kami menunggu diluar rumah ni. Cepatlah, nanti awak tak dapat ganjaran itu,” kata Tasy kepada Mika dengan wajah yang risau.

  ‘Ek? Macam mana dia tahu yang saya nak keluar ketempat yang diarahkan sedangkan saya belum lagi beritahu mereka tentang hal ini. Siap bawa Halid sekali lagi itu. Macam mana mereka tahu?’

   Macam mana Tasy dan Halid mengetahui tentang hal ganjaran dan tempat itu sedangkan Mika belum memberitahu mereka? Siapa sebenarnya Tasy dan Halid ini? Adakah mereka sama seperti Mika? Nantikan Detektif Luar Biasa B4 – Maksud Disebalik Surat Biru. Akan datang diminggu hadapan.

No comments:

Post a Comment