Sinopsis
Setelah pulang dari tahun 2015, Haris Atiffin
menjangkakan bahawa ayahanda tidak akan menghilangkan diri namun tanggapannya
itu salah. Kehilangan ayahandanya, Haris Hakimi a.k.a Mika menjadi satu misteri
yang tiada siapa tahu akan kebenarannya.
Bukan saja misteri mengenai ayahanda
yang dia perlu selesaikan, malah pelbagai jenis kes jenayah yang perlu dia
selesaikan bersama adiknya, Aqila Mikayla dan kawan baiknya, Raymond Lee, budak
kacukan korea – melayu.
Banyak telatah lucu, sedih, aksi, misteri
dan banyak lagi sepanjang mereka cuba menyelesaikan kes – kes yang agak
mencabar baginya. Namun, itu bukan alasan baginya kerana dengan kebolehan yang
dia warisi dari ayahandanya itu, dia mampu membuat segala dengan luar biasa.
Dalam masa dia mencari kebenaran mengenai ayahandanya
dan kes – kes lain, satu organisasi baru telah ditubuhkan oleh seseorang yang
sukar untuk dipercaya akan melakukan semua itu. Organisasi ini berperanan untuk
membalas dendam pada keturunan Haris Atiffin atas apa yang mereka telah lakukan
kepada bapanya. Oleh sebab itu, tahun 2046 menjadi tahun paling sukar baginya.
Siapakah mereka sebenarnya? Dendam apa yang mereka
mahu selesaikan? Mampukah Atif untuk merungkai segala kes yang harus dia
selesaikan? Mampukah dia mencari kebenaran mengenai ayahandanya? Dan mampukah
dia melawan Organisasi baru ini? Nantikan Detektif Luar Biasa 2 – Bila Misteri
Kini Harus Dihapuskan. Akan datang!
No comments:
Post a Comment