Bahan2nya (#agak2):
Ubi Kentang (gaul dengan garam - goreng hingga masak - dilenyek)
Daging Kisar (masak tanpa direbus dengan sedikit garam, gula & blackpepper)
Daun bawang (hiris halus)
Daun sup (hiris halus)
Bawang besar (1saja - potong dadu)
Bawang goreng (ready made)
Garam
Gula
Maggi Secukup Rasa
Black dan White pepper
Sebiji kuning telur
Bahan salut menyalut:
Telur (dipukul dengan sedikit garam)
Cara2nya:
- campur semua bahan adunan kecuali kuning telur. Rasa masin manis adunan tu dulu sebelum masukkan kuning telur
- Selepas letak kuning telur tu, bulat2 kan ikut suka hati anda, besar bola ping pong ke bola sepak ke bola boling ker. Suka hati lah pastinya.
- Panaskan minyak diatas dapur dengan api yang sederhana. Salut begedil yang sudah dibentukkan kedalam bahan salutan. Goreng hingga keemas - emasan.
- Sedia untuk di ngap. Selamat mencuba.
*Notes - proportion bagi kentang dengan daging ialah 2 : 1*
No comments:
Post a Comment