Friday, August 19, 2016

Baked Churros with Caramel Sauce

Assalamualaikum dan selamat malam everybodehhhh.... Jarangkan kitani mendangar org membakar churro instead of fried it. So, akim ada jumpa this one resepi that prefered bake than fried. Easy and simple. Apanya org KISS - keep it sweet & simple.



Before we start, ingin akim mengongsikan sedikit sebanyak sejarah mengenai churro ini. Churro juga dikenali sebagai Tejeringos adalah hidangan minum petang ataupun sarapan bagi org dulu2 yang mana asalnya tidak dipastikan. Ada yang mengatakan ianya berasal dari China lalu dibawah oleh orang Portugal ke Eropah. Asalnya mereka mengatakan Churro ini sebenarnya adalah 'Cakoi' yang diubah sesuai dengan menggunakan nozel bintang kerana orang portugal tidak berapa pakar dalam menarik - narik doh. Doh? Churro adalah doh? Adakah itu benar? Akim pun tidak pasti. Ani apa yang akim baca dari wikipedia lah. Org cakap jangan kan dicaya banar wikipedia ani.

Selain atu, ada yang cakap ia berasal dari Sepanyol. Mana satukah yang benar ini? Waduh, dalam dilema gueeee...😂😂😂.

Yang pastinya Churro sekarang bukan lagi popular di negeri - negeri belanda tetapi di Asia ini juga. Kelainannya adalah akim bakar churro bukan goreng. Apa? Akim BAKAR bukan GORENG. Ada faham adik manis?😂😂😂😂 *walaupun mengambil masa yang agak lama untuk membakarnya*

Sooooooo...... Let's try it now!!!!!



Bahan2nya:

2 cwn air
1 cwn mentega
1 camt esen vanilla
1/2 camt garam
4 camb brown sugar
2 cwn tpg gandum
6 biji telur 

Bahan Salutan (Campur)

1/2 cwn gula
1/2 camt cinnamon powder

Bahan Menyacah nya mo

100 gm mentega
100 gm brown sugar (dark)
397 gm susu pekat (1/2 tin kecil susu pekat)

3 camb susu cair

Cara2 nya:

- Caramel Sauce : Diadalam satu periuk, campurkan mentega dan brown sugar - masak hingga sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaul hingga sebati dan tercium bau caramel. Angkat dari api, masukkan kedalam satu bekas yang tahan panas - gaul lagi sehingga tidak nampak buih2 - biarkan sejuk.

- Setengah dari caramel tadi itu, campurkan susu cair dan gaul hingga sebati. Dapatlah sos yang diingini. Setengah lagi boleh disimpan kedalam peti sejuk untuk kegunaan lain.

- Churros : Campurkan air, mentega, esen vanilla, garam dan brown sugar ke dalam periuk lalu dimasak diatas api sederhana besarnya sehingga mentega cair dan mendidih sedikit.

- Bila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan tepung - gaul hingga tiada ketulan tepung lagi. Tutup api dan gaul lagi hingga menjadi doh lembik.

- Masukkan adunan tadi kedalam pengisar kuih dan masukkan telur satu persatu sambil digaul hingga sebati.

- Panaskan oven pada suhu kepanasan 180°C.

- Masukkan nozel bintang kedalam piping bag diikuti dengan adunan tadi. Alas loyang dengan kertas minyak. Picit - kepanjangan dan bentuk churro mengikuti kesukaan anda.


- Bakar hingga keemas - emasan. Keluarkan dan panas2 tu terus salut dengan gula yang dicampurkan dengan cinnamon powder.

- Boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos caramel. 

- Sedap~~~~~~~~~~~~~~~~ Tak tipu......




No comments:

Post a Comment