E1
TTANG TING TING TING
“Kayla, seriously?” soal ku pada Kayla.
“What? Bukannya Kayla sengaja pun. Ada apa kita datang sini, kanda?
Bonda tahu tak pasal ni?”
“Daaa~~ Ofcourse tak tahu”
Kalau bonda tahu, mati aku.
Aku meniliti tempat itu. Tidak banyak
benda yang boleh dijadikan bahan bukti. Kecuali satu benda, darah di meja itu. Bukan
milik seorang manusia tetapi milik seekor binatang. Apa darah itu buat disini?
Apa kaitannya dengan kehilangan ayahanda?
“Kanda, dah dekat setahun lebih
kita siasat pejabat ayahanda ni tapi sampai sekarang tak ada bukti yang dapat
membawa kita kepada pencarian ayahanda.”
Ya… Memang kata Kayla, hampir
setahun lebih selepas pulang dari zaman lama, ayahanda masih mehilangkan diri
tanpa meninggalkan sebarang tanda atau surat. Dimana sebenarnya ayahanda berada sekarang? Apa motif dia menghilangkan
diri? Soalan yang sama masih bermain difikiran ini.
Tap…. Tap… Tap…..
“Kanda..”
“Ya, kanda dengar. Cepat
keluar!” kata ku pada Kayla bila terdengar bunyi seseorang menuju kearah
pejabat ayahanda. Bunyinya semakin dekat dan jelas.
Kami mula melangkah keluar dari
bilik tersebut dan hampir terserempak dengan orang itu. Siapa? Apa? Identitinya
tidak aku ketahui. Jika aku lihat dari jarak yang jauh, kelihatan seperti
seorang lelaki bertubuh besar berpakaian serba hitam sambil menutup kepalanya
dengan hud yang mana membuatkan aku tidak bisa untuk melihat wajahnya. Auranya,
membuatkan aku rasa kurang enak. Siapa dia? Adakah dia mempunyai sebarang
kaitan dengan hilangnya ayahanda? Aku perlu tahu secepat yang mungkin.
“ATIF! Bangun! Dah pukul berapa dah ni? Kamu tahu tak yang kamu
sudah lewat untuk sesi pendaftaran kemasukkan kolej? Ya Allah, budak ni masih
tak bangun bangun lagi? Atif!”
“Hukkk!!” Ada apa ni? Kenapa
bonda ada disini? Apa yang telah berlaku? Aku berada didalam kebingungan
apabila melihat bonda berdiri dihadapan katilku.
Dengan perlahan bonda
menghampiri aku dan..
PAP!!
Satu pukulan diberikan oleh
bonda dibelakang kepalaku. “Ouch!! Kenapa bonda pukul kepala Atif?” soalku
dengan wajah yang bingung.
“Kamu tengok jam itu pukul
berapa?” Aku menoleh kearah jam disebelah katilku.
“9.48 pagi? Kenapa?”
“Tengok hari apa?”
“Isnin? So….?” Seriously, aku
cuba untuk memahami apa mahu bonda sebenarnya.
Bonda menarik nafas sedalam –
dalam yang mungkin dan menghembuskannya dengan kuat lalu mengukir satu senyuman
dibibirnya. “Anakandaku Haris Atiffin, hari ini hari isnin dan sekarang sudah
pukul 9.50 pagi dan pada hari isnin ini yang bertarikh 11 haribulan julai 2016,
kamu ada pendaftaran kemasukkan….”
“Alamak!! Kenapa bonda tak
bangunkan Atif tadi?” kataku lalu bangun dari katil lalu mencapai tuala untuk
mandi.
PAP!!
Satu lagi pukulan melayang
dikepalaku dan kali ini lebih kuat dari yang tadi. Tekeluar juga semua isi kepala
aku ni karang. Marah betul bonda nampaknya.
“Dari pukul 7 tadi bonda
bangunkan, kamu tu macam orang urghhh.. Cepat! Kamu dah 50 minit lewat dari
waktu yang ditentukan.”
Sepatah pun aku tak dengar apa
yang dikatakan oleh bonda. Sebab apa? Sebab aku sibuk. Sibuk dengan
membersihkan diriku ini.
HARI pertama sekolah, setentunya hari yang mendebarkan untuk aku.
Kenapa? Aku pun tidak tahu. Sepertinya aku pernah merasai perasaan seperti ini
sebelum ini. Oh yes, macam mana aku
boleh masuk kolej sedangkan aku tidak ada keputusan peperiksaan besar di tahun
lepas? Senang saja, dengan bantuan seorang budak yang bernama Raymond Lee,
petik saja jari semuanya akan siap.
“Nama?”
“Haris Atiffin bin Haris
Hakimi.”
“Haris Hakimi?” soal orang itu
sambil melihat aku dari atas kebawah dengan matanya yang sepet itu
“Ya, Haris Hakimi,” jawabku
dengan penuh kepastian. Kalau bukan Haris Hakimi, siapa lagi nama ayahanda aku?
Porah orang ni.
“Nah, ini tag nama dan tali.
Tulis nama yang mudah dipanggil di kertas ini dan ikat dengan tali ini. Gantung
pada leher kamu. Ok itu saja. NEXT!.” Aku hanya menganggukkan kepalaku. Pelik
orang ni. Bila aku pusing melihatnya lagi, dia masih meneliti tubuhku. Ngeri!
“AAAAAAAAAAAAA” Urgh! Telinga
aku. Siapa yang menjerit itu? Apa yang berlaku?
No comments:
Post a Comment