Hantu, roh,
jembalang dan benda – benda yang berkaitan dengannya jangan sesekali disebut
pada Damian. Kenapa? Sebab semua itu akan membuatkan dia lemah dan menggigil.
Senang dikatakan, Damian takut dengan semua benda itu.
Tapi siapa Damian ini?
Damian, seorang anak yatim piatu
yang langsung tidak pernah berjumpa dengan kedua ibu bapa sejak bayi lagi. Dia
hanya menerima kasih dari Umi iaitu penjaga rumah anak yatim, tempat dia
tinggal dari kecil sehingga umurnya 23 tahun. 23 tahun? Setentunya dia harus
berdikari dan mencari tempat tinggal sendiri. Ya, dia telah melakukannya.
Namun hidupnya mula berubah
apabila ternampak seorang wanita misteri yang tidak diketahui akan identitinya.
Oleh sebab itu, dia mula nampak dan dapat merasa benda – benda yang dia tidak
suka, mendekatinya atau berhampiran dengannya.
Siapakah dia wanita misteri itu?
Apa yang telah dia lakukan pada Damian? Mampu Damian menangani semua
ketakutannya terhadap benda – benda halus itu. Semuanya tertulis disini,
Damian.
No comments:
Post a Comment