D1
“Saya nak Waffles sama Sos
Karamel dan Orange Juice satu,” kataku pada pelayan cafe itu.
“Itu saja encik?”
“Ya, itu saja”
Aku lihat jam ditangan dan aku
lihat disekelilingku. Mana pula Darren ni, dari tadi aku tunggu batang hidung
dia pun aku tak nampak. Kata pukul sembilan, ni dah 9.30 masih juga tak sampai
– sampai. Janji melayu betul manusia sorang ni. Sabar je aku dibuatnya.
“Aaa!”
KEDEBUK!
“Aduh, sakitnya!” Aku berpusing
kearah bunyi orang kesakitan itu dan apabila aku meneliti wajahnya, sungguh aku
kenal siapa dia. Siapa lagi kalau bukan Darren. Dia tahu yang dia sudah lewat
sebab itu dia menggelabah, takut kena ceramah oleh aku.
Setiba dimeja makan dimana aku
berada, aku lihat dia dengan jelingan yang tajam sambil memberikan senyuman
sinis. “Aik, awalnya kau datang?” soalku dengan sindiran.
“Sorrylah D, aku bukannya sengaja pun. Alarm aku tak berbunyilah
tadi,” jawabnya dengan rungutan dan memberi wajah kesian. Ingat aku boleh
tersentuh lah dengan wajah kesian kau tu. Boleh piiii lah.
“Kau kata alarm kau tak
berbunyi? Membohong betul. Dari sebelum aku nak pergi jogging, dah nak keluar dari rumah kita tu, alarm kau lah yang tak
berhenti – henti berbunyi. Itu kau boleh tak dengar. Memang sah kena tutup
telinga tu. Dah, cepatlah order. Aku
nak pergi kerja lagi ni.” Dia hanya melihat aku dengan wajah yang bengang. Hih,
tak makan saman betul budak sorang ni.
“Waffles with Caramel Sauce and Orange Juice?” soal pelayan itu
apabila tiba dimeja kami.
“Sini.. Ehehehehe,” jawabku
dengan riang. Yahoo, makanan aku dah sampai! “Darren, aku makan dulu ek. Kau
duduk diam – diam tunggu makanan kau. Jangan ganggu aku. Ok?” kataku padanya
dengan memberi senyuman mengejek.
Darren mendengar kata – kataku
dan hanya bermain dengan telefon bimbitnya. Tak lama kemudian dia mula membuka
mulutnya untuk mengatakan sesuatu tetapi semuanya tidak menjadi apabila aku
mula tersedak, seperti ada sesuatu yang tersekat dileher aku.
“Huk!”
“Kau okay ke tak ni, D? Damian,
kau okay tak?” soalannya aku tidak mampu jawab dan terus bangun menuju ke
tandas di dalam café itu.
Sukar untuk aku bernafas pada
masa ini. Aku perlukan bantuan. Seseorang mesti bantu aku untuk keluarkan benda
di leher aku tapi tiada siapa yang ada di dalam tandas ini. Aku cuba untuk
menjerit meminta tolong tapi tidak mampu.
Aku tidak mahu mati dalam
keadaan begini. Tidak sama sekali.
“Damian” seseorang memanggil
aku. Aku berpusing kebelakang untuk mencari siapa tapi tiada.
“Siapa tu? Tolong aaa… ak..uuu”
pintaku dengan nada yang hampir tidak keluar dari mulut ini.
“Damian..” panggilnya lagi. Kali
ini aku melihat ke arah cermin di dalam tandas itu. Wanita. Aku nampak seorang
wanita tapi wajahnya tidak. Siapa dia? Kenapa dia ada didalam tandas lelaki
ini?
“DAMIAN!” jeritnya secara mengejut
yang membuatkan aku lemah dan rebah keatas lantai. Siapa dia? Aku nampak dia
keluar dari tandas itu sebelum mataku tetutup.
AKU membuka mataku dengan perlahan kerana badanku amat lemah.
Melihat keadaan disekeliling, seperti aku pernah lihat. Kenapa aku berada
disini? Macam mana aku boleh berada disini?
“Damian, kau dah sedar? Aku
panggil doktor kejap,” kata Darren apabila melihat aku mula membuka mata dan
menggerakkan badanku. Dia terkejut dari tidur kot.
“Eh, tak apa Darren. Tak payah
panggil doktor, aku ok. By the way,
macam mana aku boleh ada dekat sini?” soalku dengan lemah.
Darren duduk semula di tepi
katil apabila aku melarang dia untuk memanggil doktor. Dia menghembuskan nafas
dengan berat. Nampak penat sangat si Darren ni. Dia melihat aku dan lalu
tersenyum.
“Kenapa kau senyum? Aku soal pun
kau belum jawab, kenapa senyum?” soalku lagi
“Bukan apa, kalau kau mati,
memang aku rasa besalah sangat sebab tak jaga kau dengan baik seperti apa yang
pernah aku janji pada Umi dulu.” Oh, itu rupanya sebab dia senyum.
“Tak payahlah rasa besalah
sangat. Ni, soalan aku tadi kau belum jawab lagi. Macam mana aku boleh ada
dekat sini?”
“Kau pengsan dekat tandas café
tadi. Itu yang aku bawa kau ke hospital ni. Doktor kata besar kemungkinan kau
penat dan stress. Aku dah kata dekat kau D, tak payahlah kerja dekat kedai buku
tu lagi. Kerja saja dekat syarikat ayah aku itu. Kau ada kelulusan tapi kenapa
kau tidak gunakannnya.” Penat? Stress? Bukannya tadi, aku tersedak ke? Ada
sesuatu dileher yang membuatkan aku susah untuk bernafas.
“Tak naklah aku kerja dengan
kau. Menyusahkan saja. Tapi betul ke doktor kata aku hanya penat dan stress?”
“Ya, betul” Pelik.
“Oh ya, kau ada nampak sesiapa
tak keluar dari tandas lelaki tadi? Maksud aku seorang perempuan. Ada tak?”
“Nope. Kenapa?” Tak ada?! Aku pasti ada wanita tadi didalam tandas
lelaki. Takkan itu hanya anganku saja. Kenapa dengan aku hari ni, ek?
“Nothing,” jawabku dengan perlahan.
KAMI tiba dirumah dalam jam 10.00 malam. Aku membawa Damian kedalam
bilik tidurnya untuk berehat. Keadaan Damian sangat lemah, dan apabila keluar
dari hospital tadi, dia terus berpeluh dan mengatakan sesuatu yang sukar untuk
aku dengar, apatah lagi untuk difahami.
Aku masih tertanya – Tanya, apa
sebenarnya yang terjadi pada Damian dalam tandas café tadi pagi. Sebab, dari
soalannya yang begitu banyak pada aku tadi, membuatkan aku tidak percaya dengan
apa yang dikatakan oleh doktor. Mungkin ada sesuatu yang berlaku dan dia hanya
merahsiakannya pada aku. Malas lah aku nak fikirkan.
Usai aku mandi, aku menutup
lampu bilikku untuk tidur tapi haus lah pula. Turunlah kejap. Kita minum dulu!
Yoohoo!
Aku pun keluar dan melintas
bilik Damian untuk melihat keadaannya. Namun pintu biliknya terbuka dan tidak
ada siapa pun didalam bilik itu. Dimana Damian?
KETANG! TING! TING!
Bunyi apa tu? Aku terus turun kebawah dan
menuju kedapur kerana bunyinya datang dari situ.
“D, kau ke tu?” Aku ternampak
satu susuk tubuh sedang bercangkung duduk diatas lantai. Aku pasti itu Damian.
“Kot ya pun, buka lah lampu dapur ni. Kenapa begelap?” kataku lalu membuka
lampu dapur.
“Damian, kau buat apa tu?!”
jeritku apabila melihat Damian bercangkung sambil memakan daging mentah yang
diambil dari peti sejuk.
“Aku… aku lapar,” katanya dengan
mulut penuh dengan darah dan tangan yang sedang memegang daging mentah. Apa
yang telah berlaku pada Damian?
No comments:
Post a Comment