Wednesday, November 16, 2016

Damian - D2



D2

                Pukul berapa ni? Oh, masih awal. Baru pukul lapan, aku ada satu jam lagi sebelum kerja bermula. Turun bawah lah kejap.

                “Darren, kau masak apa?” soalku pada Darren bila tiba di dapur.

                “Mee goreng sama kopi saja. Jom lah kita sarapan sama – sama” jawabnya sambil menyuci bekas dia menggoreng.

                “Tak apalah. Aku rasa kenyang. Tak ada selera pula pagi ni” jawabku dengan memberinya senyuman. “Tapi, aku nak bekal untuk aku lunch karang. Boleh kau bungkuskan?” Kesian juga Darren susah – susah masak tapi aku tak makan.

                “Karang aku bungkuskan. Eh, kau makan apa semalam sampai kau kenyang ni, D?” soalnya dengan wajah yang tertanya – tanya.

                “Entah, aku tak ingat pula apa yang makan semalam. Oklah, aku naik atas jap nak besiap pergi kerja.” Aku pun naik ke atas ke bilik tidurku. Namun langkahku terhenti apabila Darren memanggil aku.

                “Damian.”

                “Ah, apa?”

                “Kau tak ingat ke apa yang terjadi semalam?”

                “Aku masuk hospital? Ya, aku ingat. Kenapa?”

                “Oh, okay. Tak ada apa. Tanya je” jawabnya teragak – agak. Pelik Darren ni, dia tahu yang aku masuk hospital semalam, tanya lagi. Hmmm.

               

                Mana motor aku? Bukannya semalam ada dekat rumah ke?

                “Darren! Motor aku mana?”

                “Motor kau? Bukannya… Eh, motor kau kan dekat café masih, D! Kan kau pengsan semalam,” jeritnya dari dalam rumah. Betul juga ek.

                “Singgah ke café semalam tu jap. Nak ambil motor,” pintaku pada Darren. Dia hanya mengangguk pada ku tanpa melihat wajahku langsung.
                Sepanjang perjalanan ke café, kami langsung tidak bercakap ataupun membuka mulut. Malah, radio pun tidak dibuka. Awkward! Aku melihat ke luar tingkap, semuanya berlalu dengan pantas. Berapa speed yang Darren bawa ni? Bila aku lihat, 120km per jam. Gila ke apa budak sorang ni.

                “Darren, bawa perlahan sikit, boleh tak?” pintaku tidak dihirau olehnya. “Darren, kau ok ke? Kenapa kau menggigil ni?”

                Dia terus memandu dengan pantas sehingga mencapai 160km per jam. Dia ni nak mati cepat ke apa?

                “Darren!” Aku menjerit sebelahnya dan kini baru kereta itu bergerak dengan perlahan. “Kau ok ke? Kenapa kau menggigil? Kenapa tangan kau tu? Macam mana boleh luka?”

                “Aku ok. Tak payahlah kau risau. Tangan aku luka ni sebab semalam ada kucing jiran gigit masa aku nak tutup pagar rumah kita tu. Dah sampai dah,” jawabnya dengan perlahan.

                “Terima kasih. Jangan lupa sapu ubat dekat tangan kau tu. Macam teruk sangat aku tengok. Ok bye” kataku lalu keluar dari keretanya.

                Itu dia motor kesayanganku!

‘Motor! Sayang papa, apa khabar? Sorrylah papa tinggalkan kamu dekat sini. Bukannya papa sengaja pun. Papa pengsan sema…’ Urghh! Kepala aku…

                “Damian, apa kau buat ni?! Damian!”

                Apa yang aku baru lihat? Kenapa macam wajah Darren? Kenapa aku cederakan dia? Kepala aku pusing. Sukar untuk aku berfikir panjang. Aku akan fikirkan hal ini kemudian. Sekarang aku harus pergi kerja kerana aku sudah lewat.



                PELBAGAI jenis soalan bermain difikiranku. Adakah aku telah melakukan sesuatu pada Darren yang mana membuatkan dia tidak mahu bercakap dengan aku pagi tadi. Adakah sebab satu perkara, membuatkan Darren langsung tidak mahu melihat wajahku atau menyapa aku. Luka di tangan Darren, benarkah itu gigitan seekor kucing sedangkan saiznya agak besar. Apa sebenarnya yang telah berlaku?

                “Damian, bos panggil!” sapa Qisy yang telah membuatkan aku terkejut dan kembali kedunia nyata.

                TOK! TOK! TOK!

                Pintu bilik bos aku, aku ketuk dengan perlahan.

                “Masuk!” Aku pun masuk sambil kepalaku tunduk kebawah.

                “Ya bos, ada apa?” kataku lalu mengangkat kepalaku untuk melihat dia. Namun nafasku terhenti serta merta. Apa yang aku lihat sekarang ini? Apa benda itu?

                Aku nampak satu susuk tubuh sedang bertenggek di atas bahu bos sekarang ini. Pakaiannya sangat lusuh dan kotor. Wajahnya amat mengerikan. Dia tidak ada mata. Telinganya tertutup seperti dijahit dengan kuat. Rambutnya sangat panjang sehingga menutupi sebahagian daripada muka bos aku.

                Langkahku terhenti. Badanku tidak bisa untuk bergerak. Aku rasa sangat lemah dan seluruh badanku menggigil. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Benda itu mula turun dari bahu bos dan menuju kearah aku. Dia menghidu mukaku sepertinya dia boleh nampak kewujudan aku disitu dan tahu aku bisa melihatnya. Badanku mula berpeluh, kepalaku mula pusing sepertinya aku hendak pitam sekarang.

                Jika aku boleh membuka mulut dan mengatakan sesuatu sekarang, mungkin bos akan membenarkan aku untuk keluar tapi mulut ini seperti terkunci dengan kunci mangga. Aku takut. Someone please help me right now!

                “Damian, kenapa berdiri disitu saja? Duduklah” kata bos aku.

                “Sa.. sa… saya …. Saya….” Itu saja yang mampu aku katakan sebelum rebah kebumi. Jelas terukir senyuman sinis di wajah benda itu sebelum aku menutup mata. Apa maksud senyumannya itu? Aku menjadi lebih takut apabila dia mula mengusap wajahku dengan jari – jemarinya itu. Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya aku pada masa itu.

                “Damian… Damian bangun! Qisy tolong panggilkan ambulance!”


               
                DAMIAN langsung tidak ingat apa yang berlaku padanya semalam. Kelakuannya tadi pagi seperti tidak ada apa – apa yang berlaku. Semalam, selepas aku nampak dia memakan daging mentah itu, aku cuba untuk menghalangnya dari terus makan daging mentah itu tapi dia menjadi liar dan menyerang aku. Gigitan ditangan ini adalah gigitan darinya. Disebabkan panik, aku menghempas kepala dengan periuk yang mana membuatkan dia tidak menyedarkan diri.

                Aku rasa Damian dirasuk oleh sesuatu. Tapi apa yang merasuk Damian? Hantu? Jembalang? Serigala jadian? Ah mengarutlah, mana ada serigala jadian dalam dunia ni. Tapi apa?

Semestinya apa yang berlaku semalam itu membuatkan aku takut untuk berdepan dengannya. Oleh yang demikian, mulut ini tidak bisa untuk bercakap dengannya walaupun sepatah perkataan. Kecuali di dapur tadi. Itu kecuali ok. Kecuali.

                Sampai pun rumah. Aku lihat jam ditangan, sekarang menunjukkan pukul lapan malam. Damian mesti belum balik. Aku pun membuka pintu rumah dengan perlahan dan melihat keadaan dalam rumah sangat gelap. Sah, Damian belum pulang.

                JRRTTT! YINGG! TITTTT!               

                Terkejut aku dibuatnya apabila melihat Damian berada diruang tamu sambil menonton televisyen dalam keadaan yang suram. Tapi, apa yang dilihatnya itu bukan cerita ataupun rancangan, cuma satu siaran tamat. Dia terus menukar siaran tapi benda yang timbul hanyalah benda yang sama. Semuanya tamat siaran.

                “Damian, kau tengok apa tu?” soalku dengan penuh debaran. Soalanku tidak dihirau sama sekali. “Damian?” Kali ini aku memegang tubuhnya lalu menggoyangkan sedikit.

                Kepalanya berpusing dan membengkok melihat kearah aku. “Shhhhh, jangan bising. Biarkan aku menikmati apa yang aku lihat sekarang,” katanya dengan perlahan sambil membuat tanda ‘jangan bising’ lalu memberi aku senyuman yang mengerikan. Matanya sangat hitam. Semuanya hitam. Not again….


No comments:

Post a Comment