Thursday, November 17, 2016

Detektif Luar Biasa 2 E2


E2

                “AAAAAAAAAAA”

                Bunyi jeritan itu semakin hampir. Apa yang terjadi? Ada orang mati kah? Aku terus berlari menuju kearah bunyi itu. Dari jauh aku dapat melihat orang ramai berkumpul disatu tempat dan sudah semestinya, bunyi jeritan itu datangnya dari tempat itu.

                “Atif!” Aku berpusing kebelakang apabila ada seseorang memanggil namaku. Ray rupanya. “Siapa yang menjerit tu?”

                “Aku nak tengoklah ni. Kau tu yang buat aku berhenti untuk tengok apa yang berlaku.”

                “Aku?”

                “Ya, kau lah! Dah, jom tengok!” Aku menjelingkan mataku pada Ray.

                “Aku juga yang salah,” rungut Ray dengan slang koreanya itu. Malas aku nak layan kau.

                Kami menghampiri orang ramai di situ. Aku menjenguk apa yang mereka lihat itu. Rupa – rupanya…. Laaaaaaaaaa….. Katak je pun. Menjerit kemain macam ada orang mati bagai. Aku hempuk juga kepala minah ni karang dengan beg galas aku ni. Melebih betul.

                Aku terus beralih ke dewan serbaguna kolej kami untuk upacara orientasi.



               
                “ARGHH!!! Penat ya!” jeritku lalu baring keatas katilku. Hari ini adalah hari yang paling memenatkan bagi aku! Luar biasa betul aktiviti yang dikendalikan oleh senior pada orientasi tadi. Penat weh. Penat!!

                Ttok! Ttok! Ttok!

                “Atif, ada orang ketuk pintu,” kata Ray pada aku.

                “Ah.. Urghhh.. Masuk!” Pintu bilik dibuka dengan perlahan. Aku mula duduk diatas katil untuk melihat gerangan siapakah yang memasuki bilikku. Oh, Abang Nash rupanya, butler aku.

                “Tuan Muda, boleh saya masuk?”

                “Masuklah . Abang Nash, berapa kali saya cakap, jangan panggil saya Tuan Muda, panggil saja Atif,” rungutku padanya. “Ada apa, Abang Nash?” soalku dengan sopan.

                “Ini ada sampul surat untuk Tuan Muda,” kata Abang Nash lalu menghulurkan sekeping sampul surat berwarna hitam. Laranganku tidak dihiraukan. Dia ni takut betul kena marah oleh Nenda.

                “Surat apa ni?”

                “Surat apa, tidak saya ketahuinya, wahai Tuan Mudaku,” jawabnya dengan nada mengejek. Lantaklah kau. Malas aku nak layan. “Saya keluar dulu ya, Tuan Muda” katanya sebelum keluar sambil memberi aku senyuman mengejeknya itu.

                “Mmmm”

                Aku meneliti sampul surat itu dari setiap sudut. Sampul surat apa ni? Bila aku menggoncangnya, seperti ada sesuatu didalamnya selain daripada sepucuk surat. Kenapa sampul surat ini seperti sampul surat yang pernah aku berikan pada ayahanda ketika aku berada di zamannya? Takkanlah….

Aku terus membuka sampul surat itu tanpa berfikir panjang. Ray yang berada ditepi aku, hanya memerhati kelakuanku. Mesti dia juga tertanya – tanya apa isi sampul surat itu.

Bila aku membukanya, kepalaku mula pening dan penglihatanku mula memudar. Apa benda dalam ni? Bila aku jenguk sedikit. Berlian merah! Aku terus membaling sampul surat itu jauh dari tempatku.

“Kenapa kau baling sampul surat tu?” soalnya kebingungan

“Berlian merah…” jawabku dengan lemah.

“Kenapa berlian merah?” soalnya lagi.

“Aku tak boleh dekat dengan berlian merah itu. Kalau tak seluruh tubuh aku akan menjadi lemah dan tidak berdaya.”

“Kenapa pula?” soalnya lagi. Hih, budak ni! Aku hempuk juga ni kang.

“Kau ni kan, banyak soal lah! Buang je lah berlian tu!” jeritku padanya.

“Itu pun nak marah. Orang tanya je pun,” katanya dengan nada merajuk. “Atif.”

“Apa?!”

“Janganlah marah. Aku nak tanya ni, surat ni kau nak buang juga ke?” Surat?

“Jangan. Bagi aku.”

“Nah, aku keluar jap buang benda ni,” kata Ray lalu menunjuk berlian merah kepada aku. Kedengaran ketawa dia dari luar bilik. Celaka kau Ray! Kepala aku semakin pening olehnya.

Aku membuka lipatan surat itu. Aku membaca sepatah demi sepatah perkataan yang tertulis disurat itu. Dahiku mula berkerut.


Kepada Keluarga Haris,

Ini adalah amaran. Jangan kau fikir, kau akan terlepas dari dendam kami. Kau tunggu, bila tiba masanya, kami akan menyerang keluarga kau.

Mr.X


What deh? Aku tak faham. Amaran apa? Apa yang keluarga aku buat? Dendam apa pula ni? Siapa lagi Mr.X ni? Macam mana mereka boleh ada berlian merah ni? Apa ke benda yang diorang merepek ni? Arghhhh!!!! Stressnya aku! *Flip the table*

Aku mesti beritahu bonda dan Kayla mengenai hal ini. Aku terus bangun dari katil lalu membuka pintu bilik.

“Kau nak pergi mana?” tanya budak sengal ni. Siapa lagi? Si Ray lah.

“Nak jumpa bonda sama Kayla kat bawah jap,” jawabku tergesa – gesa.

“Atif!” Langkahku terhenti.

“Apa?!” Ya allah, sabar je aku dengan budak korea sorang ni.

“Mata kau. Mata kau, biru. Kenapa mata kau biru?! Hik!!!!!!!” tegur Ray dengan gaya terkejut.

Alamak, Ray tak boleh tahu pasal kuasa aku! Jalan je, Atif. Jalan je. Jangan kau layan kawan kau sorang ni.

“Atif, aku tanya ni! Atif!” Aku meneruskan langkahku tanpa berpusing kebelakang.

“Bonda! Bonda bonda bonda bonda bonda bonda!” jeritku bila melihat kelibat bonda di ruang tamu. Aku terus berlari menuju kearah bonda dan, “Bonda, tengok ni!”

Bonda membaca surat itu lalu menoleh kearahku. Reaksi wajah yang diberikan oleh bonda pada aku ialah 😑 I don’t get you, bruh!’

“Surat apa ni, Atif?” soal bonda.

“Surat ugutan, bonda. Dia ada bagi berlian merah bersama surat ni dan Atif dah buang berlian merah itu.”

“Surat apa tu, kanda?” soal Kayla apabila tiba diruang tamu. Jadi kerja aku nak ulang balik apa aku cakap tadi.

“Kenapa buang?” soal bonda. “Kenapa tak bagi bonda? Berlian tu tak ada kesan pada bonda, jadi bagi je lah bonda. Dapat bonda hantar ke markas. Mana berlian tu sekarang?”

“Kanda, surat apa tu?” soal Kayla lagi.

“Atif, kenapa mata kau boleh jadi biru?”


Aku menarik nafas sedalam – dalam yang mungkin. Macam mana aku nak cakap ni? Dengan sebelah budak korea sorang ni tak sudah – sudah bertanya kenapa mata aku biru sedangkan warna mata aku sudah kembali kepada asal. Dengan bonda dan Kayla pula, masing – masing memberikan wajah bengang. Arghhhh sudah! Baik aku naik atas. Stress!

No comments:

Post a Comment