D3
Kenapa aku mesti hadapi semua
ini? Melihat keadaan Damian masa ini, membuatkan aku semakin takut untuk
berdepan mahupun berbicara dengannya.
“D, tutuplah tv tu…” kataku lagi
dalam keadaan yang takut sambil menggoyang bahunya.
“AKU KATA JANGAN BISING!!”
jeritannya itu membuatkan aku terhumban dan terhempas ke dinding. Apa benda
yang rasuk dia ni? Aku mesti lakukan sesuatu. Telefon ustaz? Ya, telefon ustaz.
Aku membuka telefon bimbitku
untuk mencari nombor ustaz. Malangnya satu nombor ustaz pun aku tak ada. Eh,
aku mana ada pernah save nombor
telefon ustaz. Mungkin dalam telefon Damian ada. Mana pula telefon budak ni?!
Aku mencari dan mencari, ternyata telefonnya berada diatas meja berdekatan
dengan televisyen.
Aku cuba untuk bangun dalam
keadaan yang sangat sakit ini. Namun langkahku dihalang apabila Damian mula
merangkak menuju kearah aku. Itu bukan Damian. Itu bukan Damian! Cara dia
merangkak sangat mengerikan seolah – olah tulang – tulang di tubuh Damian sudah
patah.
Apa yang harus aku lakukan
sekarang? Dia semakin hampir mendekati aku.
“Kau, kawan budak ni ek?”
soalnya benda itu sambil menghidu wajahku.
“Jangan dekat.. Apa kau nak buat
ni?” balasku ketakutan. Aku cuba memikirkan cara untuk membuat Damian sedar
semula. Mataku liar mencari objek berdekatan untuk digunakan untuk menyedarkan
Damian. Pasu?
Tanpa berfikir panjang, aku
mencapai pasu bunga itu lalu menghayunnya ke kepala Damian dengan mataku yang
tertutup. Adakah itu menjadi? Tidak sama sekali! Kenapa? Sebab tanganku telah
ditahan oleh benda itu dan dihidu. Dia tersenyum dan mula memusingkan kepala ke
arah aku.
“Apa yang kau nak buat?” soalnya
lalu menghampiri mukaku. Wajah Damian sangat mengerikan. Aku takut. Aku buntu.
Aku tidak tahu hendak melakukan apa lagi. Dia tahu akan gerak langkah ku. Fikir
Darren, fikir! Kau tahu apa yang kau harus lakukan. Kau cuma takut.
Aku menguatkan diri untuk
melepaskan tanganku dari genggamannya. Aku berjaya! Tanpa teragak – agak, aku
menghempas pasu itu ke kepala Damian. Damian mula rebah dan tidak menyedarkan
diri. Ada sesuatu yang keluar dari mulut Damian, seperti asap? Aku ternampak
sesuatu yang mengerikan sebelum ianya menghilang seperti ditiup angin. Apa
benda tu?
“Damian, bangun Damian!” Aku
menggoyangkan badan Damian tapi dia masih tidak menyedarkan diri. Aku memegang
pergelangan tangan Damian untuk memeriksa nadinya, masih ada. Aku memegang
kepalanya untuk melihat jika ada sebarang luka atau tidak.
“Pelik,” kataku dengan perlahan
apabila melihat tiada sebarang luka mahupun darah selepas dihempas dengan pasu.
Aku rasa aku hempas dengan kuat tadi. Pasu ini boleh pecah tapi kepalanya…
Aku terus
membawa Damian naik ke bilik tidurnya.
URGHH, sakitnya kepala aku! Apa saja yang aku mimpikan tadi tu?
Seram sejuk aku dibuatnya bila teringatkan mimpi - mimpi itu. Siap ada Darren
juga dalam mimpi tu. Hoih, menggigil satu tubuh dibuatnya weh.
“Darren, kau nak tahu tak, dua
tiga hari ni, aku asyik mimpi benda – benda yang mengerikan. Mula – mula aku
mimpi aku makan daging mentah. Lepas tu aku mimpi, aku serang kau,” ceritaku
pada Darren. Darren dihadapan hanya membisu dan melayan perutnya saja. Dia tak
layan aku pun.
“Darren, dengarlah aku cakap
ni.” Masih tidak ada sebarang reaksi diberikan. Tidak lama kemudian, dia bangun
dari kerusi dan terus berlalu menuju ke dapur.
“Aku kerja dulu,” katanya padaku
apabila dia melangkah keluar dari dapur. Aku juga bangun dan terus pergi menuju
ke arah Darren. Bahunya aku capai lalu.. Ah, kepala aku!
Aku terduduk sambil memegang
kepalaku yang sakit. Sakitnya, sangat sukar untuk aku tafsirkan. “Damian, kau
kenapa?” soal Darren bila melihat aku sudah terduduk dibelakangnya.
‘Damian, kau tengok apa tu?’
‘D,
tutuplah tv tu…’
‘Damian?’
‘Shhh,
jangan bising. Biarkan aku menikmati apa yang aku lihat sekarang.’
‘Kau,
kawan budak ni ek?’
‘Jangan
dekat… Kau nak buat apa ni?’
‘Damian..
Bangun Damian!’
Apa yang baru aku lihat ini? Apa
semua ini? Wajah Darren nampak sangat ketakutan melihat aku. Adakah apa yang ku
katakana mimpi itu sebenarnya bukan? Adakah semua itu benar – benar berlaku?
Jika benar, aku rasa sangat bersalah pada Darren.
“D, kau okey ke?” soal Darren
lagi.
“Aku dah tahu segala – galanya.
Aku tahu kenapa kau tak bercakap sama aku pun. Aku tahu kenapa kau tak nak
tegur aku. Aku dah tahu dah” onarku dengan lemah. Darren terkesima mendengar
kata – kataku. Dia memandang wajahku dengan lama. Mata Darren nampak bengkak,
mungkin dia tidak cukup tidur oleh aku. Mungkin dia masih ketakutan dengan apa
yang telah berlaku.
“Aku minta maaf kalau aku dah
banyak menyakitkan kau selama beberapa hari ini. Aku sendiri tak tahu apa yang
terjadi pada aku sebenarnya,” kataku sambil menundukkan kepalaku. Aku malu
untuk memandang Darren. Aku malu.
“Itu bukan salah kau, D. Aku
faham. Cuma aku masih tertanya – tanya, apa benda yang merasuk kau itu.” Darren
mengangkat bahuku untuk berdiri semula. “Aku rasa sebelum ini kau tak pernah
kena rasuk, tapi kenapa sekarang ni mudah sangat. Dua hari berturut – turut,
kau tau tak. Dua hari itu juga aku merana.”
Darren menceritakan apa yang
telah berlaku pada aku beberapa hari ini. Dia beritahu aku betapa takutnya dia.
Salah satu sebab aku kena rasuk, mungkin kerana aku penat katanya. Mungkin ada
benarnya juga sebab dua tiga hari ni aku rasa badan ini sangat lemah.
AKU memandang buku – buku dihadapan dengan jangka masa yang amat
lama. Banyak benda yang berlegar – legar difikiranku masa ini. Macam mana benda
ini boleh terjadi pada aku? Kenapa mesti aku yang kena hadapi semua ini?
“Apa yang kau angankan tu, oi”
tegur Qisy.
“Tak ada apa – apa lah,” jawabku
dengan perlahan.
“Aku tengok kau ni, dari tadi
pagi asyik mengelamun je. Kau okey ke?”
“Aku okeylah. Tak payahlah kau
risaukan pasal aku. Sambung je kerja kau tu.”
Waktu kerjaku hampir tamat. Baik
aku pergi ambil begku bilik pekerja sekarang. Sejuk pula rasa disini tetiba.
“Qisy, kau tak rasa sejuk ke
tetiba?”
“Damian, seriously? Memanglah
sejuk, kalau kau dah berdiri bawah Aircon betul – betul. Porah” Aku melihat ke
atas. Bukan pasal tu aku rasa sejuk. Tapi pasal benda yang bergatung di atas
kepala Qisy sekarang ni. Gila weh gila weh gila weh. Apa patut aku buat
sekarang? Jangan tegur, Damian. Jangan tegur. Aku tak nak kena rasuk lagi!! AKU
TAK NAK!!
No comments:
Post a Comment