E3
3hb Mac 2016, Khamis
Kini
genap tiga bulan aku pulang dari masa lampau. Ayahanda masih menghilangkan diri
tanpa meninggalkan apa – apa petanda kepada kami. Apa sebenarnya yang terjadi
kepada ayahanda sehinggakan dia membuat keputusan untuk menghilangkan diri? Itu
masih menjadi persoalan bagi aku.
Adakah semua ini ada berkaitan
dengan apa yang pernah terjadi dulu? Jika benar ada kaitannya, aku harus
menyelidik mengenai hal itu.
Beberapa
hari lepas, aku menerima sepucuk surat dan berlian merah dari seseorang yang
menggelar dirinya sebagai Mr.X. Dari penulisannya itu, dia seperti mengenali
akan aku dan keluargaku. Siapa sebenarnya Mr.X ini? Dendam apakah yang dia cuba
jelaskan didalam surat itu dan dari mana dia memperolehi berlian merah itu?
Semestinya,
semua perkara menjadi semakin susah untuk aku selesaikan.
Ttok! Ttok! Ttok!
“Tuan Muda~~~.”
Kedengaran suara Abang Nash dari luar memanggil aku. Tak sudah – sudah dengan
‘Tuan Muda’ dia ni.
“Masuk!” Aku
berhenti menaip lalu menutup laptop.
“Tuan Muda buat
apa tew?” soalnya dengan nada yang
sangat annoying.
“Abang Nash,
sekali lagi Abang Nash panggil Atif ‘Tuan Muda’, Abang Nash taulah nasib abang
nanti,” kataku. “Nak apa ni?” soalku.
“Yalah yalah. Ni,
puan pesan supaya Tuan Muda, i mean
Atif dan Cik Kayla untuk ke markas tengah hari nanti.” Aku menjeling pada Abang
Nash apabila dia menyebut Tuan Muda lagi. Nampak sangat sengaja.
“Kenapa?”
“Itu Abang Nash
kurang pasti. Yang abang tahu, puan kata urgent.
Itu saja, fullstop. The end of the story.”
“Kayla dah tahu
tentang hal ini?”
“Sudah, Tuan
Muda. Abang Nash mengundurkan diri dulunya. Assalamualaikum. Chow.” Kenapalah
aku dapat butler yang suka sangat
mengetil aku ni. Sengal betul.
Hal urgent apa pula ni? Aku ni dah lah
banyak assignment nak buat. Masa
macam ini juga ada hal urgent. Aku
bangun dari kerusi belajarku lalu mencapai jacketku dan keluar dari bilik.
Patut aku pergi sendiri
sekarang atau tunggu Kayla? Tanya Kayla
lah, dia nak ikut aku sekarang atau pergi sendiri. Bilik Kayla aku tuju dengan
kepala yang masih berfikir mengenai hal urgent
yang bonda katakan itu. Apa lah benda mustahaknya tu?
“Kayla, nak ikut
kanda sekarang atau pergi sorang saja nanti?” soalku dari luar bilik Kayla.
Namun soalan ku tidak dijawab olehnya. Mana budak ni? “Kayla, kanda masuk ni.”
Tidak ada jawapan juga. “Kayla~~” Tanpa berfikir panjang, aku terus membuka
pintu bilik Kayla.
Huh, seriously? Dah pukul sebelas masih lagi
tebongkang atas katil. Nasib kau, Kayla. Nasib bonda tak ada dekat rumah. Kalau
bonda tahu ni, memang kau dengarlah orang opera pagi – pagi dalam rumah ni. Ini
yang Abang Nash cakap Kayla sudah tahu tentang hal urgent itu? Tak boleh dipercayai.
Eeee, tak senonoh
betul budak ni tidur. Dengan air liur basi melekat dekat pipi, kaki pula
terbuka seluas padang bola. Haih, perempuan apalah tidur macam ni. Malu pula
aku jadi kekanda kau, Kayla.
“Oi, Kayla!
Bangun! Dah nak tengah hari ni oi! Kau, kalau bonda tahu, Memang nahaslah hidup
kau. Oi, bangunlah!” Gila, pekak ke apa budak ni? Aku punya menjerit, dia boleh
bedengkur kat atas katil ni. Apa aku nak buat ni?
Aku mula duduk
bersebelahan tempat dia tidur. Aku menjenguk diluar pintu, ada orang ke tidak
di luar. Ok, line clear. Tak ada
orang.
“Yosh! Hehehehe”
Aku mula meletakkan tanganku di tangannya.
“AAAAA… Apa kanda
buat ni?” katanya dalam kesakitan oleh renjatan elektrik ku.
“Ah, tau pun.
Bangun! Bonda suruh ke markas tengah hari ni. Katanya ada hal urgent. Kayla nak ikut kanda atau pergi
sendiri? Kalau nak ikut kanda, kita jalan sekarang.”
“Jap, Kayla ikut
kanda. Jangan jalan dulu. Huh, pagi – pagi dah buat orang sakit. Sampai hati
buat adik sendiri macam ni. Sedehhh!” katanya
sambil mencapai tuala untuk ke bilik air.
BONDA mula bangun dari kerusinya dan
menuju kehadapan podium.
“Rasanya, kita
dah boleh mulakan mesyuarat kita pada tengah hari ini,” katanya apabila melihat
kebanyakkan pekerja sudah berada disana. “Baiklah, agenda mesyuarat kita pada
hari ini ialah untuk memperkenalkan nama department
kita yang terbaru dan memperkenalkan ketua – ketua serta pekerja – pekerja bagi
setiap unit.” Laaa, fikirlah mustahak sangat!
Aku hanya
mendengar kata – kata bonda itu tanpa menoleh kearahnya. Sebab aku sedang sibuk
menyiapkan assignment aku yang
bertimbun. Ikut hati, memang tak nak aku datang ke balai hari ini. Nanti tak
pergi kang, ada yang membebel dekat rumah tu. Dah pergi, bukannya ada apa pun
yang nak dibuat. Mesyuarat saja pun. Semua benda yang bonda katakan ini boleh
sebenarnya diberitahu dirumah. Huh~~
“Untuk
pengetahuan ramai, mulai pada hari, department
kita adalah yang paling terbesar dibalai ini dan ianya diberi nama sebagai D.I Department, DIA Investigation Department
yang diketuai oleh bapa saya, Tuan Besar Kamaruddin Bahktiar dan sudah
semestinya dibantu oleh saya, Puan Tasya Nadilah. Jabatan kita mempunyai dua
unit iaitu Unit Penyiasatan dan Unit Makmal Uji Kaji.”
“Unit Penyiasatan
akan diketuai oleh Tenkū Mirza atau lebih dikenali sebagai Unic….” Aku terus mengangkat
kepala ku dari memandang kerjaku lalu menoleh kearah bonda. Apa? Mirza? Bila
dia balik dari Korea? Oh, sorry.
Mungkin ada yang tidak mengenali akan siapakah Tenkū Mirza itu. Pada mulanya,
Mirza hanya seorang detektif di PPP’U’M
dahulu. Diatas sebab yang tertentu, Mirza dijadikan bahan uji kaji untuk satu
kes yang amat besar yang membuatkan dia mempunyai kebolehan luar biasa. Namun
Organisai Zaiwuin yang diketuai oleh General Mai, telah berjaya mengalahkan
Mirza dengan menggunakan Berlian Merah. Oleh yang demikian, Mirza dijangka
sudah meninggal dunia.
Namun, tanpa
diduga dia sebaliknya telah menjadi satu berlian biru yang mempunyai kuasa yang
luar biasa dan hanya mampu menolong dengan cara bergabung dengan orang yang
layak dan orang itu ialah Tengku Zulhisham, datuk aku tapi perkara yang sama
juga berlaku pada datuk cuma dia tidak menjadi Berlian Biru tapi cedera parah
dan mengasingkan dirinya dari orang ramai. Orang yang seterusnya memakai
berlian tersebut adalah ayahandaku kerana dia adalah yang terpilih dan dia
telah berjaya membebaskan Mirza dari berlian itu tanpa dijangka oleh yang lain.
Disebabkan itu,
semua kebolehan yang ada pada berlian itu, seratus peratus masuk kedalam tubuh
ayahanda dan dengan sendirinya telah mengubah masa hadapan. Kenapa? Sepatutnya,
aku dan Kayla tidak mempunyai apa – apa kebolehan tapi sekarang ya. Sekianlah
ceritaku mengenai Mirza atau lebih dari Mirza.
“…dan pembantunya
ialah, drumrolls please.” Semua orang
menurut kata – kata bonda. Aku hanya mampu tersenyum melihat gerak geri bonda
dihadapan itu. “Tengku Indera Saleh! Whoop whoop!”
“HIKKKK?!!!!!!!!!!”
Semua orang terkejut apabila mendengar nama itu begitu juga dengan aku. Unbelievable!
No comments:
Post a Comment