Wednesday, November 30, 2016

Damian - D4


D4

                1hb September 2016, 2.02 pagi

                DDING! DDONG! TTOK! TTOK! TTOK!

                Haih, sejuknya! Patutlah sejuk, hujan rupanya dekat luar. Siapa pula yang datang kerumah pagi – pagi buta ni? Tak pandai nak tunggu karang ke? Aku menoleh ke arah jam di dinding. Pukul dua. Seram pula rasa nak buka pintu itu. Nak buka ke tidak? Aku rasa aku patut bangunkan Damian minta temankan buka pintu. Tapi, malas pula nak naik tangga ke bilik si Damian ni.

                TTOK! TTOK! TTOK!

                Kini pintu rumahku dihempas dengan kuat. Apa aku nak buat ni? Buka ke tidak ni? Arghhh dilemmanya!! Ah, buka sajalah!

                Dalam keadaan yang takut, tangan ini terus memulas tombol pintu utama rumah dengan penuh  debaran. Aku menarik pintu dengan perlahan, “Damian?”. Pada mulanya aku kurang pasti jika itu Damian. Apabila aku teliti betul – betul susuk tubuh yang sedang terduduk didepan pintu itu, “Damian!,” jeritku lalu membuka pintu rumah dengan luas.

                “Darren, huh huh huh tolong huh a.. aku,” katanya dengan lemah. Apa dah jadi dengan Damian? Kenapa tubuhnya dipenuhi dengan darah?

                “Damian, what happen?  Kenapa badan kau banyak darah? Siapa buat kau macam ni? D, jawab soalan aku!” Dia mula rebah dan tidak menyedarkan diri. “Damian, bangun! Bangun, Damian!!!!”


                31HB OGOS 2016, 12.30 TENGAH HARI.

                Dimana patut aku bersembunyi sekarang? Kemana saja aku pergi, benda itu akan tetap mengekori aku dan semestinya dia akan menemui aku. Aku sudah penat, semakin sukar untuk aku bernafas pada masa ini.

                “Hoi manusia~~~~ Aku tahu kau boleh nampak aku sebab tu aku perlukan bantuan kau. Kau kat mana?~~” suara yang mengerikan itu berterusan memanggilku. Aku tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada aku lagi. Aku tidak mahu sesiapa pun cedera disebabkan oleh aku. Aku perlukan bantuan!

                ‘Jangan dekat… Jangan dekat…’ bisikku ketakutan disebalik almari bajuku. Tubuhku kini bergetar menggigil lebih kuat.

                “Oho~~ Kau dekat sini rupanya~ Aku dapat hidu bau kau disini. Hoi manusia! KELUAR! JANGAN SAMPAI AKU GUNAKAN KEKASARAN UNTUK DAPATKAN KAU!”

                “Huk!!” Aku terus terjaga dari tidurku apabila mendengar jeritan itu. Apa yang baru aku mimpikan tu? Kenapa mimpi yang sama kian berulang setiap kali aku kepenatan?

                Qisy yang melihat aku baru bangun itu terus menuju kearah aku. “Damian, kau ok ke? Apasal kau berpeluh ni? Mimpi buruk ke? Kau ni, dari tadi aku tengok asyik duduk lepas itu tidur setiap beberapa jam. Kau ok ke tidak ni? Tak sihat ke?” soal Qisy bertubi – tubi.

                “Aku baik – baik saja. Kau jangan risaulah. Sambung sajalah kerja kau dekat sana,” jawabku sambil mengelap peluh yang ada dimuka. Ini bukan apa yang aku mahu, tapi Darren yang nasihatkan aku kalau rasa penat, mesti rehat. Kenapa? Sebab setiap kali aku penat, benda – benda yang bertanduk itu akan memasuki tubuh ini tanpa pengetahuan aku. Dan sebab itulah dari tadi aku sering duduk dan tertidur. Maklumlah hari ni kan ramai pelanggan, gaji keluar.

                ‘Kau ni, harap badan saja sasa, muka saja tampan tapi penakut, huh aku pun tak tahu nak cakap macam mana,’ kata – kata Darren tadi pagi masih bermain difikiranku. Sungguh menyakitkan sindiran yang diberikan itu.

                “Damian, cuba kau tengok tu?” Aku menoleh kearah almari buku yang ditunjuk oleh Qisy.

                “Siapa tu?”

                “Pekerja baru. Nama dia Diane Sabrina. Patutnya dia mula kerja esok tapi dia nak mula hari ni. Jadinya bos pun benarkanlah,” jelas Qisy pada aku. Aik, boleh pula?

                “Huh…” Kenapa ni? Kenapa kepalaku terasa pusing secara tiba – tiba.

                “Kenapa dengan kau ni, Damian?” Qisy terus memegang tubuhku, mengelakkan aku dari rebah kebumi. Aku pun kembali kepada asal. Kepalaku tidak rasa pening lagi. Perkara yang sama sering berlaku sejak kebelakangan ini. Pelik.

                Aku menyambung melihat pekerja baru itu tapi apa yang aku lihat sekarang ini lain. Bukan wanita yang tadi tapi wanita yang aku nampak di kaca cermin di tandas café tiga bulan lepas. Aku tatap wajahnya untuk memastikan dia adalah wanita itu. Memang benar dia. Wajahnya sungguh mengerikan. Buruk, hodoh, jijik dan menakutkan dengan rambutnya yang panjang tidak terurus, sudah semestinya menaikkan semua bulu roma yang ada dibadan ini.

                Nafasku mula tersekat sedikit demi sedikit. Tubuh ini juga mula menggigil dan berpeluh ketakutan. Sindiran Darren tadi pagi tidak lagi menyakitkan, malah apa yang dia katakan itu amat benar. Aku memang penakut. Memang penakut. Penakut!

                “D, kau okay ke ni?” soal Qisy lagi. Soalannya itu memulihkan penglihatan ku semula. Wanita yang aku lihat sekarang adalah Diane Sabrina, bukan lagi wanita misteri itu.


               
                31hb OGOS 2016, 9.48 MALAM

                Dari tadi aku rasa ada benda yang mengekori aku sejak pulang dari kerja. Bila aku menoleh kebelakang tidak ada apa – apa. Perasaan ini mula menjadi kurang enak. Aku pasti memang ada benda yang ikut aku. Aku pasti.

                Kunci rumah, aku cari dalam keadaan yang gerun. Mana pula kunci ni?! Perasaan yang benda itu semakin menghampiri aku, amat kuat. Cepatlah, mana kunci ni?

                “Ha! Jumpa!” jeritku dengan perlahan. Tiba – tiba, bahuku terasa seperti di raba oleh sesuatu. Aku terus menoleh kebelakang dengan perlahan. Mataku terus membulat. Memang benar apa yang aku rasakan tadi. Memang betul ada benda yang mengekori aku. Benda ini. Benda yang  amat menakutkan, bertubuh besar, bewarna hitam, matanya amat merah, bertaring dan sangat sangat sangat buruk wajahnya.

                “Dah jumpa dah~~~ Orang yang sesuai digunakan untuk aku melunaskan dendam aku~~” katanya. Sungguh mengerikan. Oleh sebab itu aku jadi gelabah dan bergegas memulas tombol pintu rumahku. Aku terus berlari masuk kerumah dalam keadaan yang tergesa - gesa. Benda itu turut mengekori aku dibelakang dengan perlahan. Caranya berjalan seperti zombie tapi bukan.

                ‘Umi! Tolong Damian!’ jeritku didalam hati.

                “Kemana kau nak pergi ah?~~~” benda yang mengerikan itu terus menerus memanggil aku dan cuba untuk menarik tubuhku. Namun, dapat aku elak daripada disentuh olehnya.

                Larianku menjadi lebih pantas mengalahkan The Flash. Minta maaf Barry Allen sebab kali ini kau bukan the fastest man alive lagi, tapi aku Damian Fatarish. Whatever! Apa yang penting sekarang, aku mesti selamatkan diriku sendiri, walaupun badan ini sudah terasa penat yang teramat sangat.

                Tombol pintu bilikku, aku pulas lalu menutupnya dengan perlahan untuk mengelakkan dari didengar oleh hantu itu. Sempat aku jengah keluar bilik, kelibatnya sudah tidak ada tapi bunyi nafasnya semakin kuat. Penat kot sebab naik anak tangga yang banyak itu.

                Dimana patut aku bersembunyi sekarang? Kemana saja aku pergi, benda itu akan tetap mengekori aku dan semestinya dia akan menemui aku. Aku semakin penat dan sukar untuk aku bernafas sekarang.

                “Hoi manusia~~~~ Aku tahu kau boleh nampak aku sebab tu aku perlukan bantuan kau. Kau kat mana?~~” suara yang mengerikan itu berterusan memanggilku. Aku tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada aku lagi. Aku tidak mahu sesiapa pun cedera disebabkan aku. Aku perlukan bantuan!

                ‘Jangan dekat… Jangan dekat…’ bisikku ketakutan disebalik almari bajuku. Tubuhku kini bergetar menggigil lebih kuat.

                “Oho~~ Kau dekat sini rupanya~ Aku dapat hidu bau kau disini. Hoi manusia! KELUAR! JANGAN SAMPAI AKU GUNAKAN KEKASARAN UNTUK DAPATKAN KAU!”

                Aku hampir menitiskan permata yang jarang gugur ini. Aku terlalu takut dan penat. Kepala ini mula pening dan mataku mula kabur. Aku tak boleh tertidur disini kalau tidak perkara buruk akan berlaku. Pipiku aku tampar – tampar supaya sedar. Air mata terus mengalir sebab aku tidak boleh tahan lagi untuk menangis.

                KRIKKKKKKKK~~~~~

                Tiba – tiba pintu almariku terbuka dengan perlahan seperti ada sesautu yang membukanya. Tangan itu, bukan tangan manusia. Sudah semestinya tangan hantu itu.

                “Hai~~~Dah jumpa dah~~~” Wajah hantu itu sudah betul – betul didepan wajah ku tanpaku sedari.

                “AAAAAAAAA!!!!!!!!”    

No comments:

Post a Comment