Thursday, December 1, 2016

Detektif Luar Biasa 2 - E4


E4

                “HIKKKKK?!!!!” Semua terkejut apabila bonda menyebut nama itu termasuklah aku. Unbelievable!

                “Bonda, betul ke ni?” soalku dari tempat duduk ku. Dengan assignment dihadapanku, aku ketepikan dahulu.

                “Betullah. Ada nampak macam bonda berjenaka disini?” soalnya semula dengan menggoyangkan sedikit tubuhnya itu. Wah, ini memang betul – betul luar biasa. Siapa sangka seorang pembantu kepada setiausaha Tuan Besar Kamaruddin Bakhtiar dulu, kini telah menjadi pembantu ketua penyiasatan. “Mmmm, ada Detektif Saleh dekat sini?”

                “Di sinihhhhh!” Dengan muzik dipasang, satu susuk tubuh memasuki bilik mesyuarat dengan penuh diva sambil mengangkat kedua – dua tangannya keatas. Siapa lagi kalau bukan Tengku Indera Saleh atau lebih di kenali sebagai Sal. Macam nak patah saja tidak aku tengok pinggang dia ni. Ini aku nak cerita sikit sebanyak tentang Sal.

                Like I said before, dia sebelum ni hanyalah pembantu kepada setiausaha Tuan Besar Kamaruddin Bakhtiar a.k.a datuk aku. Seorang yang sangat diva dan hmmmm lembutlah juga. Tapi jangan pandang dia lembut, tapi mulut bila becakap, huuuuu pedas. Kalau di ikutkan dari Detektif Luar Biasa yang pertama, dia juga hanyalah watak tambahan. Lebih difahami, dia hanya timbul bila diperlukan sahaja. Itu saja, tak banyak sangat kisah dia ni.

                “Ada orang panggil I ke?” soalnya.

                “Saya, Sal. Saya panggil nama awak tadi,” kata bonda sambil mengangkat tangannya dan menepuk dadanya.

                “Sorrylah, I datang lambat. Tadi jalan raya tu, uihhhhh sesak sangat. Hati ni rasa macam mmmmmm risau takut tak sempat datang meeting. Nasib baiklah sempat, terima kasih kepada abang hensem dekat luar tu! Bawa motor macam nak bunuh orang,” katanya sambil melihat jejaka yang berada diluar bilik mesyuarat. “Umm, one more thing, please don’t call me Detektif Saleh but Detektif Sal. Ok?”

                Pekerja lain yang berada didalam bilik mesyuarat itu, hanya menggelengkan kepala mereka apabila melihat tingkah laku Sal di hadapan podium. Masha Allah, gediknya, susah untuk aku terangkan.

                “Hai my handsome boy. How are you doing?” Sal menyapa aku lalu memeluk tubuhku. Aku dengan tidak relanya, menurut saja kelakuannya itu.

                “Ok saja.”

                “Aik, itu saja jawapan yang you bagi? Tak ada cakap ‘I miss you’ ke? Uncle apa khabar ke? Ini jawapannya ‘Ok saja’ hmmm boring sangat. Lagi best cakap dengan ayahanda you. Tapi memandangkan dia tak ada, cakap dengan you ni pun dah ok sebab dua – dua sama kacak dan menawan hatiku yang lemah ini,” katanya sambil melentikkan jarinya lalu menunding kearahku. Uncle? Uncle ke benda. Umur kau dengan aku kan….. Eh lupa pula. Ini kan masa depan. Memang lah dia gelar dirinya uncle. Kau Atif, pelupa nombor satu. Dia kata hatinya yang lemah, wek… Nak termuntah aku dibuatnya. Erghhh geli lagi mengerikan.

                Ttok! Ttok! Ttok!

                Pintu bilik mesyuarat diketuk oleh seseorang.

                “Tengku Haris Atiffin Tengku Haris Hakimi, ada? Ini ada bungkusan untuk beliau.” Oh, posmen rupanya. Bungkusan untuk aku? Ok, first time.

                Aku terus bangun dari kerusiku dan menuju kearahnya. “Dari siapa ni?”

                “Saya kurang pasti, encik sebab nama penghantar tidak ada tertulis disini. Sila tandatangan diatas kertas ini.” Pelik.

                “Terima kasih.”

                “Sama – sama”

                Bungkusan yang kelihatan agak biasa tapi nama pemberinya tidak ada tertera disini. Dan bungkusan ini untuk aku? Agak mencurigakan.

                “Bonda, Atif keluar dulu. Ada hal sikit.”

                “Hal apa? Eh, Atif! Mesyuarat belum habis lagi!” Tanpa mendengar kata – kata bonda, aku terus pergi kemeja kerja aku.

                Tanpa berfikir panjang, bungkusan itu aku buka dengan aggresif. Ringan juga kotak ni. Apa benda dalamnya? Dahi ku mula berkerut seribu. Apa benda ni?



                Triangle? Dalam bungkusan ini hanya ada kertas yang mempunyai bentuk segi tiga diatasnya? Si Penghantar tidak meninggalkan sebarang surat atau benda lain dalam bungkusan ini. Apa maksud segi tiga ni? Siapa dia penghantar bungkusan ini?


                “BERIKAN saya detail mengenai mangsa,” kataku dengan hati yang tidak rela pada pegawai yang berada ditempat kejadian itu. Kenapalah dalam saat assignment aku bertimbun, ada pula kes kematian yang diberikan pada aku untuk disiasat? Konon ada Unit Penyiasatan yang diketuai oleh Uncle Mirza, tapi huh aku juga yang kena keluar buat siasatan. Datuk ni pun satu, kalau nak lantik ketua tu, tunggulah orangnya balik dulu. Ni kan dah menyusahkan orang.

                Pegawai itu pun menghulurkan report mengenai kejadian. Kening aku ternaik membaca report tersebut. Siapalah yang buat  report ni?

Nama Mangsa
Jackson Ko
Umur
30 tahun
Punca Kematian
Hentakkan dikepala
Senjata yang digunakan
Tidak diketahui
Suspek
Tidak diketahui
Waktu Kematian
Kira –kira sepuluh malam
Tempat Kejadian
Rumah mangsa (obviously)
               







                Aku terus bercangkung untuk melihat tubuh mangsa yang terlantar diruang tamu rumahnya itu. Darah yang ada diatas lantai berdekatan dengan badan si mangsa, aku colet sedikit dan menghidunya. Cara ini aku pelajari dari ayahanda di masa lampau, untuk memastikan waktu kematian dan berapa jenis darah yang ada. Bila terkenangkan tentang ayahanda, aku mula merinduinya.

                Waktu kematian mangsa yang sebenar adalah pukul 11.51 malam. Mengikut apa yang aku hidu ini, jenis darah yang ada disini hanya satu. Hmmmm… Apa lagi yang aku boleh dapat dari tubuh mangsa ini? Kepalanya aku teliti, terdapat sejenis serbuk. Ianya seperti serbuk batu? Batu… Batu…

                Aku terus berdiri dan memeriksa satu rumah untuk mencari jenis batu yang digunakan oleh si pembunuh sebagai senjata pembunuhan. Dari satu sudut ke satu sudut, aku tidak menemui akan jenis batu yang sama seperti serbuk batu yang ada dikepala mangsa. Ini menunjukkan, si pembunuh membuang senjata yang digunakan di tempat lain. Hmmm agak pintar juga ya.

                Oh, aku lupa menanya sesuatu pada pegawai tadi. Tentang siapa yang menemui tubuh mangsa ini dan bila.

                “Abang Polis yo, boleh saya tanya sesuatu?” Awkward!

                “Yes, apa dia?”

                “Boleh saya tanya, siapa yang menemui mangsa dan pukul berapa?”

                “Mengikut apa yang diberitahu tadi, mangsa ditemui oleh sahabat karibnya, Jamie Wang, 31 tahun serta adik mangsa, Jennifer Ko, 26 tahun pada pukul sepuluh pagi tepat.” Okay~~~ “Selepas beberapa minit, isteri sahabat karibnya, Crystilla Wang, 28 tahun datang” Aha….

                “Mana diorang masa ni?”

                “Ada dekat luar.” Aku terus menoleh keluar apabila pegawai itu menunjuk beradanya mereka pada masa ini.

                Aku menggunakan kebolehanku untuk melihat mereka  dari jarak jauh. Tubuh kepunyaan mereka bertiga, aku teliti dari atas hingga kebawah. Cincin. Cincin yang dipakainya oleh salah seorang dari mereka, sama seperti cincin yang dipakai oleh mangsa. Apa maksudnya? Tak kanlah?


                Aku perlukan Kayla pada masa ini untuk menggunakan kuasanya untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku dengan cara memegang salah seorang dari mereka yang berdiri diluar itu, Jamie, Jennifer atau Crystilla. Jika benar apa yang aku fikirkan ini, aku tahu siapa pembunuhnya.

No comments:

Post a Comment