Thursday, December 8, 2016

Detektif Luar Biasa 2 - E5


E5

                Tombol pintu utama rumah Jackson dipulas dengan kasar lalu daun pintu ditolak dengan kasar. Satu susuk tubuh memasuki rumah tersebut dengan wajah yang sangat marah dengan memegang sesuatu di tangannya.

                “You pasti ke dengan keputusan yang you buat ni?” soal orang itu dengan nada yang marah lalu membaling kad jemputan kahwin dari tangannya.

                Jackson memandang orang itu tanpa memberi sebarang reaksi. “You fikir I main – main ke? Kenapa you boleh kahwin tapi I tak boleh?! I tak sanggup lagi hidup berseorangan macam ni. Parents I dah buat keputusan untuk menyatukan I dengan wanita pilihan mereka.”

                “Jadi you terima pilihan dia orang?”

                “What you expect? You expect me to say no? Memang tak lah. I tak nak kecewakan mereka untuk kali kedua seperti mana I kecewakan mereka tiga tahun lepas semata – mata untuk tinggal sama you.” Luahan hati Jackson membuatkan lidah orang itu kelu tidak tahu mahu mengatakan apa.

                “Tapi, you tak sayangkan I ke?”

                “Kalau I tak jawab pun, you dah tau apa jawapannya,” jawab Jackson dengan perlahan.

                “Habis tu, kenapa you teruskan juga perkahwinan ni? Batalkan sajalah!”

                “You dah gila ke? Habis tu apa I nak jawab dengan parents I? You nak I jawab, I nak kahwin dengan you after you cerai? No way!”

                “Memang I dah gila! Kalau itu yang you nak, I boleh lakukan. I boleh minta cerai sekarang!” ujar orang itu lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon seseorang. Dalam masa dia menunggu orang yang dihubungi itu mengangkat panggilan, “I sanggup buat apa saja demi you selama ni, tapi tengok apa yang you balas? You nak kahwin dan kata hubungan antara kita berakhir begitu saja. Mamang dasar manusia tak mengenang budi!”

                Jackson hanya memandang gerak geri orang itu dengan memberi wajah bengang. Malas aku nak layan dia ni. Monolog Jackson didalam hatinya.

                “Keputusan I muktamad. You suka ke tak suka, semua ni masa depan I bukan masa depan you. I rasa tak ada apa yang perlu kita bincangkan lagi. Lebih baik you pergi sekarang. I rasa you tahu mana pintu keluar,” ujar Jackson sebelum membelakangi orang itu dan berlalu pergi. Kata – kata Jackson itu membuatkan orang itu naik berang lalu mencapai satu objek keras.

                “Jackson!” jeritnya dengan memegang pergelangan tangan Jackson lalu menghayunkan objek tersebut ke kepala Jackson yang mana membuatkan Jackson rebah dan tidak menyedarkan.

                “Kalau aku tak dapatkan kau, tiada siapa yang boleh!” kata orang itu sebelum berlalu pergi.


                KAYLA memandang aku dari luar rumah mangsa. Tidak lama kemudian, dia mengorak langkah memasuki rumah ini. Dia memandang aku sambil terukir senyuman dibibirnya itu. Nampaknya dia sudah tahu siapa pembunuhnya.

                “Dah tahu ke siapa?” Pertanyaan ku dijawab dengan anggukkan sahaja. Senyuman masih lagi terukir. “Kenapa?” soalku apabila melihat dia masih tersenyum.

                Kayla menceritakan satu per satu apa yang dia nampak apabila menggunakan kebolehannya pada setiap orang yang disuspek sebagai pembunuh dalam kejadian ini, Jamie, Jennifer atau Crystilla. Sampai satu bahagian cerita Kayla itu membuatkan aku terkesima buat seketika.

                “Serious?” soalku pada Kayla. Jadi orang yang aku sangka pembunuhnya, sebenarnya bukan?

                “Lah, kanda ingat Kayla main – main ke? Orang cakap benda yang betul lah ni,” jawab Kayla tidak puas hati. “Dah minta tolong tapi tak percaya pula apa orang cerita. Menyedihkan.”

                “Bukan tak percaya. Cuma….. Unbelievable! Kalau macam itu, kita perlu cari objek yang digunakan dalam pembunuhan ini dan tunggu keputusan dari makmal mengenai bukti yang kita jumpa tadi.” Kayla menggangguk lagi bila mendengar kata – kata dari mulut ku. Eee, macam Woody Woodpecker dah aku tengk dia ni.

               
                45 minit berlalu…

                Tadi aku sempat memesan semua orang yang terlibat dalam kes ini untuk datang ke DIA Investigation Department untuk menyelesaikan dan menutup kes ini. Nampaknya semua sudah berkumpul di bilik mesyuarat. Termasuklah uncle ‘lampu disco’ ni.

                “Kanda, nak tanya,” sapa Kayla dari belakang.

                “Apa dia?”

                “Kanda ada cermin mata hitam lebih tak? Mata Kayla sakit ni.”

                “Korang berduakan, saja je memerli uncle kan tu?” celah Uncle Sal dari meja mesyuarat. Tau tak pe. Fikir, tak sedar lagi. Hampir semua di dalam bilik mesyuarat ini mengenakan cermin mata hitam di anggota penglihatan mereka.

                Keluarga mangsa juga sudah berada disini. Kalau macam itu, aku dah boleh mulakan hujah aku sekarang.

                “Baiklah, sebelum saya memulakan hujah saya, ingin saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Tengku Haris Atiffin Tengku Haris Hakimi atau lebih dikenali sebagai Detektif Atif. Saya penyisasat dari Unit Penyiasatan D.I Department, obviously! Sebelum saya mulakan pembentangan saya ini, ada apa – apa soalan yang boleh saya jawab?”

                “Kenapa kami perlu datang kesini untuk pembentagan ini?” soal Crystilla dari jarak jauh.

                “Baiklah, saya rasa kita dah mulakannya sekarang. Nali.”Aku memberi isyarat kepada Nali, pembantu bonda untuk mempamerkan bahan – bahan bukti. Soalan yang diajukan oleh Crystilla, aku biarkan tergantung tanpa memberi sebarang jawapan. AHAHAHA

                “Nama mangsa, Jackson Ko 30 tahun. Waktu kematian beliau adalah pada pukul 11.51 malam semalam. Ditemui oleh sahabat karibnya, Jamie Wang dan adiknya Jennifer Ko pada sepuluh pagi tadi. Bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian ialah cincin yang cantik tersarung dijari kelingking kanan mangsa, pergelangan tangan yang agak bengkak, cap jari di almari buku dan serbuk batu yang berada diatas kepala mangsa.” Setiap bukti yang aku sebut jelas tertera di slide show yang dibuat oleh Nila itu. Aku memerhati wajah pembunuh Jackson. Tiada sebarang reaksi yang diberikan. Mmm boleh tahan pandai berlakon dia ni.

                “Kejap, cincin tu…” Puan Meily, ibu kepada mendiang Jackson tiba – tiba bersuara. “.. kami satu keluarga memakainya. Dari segi mana cincin itu boleh menjadi bahan bukti kematian anak saya? Jadi kamu tidak boleh jadikannya sebagai bahan bukti sebab saya tidak nampak apa – apa yang mencurigakan pun,” ujar aunty itu dengan slang cinanya.

                Uncle ‘lampu disco’ nampaknya seperti tidak puas hati dengan kata – kata yang keluar dari mulut Puan Meily itu. Lalu, “Eh, amoi ni, sibuk juga nak bercakap! Puan, saya nak tanya, sekarang ni siapa detektif? Dia ke puan. Dia kan. Jadinya, puan duduk saja dekat sana diam – diam. Pasang telinga tutup mulut. Banyak tanya lagi tu. Dah terang – terang pembentangan dia baru saja mula, dah nak bom. Dia tahu lah apa dia buat.” Wow, panas nampak! Kata – kata yang diungkapkan oleh Uncle ‘Lampu Disco’ itu membuatkan Puan Meily terdiam seribu kata. Sangat pedas!

                Tapi…

                “Berani kamu cakap macam itu pada isteri saya. Detektif jenis apa kamu ini?” Tuan Ko pula bersuara tidak puas hati.

                “Shhhhhh….” balas Uncle Sal dengan menunjukkan tanda supaya menutup mulut. Macam – macam kerenah orang tua sorang ni. Aku pun dah masak dengan perangai dia ni.

                “Baiklah, bertenang semua! Jangan gaduh – gaduh dulu ya. Ini tempat awam. Kalau nak bergaduh pun tunggu lepas kes ini ditutup. Nak bergaduh ke, perang ke, bunuh – membunuh lagi ke, terserah. Saya tak kisah.” Kali ini bonda pula berdialog di depan. Terkejut juga aku dibuatnya.

                Kalau aku tidak bersuara sekarang, sampai kesudah kes ini tidak selesai. “Saya harap anda semua dengar dulu penjelasan saya ini. Dalam kes ini, saya ada satu teori mengenai apa yang telah berlaku semalam. Pada jam 11.45 minit malam semalam, suspek menyerbu rumah mangsa dengan keadaan yang marah dengan membawa sesuatu bersamanya.” Wajah suspek aku pandang sekali lagi. Masih tenang reaksinya.

“Satu pergaduhan berlaku yang mana membuatkan suspek bertindak untuk membuat sesuatu diluar kewarasannya. Suspek mencapai satu objek keras ini..” Tunjukku pada gambar patung batu souvenir berbentuk arnab dari luar negeri tersiar di skrin besar itu. “.. yang dijumpai berdekatan dengan rumah mangsa, lalu menghayunkannya kearah kepala mangsa menggunakan tangan suspek sebelah kanan. Manakala tangan kiri  suspek pula memegang tangan mangsa yang mana meninggalkan kesan bengkak yang amat ketara. Cuba kita lihat.”

Kini kesan bengkak dipergelangan tangan mangsa jelas tertera. Semua orang menoleh kearah skrin besar itu. “Dari pandangan anda semua, bentuk tangan ini seperti bentuk tangan lelaki atau perempuan? Jika dilihat betul – betul, seperti tapak tangan lelaki kan? Tapi tak mustahil untuk seorang wanita mempunyai bentuk tapak tangan seperti ini. Sehinggalah kami menjumpai cap jari suspek~~”

Reaksi di wajah pembunuh Jackson berubah serta merta. Biji matanya hampir terkeluar. Mungkin difikirannya pada masa ini, ‘kenapa aku boleh cuai macam itu?’. Namun, ekspresi wajahnya berubah tenang semula. Dia cuba untuk menyorokkannya lagi. Kalau macam itu permainan kau, aku boleh ikut.

“Oh ya, kalau saya tak silap. Suspek ada mengatakan sesuatu sebelum dia berlalu pergi dari tempat kejadian. Ini apa yang saya rasa lah. Tapi saya kurang pasti apa dia. Kayla, boleh bantu kanda ingatkan ayatnya itu?” Aku berlakon seketika.

“Sudah tentu boleh, kandaku. Ayatnya ialah ‘Kalau aku tak dapatkan kau, tiada siapa yang boleh!’. Itu dia.”

“Betul tak, Encik Jamie, apa yang adinda saya katakan itu?” soalku pada Jamie. Wajahnya berubah reaksi serta merta. Dia terkejut. Gerak – gerinya aku perhatikan dari tadi. Sungguh ketara dia gelisah.

“A…a.. apa pula tanya saya? Mana saya tahu?”

“Betul encik tak tahu? Kalau encik tengok ini, encik masih tidak tahu?” soalku lalu menyiarkan DNA (terdapat darah Jamie dipatung itu – meninggal luka ditangannya) yang ditemui pada patung batu berbentuk arnab itu, 99.99% mirip dengan DNA nya. Kemudian, nama singkatan yang ditemui disebalik cincin yang dipakai oleh mendiang Jackson, J.W (Jamie Wang). Kesan bengkak yang dijumpai dipergelangan tangan mangsa berupa tapak tangan seorang lelaki. Tambahan lagi cap jari yang ditemui adalah milik Jamie Wang.

“Mengenai cincin yang Puan Meily katakan sama tadi itu, sebenarnya tidak. Puan boleh lihat sendiri disini, J.W bermaksud Jamie Wang ada tertulis disebalik cincin kepunyaan Jackson. Manakala, disebalik cincin Encik Jamie pula ada tertulis, J.K bermaksud Jackson Ko. Betul tak, Encik Jamie?” soalku.

“Sayang, apa ni?” soal isterinya, Crystilla dalam kebingungan.

“Adakah ini masih tidak cukup untuk menunjukkan awak adalah pembunuhnya, Jamie Wang?” soalku lagi bila dia masih tidak memberi sebarang reaksi.

“Jamie!” jerit ibu mertuanya, Puan Meily.

Tiba – tiba kedengaran bunyi tawa yang sungguh menjengkelkan keluar dari mulut Jamie. “Ya! Memang aku yang bunuh dia! Kenapa? Sakit hati? Berbandingkan sakit hati korang, hati aku ini lagi sakit! Aku cintakan dia. Aku cintakan Jackson! Kenapa korang paksa dia kahwin?! Aku tak nak dia kahwin!~~ Kalau korang tak suruh dia  kahwin, aku tak akan buat macam ni! Semua ni salah korang!!” jeritnya lalu menitiskan air mata. Tidak lama kemudian, dia ketawa semula dan nangis dan ketawa. Lebih senang cakap, dia gila.

Oh my fettucini carbonara, are you gay? Like seriously, are you gay? Oh my gad oh my gad oh my gad. I thought she’s the killer. Rupanya you, Jamie Wang? Unbelievable! Jadinya you Crystilla, kakak kepada Jackson?  Buang masa I saja dari tadi tunggu siapa pembunuhnya. Rupanya dia. You such a bitch, Jamie,” kata Uncle ‘Lampu Disco’ dengan gaya – gayanya itu. “Memandangkan semuanya dah selesai,  I think I can go now. Lapar pula perut ni bila tersebut fettucini carbonara tadi. So bye. Kalau ada apa - apa call saja nyer. Cempaka! Play the music please!” Musik pun dipasang lalu Lampu Disco itu pun keluar dari bilik mesyuarat dengan penuh divanya. Maka semua orang terus membuka kaca mata hitam mereka.

“Cempaka! Belikan I Fettucini Carbonara dari restoran lima bintang! I nak yang seafood, okay!”jelas kedengaran arahannya itu kepada pembantu peribadinya, Cempaka. Uncle, uncle~

Kembali kepada Jamie. Dia ditahan atas kesalahan membunuh. Ada juga berlaku babak sinetron, tampar – menampar sebentar tadi. Crystilla nampak sedih dan kecewa bila mengetahui hal sebenar. Suami yang disayangi selama ini, rupanya mempunyai hubungan sulit dengan adiknya sendiri sebelum mereka kahwin dan selepas.

Kes kematian Jackson Ko ditutup pada jam 4.30 petang, 5 Mac 2016.



SELESAI saja kes tadi, aku terus keluar ingin menuju ke bilik kerja aku. Namun langkahku terhenti apabila ternampak Raymond sedang berdiri berdepanan dengan kaunter pertanyaan department kami. Apa yang dia buat disini?

“Eh, Ray! Apa kau dekat sini?” sapaku yang mana membuatkan dia terkejut.

“Eh, Atif! Kenapa kau ada dekat sini?” Aik, orang tanya dia, dia pergi tanya balik.

“Aku kerja dekat sini. Kau?”

“Kau kerja? Biar betik! Kerja apa? Apa kau buat? Ah, aku temankan ayah aku kerja tapi dia suruh aku tunggu dekat sini saja.” Ayah?

“Ayah kau? Siapa?”

“Tenkū Mirza, Ketua Unit Penyiasatan,” jawabnya dengan selamba.

Wait! What? Uncle Mirza, bapa Raymond? Kenapa aku baru tahu? Tapi..

“Uncle Mirza bapa kau? Tapi kenapa nama keluarga kau lain? Kau anak angkat ek?”

“Eh tak lah. Aku pakai nama keluarga mak aku. Mak aku kan Lee Syim Ah. Lee~~~” Boleh pula macam tu?

“Jadi kalau bapa kau Uncle Mirza, maksudnya kau tahu lah yang aku ada ni,” kataku lalu memegang tangannya dan terus memberi sedikit renjatan elektrik. Wajahnya bengang. Seperti tidak tahu apa – apa.

“Atif, kau ada power? I knew it! Aku dah agak dah. Bila tengok mata kau tiba – tiba jadi biru masa hari tu, aku dapat rasa yang kau ada power. Tapi bila kau dapat? Macam mana kau dapat? Bapa aku tahu lah pasal ni? Bagi tahu lah macam mana nak dapat satu. Atif.. Atif….” Ah, menyesal pula aku buat macam tu tadi! Dia tak tahu rupanya. “By the way, ni ada bungkusan untuk kau. Ada posmen hantar tadi tapi nampak pemberinya tak ada tertulis. Nah. Jangan lupa tau, kau hutang aku cerita, macam mana kau dapat power ni.” Ayat Raymond aku biarkan tanpa balas. Banyak cakap betul manusia sorang ni.

Tanpa memikirkan kesabaran, aku terus membuka bungkusan itu dikaunter pertanyaan D.I Department. Memang betul tekaan aku, benda yang sama sekali lagi dihantar kepada aku. Tapi kali ini ada dua keping kertas, mempunyai dua bentuk yang berbeza di atasnya.



Apa maksud semua ni?


No comments:

Post a Comment