D5
“Darren,
aku rasa, aku mesti buat repot lah! Aku tak boleh beterusan mendiamkan diri
macam ni. Aku ada ditempat tu. Aku pasti aku yang buat benda tu!” Masuk ni,
buat kali ke seribu seratus empat puluh empat Damian merayu dekat aku untuk
melaporkan kejadian yang belaku padanya dua hari lepas. Jadi jemu aku
mendengar.
“D,
berapa kali aku nak cakap, jangan jangan jangan! Kenapa kau degil sangat ni
ah?! Kalau kau buat repot pun. Apa kau nak cakap dekat encik polis tu? Kau nak
cakap, yang kau kena rasuk lepas tu kau bunuh orang? Ha? Kau nak cakap macam
tu? Tak kan?!” Marahku padanya.
Damian
hanya mengeluh. Memang nampak dia rasa sangat besalah. Dia ada cerita sedikit
sebanyak apa yang berlaku ketika dirinya dirasuk. Katanya, apa yang dia ingat,
dia mengheret sebilah kapak ketika menuju ke sebuah apartment di Kota
Damansara. Selepas itu, dia tidak sedar. Apa yang dia dengar hanya bunyi orang
menjerit ketakutan. Bila dia sedar, dia sudah berada di depan rumah dengan
darah berlumuran diseluruh badannya. Tapi aku tak rasa yang Damian ada buat
sesuatu.
Cakap
pasal polis. Semalam, mereka ada datang kerumah mengedarkan kertas mengenai
kematian yang berlaku di Pangsapuri Tainia pada hari khamis lepas. Bermakna
satu haribulan September, hari yang sama bila Damian dirasuk.
Damian
bangun dari kerusi makan, lalu menuju ke almari kasut berdekatan dengan pintu
rumah. Ada sesuatu yang di ambil oleh Damian. Kertas. Kertas yang diberi oleh
encik polis semalam. Dia nak buat apa?
“Kau
nampak ni? Kau nampak apartment ni? Inilah apartment yang aku pergi masa hari
khamis tu. Kenapa susah sangat kau nak percaya ni?”
“Aku
bukan tak percaya. Cuma, kalau kau pergi buat repot, apa kau nak cakap? Kau
fikir encik polis tu boleh percaya ke apa yang kau cakap tu? Aku rasa tak. Memang
tak!”
“Tapi..”
“Sudah
aku tak nak dengar. Walau apa pun yang terjadi, kau takkan pergi kemana – mana.
Balai polis ke apa ke. Tak akan okey tak. Keputusan aku muktamad. Aku tak nak
kecewakan Umi bila dia tahu yang kau ada masalah macam ni. Aku dah janji dengan
dia untuk jaga kau.”
“Aku
bukannya budak kecil lagi yang kau nak jaga bagai ni. Aku dah 25 tahun kot,”
bisiknya seorang diri. Dia fikir aku tak dengar?
“Dah,
jangan nak merungut lagi. Ni kemas ni lepas makan. Aku naik atas jap tukar baju
nak jalan. Kau offday kan? Jom ikut
aku jalan. Tenangkan fikiran kau tu. Jangan stress sangat,” ajakku pada Damian
yang masa ni mukanya masih macam mencuka.
“Malaslah
aku. Aku nak duduk rumah saja,” balasnya dengan perlahan.
“No. Kau mesti ikut juga. Aku nak bawa
kau pergi satu tempat ni.”
“Ya
lah ya lah!” Bagus.
WAJAHKU berubah reaksi serta merta dari
sedih jadi bengang apabila kereta Darren berhenti diperkarangan Rumah Anak –
Anak Yatim Bakti Jaya. Aku terus menoleh ke arah Darren dengan reaksi yang
tidak percaya.
“Wei,
kau biar betul Darren?” soalku sambil tersenyum gembira.
“Betul
lah. Kan kau rindukan Umi.” Tanpa membuang masa, aku terus membuka pintu kereta
lalu berlari keluar. Darren hanya menurut langkahku.
“Umi!!!”
jeritku riang bila melihat kelibat Umi sedang berjalan menuju ke ruang tamu
utama rumah tersebut. Tapi… Umi kelihatan seperti tidak sihat. Mukanya sangat
pucat dan jalan pun perlahan saja. Aku pun melihat ke kaki umi. La… Nazim
rupanya. Memang tempat kegemaran dia untuk bergayut tu.
“Anak
umi! Meh sini!” jerit umi gembira lalu membuka tangan seluas – luasnya untuk
aku memeluknya.
“Umi,
apa khabar? Sihat ke tidak ni? Kenapa pucat saja Damian tengok muka umi ni?”
“Alah,
umi sihat je,” jawab umi dengan lembut.
“Sihat
apanya ni? Badan umi sejuk macam ni, umi kata umi sihat? Nazim, sini. Lepaskan
kaki umi tu. Meh sini sama abang.” Reaksi wajah umi berubah.
“Apa
kamu cakap ni, Damian?”
“Cakap
apa?” soalku bengang.
“Tentang
Nazim. Nazim kan sudah meninggal dunia tiga minggu lepas sebab demam panas. Kan
umi ada beritahu kamu. Takkan kamu dah lupa?” kata umi dengan nada sedih sambil mengusap
titisan air mata yang menitis dari
matanya.
Aku terus melihat
kebawah dekat kaki umi. Kelibat yang menyerupai Nazim sudah hilang. Jadinya apa
yang aku lihat tadi itu… Bulu romaku terus naik.
“Eh, Damian! Bila kamu
datang? Kenapa datang tak beritahu? Kamu cakap sama siapa itu?” Tiba – tiba,
kedengaran suara seorang wanita dari dapur. Aku terus menoleh kearah dapur.
Umi? Umi!
“Umi?” Aku lihat
kehadapanku semula. Kelibat yang berada dihadapanku sekarang hanya seorang
wanita berwajah hitam, tiada mata sambil tersenyum hambar. Dia bukan umi. Dia…
Aku tersentak lalu
terduduk ketakutan. Tubuhku mula menggigil. Kenapa semua ni mesti berlaku pada
aku? Hari ini sepatutnya hari yang bahagia untuk aku. Tapi disebabkan benda
seperti ini datang lagi, perasaan yang aku rasa hanya takut.
Umi
yang sedari tadi melihat gerak geri ku itu, terus berlari menuju kearah ku.
“Damian,
kenapa ni Damian?” soalan yang ditujukan kepadaku, aku tidak mampu jawab.
Pandanganku masih lagi pada jelmaan itu. Dia tidak mahu menghilangkan diri.
Seperti ingin menyampaikan sesuatu kepada aku. Bila aku cuba untuk menutup mata
ini, dia hentikan niatku.
“Umi,
kenapa ni?” soal Darren setiba saja kedalam rumah.
“Darren!
Umi tak tahu. Tiba – tiba saja Damian terduduk lepas itu menggigil macam ni.
Damian! Kenapa ni?!”
Wajah
kerisauan jelas sekali tampil dimuka umi dan Darren. Darren terus duduk
berhadapan dengan aku. Dia menggoyang – goyang tubuh ku supaya aku sedar.
“Damian!
Wake up! Damian!” jeritnya. Namun,
jeritannya itu membuatkan aku lemah lalu tidak menyedarkan diri. Jelmaan itu
berlalu pergi.
“SEJAK bila Damian mula melihat semua
benda – benda halus ni?” soal umi dengan nada risau padaku.
Aku
menoleh kearah Damian yang sedang terlantar diatas katil didalam salah satu
bilik di rumah tersebut. Aku mengeluh.
“Sebenarnya..”
Dari satu cerita ke satu cerita mengenai Damian aku sampaikan kepada umi. Dari
insiden masuk hospital hingga kisah rasuk merasuk.
“Subhanallah!”
lafaz umi sambil menutup mulut kerana tidak percaya. “Dah jumpa mana – mana
ustaz tak?” soalnya.
“Belum
lagi,” jawabku dengan perlahan lalu menundukkan kepalaku.
“Astaghfirullah
hal’azim!” Air mata mula menitis dari anggota penglihatan itu. Aku mula rasa
besalah kerana tidak memberitahu hal ini kepada umi dari awal lagi.
PEKERJA
dari Darul Syifa datang ke Rumah Anak – Anak Yatim Bakti Jaya untuk
mengubati Damian semalam. Semuanya bejalan dengan lancar. Namun, apa yang
diberitahu oleh salah satu ustaz yang mengubati Damian, semua ini adalah buatan
seseorang. Mata ketiga (mata batin) bukan terbuka dengan sendirinya tetapi
dengan satu paksaan.
Bila
aku mendengar penjalasan dari ustaz itu, ianya mengingatkan aku pada wanita
yang Damian pernah katakan dulu. Adakah wanita itu punca disebalik berlakunya
semua ini? Tapi apa motif dia melakukannya?
“Kau
ok, Damian?” soal ku pabila Damian sedar dari tidurnya. Hampir semalaman aku
menjaga Damian di rumah ini.
“Ah,
aku ok. Apa yang berlaku?” katanya dengan perlahan. Masih lemah badan Damian
ni.
Aku
menceritakan segalanya pada Damian.
“Jadi,
sekarang ni, aku tak boleh nampak benda macam itu lagi?”
“Ummm,
itu….”
No comments:
Post a Comment