Thursday, December 15, 2016

Detektif Luar Biasa 2 - E6


E6

                Pagiku dipenuhi dengan teka – teki bila menerima satu lagi bungkusan dari seseorang misteri. Kali ini bentuk yang berada diatas sekeping kertas, berlainan bentuk dari yang lain.
                Arrow?

                Aku mengambil kertas lain yang dihantar kepadaku sebelum ini dan menyusunkan semuanya bersebelahan. Triangle? Huruf ‘T’ terbalik? Huruf A? Dan kali ini Arrow? Apa maksud semua ini? Apa yang dia cuba sampaikan kepada aku? Siapa sebenarnya dia ni?

                “Kau tahu ke apa maksud semua ini?” Aku terloncat sedikit dari katilku bila terasa satu bisikan ditelinga ini. Gila punya Raymond. Bukan nak pandai kejutkan betul – betul. Main terjah je.

                “Bila kau sampai?!” jeritku sambil menggosok dadaku. Nasib tidak ada penyakit sakit jantung.

                “Dari tadi dah. Aku ketuk pintu lagi. Cakap hai lagi. Tapi kau tetap termenung tengok semua kertas – kertas yang ada diatas katil kau ni. Apa? Kau nak salahkan aku sebab tak kejutkan kau betul – betul? Dah. Aku dah buat, kau tetap tak dengar,” jelasnya sambil mengangkat keningnya berulang kali. Macam mana dia tahu apa yang ada didalam fikiran aku tadi? Scary…

                Raymond melabuhkan punggungnya keatas katil aku. Dia turut menelek semua kertas kecil itu. Semakin lama dahinya berkerut sedikit demi sedikit.

                “Kau tak penat ke tengok semua ni? Aku penat tau tak.” Raymond melihat aku dengan wajah letih.

                “Ek, aku tak suruh pun kau tengok semua kertas ni. Kau yang sibuk juga nak tengok. Jadinya jangan nak merungut kat sana,” jawabku dengan ringkas. Dia hanya membalas kata – kataku dengan jelingan yang menjengkelkan. Sakit hati lah tu.


                TTOK! TTOK! TTOK!

                “Tuan Muda Haris Atiffin. Patik menghadap untuk menyampaikan perintah dan soalan dari Tuan Besar Kamaruddin Bakhtiar. Boleh patik masuk, Tuan Muda?” Pintu bilikku terbuka luas dan susuk tubuh butler aku sudah terpacak dihadapan bilikku. Siapa lagi kalau bukan Abang Nash. Huh, sengal.

                “Jangan nak mengada – ngada. Masuk je.” Aku berikan jelingan yang menjengkelkan kepada Abang Nash. Mirip sekali seperti apa yang diberikan oleh Raymond kepada aku tadi. “Apa beritanya?”

                “Jap eh.” Abang Nash mengeluarkan buku nota bersaiz kecil dari poketnya. Kadang – kadang aku rasa macam Abang Nash ni bukan butler aku tapi macam pembantu peribadi dari D.I Department yang dibawa tinggal dirumah ini. Mana tidaknya, semua berita atau arahan dari pihak atasan pasti akan disampaikan olehnya tidak kira pukul berapalah yang tertera dijam itu.

                “Yang pertama, Tuan Besar nak tahu jika Atif ada kuliah ke tidak esok pagi. Kedua, Tuan Besar nak tanya anak kepada Tenkū Mirza jika dia nak ikut bekerja sama dengan D.I Department sebagai pakar komputer di Unit Penyiasatan. Ketiga, Tuan Besar arahkan saya untuk beritahu kepada Atif dan Cik Kayla untuk balik kerumah Tuan Besar minggu hadapan sebab ada Majlis Tahlil Arwah. Dan yang terakhir, Tuan Besar tanya jika Atif lapar ke tidak sebab kalau lapar boleh turun sekarang, makan sama- sama. Itu saja yang patik ingin sampaikan, Tuan Muda.”

                Aku tercengang apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari Abang Nash itu. Kenapa? Sebab laju sangat dia cakap. Apa hal?! Kena kejar anjing ke? Tak juga. Kepala ku berpusing kearah Ray. Matanya bagaikan bersinar – sinar apabila mendengar tawaran yang diberikan oleh datuk itu. Pantang dengar pasal kerja dekat D.I Department, memang bahagialah dia dibuatnya. Kalau aku larang pun, bukan dia nak dengar pun.

                “Abang Nash nak jawapan ek?”

                “Ya, Tuan Muda,” balasnya sambil berikan senyuman yang manis.😒

      Aku menarik nafas terlebih dahulu. “Baiklah, jawapan yang pertama, esok Atif ada kuliah, dari pukul lapan sampai pukul sepuluh sahaja. Kedua, jawapan dari anak Tenkū Mirza iaitu Raymond Lee adalah YA! Ketiga, In Sha Allah kalau kita orang tak sibuk. Dan yang terakhir, ya Atif lapar. Kejap lagi Atif turun.” Sepantas kilat jawapan keluar dari mulut aku. Terkebil – kebil mata Abang Nash dibuatnya. “Dapat catat semua yang Atif cakap?” soalku sambil tersenyum sinis.

                “Aaaaa… Ya. Hahaha… Ya. Baiklah, patik mengundurkan diri dulu ya, Tuan Muda.”

                “Tak payah lah nak patik – patik sangat. Geli Atif dengar.”

                “Hehehehehe” Sengih Abang Nash. Macam – macam.

                Aku berpaling semula kearah Raymond. Dia hanya duduk membeku sambil tersenyum gembira disebelah aku. Dah, lagi sorang. Lantaklah.


               
                HIDANGAN tengah hari ini adalah Nasi Ayam sama Jus Lemon. Kegemaran!!!!!

                “Wah, bonda masak makanan kegemaran Atif lah! Terima kasih bonda!” Aku terus peluk bonda seerat – erat yang mungkin.

                “Dah, dah. Pergi panggil Kayla sana makan sama – sama dengan datuk. Datuk dah tunggu lama dah tu. Cepat,” arah bonda pada ku.

                “Yes Madam Tasya Nadilah!” balasku sambil mengangkat tangan tunjuk tanda ‘salute’.

                Aku terus berlari menuju ke penjuru tangga lalu, “Adindaku Aqila Mikayla si cantik molek yang digemari ramai lelaki diluar sana! Bonda panggil turun makan!!!” Sepantas kilat batang hidungnya sudah terpacak di anak tangga. Pantang di puji, kembang setaman dibuatnya.

                “Kanda,” sergah Kayla dari belakang setiba sahaja di ruang makan.

                “Ha! Apa?”

                “Sorrylah Kayla tidak ada duit kecil masa ni. Nanti Kayla belanja ek,” jawabnya dengan riang. Fikirlah apa tadi. Rupanya dia nak cakap pasal lawak bodohnya itu saja. Hmmm🌚

                Tanpa belengah, kami semua berkumpul di meja makan. Aku mendahului makan tengah hari pada hari ini dengan membaca doa. Selepas itu datuk mendahului mengambil makanan, utamakan yang tua terlebih dahulu, barulah yang muda. Cia cia cia….

                DDDING! DDDONG!

                Tiba – tiba lonceng rumah dibunyikan. Siapa yang datang? Bonda terus bangun dari tempat duduknya. Aku dan Ray memandang satu sama yang lain. Masing – masing mengangkat kening menunjukkan tanda tidak tahu siapa yang berada diluar rumah masa ini.

                “Bonda! Kanda! Dinda!” jerit bonda riang dari muka pintu. Bonda? Kanda? Dinda? Oh, aku tahu siapa! Disebabkan sifat penyibuk ini kuat sangat, aku terus bangun dari tempat dudukku lalu menuju kearah pintu utama rumah.

                “Nenda! Aunty Nia! Uncle Hif! Eh, Abang Kai pun ada,” sibukku menjerit juga.

                Nenda? Ya lah nenda. Bonda kepada ayahandaku, Puan Halimah Kesum. Tak ingat? Ala, perisik dari agensi lain selain PPP’U’M tu. Tak ingat juga? Baca Detektif Luar Biasa yang pertama kalau tak ingat. Ehek. Puan Halimah Kesum adalah nenda yang paling terbaik dan seronok di dunia. Tak caya? Tak percaya sudah.

                Aunty Nia pula ni siapa? Kenapa banyak sangat soalan ni? Tak suka la. Dia ni, kembar kepada ayahandalah. Nama sebenar Hani Hanania. Kalau diikutkan dari Detektif Luar Biasa yang sebelum ini, waktu remaja dulu, Aunty Nia ni memang pengetil dan tak bengam sangat dengan ayahanda. Kalau jumpa saja, mesti nak begaduh walaupun benda yang digaduhkan itu hanya perkara yang kecil. Sekarang ni, ok dah. Cuma bila ayahanda menghilangkan diri ni, anak – anak buahnya menjadi mangsa bulinya. Apa orang kata, bila dah nakal tu, tak dapat dibuat apa – apa.

                Oh ya! Aunty Nia dah kahwin tau. Dia kahwin sebelum ayahanda dan bonda kahwin. Pasangan hidupnya ialah Uncle Munir Hashimi dan anak mereka hanya seorang sahaja iaitu Kairul Hashimi yang juga dikenali sebagai Abang Kai oleh saudara – maranya yang lain.

                Ha, Uncle Hif! Mesti korang tertanya – tanya, siapalah mamat sorang ni? Apa kaitannya dengan keluarga aku? Dia adalah adinda kepada ayahanda yang bongsu. Ala, bayi yang ada dalam perut nenda dulu sebelum ayahanda belajar ke luar negeri tu. Ha, itulah dia Uncle Hif! Namanya yang sebenar adalah Haris Hifzul. Dia belum ada pasangan hidup lagi. Masih dalam perancangan. Rasanya bulan disember ni kot dia kahwin kalau aku tak salah.

                “Meh, masuk! Langkah kanan lah bonda hari ni. Tasya ada masak Nasi Ayam tu. Jom, lunch sekali! Kanda, dinda! Jomlah,” ajak bonda.

               

                USAI makan tengah hari, semua berkumpul diruang tamu. Banyak sungguh cerita yang dikongsikan oleh nenda kepada yang lain begitu juga Aunty Nia. Aku dan Ray pula hanya bermian dengan telefon bimbit masing – masing. Kayla? Dia melayan novellah. Tak sedar diri ada exam minggu depan. Perasan pandailah tu.

                “AAAAAA!” Tiba – tiba Kayla menjerit yang mana membuatkan semua terkejut.

                “Kenapa Kayla?” soal datuk risau.

                “Tak ada apa – apa, tok. Ni, hero dalam novel ni tiba – tiba cium lalu peluk heroinnya dengan erat. Romantiknya! Kalaulah Kayla ada boyfriend macam ni~” angannya seorang diri. Semua terasa bengang buat seketika. Fikir lah apa.

                Aku terus berdiri lalu menuju kearah Kayla.

                PAP!

                “Aduh! Kenapa kanda?” jerit Kayla kesakitan sambil menggosok – gosok kepalanya. Namun soalannya itu aku biarkan tergantung lalu duduk semula disebelah Raymond. Sabor jelah dapat adik ting tong macam ni.

                Dalam sibuk semua tertawa riang meliat kelakuan ku tadi, tiba – tiba telefon ku, datuk, bonda dan Kayla berbunyi secara serentak. Telefon dibuka serta merta. Panggilan dari D.I Department. Ada hal mustahak?

                “Saya rasa, kita patut pergi sekarang! Puan Limah, kami pergi dulu ya,” ujar datuk lalu bangun dari sofa.

                “Eh, kalau macam itu, kami minta diri juga lah. Tak ada siapa yang nak jaga rumah ni. Nia, jom,” balas Nenda. Namun niat nenda terbantut bila bonda berbicara.

                “Ala bonda ni, rehat rehat lah dulu. Tasya tak ikut pun. Duduk lah dulu,” pinta bonda pada nenda dan yang lain.

                “Kalau macam tu bonda, Atif, Kayla dan atok pergi dulu lah ya. Ray jom!”

                “Nak pergi mana?” soal Ray terpinga – pinga. Pekak ke apa kawan aku sorang ni?

                “Markas lah.”

                “Oh, okay. Jap.”

                Pintu rumah dibuka. Kaki terus melangkah keluar dari rumah. Namun langkah ku terhenti bila Abang Nash memanggil nama ku.

                “Ada apa?” soalku dalam keadaan yang tergesa – gesa.

                “Ni ada surat baru sampai untuk Atif. Tak tahu dari siapa. Tak ada nama.” Sampul surat hitam diserahkan kepada aku. Seperti sampul surat sebelum ini.

                “Kayla, ikut atok dulu. Nanti kanda dan Ray menyusul!” arahku pada Kayla. Dia membalasnya dengan anggukkan.

                “Atif, macam sampul surat hari tu,” kata Ray di sebelahku.

                “Ya, mirip sekali.” Aku terus membuka sampul surat tersebut. Terdapat sekeping kertas bertulis sesuatu.


                Haris Atiffin,

                Masa yang ditunggu – tunggu sudah tiba. Hidup Keluarga Haris akan bertambah sengsara. Now, the game begins!

Mr.X


                Game? Game apa pula nihhhhhhh? Sengal ke apa Mr.X ni. Jiwa kacau betullah mamat sorang ni. Terlepas dari wad gila kot. Malas ah aku nak layan.

                “Apa dia tulis, Tif?” soal Raymond dengan wajah ‘clueless’nya itu.

                “Entah lah. Jom! Kita dah lambat!” Nasib kali ini, tiada Berlian Merah yang disertakan bersama seperti sebelum ini. 

No comments:

Post a Comment