Tuesday, December 20, 2016

Damian - D6


D6

                Nampaknya mata ketiga aku masih lagi wujud. Hari beganti hari, aku jadi semakin tertekan dengan apa yang aku lihat. Bila aku cuba untuk memberanikan diri, aku tidak bisa membuat sedemikian. Perasaan takut ini sukar untuk aku lawan. Kenapa hidupku harus seperti begini?

                Selepas beberapa minggu  memohon cuti dari pihak POPULAR, tempat aku bekerja, kini aku kembali meneruskan hidupku seperti biasa. Kali ini, pelbagai jenis makhluk aku bisa lihat. Ada yang tiada kepala. Ada yang tidak berwajah. Ada yang wajahnya sangat buruk dan mengerikan. Dan ada juga yang berbusuk bagai nak rak.

                Apabila mereka mengetahui bahawa aku dapat melihat mereka, sudah tentu bantuan yang dipinta. Namun, aku menguatkan hati untuk mengatakan tidak. Oleh yang demikian, mereka memberontak lalu membuat sesuatu yang aku benci iaitu merasuk dan melakukan suatu perkara diluar jangkaan. Ada yang sempat merasuk dan ada yang tidak. Yang tidak itu adalah kerana aku sempat membaca ayat – ayat suci Al – Quran.

                Beberapa hari yang lalu, Darren masuk ke dalam hospital disebabkan aku. Niatnya yang mahu membantu aku yang berada dalam keadaan tidak sedar menjadi sebaliknya, apabila dia terhumban lalu tangan kanannya terlipat. Patah. Nasib dia sempat diselamatkan. Aku ada terdengar sesuatu bila datang melawatnya di hospital dua hari lepas. Petengkaran diantara Darren dan bapanya yang mana bapanya memaksa Darren untuk berpindah keluar dari rumahnya selepas keluar dari hospital untuk keselamatannya. Tapi Darren terus mengatakan tidak atas sebab yang tertentu.

                Aku mengerti akan mengapa Darren membuat sedemikian. Ada kalanya rasa besalah ini semakin menjadi – jadi tatkala perkara seperti ini kian berlaku. Aku rasa, aku yang patut keluar dari rumah itu tapi dimana aku harus berteduh pada waktu malam? Dilema.

                “Awak Damian kan?” soal seseorang secara mengejut.

                Aku tersedar dari lamunanku lalu mengangkat kepala melihat gerangan yang berada dihadapanku pada masa ini. Diane Sabrina. Aku berdecit  disebabkan terkejut melihat dia.

                “Ya, saya. Kenapa?”

                “Ah, bos panggil,” jawabnya pendek.

                “Ada apa?”

                “Saya kurang pasti. Yang penting, dia nak jumpa.”

                “Ok, sekejap lagi saya pergi.” Diane pun berlalu meninggalkan aku berseorangan semula seperti tadi.

                Setiap kali aku dekat dengan Diane ni, auranya agak berbeza. Nak katakan dia mempunyai sesuatu berhampiran dengannya, tidak juga. Tapi auranya itu.. Adakah aura ini ada kaitan dengan apa yang aku lihat sebelum ini?



                AKU dapat mendengar suara tangisan yang teresak - esak setiba sahaja di salah satu tandas awam SOGO. Pada mulanya aku berfikir bahawa apa yang aku dengar itu, bukan tangisan seorang manusia namun sebaliknya. Bila dilihat, rupanya seorang lelaki sedang menangis kesakitan. Sepertinya dia menderita disebabkan sesuatu perkara.

                Sebenarnya itu bukan yang menjadi tumpuan bagi ku tapi benda yang berada disebelahnya yang sedang menari gembira dan ketawa mengekek – ngekek. Dia seolah – olah sedang meraikan sesuatu. Patutkah aku menegur lelaki itu untuk tidak menangis didalam tandas ini. Mungkin anda tahu apa sebabnya.

                “Encik?” Aku menyentuh tubuhnya lalu menggoyangkannya secara lembut. Namun tidak ada sebarang tindak balas yang diberikan. “Encik?”

                “Apa dia?! Jangan ganggu aku!” jeritnya dan semakin deras air mata gugur dipipinya itu. Apa aku harus buat? Niatku hanya ingin membantu dia dari makhluk durjana ini.

                “Jangan kau ganggu manusia ini kalau kau tidak mahu terseksa oleh aku~~” Makhluk durjana itu memberi amaran.  Aku buat – buat tidak mendengar apa yang dikatakan oleh benda itu malah tiada pertembungan mata yang dilakukan.

                Aku duduk bercangkung berhadapan dengan lelaki itu. Aku terus berbisik ditelinganya sesuatu yang mana membuatkan dia terbangun lalu keluar dari tandas tersebut. Makhluk yang sedari tadi menari gembira dan ketawa mengekek – ngekek itu terus bengang dan hairan dengan apa yang telah berlaku.

                “Apa yang kau beritahu pada manusia itu ha?!~” soalnya marah. Aku tidak menghiraukan soalannya lalu berlari keluar dari tandas itu kerana perasaan takut mengaburi aku kembali. Jelas kedengaran jeritan makhluk tersebut dari dalam tandas itu.

                Lelaki yang menangis tadi masih ada berdiri diluar tandas tapi kali ini tangisannya sudah berhenti. Dia melihat aku sambil tersenyum hambar.

                “Terima kasih. Nama saya Jeremy. Jeremy Guttiraz,” kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan ku. Uik, macam nama orang Filipino tapi cakap melayu lancar betul. Tidak ada slang filipin pun.

                “Ah, untuk apa?” soalku

                “Kerana membantu saya tadi tapi betul ke apa yang awak katakan tadi tu mengenai ada benda disebelah saya sedang menari gembira?”

                “Oh, bukan hal besar pun untuk encik katakan terima kasih. Saya hanya melakukan apa yang patut sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini. Tentang benda itu, memang betul. By the way, saya Damian Fatarish. Baiklah, saya minta diri dulu.” Aku terus berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.

                “Nama awak unik! Thanks once again!



                “PA, have you seen Damian?” soalku pada papa.

              “Why do you want to know about him? Don’t you remember this happened because of him? Wake up Darren! Kembali ke dunia nyata!” soalan ku dijawab dengan kemarahan. Aku tahu papa memang marah betul dengan Damian ketika ni.

                Masuk saja aku kedalam hospital, Damian langsung tidak ada menlawat mahupun menjenguk aku. Kenapa? Apa yang telah berlaku padanya? Adakah dia baik – baik saja? Pelbagai jenis soalan bermain difikiranku.

                Pada malam kejadian yang lepas, pada ketika aku cedera. Aku ada nampak seseorang sedang perhatikan Damian dari luar rumah sebelum aku tidak menyedarkan diri. Wanita? Ya, aku pasti yang aku lihat itu adalah wanita. Adakah wanita itu, wanita yang Damian katakan sebelum ini? Siapa dia? Kenapa dia ada disitu pada malam tersebut?

                “I have to go. See you later,” kata papa sebelum beredar dari bilik dimana aku ditempatkan.

                “Ok. Tell mom to come here please!” pintaku pada papa.

                “Will do later!” Pintu ditutup dengan rapat.

                Argh!!! Bosannya dekat hospital ni! Kalaulah aku boleh keluar sekarang tapi dengan keadaan tangan aku yang sedang bergantung ini, mungkin lama lagi kot aku dapat keluar.

                Sejuk pula bilik ni tiba – tiba. Mana pula remote penghawa dingin ni? Mataku liar mencari dimana kah benda tersebut. Seriously? Jauhnya! Kenapa boleh sampai dekat atas sofa sana tu?

                Aku cuba untuk bangun dari katilku dengan melepaskan tanganku yang bergantung ini secara perlahan. Namun niat ku terbantut bila ternampak wanita yang aku lihat sebelum ini sudah ada berada di hadapan katilku.


               “Jangan kau cuba untuk menolong Damian kalau kau tidak mahu perkara seperti ini berlaku lagi!” jeritnya tiba – tiba. Semua bulu romaku ternaik. Selimut yang berada diatas perutku, aku tarik terus menutup muka ini. Buruk gila wei muka dia! Apa masalah dia sama aku ha?!

No comments:

Post a Comment