E7
“Berikan
laluan! Berikan laluan!” jerit salah satu pekerja di D.I Department.
“AAAAAAAA Sakit! Bonda, sakit!” Atif menjerit dan meronta kesakitan.
“AAAAAAAAAA!”
Kayla menyambung jeritan Atif. Kali ini, pekerja yang menyorong katil pesakit
itu terhumban ke tepi kerana jeritan yang keluar dari mulut Kayla itu adalah kebolehannya,
Jeritan Maut.
Dua
– dua beradik digegaskan ke bilik kecemasan D.I Department secepat yang
mungkin. Perit dan sakit yang dirasai pada saat ini sukar untuk diterangkan.
Apa sebenarnya yang berlaku?
“Macam
mana boleh jadi macam ini, Ray?” soal Puan Tasya Nadilah dalam sibuk menolong
menyorong katil tersebut.
“Ray
pun tak tahu, aunty,” jawab Raymond termengah – mengah. Nafasnya
tersekat – sekat disebabkan kepenatan yang teramat sangat dari gelabah.
“Bonda,
sakit!!!” jerit Atif dan Kayla serentak.
“Bertahannya,
sebentar lagi kita akan sampai. Kejap je lagi.” Air mata mula menitis. Perasaan
risau yang membuak – buak sukar untuk ditampung lagi.
Setiba
sahaja di bilik kecemasan, Puan Tasya Nadilah dan yang lain diminta tunggu diluar.
“AAAAAAAAAAAAA!!”
jeritan terakhir dapat didengar sebelum mereka tidak menyedarkan diri. Dunia
menjadi gelap, apa yang berlaku selepas itu tidak diketahui oleh Atif.
LIMA
JAM YANG LALU…
Besar
gila tempat kejadian kali ini. Bukan calang – calang orang punya rumah ni. Bila
dilihat di tiang pagar masuk ke tempat ini, ‘Datuk Mustafa Mokhtar’? Laa… Milik
ahli politik yang terkenal itu rupanya. Kenapa kita ada dekat sini?
“Kes
apa ada dekat sini, uncle?” soalku pada Uncle Mirza.
“Orang
mati,” seloroh dia menjawab soalan ku. Aku tahulah orang mati tapi siapa?
Kenapa orang itu nak mati dekat tempat macam ni? Hmmm… Pelik~~~
Kami
sekumpulan memasuki perkarangan itu. Oh ya tak ya juga, mana Uncle Sal ek?
Tadi katanya dah nak sampai. Takkan jammed lagi?
Tiba – tiba, hidungku
terasa gatal. Dari jarak jauh aku sudah dapat menghidu bau darah yang agak lama
usianya. Kuatnya bau ni. Bukan satu jenis darah yang aku hidu tapi banyak.
Banyak sangat. Apa ni? Genocide ke?
Kereta
polis sudah ada di tempat kejadian. Wartawan pula sudah berkumpul dihadapan
rumah banglo tiga tingkat itu. Kenapa ek, setiap kali kalau ada orang yang
berpangkat tinggi mati ke cerai ke apa ke, mesti ada banyak wartawan berkumpul?
Cliché betul lah. Aku rasa macam dalam drama dalam tv pula.
“Encik
buat apa ni?” soal salah satu pegawai disana dengan kasar pada Uncle Mirza
apabila melihat kami cuba memasuki banglo tersebut. Kami semua memberikan
jelingan tajam kepada pegawai tersebut. Mesti baru bekerja ni. Dia tak tahu ke
siapa kami yang sebenar? “Apa jeling – jeling?” sambungnya lagi. Wah, bukan
main kuang hajo dia ni. Berani dia cakap macam itu pada Uncle Mirza.
Tak sedar diri itu lebih muda dari uncle.
Kerana
tidak mahu memanjangkan cerita, dengan serentak lencana D.I Department, kami
keluarkan lalu menunjukkan kearahnya. Ekspresi wajahnya berubah serta – merta lalu
membenarkan kami masuk.
“Mampuslah
aku kalau tuan tahu ni~” Dapat aku dengar suaranya yang resah gelisah itu. Siapa
suruh buat macam itu. Padan muka.
Kehadiran
kami disambut oleh penyiasat yang berada disitu sejam lebih awal. Repot
mengenai si mangsa, diserahkan kepada Uncle Mirza. Serius saja muka
orang tua ni bila menela’ah setiap isi butiran kertas itu. Tidak lama kemudian,
repot itu diserahkan kepada aku.
Otak aku terhenti buat seketika. Siapa
yang buat repot nihhh? Kenapa uncle tak komen sepatah pun pasal repot
ni? Terbaik.
Oh,
jadi yang mati ni, tuan rumahnya sendiri juga dan ianya berlaku semalam. Ini
mesti kes tidak puas hati ni. Kenapa lah zaman sekarang ni masih lagi berlaku
perkara seperti ini? Tak patut tak patut. Eh wait, kenapa ada satu mayat
saja dekat sini? Bau darah yang aku hidu tadi, banyak. Atau itu hanya perasaan
aku.
Aku
membongkok melihat keadaan mayat, meneliti segala mengenainya. Dengan
menggunakan kebolehanku, aku membuka sarung tangan hitam yang tersarung dari
tadi lalu mencolet sedikit darah yang ada disana.
HIFFFFFFZZZZ!
“Mata
kau membiru, Tif. Mata kau biru,” bisik Ray ditelingaku. Hilang fokus
dibuatnya.
“Cover
aku,” balasku ringkas.
Aku
menghidu darah itu. Secara tidak langsung aku dapat melihat waktu kejadian yang
sebenar dan berapa jenis darah yang ada. Memang benar, pembunuhan berlaku pada
6.30 petang dan hanya satu jenis darah saja yang ada dekat sini. Jadi apa yang
aku hidu dalam perjalanan masuk ke rumah ini, tidak benar. Kenapa dengan aku
ni?
“Ada
jumpa apa – apa?” soal Uncle Mirza pada ku.
“Tak,”
jawabku ringkas sambil menggelengkan kepala. Uncle terus berlalu pergi
kearah bahagian lain dirumah tersebut untuk mencari bahan bukti. “Ray, mana
Kayla?” soalku pada Ray pula.
“Entah.
Kalau aku tak silap tadi, dia keluar masuk tandas.” Oooo…
“Beritahu
dia yang aku cari…” ayatku terhenti bila ternampak Kayla berjalan menuju kearah
kami berdua. “Ha, Kayla. Tolong kanda jap.”
Kayla
mengangguk kepalanya nak tak nak saja. Kenapa dengan budak ni?
“Kayla
ok ke ni?” Aku memegang bahunya lalu menggoyangkannya sedikit.
“Ah,
apa kanda?” Dia sepertinya mengelamun tidak mendengar apa yang ku katakan tadi.
“Kanda
tanya, Kayla ok ke tidak?” soalku sambil memicit sedikit bahagian atas
hidungku. Rasa pening lah pula.
“Kayla
baik – baik saja cuma rasa pening sikit. Itu yang Kayla keluar masuk tandas
tadi, rasa – mual – mual tapi kanda jangan risau, Kayla masih boleh buat apa
yang kanda suruh.” Pening juga? Kenapa ni?
Kayla
bercangkung sebelah mangsa, lalu membuka sarung tangan hitamnya itu. Telapak tangannya
diletakkan pada kepala si mati.
HUKKKK!!
Mata
Kayla berubah warna. Proses melihat kejadian yang berlaku semalam tengah
berjalan. Mulut Kayla terkumat – kamit mengatakan sesuatu. Namun, aku tidak
dapat tangkap sepatah pun apa yang dikatakan itu. Terlalu pantas untuk
didengar.
Tidak
lama kemudian, tangan dilepaskan dari kepala tersebut. Ekspresi wajah Kayla
sepertinya terkejut selepas melihat sesuatu. Mukanya semakin pucat.
“Apa
yang Kayla nampak?” soalku sambil mengangkat tubuhnya. Panas badan Kayla ni.
Demam ke?
“Dia
dalam satu bilik penuh dengan barang – barang antik sebelum ditarik keluar oleh
seseorang dari belakang. Selepas itu matanya ditutup oleh kain hitam. Kayla
tidak nampak siapa pembunuhnya. Pembunuh itu menjerat leher si mangsa sehingga
mangsa meninggal dunia. Tak cukup dengan itu, mangsa ditembak tepat pada
jantungnya. Itu apa yang Kayla dapat dengar selepas matanya ditutup,” jelas
Kayla dengan lemah. Makin teruk keadaan adinda aku ni.
Jadi
apa yang berlaku, Datuk Mustafa Mokhtar bukan mati sebab ditembak tapi dijerat
pada lehernya?
“Kayla
betul – betul ok ke ni? Kalau tak Kayla berehat dalam kereta dulu, beritahu
kanda dimana bilik tersebut.”
“Tak,
Kayla nak ikut kanda. Biar Kayla tunjukkan dimana tempat itu.”
“Jangan
degil Kayla. Kayla demam ni.”
“Tak!
Kayla tak demam. Kayla okay.” Degilnya adinda aku sorang ni~~
Tiba
– tiba datang seorang pak cik ni menghampiri kami dengan berpakaian serba merah
jambu. Aku melihat dari atas ke bawah. Apa hal Uncle Sal pakai baju
zaman retro, disko 90-an ni? Dah buang tebiat ke apa?
“Eh…
eh… Apa gaduh – gaduh ni? Mana baik adik – beradik begaduh macam ni. Bagi tahu uncle,
apa yang kamu gaduhkan ni? Uncle tolong selesaikan.” Penyibuknya. Baru sampai
terus menyibuk hal orang. Cubalah baca repot dulu ke apa ke.
“Tak
ada apa – apa. Ni Atif nak tanya ni. Kenapa uncle pakai baju macam ni?
Dah baik hati sangat ke sampai bantu mop lantai yang berdarah tadi sampai licin
bagai nak rak,” perliku padanya.
“Ewah
– ewah. Mulut kau Atif, memang tak ada insuran ek. Suka sangat peril uncle
kan? Ni namanya fesyen. You know fashion.” Banyak lah dia punya fesyen.
Tak tahu ke nak bezakan tempat kejadian dengan fashiow show.
“Atif
pergi dulu. Nak sambung siasat kes ni.” Aku terus berlalu pergi bersama Kayla
untuk mencari bilik yang dikatakan itu.
“Eh,
nak pergi mana tu? Uncle belum cakap lagi ni. Hih, budak – budak ni.”
SATU
rumah kami mencari bilik yang dikatakan oleh Kayla itu tapi masih juga tak
jumpa. Bawah tanah, tingkat pertama, tingkat kedua mahupun tingkat atas sekali,
tak ada juga. Mana sebenarnya bilik itu?
“Betul
ke apa yang Kayla tengok itu adalah satu bilik?” Soalanku dibalas dengan anggukkan
lemah.
Ray
yang dari tadi membontot, turut mencari bersama. Serius mukanya kali ini.
Maklumlah kes pertamanya lah katakan. Sepanjang dia berjalan, dinding diketuk –
ketuk. Dia berfikir bahawa bilik yang Kayla katakan itu mungkin satu bilik
rahsia.
“Tif!”
Jeritnya tiba – tiba.
“Apa?”
“Aku
dah jumpa!” Dia dah jumpa? Tangannya ligat mencari kunci bagi membuka dinding
itu.
KLEK!
GRONGGGGGGGG!
Dinding
itu terbuka dengan sendirinya. Terdapat pintu berwarna perang disebalik dinding
tersebut. Aku melihat kearah Kayla, dia mengangguk menunjukkan memang betul tempat
ini yang kami cari dari tadi.
Aku
rasa tidak sedap hati. Kenapa ni? Kayla yang berdiri dibelakang ku semakin
lemah. Begitu juga dengan aku. Apa sebenarnya yang ada disebalik pintu ini? Aku
menoleh kearah Ray, dia nampak baik – baik saja. Takkan kami berdua saja yang
dapat rasa semua ini?
“Ray
aku rasa, lebih baik kau tunggu di sana. Kayla pun sama,” pintaku lalu menunjuk
ke arah dinding yang satu meter lebih jauh dari pintu bilik rahsia ini.
“Kenapa?”
“Kau
ikut saja cakap aku.” Ray menurut perintahku namun Kayla tidak. Dia masih lagi
memegang bajuku.
“Kayla
tak nak.”
“Kayla,
ikut cakap kanda!” marahku padanya yang membuatkan dia tersentak lalu berlalu ke
arah Ray.
Aku
memegang tombol pintu tersebut lalu memulasnya dengan perlahan. Pintu terbuka
dengan perlahan namun tidak ada apa – apa yang mencurigakan di dalam bilik itu.
Kenapa perasaan aku masih kurang enak?
“Arghh!!”
Terdengar suara Kayla yang dalam kesakitan.
“Kayla!”
jerit Ray.
Belum
sempat aku berpusing melihat apa yang berlaku, kakiku tertinjak sesuatu lalu…
BAM!!
Aku
terhumban kedinding berdepanan dengan bilik itu. Badan aku lemah, sakit, perit
yang teramat sangat. Apa benda tadi yang meletop itu? Aku melihat keadaan
didalam bilik tersebut serba merah dalam pandangan yang kabur ini. Mataku
tertumpu pada benda yang berterabur di atas lantai itu dan salah satunya
bergolek kearahku.
“Berlian
Merah!” Aku terkejut dengan apa yang aku lihat sekarang. Sakitnya badan aku. Seperti
ada benda yang menusuk disetiap anggota tubuh ini.
“AAAAAAAA!!!!!”
jeritan Kayla semakin lantang.
“Kayla,
kau ok ke ni?! Atif, kenapa dengan kau?” Ray jadi tidak menentu dan gelabah
melihat keadaan kami berdua. “Apa aku nak buat ni? Abuji!” jeritnya lalu
berlari meminta bantuan.
“AAAAAAAAA!!!!
Sakit!!!!” jeritku dengan Kayla secara serentak.
Adakah
ini permainan yang dikatakan oleh Mr.X itu?
No comments:
Post a Comment