Thursday, December 29, 2016

Detektif Luar Biasa 2 - E8



E8

                Puan Tasya Nadilah masih lagi setia menunggu diluar bilik kecemasan meskipun sudah tiga jam berlalu semenjak Atif dan Kayla dimasukkan kedalam bilik tersebut. Hati yang resah lagi gelisah, berulang kali ditenangkan oleh ibu mertuanya, Puan Halimah Kesum.

                Tuan Kamaruddinn Bakhtiar tidak dapat menunggu bersama disitu atas sebab kerja yang tidak dapat dielakkan.

                Tiba – tiba pintu gelongsor automatik terbuka, satu susuk tubuh keluar dengan berpakaian serba putih. Doktor Man Shah, ketua Unit Makmal Uji Kaji adalah orang yang bertanggungjawab memeriksa dan mengubati kedua adik – beradik itu.

                “Macam mana keadaan anak – anak saja, doktor?” soal Puan Tasya Nadilah dengan sayupnya.

                “Alhamdulillah, mereka dapat diselamatkan. Nasib baik mereka segera dibawa kesini, kalau tidak mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku pada mereka,” jelas Doktor Man Shah sambil mengesat peluh yang tidak berhenti – henti turunnya.

                Puan Tasya Nadilah dan Puan Halimah Kesum hanya mampu menghelakan nafas lega lalu tersenyum syukur. “Terima kasih ya, doktor,” ucap Puan Halimah Kesum sambil mengusap belakang menantunya itu.

                “Boleh kami masuk melawat?”

                “Belum lagi. Tunggu selepas satu jam, baru boleh masuk melawat,” jawab Doktor Man Shah sambil terbatuk – batuk. “Saya minta diri dulu. Saya kurang sihat sebenarnya ni.” Patutlah dari tadi asyik batuk saja.

               


                SEMINGGU sudah berlalu, tapi pembunuh Datuk Mustafa Mokhtar masih lagi tidak diketahui. Mengikut firasat aku, pembunuhnya mesti ada kaitan dengan Mr.X tapi siapa Mr.X yang sebenar. Dalam masa seminggu ini jugalah aku terima tiga bentuk baru yang dihantar oleh seseorang yang tidak diketahui akan identitinya.


Apa maksud semua ini? Kenapa orang ini tidak memberitahu sahaja apa yang dia cuba sampaikan? Kenapa dia guna cara ini untuk menyampaikan sesuatu pada aku?

                “Atif , boleh aku masuk?” soal Ray dari muka pintu. Aku mengangguk tanda membenarkan masuk. “Kau buat apa ni?”

                “Ni tengah tengok kod – kod ni. Aku tak ada idea betullah apa yang orang ni cuba sampaikan,” rungutku pada Ray.

                Dahiku berkerut lagi. Begitu juga dengan Ray yang berada di depanku. Tangannya sebelah kanan menampung dagunya.

                “Kau tak rasa yang kita pernah tengok kod macam ni sebelum – sebelum ni?” Aku menggelengkan kepala dengan pantas. Setahu aku, tak pernah.

                TTOK! TTOK!

              Pintu kaca bilik kerja ku diketuk. Uncle yang penuh dengan diva sudah terpacak di muka pintu. “Korang buat apa ni?” soal Uncle Sal.

                “Tak ada apa, uncle. Cuma tengok dan cuba menyelesaikan kod – kod yang orang misteri hantar pada Atif. Nak join sekali?” tanyaku dengan nada mengada – ngada.

                Uncle Sal berdiri di situ sambil memikirkan tawaranku. “Ok lah lagipun uncle free masa ni.”

               
                Beberapa minit kemudian…

              Arghh!! Sakitnya kepala ni! Aduku dalam hati. Aku mengurut – urut dahi ini lalu mendongakkan sedikit kepala. “Hik!” jeritku lalu berdecit bila melihat ramai sudah berkumpul di bilik kerjaku. Sejak bila pula mereka masuk ni? Kenapa aku tak perasan?

                “Korang buat apa dalam bilik saya ni?”

                “Tolong merungkai maksud disebalik kod – kod itu,” jawab mereka serentak. Hik!!

                “Aaa… Saya terharu dengan niat awak semua yang baik itu tapi awak semua boleh beredar sekarang. Buat kerja apa yang patut. Biar saya handle benda ni sendiri,” pintaku pada mereka. Seorang demi seorang meninggalkan bilik aku. Heh~~

                Aku memandang ke arah Ray. Matanya masih lagi melekat pada kod – kod didepannya.

                “Dah lah tu, Ray. Pergi buat kerja kau sana,” arahku pada Ray tapi dia masih tidak berganjak dari tempat duduknya itu. “Ray!”

                “Kruhhhh~~~” Laa…. Dia tidur rupanya. Apa hal tidur buka mata. Hebat kawan aku seorang ni. Luar biasa, luar biasa.

                “Ray~~.” Kali ini bahunya aku goyang – goyangkan sedikit.

                “Haa.. Apa? Apa yang terjadi? Aku dekat mana?” Drama lah pula.

                “Kau masih dalam bilik kerja aku. Kau dah boleh keluar, pergi buat kerja kau sana.”

                “Ah, ya lah.”

                Dia bangun dari tempat duduknya lalu bergerak keluar dari bilikku. Tidak lama kemudian, dia masuk semula.

                “Atif, aku tahu macam mana!” jeritnya.

                “Maksud?” soalku bengang.

                “Aku tahu macam mana nak selesaikan kod itu. Kau ingat cerita Dekaranger?”

                “Ha’ah, kenapa? OOOOOOO.. Ya tak ya jugak!” Ray dan aku terus mengambil setiap kertas yang aku dapat itu lalu melipatkannya kepada dua. Gotcha! OOO… Ini apa yang dia cuba sampaikan.

                TTOK! TTOK! TTOK!

                Pintu bilik ku diketuk sekali lagi. Akak receptionist menghantar satu lagi bungkusan yang baru diterima. “Ada bungkusan, detektif.” Bungkusan diserahkan kepada aku.

                Tanpa berlengah, kotak tersebut  aku buka. Tiga kertas berlainan bentuk diatasnya dan satu kertas nota yang bertulis ‘selesai’. Ini bermaksud, tidak ada lagi kod yang akan dihantar kepadaku. Jadi, aku boleh merungkai maksud kod – kod ini.


Selesai kami melipat kesemua kod kepada dua, ini yang kami dapat.


Nombor dan huruf. Tanda tolak, kosong, kosong, satu, tiga, tiga, 7, huruf F dan H.

                “Apa benda ni?” soal Ray padaku.

                “Aku rasa aku tahu.”

“Apa?”

“Nombor pas pekerja D.I Department,” jawabku ringkas



KES kali ini, melibatkan dua nyawa yang tidak berdosa, Ally dan Anna, pasangan kembar. Pembunuh yang terlibat dalam kes ini, dikatakan belum pernah ditangkap lagi. Cara kematian mereka berdua ini sama seperti kes dua tahun lepas iaitu Kadri, pelajar Sekolah Antrabangsa Nevi.

Umur, cara kematian dan latar belakang mangsa, semuanya lebih kurang. Tempat kejadiannya pula agak hampir dengan tempat sebelumnya. Baru tadi pagi, kami menerima panggilan lagi. Satu lagi kes yang sama berlaku lagi di tempat yang berhampiran.

Apa motif sebenar pembunuh ini?

No comments:

Post a Comment