Tuesday, December 27, 2016

Damian - D7



D7
               
                “Jangan kau cuba untuk menolong Damian kalau kau tidak mahu perkara seperti ini berlaku lagi!”

                Amaran wanita itu masih lagi bermain difikiranku. Patutkah aku menurut pemintaannya itu? Tapi bagaimana pula dengan Damian? Apa akan terjadi pada Damian jika aku ikut kata – kata wanita tersebut?

                Selepas dua minggu berperap di hospital ini, akhirnya aku dapat keluar. Dalam masa dua minggu ini juga, aku masih tidak nampak Damian. Kemana Damian sebenarnya ni? Dia tak tahu ke yang aku risaukan dia sangat. Umi pun balik – balik telefon aku bertanya yang Damian ada datang melawat ke tidak, Damian ada telefon aku ke tidak. Takkan dengan umi pun dia taka da telefon? Kenapa dengan Damian ni?

                “Darren, are you done?” soal papa.

                “Yes,” jawabku ringkas lalu bangkit dari katil dengan tangan yang tergantung.

                Papa mengangkat beg pakaian aku lalu keluar dari bilik tersebut. Aku masih lagi berdiri ditepi katil memikir sesuatu. Damian.



                DENGAN berat hatinya, aku meletak jawatan sebagai pekerja di POPULAR. Aku cuba untuk bertahan tapi aku tidak sanggup lagi bila setiap hari aku mesti melihat makhluk – makhluk itu. Oleh sebab itu, aku membuat keputusan untuk berhenti.

                Lebih dua minggu, aku hanya duduk dirumah. Keluar rumah tidak, berjalan pun tidak. Aku memang tak nak keluar rumah. Keluar ke tidak, tiada bezanya. Tetap benda – benda itu akan menggangu aku.

                Apa sebenarnya salah aku sehingga diuji begini. Aku rasa terseksa. Dalam banyak – banyak ujian yang pernah aku lalui, inilah yang paling mencabar.

                Hampir tiga kali aku berjumpa dengan ustaz untuk mengubati aku supaya tidak melihat semua ini lagi tapi perkara ini berterusan berlaku. Kenapa? Kenapa?! Kenapa?!! Aku ingin tahu kenapa tapi tiada siapa yang mampu memberikan aku jawapan.

               
                DING! DONG!

                “Damian! Buka pintu. Aku tahu kau ada dekat dalam. Damian buka pintu!” jerit Darren dari luar rumah. Kenapa dia datang?

                “Kau nak apa?” soalku dari dalam rumah.

                “Aik, aku datang rumah sendiri pun tak boleh ke? Wei, buka pintu! Kunci aku hilanglah, D!” rayu Darren.

                “Aku tak nak!”

                “Baik kau buka sekarang sebelum aku panggil pak guard. Damian!” Huh, sengal betullah lelaki seorang ni. Menyusahkan betul. Nak tak nak, mesti juga aku buka pintu.

                “Masuklah. Apa kau nak datang ke sini?”

                “Boleh dia tanya orang nak apa pula. Rumah aku, suka hati aku lah,” selorohnya menjawab soalanku. Darren melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu mengeluh dengan berat. “Damian aku nak tanya ni. Kenapa kau tak ada lawat aku dekat hospital? Kenapa kau tak ada telefon umi mahupun aku? Kenapa bila aku pergi cari kau dekat kedai buku tadi, dia orang kata kau dah berhenti? Kenapa Damian? Aku tannya kenapa?” Tiba – tiba nadanya menaik tinggi.

                “Kau tanya aku kenapa? Aku rasa kau tahu jawapannya. Oh, mungkin tak juga. Sini aku beritahu kau, aku bukan tak ada lawat kau tapi papa kau yang tak benarkan aku jumpa kau. Aku berhenti kerja sebab benda – benda durjana itu selalu menggangu aku dan aku sudah tidak tahan lagi!”

                “Habis kenapa aku call kau tak angkat? Kenapa umi telefon pun kau tak angkat? Kenapa kau tak ada telefon kami?” soal Darren bertubi – tubi.

                “Buat apa?! Korang bukannya dapat bantu aku pun. Kalau aku telefon korang, apa bezanya? Aku dah tak boleh tengok benda – benda tu? Takkan?!” getusku menunjukkkan betapa aku marah dan bengang.

                “Kenapa perangai kau dah banyak berubah, Damian? Kau cakap macam orang yang sudah tidak beriman. Kau bukan Damian yang aku kenal dulu,” kata Darren dengan nada hampa. Aku tersentak buat seketika dengan ayatnya. Bila difikir – fikirkan, ada benarnya apa yang dikatakan oleh Darren itu. Aku sudah tidak berfikiran waras dua tiga menjak ini. Kenapa dengan aku?

                Aku terduduk. Air mata mula mengalir dengan deras. Mungkin aku sangat tertekan sampai jadi begini.

                “Aku tahu betapa seksanya kau pada masa ini, Damian. Dan aku tahu juga betapa kau betul – betul nak jadi normal seperti dulu,” ujar Darren sambil mengusap belakangku. “Aku rasa kau patut ambil wudhu, sembahyang sana dan berdoa kepada Allah. Lagipun dah pukul lima petang ni, dah asar dah.”

                Aku pun menurut nasihat Darren itu. Namun, langkah ku terhenti dan berpusing semula ke arah Darren. “Kau tak join sekali?” soalku dengan muka yang masih sayu.

                “Kau nak buat lawak ke apa, D? Tumbuk kang,” katanya lalu memberi tanda buku lima padaku. Aku hanya menyahutnya dengan ketawa hambar sambil mengesat air mata yang masih tidak berhenti – henti turun.


               
                APA yang dia nak dari aku? Kenapa dia sakit hati sangat dengan aku? Apa salah aku dengan dia?

                “Jangan… jangan… Jangan apa – apa kan aku!” mohonku pada wanita misteri itu.

                “Kau fikir aku akan ikut cakap kau? Tidak! Sebabkan kau, aku jadi macam ni!” jerit wanita tersebut lalu mencekik leherku.

                “To… to… tolong… tolong ak… ku!” jeritku meminta bantuan.

                “Damian, bangun! Damian!”

                HUKKK!!!

                Aku tersedar dari tidurku. Mimpi itu lagi. Mimpi yang sama lagi. Kenapa? Mengapa? Apa yang wanita mahukan dari aku sebenarnya? Kenapa  dia selalu ada didalam mimpi aku?

                “Sampai kebillik aku, jeritan kau kedengaran. Kau mimpi buruk lagi ke, D?” soalan Darren aku balas dengan anggukan lemah.

                “Dah, dah. Bangun, pergi cuci muka sana. Turun bawah sarapan.” Darren bangun dari katilku lalu bergerak keluar.

                “Darren, tunggu kejap!” Aku menghentikan langkah Darren.

                “Kenapa?”

                “Aku rasa, perempuan itu suruh aku cari dia. Tempat yang aku mimpi itu, aku rasa aku tahu dekat mana,” kataku dengan perlahan.


                “Ha?”

No comments:

Post a Comment