Wassup Wassup Everybody! Assalamualaikum semua~~~~ Tengah buat apa tew? Tak teringin ke nak makan roti pita dengan kuah kari? Tak pun dengan kuah dalca? Tak pun buat kebab? Tak pun makan dengan susu manis je? Tak pun.... HEHEHEHEHE sampai kesudah tak habis kalau duk cakap pasal 'tak pun' ni...
Hari ni Aisyh nak mengongsi resepi mudah dan cepat iaitu Roti Pita!!! WOOOHOOO Proses membuat sekejap je... dalam 30 minit macam itu... Proses pemerapan dalam 2 jam dan proses menggelek dan membakar dan panggang dalam 15 minit macam itu lah... Tak ke kejap tu 🌚
Ok... Ini dia!!!
Roti Pita
Bahan A
1 paket yeast (11g)
1 cwn air suam
1 cwn tepung gandum
Bahan B
1 ½
camb minyak zaitun (minyak untuk menggoreng biasa pun boleh)
¾
camt garam
1 cwn tepung roti
¾ cwn tepung gandum
Cara – caranya
- · Dari Bahan A : Campurkan kesemua bahan, gaul hingga sebati. Rehatkan selama 15 minit.
- · Dari Bahan B : Campur semua bahan dan gaul hingga sebati.
- · Masukkan bahan A kedalam bahan B, uli sampai menjadi doh yang lembut. (Jika lembik, tambah kan sedikit tepung roti)
- · Rehatkan doh buat dua jam.
- · Bahagikan adunan kepada 14 bahagian. Gelek satu daripadanya hingga kenipisannya lebih kurang 5mm – 10mm. Ulang langkah yang sama untuk bahagian yang lain.
- · Bakar satu per satu ke dalam oven, suhu 200°C selama 4 minit.
- · Kemudian panggang di atas perimpan, tebalik – tebalikkan macam tu, sampai nampak hangus2 sikit. Tak payah lama... Nanti tak pasal2 rasa macam arang pula.
- · Roti pita yang sukses hewhewhew.. Bila di belah dua akan ada lubang.
- · Dah boleh pakai dah! Pakai buat kebab pun boleh. Tadaaa Sambil menyelam minum air.🌚
No comments:
Post a Comment