Tuesday, January 3, 2017

Damian - D8 (Finale)




D8

                “Confirm ke tempat  ni, D?” soal Darren sambil menggosok – gosok tangannya. Muka pun semakin pucat.

                “Ya, mirip sekali macam dalam mimpi aku,” kataku dengan mata liar melihat persekitaran rumah using itu. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku pergi ke sini hanya atas satu sebab, mencari kebenaran.

                “Kenapa kita mesti pergi ke tempat macam ini pada waktu malam? Cliché betul lah,” rungut Darren lalu menggigil. Takut benar lelaki seorang ni. Dah macam tebalik pula aku rasa. Selalunya aku yang takut bila masuk dalam part – part macam ni.

                “Yang kau sibuk nak ikut juga kenapa? Itu lah aku cakap tak payah ikut, degil nak ikut juga. Sekarang kan dah menyesal.”

                “Aik, pula dah. Bukan kau ke yang minta aku temankan tadi?”

                “Ya ke?”

                “Ya lah!” tempelak Darren geram.

                Sampai ke sudah tak habis kalau duk bergaduh dekat sini. Oleh sebab itu, kami meneruskan perjalanan kami masuk ke dalam rumah usang itu. Keadaan di situ sangat sangat sangat sunyi, obviously. Buruk sungguh semua perabot dekat sini. Paket – paket makanan ringan yang sudah koyak dan kosong, minuman – minuma kotak yang sudah kosong, batang – batang rokok, lilin dan banyak lagi, sangat banyak bersepah ditepat ini. Ini mesti kerja budak – budak rempit atau pun yang tidak bekerja.

                “D, aku penat lah. Aku dah tak sanggup nak jalan lagi,” rungut Darren lagi dalam aku sibuk melihat keadaan disekeliling.

                “Heh, kau ni! Baru saj..” kata – kataku terhenti seraya melihat ada benda yang sedang bercangkung di atas bahu Darren. Begitu juga di kakinya, ada benda yang sedang bergayut. Control Damian, control. Jangan tunjuk yang kau nampak benda – benda itu.

                “Kita rehat dulu ek?” pinta Darren. Aku hanya anggukkan permintaan Darren.

                Aku hanya membeku dan tidak tahu nak buat apa. Ayat Kursi aku baca dalam nada yang perlahan. Benda yang sedang bermain dengan lidahnya yang tergantung – gantung itu, berhenti sambil melihat wajah ku. Mata yang terbuka ini, aku tutup dengan perlahan. Bacaanku diteruskan tanpa Darren sedari.

                Bila aku membuka mataku, benda yang ada pada Darren tadi sudah hilang. Alhamdulillah. Selamat~~ Setelah lima belas minit berehat, aku teruskan perjalanan ku. Darren? Masih sibuk bermain dengan telefon pintarnya.

                “Wei Damian! Tunggu aku!” jerit Darren ketakutan.

                Bila tiba di satu tempat, lampu suloh aku tujukan ke arah dinding yang penuh dengan gambar. Gambar keluarga? Keluarga mereka nampak sungguh bahagia. Dari satu gambar ke satu gambar, aku lihat dengan teliti orang yang didalamnya. Mereka ada mak, ayah, anak perempuan dan seorang bayi. Comel. Apa yang terjadi dengan keluarga ini.

                “Kau tengok apa tu, D?”

                “Ni, gambar keluarga bahagia ni. Apa lah yang dah jadi dengan dia orang ek? Kenapa rumah ini terbiar macam itu saja.” Darren pun sibuk menelek gambar – gambar tersebut.

                “Macam muka kau lah, D baby ni,” ujar Darren.

“Mengarutlah kau. Macam tak ada apa – apa je dekat sini.”

“Aku dah kata, kau memang salah tempat punya. Jom lah pergi, buang masa saja,” ajak Darren lalu melangkah keluar dari tempat itu. Tapi kenapa firasatku kuat mengatakan ini tempat yang aku lihat dalam mimpi itu. Ah, malas aku nak fikir.

Bila tiba diluar rumah usang itu, pintu rumah tersebut aku tutup. Kami terus menuju ke kereta Darren. Enjin kereta cuba di hidupkan tapi tidak berjaya.

“Kau tak service ek?” soalku pada Darren.

“Dah, baru saja aku buat semalam. Takkan dah rosak?” Darren cuba lagi untuk menghidupkan enjin kereta. Masih juga tidak berjaya. Apa hal ni? Telefon pintarnya dikeluarkan, lalu satu baris nombor di dial untuk meminta bantuan. “D, tak ada line. Telefon kau ada?”

“Tak ada juga. Buka kunci pintu kereta kau ni. Kita cuba dekat luar,” arahku.

“Mana ada aku kunci pintu. Kan dah terbuka tu. Buka je lah.”

“Tak dapat, Darren. Betul ke kau tak kunci.” Darren menganggukkan kata – kata ku. Gila. Situasi dah jadi benar benar gila. Kami sudah di ganggu.

Darren menoleh kebelakang untuk mencari sesuatu untuk membuka pintu kereta. Namun apa yang dicarinya tidak ada. Sebaliknya, dia nampak sesuatu.

“Damian?” panggilnya dengan perlahan.

“Apa benda?” balasku dengan perlahan juga.

“Kau nampak budak – budak dekat belakang ni kan?” soalnya dengan suara yang bergetar.

“Hmmm…” aku jawab dengan nada ketakutan.

“Kenapa dia orang tunjuk  sesuatu di depan kereta aku?” soal Darren bila melihat jari telunjuk budak – budak halus itu sedang menunjuk kehadapan kereta.

“Sebab, wanita misteri itu ada dekat depan kereta ini!” balasku gelabah. Jeritan yang hendak keluar, tidak mampu keluar. Darren terus menoleh kehadapan. Matanya terbeliak, badannya mula menggigil kuat.

“Bodoh!” jeritnya ketakutan.

Lalu kereta yang terletak rapi diatas jalan tar ini terus terhumban dan berputar yang menyebabkan kami menjerit meminta bantuan. Wanita itu masih berdiri pada posisi yang sama. Kenapalah aku buat keputusan untuk datang kesini? Penyesalan aku memang sudah tidak berguna sekarang.

Kereta Darren berhenti berputar dan terhempas berhampiran denga hutan dibelakan rumah usang itu. Dunia menjadi gelap.



“DAMIAN. Bangun, Damian! Awak okay ke ni?”

Mataku terbuka dengan perlahan tatkala mendengar suara seorang wanita yang dalam kerisauan. Pandangan ku masih kabur untuk melihat siapa wanita tersebut. Diane? Apa dia buat dekat sini?

“Apa awak buat dekat sini? Macam mana awak boleh tahu di mana kita orang berada?” soalku bertubi – tubi. Namun soalanku tidak dijawab. Aku melihat tempat disekeliling aku. “Mana Darren? Macam mana saya boleh ada dalam rumah ini semula?” Masih juga soalanku dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Apa masalah perempuan ni ha?

Diane terus bangun dari duduknya. Senyuman sinis jelas terukir dibibirnya. Penampilannya berubah serta merta menjadi wanita misteri yang aku tertanya – tanya akan identitinya . Dia! Dia lah wanita tersebut!

Ketawa nya meletus dan berdekah – dekah. Rambutnya yang tidak terurus itu, dimain – main, dipintal – pintal seperti orang gila di pusat bahagia itu.

Aku cuba untuk menggerakkan tubuhku, tapi tidak boleh akibat cedera di bahagian kakiku agak serius. Aku mesti cari Darren sekarang. Mana dia? Jadi suster ngensot saja aku kalau macam ini. Aku bergerak dengan perlahan.

“Kau nak kemana budak gila?!” jerit wanita itu yang membuatkan aku tersentak. Dia kata aku gila, cermin diri lah perempuan oi.

“Kau nak apa sebenarnya dengan aku ah? Apa masalah kau ah?!”

“Kau tanya apa masalah aku? Masalah aku kau! Disebabkan kau, aku jadi macam ni! Kau tahu betapa terseksanya aku selama dua puluh tiga tahun ni? Ha?! Kenapa kau diam? Jawablah!”

Apa perempuan ni merepek ah? Apa kaitan aku dengan perempuan ni? Apa yang aku dah buat sampaikan dia kata yang dia terseksa?

“Aku tak faham apa maksud kau,” balasku tertanya – tanya.

Wanita itu menghampiri aku. Rambutku ditarik kebelakang lalu rambutnya yang menutup mukanya tadi, diselak sedikit.

“Kau nampak ni? Kau nampak kesan terbakar ini? Kau nampak betapa buruknya muka aku ni? Kau nampak tak?!” soalnya dengan kasar. Aku cuba untuk menganggukkan kata – katanya itu. “Semua ini pasal kau. Kalau kau tak buat hal masa kau kecil dulu, kalau kau tak ganggu ayah masa memandu dulu, kita tak akan kemalangan dulu. Kereta kita terbakar! Ayah dan mak mati terbakar pasal cuba untuk selamatkan kau! Kau selamat! Aku hampir tidak selamat!. Mereka lebih sayangkan kau berbanding aku. Tengok buktinya sekarang! Tengok!” jeritnya lalu menolak kepalaku dan berdiri.

Aku terpanar buat seketika. Aku cuba untuk percaya setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya yang berbau busuk itu. Dia kakak aku? Apa yang dia buat selama ini pasal dendam dan tak puas hati dengan aku?

“Tapi kenapa kau buka mata ketiga aku? Apa kaitannya?” soalku lemah.

“Kau tanya kenapa? Sebab aku nak kau terseksa! Aku nak kau rasa apa yang aku rasa selama ini! Kenapa kau bodoh sangat, susah nak faham?!”

“Tapi kenapa? Kenapa kau buat macam itu? Aku kan masih bayi pada masa itu! Kenapa kau mahu berdendam dengan aku sedangkan aku langsung tidak tahu hujung pangkal cerita mengenai kemalangan ini, pasal kau! Tak ke benda yang kau buat selama ini sia – sia?” soalku tidak puas hati dengan apa yang telah dia lakukan pada aku selama ini.

Dia hanya memandang aku dengan wajah yang menjengkelkan dan bengis. Aku masih tak faham dengan tindakannya itu.

“Memang benar apa yang kau telah buat pada aku, sudah membuatkan aku terseksa dan separuh gila tapi dalam masa yang sama, disebabkan tindakan kau itu juga, aku dah banyak menyeksa orang terutama sekali Darren!” jeritku dalam keadaan yang sangat sakit.

“Bagus! Maksudnya apa yang aku inginkan selama ini, berjaya! Tapi selagi kau wujud di dunia ini, aku takkan duduk diam. Kau mesti mati!”

Wanita itu terus menghampiriku.

“Jangan… jangan… Jangan apa – apa kan aku!” mohonku pada wanita misteri itu.

                “Kau fikir aku akan ikut cakap kau? Tidak! Kau mesti mati!” jerit wanita tersebut lalu mencekik leherku.

                “To… to… tolong… tolong ak… ku!” jeritku meminta bantuan. Ketawa berdekah – dekah dari wanita itu semakin kuat. Dia sepertinya gembira dengan apa yang dia lakukan pada masa ini.


                PPAK!!!!

                Bunyi hempasan kuat terdengar dengan jelas dari belakang wanita itu. Tangannya terlepas dari leherku lalu rebah. Kepalanya berdarah. Aku juga rebah. Darren! Dia dah bantu aku.

                “Terima kasih Darren~” kataku lemah lalu tidak menyedarkan diri.

                “Damian! Bangun, Damian!!!!!!!!!”



                DUA BULAN KEMUDIAN….

                Selepas kejadian yang berlaku pada Damian dua bulan lepas, kini dia di tempatkan di Pusat Bahagia Franet disebabkan gangguan mental yang agak serius. Setiap kali aku datang melawat Damian, dia hanya bercakap benda yang sama.

                ‘Tolong… Jangan apa – apakan aku! Aku tak salah, aku tak salah.’ Lepas itu dia akan membuat bunyi yang sangat pelik. Bunyi seperti orang yang terseksa tapi tak juga.

                Doktor mengatakan, kemungkinan besar dia akan berterusan seperti ini sampai bila – bila. Kondisinya masih sama dan tidak beransur pulih. Aku rasa kesian dan bersalah pada waktu yang sama terhadap Damian.

                Umi, bila dia tahu mengenai hal ini, dia terus demam panas buat seminggu sampaikan ustaz datang merawat umi. Selepas pulih, setiap kali selepas solat, umi selalu berdoa dengan titisan air mata yang tidak berhenti mengalir, agar anak yang dijaga, disayangi dan dididik dari kecil itu cepat pulih dan kembali normal semula.

                Diane Sabrina, wanita misteri a.k.a kakak kepada Damian, dia sebenarnya telah disahkan gila dua puluh tahun yang lalu dan pernah membunuh seorang bayi yang baru berusia lapan bulan, usia ketika Damian berada dalam kemalangan itu. Dia pernah ditangkap oleh pihak polis namun berjaya melepaskan diri ketika usianya tujuh belas tahun. Kini, dia ditempatkan dipenjara bawah tanah yang dikawal ketat oleh pihak polis.

                Aku sekarang meneruskan hidupku seperti biasa, bekerja di company papa aku tapi aku mahu berhenti kerja disitu selepas apa yang dia katakan mengenai Damian. Dia sangat bahagia bila tahu yang Damian mempunyai gangguan mental dan di tempat kan di pusat ini. Dia kata, Damian memang patut terima padah sebegini selepas apa yang Damian lakukan pada aku. Bagi aku, pemikiran papa sangat singkat. Dia tidak berfikir lebih matang. Aku kecewa. Dia patut berasa besalah dan kesian terhadap Damian.

                Hanya sampai sini kisah Damian. Seorang lelaki yang hidupnya terseksa disebabkan dendam seorang kakak terhadapnya. Bisakah dia kembali pulih dan normal seperti dulu? Hanya Tuhan saja tahu jawapannya.



~TAMAT~

No comments:

Post a Comment