Tuesday, January 3, 2017

Erti Kata Cinta - Sinopsis




SINOPSIS

                Hani Batrysia, gadis periang, senang dibawa berlawak, hantu korea yang tiada tandingnya dan pemilik kepada Café Sweet Indigo. Apa akan terjadi bila lelaki pujaan hati yang digelar sebagai Encik Korea, tiba – tiba melamar dirinya untuk menjadi teman wanita? Sudah tentu bunga – bunga didalam hati berkembang lebih mekar dari sebelumnya. Namun lamaran itu bukan lamaran biasa, bila Hani Batrysia hanya disuruh berlakon demi mengelakkan diri Tengku Rykarl Hes dari disatukan dengan wanita pilihan mummy nya a.k.a Madam Queen Control.

                Namun Hani Batrysia tidak akan mengalah dengan bakal ibu mertua olok – oloknya itu. Dengan bantuan sahabat karibnya, Kelly, Jumi dan Abang Hael, Hani Batrysia bertekad untuk membuat Tengku Rykarl Hes menjadi miliknya buat selama – lamanya. Jangan dicabar orang yang sedang angau bercinta. Tapi… Mampukah cinta Hani Batrysia yang sudah lama dipedam ini dibalas oleh Tengku Rykarl Hes? Adakah Tengku Rykarl Hes mempunyai seseorang didalam hatinya?

“Hani Batrysia?” soal Tengku Rykarl Hes. Hani terkejut bila jejaka idamannya itu menyebut namanya.  Macam mana dia tahu nama aku? Takkan dia suka aku juga? Takkan sampai macam tu sekali dia suka aku sehingga tahu latar belakang aku? Ya Allah, tersentuhnya aku. Adakah dia jodoh yang ku cari selama ini? Akhirnya, aku takkan menjadi anak dara buat selamanya! Monolog Hani dalam hati. Panjang gila wei.

“Macam mana encik tahu nama saya?” soal Hani tersipu – sipu.

“Oh, pelayan tadi tu beritahu nama awak.”

Lain pula kisahnya dengan Hael Lim, pensyarah yang sememangnya terkenal dan diminati oleh pelajar – pelajar wanita di universiti tempatnya bekerja, bila mengetahui salah seorang pelajarnya sudah mulai jatuh hati dengannya. Bagaimana pula dengan Hael, adakah hatinya sudah berpunya? Jika benar, milik siapa? Semuanya tertulis disini, Erti Kata Cinta.


                

No comments:

Post a Comment