Thursday, January 5, 2017

Detektif Luar Biasa 2 - E9



E9

                “Meeting!”

                Aku terus bergegas keluar dari bilik kerjaku apabila terdengar suara datuk memanggil untuk mesyuarat. Mesyuarat tentang apa pun, aku kurang pasti. Setiba saja di bilik mesyuarat, ramai yang sudah berkumpul disitu. Keadaan agak riuh – rendah. Mereka sedang sibuk berbincang mengenai satu hal. Apa benda?

                “Baiklah. Terima kasih kerana sudi menghadiri mesyuarat last minute ini. Mesyuarat kita pada hari ini adalah mengenai pembunuhan bersiri yang kita bincangkan sebelum ini. Kumpulan Cyber sudah pun berjaya mengenal pasti identiti suspek yang kita tercari – cari selama ini melalui kamera tertutup berhampiran dengan tempat kejadian. Tahniah diucapkan.” Tepukan gemuruh diberikan kepada Ray dan yang lain.

                “Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada ketua Unit Makmal Uji Kaji, Doktor Man Shah dan pembantu – pembantunya, Naria, Badrul dan Megat kerana menjumpai DNA suspek di tempat kejadian.” Tepukan gemuruh diberikan sekali lagi.

                Kertas maklumat mengenai suspek di edarkan oleh Kak Maya kepada pekerja lain yang berada di dalam bilk tersebut. Aku membaca setiap isi butiran yang terisi di kertas itu.

                Nama suspek Syarul Herman, berusia dua puluh lima tahun. Mempunyai rekod kesihatan dari Pusat Bahagia Franet yang mengatakan beliau mempunyai gangguan mental. Gangguan mental? Boleh pula mengikat dan menggantung mangsa dengan cara yang agak professional. Interesting! Tiada rekod jenayah sebelum ini? Pelik.

                Angka mangsa yang terlibat dalam pembunuhan bersiri ini seramai enam orang, dua orang pada tahun 2014, seorang tahun lepas dan tiga orang tahun ini. Mungkin ada lagi. Umur mangsa yang terlibat, semuanya tujuh belas tahun. Kenapa? Itu adalah soalan yang utama.

                “Semuanya sudah terima kertas ini?” soal bonda pada semua orang sambil menunjukkan kertass yang kami terima tadi. Kami membalas dengan anggukan perlahan.

                “Baiklah, sekarang ini, adalah tugas bagi Unit Penyiasatan untuk mecari ‘motif pembunuhan, dan dimana suspek berada sekarang’. Ok, go go go!” Semua beredar meninggalkan bilik mesyuarat. Aku masih lagi terduduk disitu membaca setiap isi butiran kertas itu.

                Tidak lama kemudian, aku keluar menuju ke kaunter pertanyaan.

                “Kak Hanna. Ada map Bandar kita ni?” soalku pada Kak Hanna, akak kaunter pertanyaan.

                “Nak buat apa, dik?” soalnya dalam sibuk mengemas mejanya.

                “Nak gunalah. Ada ke tak, kak?”

                “Untuk apa?” Kak Hanna ni sakit ke apa? Kita soal dia, dia pergi soal kita balik. Macam aku pula kerja dekat kaunter pertanyaan ni.

                “Akak ni banyak tanya lah pula. Bagi je lah~~” Tertekan aku dibuatnya.

                “Nah, itu pun nak marah. Akak test kemarahan kau sikit pun tak boleh,” bebelnya seorang diri. Aku tidak menghiraukannya lalu masuk ke bilik kerjaku.

                Aku terus menandakan tempat – tempat kejadian.

                “Sini….. Sini…. Sini dan… Sini. Oh, two more! Done!”

                Aku memandang ke arah map bandar yang aku beri tanda itu. Tiada benda yang mencurigakan. No pattern. Langsung tidak bersambung. Eh, wait…. Diamond? Pembunuh ni memberi petanda kepada aku ke? Diamond tak lain dan tak bukan, ia maksudkan berlian merah. Nak tahu kenapa aku membuat andaian seperti itu. First, bentuk yang ada pada map ini adalah bentuk berlian. Kedua, di setiap tempat yang aku tanda melibatkan darah (merah). Aku pasti dia maksudkan berlian merah.

                Adakah dia mempunyai sebarang kaitan dengan Mr.X? Atau dia Mr.X? Adakah ini salah satu permainan yang dimaksudkan oleh Mr.X?

                “Tuan Besar! Tuan Besar Tuan Besar Tuan Besar Tuan Besar! Kami sudah temui lokasi suspek pada masa ini! Tuan Besar!,” jerit Uncle Sal dari bbiliknya lalu berlari dengan penuh gaya ke bilik datuk. Sempat juga dia membersihkan lantai dengan menggunakan seluarnya itu.

                Aku keluar dari bilik kerjaku sambil membawa lencanaku lalu berlari menuju ke bilik datuk.

                “Baiklah! Lakukan tugas kamu sekarang!” arah datuk pada yang lain.

                “Baik, Tuan!”


               
                “BUKAN aku yang buatlah! Apa masalah korang ah?! Lepaskan aku lah bodoh!” Syarul, suspek pembunuhan bersiri meronta ingin melepaskan diri. Dia ditemui dirumahnya sendiri pada pukul 3.3o petang tadi dan dibawa ke balai untuk disiasat.

                “Kalau bukan kau, siapa lagi? Semua bukti tertumpu pada kau. Dah, jangan nak buat onar dekat sini. Ikut kami masuk!” tegas seorang pegawai pada dia.

                Aku hanya melihat situasi yang berlaku pada masa ini.

                “Kau! Baik kau tangkap Mr.X, lelaki gila tu! Atau lebih baik bunuh saja! Dia punca aku jadi macam ini. Bunuh si bodoh itu juga! Jangan biarkan dia orang terlepas! Kalau kau tak buat apa aku suruh, kau yang akan nahas oleh aku! HAHAHA!” jerit Syarul pada aku.

                “Laa… Dia main ugut – ugut pekerja dekat sini pula,” sampuk Uncle Mirza dari belakang aku lalu mengarahkan pegawai – pegawai yang membawa suspek itu supaya cepat membawa dia ke bilik soal siasat.

                Lelaki bodoh? Jadi selama ini Mr.X tidak berseorangan? Apa sebenarnya motif mereka buat macam ni? Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Arghh!! Boleh gila aku dibuatnya memikirkan benda – benda ini.

                Dalam sibuk aku memikirkan motif Mr.X yang sebenar, tiba – tiba mataku tertangkap sesuatu di atas lantai yang berdekatan. Kertas? Aku mengambil kertas tersebut lalu membukanya. Satu perkataan ke satu perkataan aku membaca. Kepala ku mendongak sedikit melihat suspek tadi sambil tersenyum sinis. ‘Terima kasih,’ ungkapku didalam hati.

                Kertas ini dapat membantu aku mencari Mr.X dan konco – konconya. Lebih senang cakap, organisasi milik Mr.X, Organisasi Zenex. 😎 Persoalannya sekarang, adakah kod – kod yang aku dapat sebelum ini, salah seorang dari orang Mr.X yang mengantarnya? JIka benar kod yang aku terima itu, menunjukkan nombor pas pekerja di sini, siapa pekerja tersebut?



               
                “DAH sampai sana, jangan lupa telefon bonda tau. Jaga diri! Jangan nak menyusahkan kawan – kawan yang lain. Jangan gunakan kebolehan kamu tu kalau tidak penting. Gunakan dalam keadaan yang terdesak saja. Ok?” pesan bonda panjang lebar.

                Hari ini bonda, nenda, Kayla dan Uncle Mirza, mengantar aku dan Ray ke lapangan terbang. Kenapa? Sebab aku dan Ray mendapat tawaran bagi program pertukaran pelajar ke Brunei selama enam bulan. Pada mulanya, aku ingin menolak tawaran tersebut kerana bagiku jangka masa program ini agak lama. Tapi bila difikir – fikirkan, tawaran macam ini cuma datang sekali seumur hidup. Tambahan pula, ia dapat membantu aku dalam kerjaya aku dimasa hadapan.

                “Ok, bonda janganlah risau sangat. Bukannya lama mana pun Atif pergi, enam bulan saja pun. Sekejap je tu. Pejam celik pejam celik, dah balik Malaysia semula.”

                “Enam bulan tu kamu kata sekejap?”

                “Enam bulan tu kanda kata sekejap?” soal bonda, nenda dan Kayla bengang serentak. Aku hanya membalasnya dengan senyuman hambar.

                “Oh ya, bonda!,” kataku lalu mendekati bonda dan berbisik sesuatu.

                “Baiklah,” balas bonda sambil mengangguk perlahan.

                “Baiklah bonda, nenda, Atif pergi dulu. Dah kena suruh masuk dah tu. Kayla, kanda pergi dulu. Belajar betul – betul, ada peperiksaan penting kan tak lama lagi?” Kayla menganggukkan kata – kata. Aku menyalam tangan nenda dan bonda serta Kayla sebelum berlalu pergi.

                Terlupa pula pasal si Ray ni. Aku berpusing kebelakang untuk memanggil Ray. La… Ada rancangan Jejak Kasih lah pula sedang berlansung.🙄

                “Abuji!! Ray tak nak pergi!! Huaa!!” Ray menangis teresak – esak.

                “Apa Ray cakap ni? Pergilah. Janganlah macam ni. Ray kan dah besar, 19 tahun kut. Apa menangis macam budak – budak lima tahun ni. Malu lah orang tengok. Sudahlah. Dah kena panggil tu.” Ray masih lagi tidak mahu melepaskan pelukkannya pada Uncle Mirza itu. “Atif, tolong uncle,” pinta uncle dengan lembut.

                Disebabkan dah lambat, aku menurut permintaan Uncle Mirza. Aku pergi menghampiri kedua beranak itu. Sarung tangan yang tersarung aku buka dengan perlahan. Tapak tanganku, aku simpan dileher Ray. Ehek!

                “AAA!” jerit Ray sebelum pengsan.

                “Kami pergi dulu ya, uncle,” kataku tersenyum sebelum berlalu pergi sambil mengheret Ray yang tidak menyedarkan diri itu. Masuk saja kepintu kawalan, aku melambai semua yang mengantar kami. Jumpa selepas enam bulan nanti!

                Misi untuk menghampuskan Organisasi Zenex, terpaksa aku tangguhkan. Tidak apa. Aku mahu lihat permainan mereka dalam masa enam bulan ini dulu. Aku sudah minta bantuan dari bonda, jika ada apa – apa yang berlaku ketika aku tidak ada di Malaysia berkaitan dengan Organisasi Zenex, tolong sampaikan berita tersebut kepada aku dan buat apa yang patut.

                Selepas enam bulan juga, aku bertekad untuk mencari ayahanda yang sekian lama menghilangkan diri. Aku mesti tahu diman dia berada. Tapi, hati aku kuat mengatakan yang ayahanda bukan menghilangkan diri tapi sebaliknya. Kenapa? Itu aku masih kurang pasti apa sebabnya.

Kod itu pula, aku mesti selesaikannya secepat yang mungkin. Aku mesti cari siapa pemilik nombor pas pekerja itu.
               
                

No comments:

Post a Comment