Tuesday, January 10, 2017

Erti Kata Cinta - BAB 1



BAB 1
               
            Mata si gadis masih lagi liar memandang ke luar jendela café miliknya. Tidak lama kemudian, jam ditangan, di pandang lama. Dahinya dikerutkan dengan perlahan.

“Dah pukul lapan, patutnya dah sampai ni,” katanya dengan perlahan. Dia sepertinya sedang menunggu seseorang untuk memasuki kedainya itu.

“Hei, Cik Hani nya! Kau tak ada kerja yang nak dibuat ke? Ni duk termenung kat sini ni, wat apa?” bebel Kelly (nama sebenar Khairul) si sahabat karibnya setiba sahaja di kaunter pembayaran.

“Kau tak nampak ke aku tengah buat kerja ni. Kerja menunggu cinta dalam mimpi masuk kedalam kedai ni. Patutnya, dia dah sampai ni,” rungutnya seketika.

“Jejaka korea idaman kau tu? Jejaka yang kau kata boleh melemahkan seluruh tubuh kau bila lihat wajah ‘baby face’ dan ketampanan dia tu? Bukan baru semalam ke dia datang? Dah kau tercari – cari ni, apa hal? Angau gila minah sorang ni.”

“Sibuklah kau. Pergi sambung buat kerja sana.”


TRING! TING! TING!

Lonceng yang bergantung di pintu utama kedai tersebut berbunyi secara tiba – tiba. Mata yang sibuk memandang si sahabat yang menggangu kerjanya itu, lantas berpaling kembali ke pintu utama café. Orang yang di tunggu – tunggu sudah tiba. Wajah yang ingin dilihat sudah terpacak dimuka pintu. OPPA!!! Jerit Hani didalam hati.

Jejaka yang disukai itu berjalan menuju ke kaunter pembayaran untuk membuat pesanan. Matanya melihat setiap jenis kek yang ada di dalam cake fridge sebelah itu.

I want  Strawberry Shortcake and Hot Coffee, please,” pesanan dibuat sambil memberi senyuman yang amat manis (pendapat dari Hani). Namun Hani yang sedari tadi berdiri disitu hanya terpinga – pinga menikmati ketampanan jejaka dihadapannya itu. Maksiat mata oi!

Excuse me, Miss?” Tengku Rykarl Hes melambai – lambai tangannya didepan muka wanita tersebut kerana tiada tindak balas yang diberikan.

“Hello Cik?” sergah Tengku Rykarl Hes.

“Ah apa dia encik koreaku yang kacak lagi menawan?” latahnya sambil memintal – mintal rambutnya yang membuatkan si jejaka dihadapannya terkebil – kebil. Bila Hani perasan akan apa yang telah berlaku, mulutnya ditekup lalu pipinya memerah kerana malu. “Eh, encik nak order apa?” soal Hani tersipu – sipu.

Tengku Rykarl menggeleng – gelengkan kepalanya tapi senyuman masih lagi terukir dibibir. “Saya nak Strawberry Shortcake  dan Hot Coffee.”

“Semuanya $6.50. Nanti pelayan akan menghantar ke meja encik. Ini meja encik. Terima kasih.” kata Hani lalu memberikan nombor meja.

Selepas berlalunya Tengku Rykarl Hes dari kaunter pembayaran itu, Hani masih lagi membeku tidak percaya apa yang telah dia katakan tadi. Dia terus berlari masuk ke dapur!

“Malunya aku!!” jeritnya sambil menutup mukanya yang masih lagi merah padam.

Babe, kenapa ni? Kenapa muka kau merah?” soal Kelly.

“Tadi…” Hani Batrysia menceritakan segalanya kepada Kelly. Memang terbuka luas mulut Kelly dibuatnya.

“Wah, Hani! Kau memang terbaik!” perli Kelly.



TENGKU RYKARL HES melihat keindahan suasana diluar Cafe Sweet Indigo dengan perasaan yang sangat tenang. Tapi bila teringatkan sesuatu mengenai mummy nya, senyuman yang terukir terus bertukar menjadi murung. Perlukah aku mencari teman hidup pada umur semuda ini? Soalnya dalam hati.

“Mummy nak tanya ni, bila Hes nak bawa calon menantu untuk mummy? Hes tu makin hari bukannya semakin muda, tapi semakin tua,” bebel mummy nya buat ke sejuta kalinya.

“Tapi mummy, Hes baru je 28 tahun. Masih muda kot. Tunggulah. Biar Hes kerja dulu, kumpul duit dulu secukup – cukupnya, kuatkan iman Hes ni, barulah Hes cari teman hidup.”

“Kerja kerja kerja. Tak sudah – sudah fikirkan kerja. Macamlah papa tak boleh uruskan hal hotel tu. Mummy tak kira, Hes mesti bawa calon menantu secepat yang mungkin. Kalau tak, mummy carikan.” Puan Rohayah terus bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke kamar tidur.

Tengku Rykarl Hes meraup wajahnya bila terkenangkan apa yang berlaku tiga hari lepas. Oleh sebab itu juga, mummynya tidak bertegur dengan anak sulong Tuan Zakaria itu.

“Encik, ini pesanan yang encik buat tadi. Selamat menikmati jamuan,” kata Hani dengan lemah lembutnya lalu meletakkan secawan kopi panas dan kek yang diinginkan oleh pelanggan tersebut. Tidak lama kemudian, tangannya membetulkan rambut yang tergantung – gantung dengan gaya seksi.

‘Pujilah aku cantik. Pujilah,’ pinta Hani didalam hati.

Hani terus berlalu dari tempat tersebut. Tapi langkahnya terhenti bila Tengku Rykarl Hes memanggilnya.

“Cik.”

“Ya, apa? Ada yang saya terlupa berikan ke?” soal Hani dengan gaya lemah lembutnya itu lagi. #MinahTingTongInTheHouse

“Tak. Saya cuma nak cakap terima kasih.” Ya ampun! Sedapnya suara encik koreaku ini! Lemah jantung aku dibuatnya~ Monolog Hani dalam hati.

Tiba – tiba terlintas sesuatu difikiran Tengku Rykarl apabila melihat si gadis yang baru berlalu pergi itu. Macam – macam yang bermain difikirannya. Pada mulanya, dia rasa agak bersalah jika dia melakukan perkara seperti apa yang difikirkan pada wanita mahupun mummynya itu. Namun, bila difikirkan lagi, dia tiada jalan lain.

“Dik!” Tengku Rykarl Hes mengangkat tangannya memanggil pelayan yang berdiri berhampiran.

“Ya, apa yang saya boleh bantu?” soal Jeremy, pekerja sambilan di Café Sweet Indigo.

“Boleh panggilkan pekerja yang menghantar makanan ke meja saya tadi?” soal Tengku Rykarl Hes.

“Cik Hani Batrysia?”

“Ah, ya lah tu kut. Boleh awak panggilkan dia?”

“Baiklah.” Pelayan itu terus berlalu pergi memanggil pemilik café tersebut.

Beberapa minit kemudian, Hani menampakkan dirinya di hadapan Tengku Rykarl.

“Encik panggil saya? Apa yang boleh saya bantu?” soal Hani.

“Hani Batrysia?” soal Tengku Rykarl Hes sambil melihat wajah Hani. Hani terkejut bila jejaka idamannya itu menyebut namanya.  Macam mana dia tahu nama aku? Takkan dia suka aku juga? Takkan sampai macam itu sekali dia sukakan aku sehingga tahu latar belakang aku? Ya Allah, tersentuhnya aku. Adakah dia jodoh yang ku cari selama ini? Akhirnya, aku takkan menjadi anak dara buat selamanya!😍 Monolog Hani dalam hati. Panjang gila wei.

“Macam mana encik tahu nama saya?” soal Hani tersipu – sipu.

“Oh, pelayan tadi tu beritahu nama awak.” Hik! Reaksi wajah Hani berubah. Hancur harapanku. Punah segala – galanya! Hua!!!😭 “Boleh saya tanya sesuatu?”

“Apa dia?” soal Hani dengan wajah yang hampa.

“Awak sudah berpunya ke belum?” Kali ini, hati yang hancur kembali berbunga semula.

“Kenapa encik tanya?” Soalan dibalas dengan soalan. Sampai kesudah tak habis cerita.

“Dah ke belum, saya tanya?” rungut Tengku Rykarl Hes. Encik koreaku! Jangan buat wajah macam itu. Saya tak kuat!

“Belum. Kenapa?”

“Oho, kalau macam itu, sudi tak awak…” Oh my god! Oh my god! Oh my god! Dia nak lamar aku jadi teman wanita dia ke? Jerit hati Hani gembira.

Tanpa berlengah, Hani terus, “I do!” jeritnya gembira sehinggakan semua pelanggan beralih pandangan kearahnya.

“Aaaa… Ummm This is awkward,” kata Tengku Rykarl dengan perlahan. “Jadinya cik sudi berlakon jadi teman wanita saya?” Hati Hani pecah semula menjadi serpihan kaca di atas lantai bila mendengar perkataan ‘berlakon’.

Wait, what?! Berlakon? As in awak upah saya jadi teman wanita awak?” soal Hani dalam keadaan yang sangat panas. “Dude! Seriously?!”

“Ya… Ya.. Yass,” jawabnya tergagap – gagap.




             Seriously!!!! Jerit hati Hani sambil memberikan wajah bengang. Itu lah kau Hani, suka sangat buat keputusan melulu tanpa mendengar ayat Tengku Rykarl Hes sampai habis. Shake my head girl, shake my head.


No comments:

Post a Comment