Wednesday, January 11, 2017

Kuih Cara Berlauk! Cara siapa?! Cara ARDC

Assalamualaikum everybodeh!! Wassup wassup!!!!! Hari ni Aisyh nak mengongsikan satu lagi resepi tradisi yang enak, dan mungkin selalu dijumpai dimana - mana kedai mahupun rumah. Resepinya senang saje ponnnn... Tapi yang tak senang nyer tu, menunggu huahahahaha...

So, tunggu apa lagi, jom lah cubaaaaa!!!


KUIH CARA BERLAUK

Bahan Inti:

300g ayam kisar (kalau nak guna daging pun boleh)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 camb serbuk kari (dibancuh dengan 3 camb air)
1 batang daun kari
Sedikit lada putih dan hitam
garam gula secukupnya

3 camb susu cair
1 camb mayonaise

Caranya:
  • Dalam minyak yg panas, tumis bawang hingga naik bau dan kekuning - kuningan kemudian masukkan daun kari.
  • Masukkan bancuhan serbuk kari tadi dan masak hingga pecah minyak. Jika kering dalam proses menunggu dia pecah minyakkan, boleh lah letak air sikit supaya tak hangus.
  • Selepas tu masukkan lah ayam kisar, lada sulah dan garam gula. Gaul dan masak hingga sebati.
  • Masukkan susu cair dan masak hingga inti jadi kering.
  • Angkat dari api, gaulkan mayonaise dengan inti tersebut. Ketepikan


Bahan Hiasan:

Hirisan cili merah
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang



Bahan Kuih Cara

2 cwn santan pekat
2 cwn air 
2 cwn tpg gandum
2 biji telur
setengah camt garam
sedikit pewarna kuning 

Caranya
  • Yang ni senang, campur saja semua. Gaul hingga sebati. Tapi guna penapis untuk elakkan ada ketulan tepung yang tak sebati.

  • Letakkan acuan kuih cara diatas dapur masak. Dalam acuan kuih cara, panaskan - sapukan sedikit minyak - masukkan sedikit adunan tadi.
  • Letakkan inti sedikit dan hiasan keatasnya.
  • Tutup acuan tersebut. Dan masak lebih kurang selama 8 - 9minit. Angkat dan ulang langkah yang sama bagi adunan selebihnya.
  • Siap!!!!



No comments:

Post a Comment