Thursday, January 12, 2017

Detektif Luar Biasa 2 - E10



E10

                Setelah enam bulan menetap di negeri jiran, kini aku pulang dengan perasaan bengang. Setiba saja di KLIA, aku dan Ray terus bergegas ke D.I Department. Kenapa? Sebab Organisasi Zenex membuat hal yang sukar untuk dipercaya.

                Bila tiba di balai, aku terus berlari menuju ke jabatan kami. Pekerja – pekerja disitu sibuk membuat sesuatu, ada yang berdiri membuat kerja, ada yang berlari kehulur – hilir seperti mencari sesuatu, ada yang membuat panggilan dan sebagainya. Pekerja yang memerlukan khidmat Ray, terus menariknya ke bilik techno.

“Apa yang berlaku sebenarnya ini?” soalku pada bonda.

                “Kayla… Kayla kena culik!” Air mata bonda turun dengan deras. Dia tidak mampu membuat apa – apa kerana hatinya terlalu sakit pada masa ini.

                “Apa? Dekat mana dia sekarang? Argh! Gila punya Organisasi Zenex!” jeritku marah. Bonda hanya menggelengkan kepalanya menunjukkan tanda dia tidak tahu. Aku berlari ke bilik techno untuk mendapatkan Ray. “Dah jumpa?”

                “Jap. Aku masih mencari lokasi mereka. Aku cuba gunakan koordinat yang suspek bernama Syarul berikan pada kau enam bulan yang lepas,” kata Ray dengan jari – jemarinya pantas menekan kekunci di atas papan kekunci tersebut. “Dah jumpa!” jerit Ray lalu menoleh ke arahku.

                “Dekat mana ni?” soalku bila melihat lokasi yang tertera di skrin monitor itu.

                “Disebuah gudang terbiar… Berhampiran dengan rumah ayahanda kau?” jawab Ray teragak – agak.

                “Rumah ayahanda aku? Rumah nenda?” Soalanku dibalas dengan anggukan perlahan. Gudang terbiar? Gudang mana satu? Kenapa dalam banyak – banyak tempat, di situ mereka mahu menyorok? Wait, adakah ini satu perangkap?

                Aku pergi ke bilik datuk dengan membawa kertas bertulis lokasi Kayla sekarang. Datuk membuat panggilan kepada jabatan lagi satu untuk menyediakan pasukan sandaran bagi kami. Selepas itu, datuk memberikan kami kebenaran untuk menangkap Mr.X dan konco – konconya sekali.

                Kau tunggu Mr.X! Kau bermain dengan orang yang salah!



                PINTU gudang yang saiznya agak besar itu, aku buka dengan perlahan. Nampak beberapa susuk tubuh sedang bekerja membuat sesuatu, Berlian Merah. Bukan sebarang berlian yang dapat di temui di kedai – kedai aksesori berhampiran rumah anda tapi ini berlian boleh kasi mati.

                Langkahku terhenti bila kepala mula pusing. Setiap langkah yang ku ambil, semakin kuat kepeningan di kepala ini. Macam mana aku nak tangkap mereka?

                “Woi!” jeritku dari pintu. Bukan pasal aku pengecut tapi tak mampu nak masuk lebih dalam.

                “Well.. well… well.. Tengok siapa yang datang. Haris Atiffin, anak kepada Haris Hakimi. Apa khabar? Sihat? Masuklah. Jangan malu – malu. Oh lupa, kau tak dapatkan? AHAHAHAHAA” sapa seseorang lalu ketawa dengan lantang. Siapa dia?

                “Siapa kau? Mana adinda aku?!” soalku dengan kasar.

                Orang itu masih lagi ketawa terbahak – bahak dengan nada orang jahat dalam televisyen itu. “Kau tanya aku siapa? Aku rasa kau tahu aku siapa. Nama aku Xen Xi atau lebih dikenali sebagai Mr.X,” katanya memperkenalkan diri. “Dan kau!...” Tiba – tiba dia sudah berdiri di depanku tanpaku sedari. Sekelip mata macam itu saja. Badanku jadi lemah bila dia menghampiri aku. “Dan kau, anak kepada musuh ketat aku. Kau akan terima padahnya bila dah membuat keluarga aku macam gila!” Bajuku dibahagian leher ditarik, lalu aku diangkat setinggi – tingginya sebelum dihumban  jauh dari tempat dia berdiri.

                Apa yang dia cakapkan ni? Keluarga apa lagi ni? Apa yang ayahanda sudah buat pada keluarga dia? Aku tak faham.

                “Apa yang kau mahu sebenarnya ah?!” jerit ku pada Mr.X.

                “Aku sebenarnya tak nak apa – apa dari kau. Aku cuma nak kan bapa kau. Bapa kau yang bengap itu! Beritahu mana dia sekarang?! Atau kau yang akan mampus oleh aku,” jawabnya dengan wajah sinis. Dia menghampiri aku lagi. Dia sangat pantas.

                “Apa yang kau cakapkan ni ah? Ayahanda aku sudah lama hilang. Aku fikir kau yang bertanggungjawab atas kehilangan dia! Kalau kau tidak ada ayahanda aku, mungkin kau ada adinda aku! Mana dia?! Bagi balik Kayla!” jeritku sebab terlalu bengang dengan manusia gila depan aku ini.

                 Ekspresi wajah Mr.X berubah serta merta. “Adinda kau? Oh, kau ada adik rupanya. Macam mana aku boleh tak tahu? Ah, sudah! Aku tak nak tahu pasal adik kau! Apa yang aku nak sekarang, bapa kau yang bodoh itu!” Bukan dia yang culik Kayla? Habis itu, siapa?

                “Apa masalah kau dengan ayahanda aku ah? Apa ayahanda aku dah buat pada keluarga kau? Siapa keluarga kau? Ahli keluarga kau yang manasatu kena sakiti ini? Atau kau dah tersilap orang!” Kali ini renjatan elektrik 5000kV aku berikan ke dadanya yang mana membuatkan dia terhumban jauh. Namun, dia masih hidup.

                “Wow… Impressive!” katanya sambil menepuk – nepuk bajunya yang agak berhabuk itu. Konco – konconya yang ingin membantunya, dia tidak membenarkan. “Oh, you ask me, who is my parents? I mean my father? I’m sure you know him very well. I heard that you were there.

                “Apa yang kau merepek ni ah?!” soalku lagi.

                “General Mai! General Mai Xi! Bapa kau dah bunuh dia!” jeritnya tidak puas hati.

                Aku terkejut buat seketika. Dia anak General Mai? General Mai mati? Macam mana boleh? Bukannya dia hanya koma? Apa yang dia merepek ni? Mana ada siapa – siapa mati kalau aku tak salah selepas apa yang berlaku tiga puluh tahun lalu.

                “Jika di lihat dari reaksi wajah kau, aku pasti yang kau tahu siapa General Mai. Apa yang kau nak cakap sekarang? Kau nak cakap yang bapa kau tak bunuh bapa aku? Please don’t! Aku takkan percaya,” sambungnya lagi.

                “Don’t you dare say…” kata – kata ku terhenti bila ternampak seseorang sedang berjalan menuju ke arah Mr.X.

                “Jangan nak merahsiakan kebenaran lah, Atif. Bukannya aku tidak tahu cerita sebenar,” kata orang itu pula dengan senyuman sinis terukir dibibirnya. Matanya sangat merah. Merah seperti berlian merah yang aku lihat sebelum ini. Siapa pula dia ni? “Bapa kau buat benda yang sama pada bapa aku juga.”

                Kali ini seorang lelaki bekerusi roda menghampiri mereka. Qeen? Qeen! Macam mana dia boleh terlepas? Macam mana dia orang boleh jumpa Qeen sedangkan tempat itu benar – benar terpulau dari orang ramai? Apa yang sebenarnya berlaku ni? Aku bingung.  

                Dalam keadaan aku seorang sahaja didalam gudang ini, berlawan dengan tiga orang yang tidak dapat di jangka kekuatannya (except lelaki atas kerusi roda itu), aku tak rasa aku boleh menang. Pasukan sandaran yang berada diluar gudang masih lagi menunggu isyarat dari aku untuk membenarkan mereka masuk menyerbu tempat ini.

                “Macam mana kau boleh terlepas?” soalku teragak – agak pada Qeen.

                “See, Xen. I told you. Dia tahu siapa bapa kita. Sudah tentu, dia juga terlibat dengan apa yang telah berlaku pada bapa kita,” ujar Qarish pada Xen.

                “Ya, I trust you, Qarish!” balasnya lalu tersenyum sinis.

                “Wei! Aku tanya kau, macam mana kau boleh terlepas? Kau ke yang lepaskan lelaki yang hampir membunuh ayahanda aku ni ha?,” soalku pada lelaki bernama Qarish itu. “Jawab! Macam mana kau boleh tahu tempat dia disembunyi dan kenapa kau lepaskan dia?!” jeritku tidak puas hati.

                Mr.X berlari menuju ke arahku. Sekelip mata dia sudah berdiri didepan aku lalu leherku dicekik lalu kakiku tidak berdiri diatas bumi lagi. Qarish, orang yang disebut oleh Mr.X itu pula, berjalan perlahan menuju ketempat Mr.X berdiri dengan membawa Berlian Merah yang saiznya agak panjang dan besar.

                “Kelemahan bagi kau, adalah kekuatan bagi kami. Kelemahan bagi kami, adalah kekuatan bagi kau. Kau nampak Berlian Merah yang aku pegang ini, kalau aku tusuk kedalam perut kau, apa yang akan terjadi?” kata Qarish sambil bermain dengan Berlian Merah itu

                “Lepaskan aku. Lepaskan aku!” Aku meronta cuba untuk melepaskan diri. Punat yang ada pada controller didalam poket seluarku, aku cuba capai. Tolong… Masuk sekarang! Jeritku didalam hati.

                “Kalau benda ini masuk dalam badan kau, boleh ke kau mati? Disebabkan bapa kau tak ada, I guess kita orang tak ada pilihan lain, selain buat kau terseksa,” sambung Qarish.

                “HUK!!!!” Berlian Merah ditusuk menembusi perutku. Darah mula berlumuran keluar tak henti - henti. Adakah ini pengakhiran bagi hidupku?

                “Jangan bergerak!” jerit pasukan sandaran setiba saja didalam gudang tersebut.

                “Atif!” jerit Ray bila ternampak aku sudah terbaring, lemah longlai memohon untuk diselamatkan. “Berani kau buat kawan aku macam ni!” jerit Ray dalam masa mataku mula kabur dan tidak nampak apa - apa. Hanya bunyi pergaduhan dan dentuman saja yang dapat ku dengar sebelum aku tidak menyedarkan diri.

                Selamat tinggal dunia~~~


No comments:

Post a Comment