E11
Aku
membuka mataku dengan perlahan. Memandang cahaya yang agak terang dihadapanku
agak menyakitkan mata. Cahaya yang kuat mula berkurangan. Keadaan di sekeliling
agak putih. Aku dah mati ke? (Berangan jap, konon dalam cerita – cerita dalam
televisyen itu. #cliche) Aku di hospital lah. Tak payah bingung sangat
berfikir.
Aku
melihat ada seseorang yang sedang berehat di sisi katilku dengan kepala diletak
di atas katil. Bonda. Dah berapa lama aku tidak menyedarkan diri? Aku rasa
sedih bila melihat bonda, mesti dia penat sangat, memikirkan aku dan Kayla.
Kayla, dimana dia sekarang?
“Aunty,
Atif dah sedar?” Ray cuba menyedarkan bonda tapi aku menghalang niatnya itu.
“Biarkan
dia rehat,” pintaku pada Ray. “Dah berapa aku terlantar dekat sini?” soalku
lemah.
“Lebih
kurang dua hari macam itu lah.” Dua
hari, agak lama. Aku meraba badanku dimana aku ditusuk dengan Berlian Merah
pada hari kejadian. Tidak sakit. Seperti tiada apa – apa. “Kau hairankan, Atif
pasal luka kau tu. Doktor pun hairan macam mana kau boleh cepat pulih, bukan
itu saja, lubang dekat perut kau pun dah hilang. Badan kau kembali seperti
biasa,” kata Ray bila aku meraba perutku.
Dalam
jangka masa dua hari aku boleh pulih dengan cepat? Selalunya kalau luka yang
disebabkan oleh Berlian Merah, sekurang – kurangnya seminggu baru boleh pulih
jika kecil lukanya. Kalau lukanya besar, paling sekejap pun sebulan tapi aku
dua hari? Takkan berlian itu dah membuatkan aku lebih kuat? Tak mungkinlah.
Berlian Merah kut. Mana mungkin boleh bantu aku pulih. Hanya Berlian Biru saja
boleh memulihkan aku.
“Atif!
Anak bonda! Dah sedar! Biar bonda panggil doktor kejap ek?” kata bonda lalu
bangun dari tempat duduknya. Aku memegang tangannya.
“Tak
apa bonda. Atif baik – baik saja. Jangan risaunya bonda,” kataku dengan lembut.
Bonda hanya tersenyum. Tidak lama kemudian, air matanya mengalir. “Ala, kenapa
bonda sedih? Kan Atif kata Atif okay. Janganlah sedih. Bonda rehatlah.
Atif tengok bonda ni, macam penat dan tak cukup tidur. Rehatlah.”
“Ya,
aunty. Lagipun dah dua hari aunty tak balik rumah berehat dengan
cara yang betul. Apa kata aunty balik, mandi dan rehat dengan cara yang
betul. Biar Ray jaga si Atif ni,” cadang Ray dari depan katil.
“Betul
ke ni, bonda? Kalau macam tu, biar Atif suruh Ray telefonkan Uncle Marof
(pemandu), ambil bonda dekat sini. Lagipun bonda mana boleh drive dalam
keadaan bonda penat macam ni,” sambungku.
“Tak
apalah.” Bonda cuba untuk bertahan disitu.
“Bonda~~”
Aku pandang bonda dengan wajah serius dan mengharap supaya dia menurut
kemahuanku. Bonda mengangguk dengan lemah lalu bangkit dari tempat duduknya
dengan membawa beg galasnya dan pulang.
Eh,
Organisasi Zenex, aku baru teringat pasal dia orang. Apa yang terjadi pada
mereka selepas Qarish menusuk Berlian Merah dekat perut aku? Berjaya ke mereka
ditumpaskan oleh pasukan sandaran pada hari itu? Ray! Dia mungkin tahu apa yang
terjadi pada dia orang.
“Ray!
Ray!” panggilku bila melihat dia leka bermain dengan telefon pintarnya.
“Kenapa?”balasnya
lalu duduk disebelah aku.
“Aku
nak tanya pasal Organisasi Zenex. Apa jadi dengan dia orang?” soalku tertanya –
tanya.
“Oh,
ya tak ya juga. Aku nak cerita ni. Kau nak tau, sebenarnya bukan bapa kau yang
bunuh bapa si Xen tu.”
“Aku
tahu bukan ayahanda aku yang bunuh dia itu yang aku hairan kenapa..”ayatku
terputus bila lihat Ray sedang memandang aku dengan wajah bengang.
“Bro,
kau nak aku ceritakan. Zip mulut kau tu dulu. Ok aku sambung. Sebenarnya,
bapa si Qarish tu yang suruh Qarish bunuh General Mai sebab dia masih tak puas
hati dengan kebodohan orang tua itu. Lepas itu, pasal si Qeen ni, kau nak tau
macam mana dia boleh terlepas. Dia guna orang dalam, pekerja dengan penjara
dimana dia ditempatkan itu. Patutlah dia boleh keluar macam itu saja.
Disebabkan
dia orang ni bermusuh dengan bapa kau sebab itu dia orang buat cerita dekat si
Xen ni yang bapa kau sebenarnya yang General Mai supaya kerja dia orang untuk
membalas dendam dengan Keluarga Haris berjalan dengan lancar. Senang cakap, si
Xen kena guna – gunakan lah selama ni. Cerita pasal dua hari lepas itu, lepas
saja kau tak sedar diri, Organisasi Xen berjaya ditumpaskan oleh pasukan
sandaran dan ‘orang kuat’ D.I Department. Sekarang ni Xen, Qeen dan Qarish
serta konco – konco mereka ada dekat hospital ni sebab cedera parah tapi jangan
risau, banyak pegawai polis sedang mengawas mereka.”
Oh,
itu rupanya ceritanya. Bukan main panjang. Bahasa melayu dia pun dah banyak
peningkatan, kurang lah sikit slang korea dia itu. Jadi sekarang ni aku tak
perlu risaukan pasal Organisasi Zenex lagi. Apa yang penting ialah cari Kayla
dan ayahanda.
“Tapi
Ray, kenapa aku kena masukkan ke hospital, sedangkan kita ada bilik khas untuk
merawat aku di D.I Department?” soalku lagi pada Ray.
“Kami
dah bawa ke sana tapi Doktor Man Shah masih cuti sakit katanya. Tapi kan Tif,
yang peliknya ni, dah nak dekat sebulan lebih dia cuti.” Sebulan? “Pembantu
dia, Naria pun tak ada.”
“Kayla
hilang dah berapa lama?”
“Dua
minggu.” Dua minggu. Doktor Man Shah dikatakan cuti sakit sudah hampir sebulan
lebih. Pembantu dia juga tak ada. Macam ada yang tak kena.
Tunggu
jap. Kod! Kod yang aku terima itu adalah nombor pas pekerja yang tidak
tersusun.
“Ray,
kau ada ambik gambar kod masa hari itu kan?” Ray menganggukkan soalan ku.
“Minta!” Kenapalah aku tak terfikir!
“Ray, selalu nombor pas pekerja biasa
hanya ada lapan huruf campur nomborkan? Tapi ini ada sembilan, maksudnya nombor
pas pekerja ini adalah milik seorang ketua unit. Bangunan kita ada berapa
tingkat? Tiga kan? Dan kod ini mempunyai dua kosong yang mana hanya pekerja
tingkat tiga (makmal uji kaji) sahaja mempunyai dua digit kosong pada pas
pekerja mereka. Jadi susunan bagi kod ini ialah HL10037-3F. Milik
Doktor Man Shah, dia dalang yang sebenar,” jelasku pada Ray yang mana
membuatkan dia terkebil – kebil melihat aku. Tepukan gemuruh diberikan kepada
aku.
“Bila
aku boleh keluar?” soalku.
“Kalau
kau dah sihat, boleh kut,” jawab Ray teragak – agak.
“Baiklah,
aku keluar sekarang sebab aku rasa aku dah sihat betul – betul ni dan kau, cari
lokasi Doktor Man Shah sekarang juga. Go! Go! Go!” arahku pada Ray.
AKU
terkejut. Aku terkejut bila melihat ayahanda di depan aku sekarang. Selama ini,
memang benar tanggapan aku, dia bukan menghilangkan diri tapi dia diculik.
Diculik oleh Doktor Man Shah, doktor yang aku percayakan selama ini. Kenapa?
Kenapa dia melakukan semua ini?
Perkara
yang paling mengejutkan aku ialah bila melihat salah satu pembantunya dalam
tempat ini ialah pensyarah aku, Sir Rendy. Patutlah masa hari pertama aku masuk
college, dia tanya nama ayahanda berulang kali. Dia ke yang bagi aku kod – kod
itu?
Ayahanda,
mereka meletakkan ayahanda ke dalam tong kaca besar berisi kemikal bewarna
biru, aku rasa Berlian Biru. Kenapa mereka macam itu kepada ayahanda? Kenapa
mereka merendam ayahanda dalam tempat itu? Kenapa?!
Aku
sedih melihat Kayla yang telah digantung terbalik dengan mulutnya ditutup dan
tangan di gari. Dia merayu untuk dilepaskan.
“Kenapa
doktor buat semua ini?” soalku dengan air mata yang mengalir bila melihat dia
sedang bermain dengan perkakasnya.
“Aku
buat semua ini pasal aku rasa tidak adil bila lihat orang – orang seperti
korang ni dapat kuasa yang luar biasa sedang kami tidak. Bukan itu saja, aku
rasa apa yang aku buat ini betul sebab kuasa bapa kau ini dapat membantu
memulihkan kanser aku. Sekarang ini aku bebas dari kanser! HAHAHAHA.” Tergamak
dia cakap macam itu.
“Lepaskan
ayahanda aku! Kalau tidak…”
“Kalau
tidak apa?! Kau nak serang kita orang? Buatlah! Cuba lah kau buat! Aku nak
tengok! Naria..” Sepantas kilat pembantunya Naria sudah berada dibelakang aku
lalu tangan ku di gari ke tiang berdekatan.
“Apa
kau cuba buat ni ah? Hoi orang tua tak sedar diri! Aku tanya apa yang kau cuba
ni?! @#@$@#%@!%&^%$%” jeritku tidak puas hati.
“Memandangkan
kuasa ayahanda kau aku dah ambil sampaikan dia mereput dalam air itu dah mati
pun, kuasa adik kau pun aku dah ambil, jadinya kuasa kau lagi yang perlu aku
ambil supaya aku bertambah kuat begitu juga dengan pembantu – pembantu aku.”
“Bos,
aku tak nak masuk campur dalam hal ini lagi. Aku tak nak tengok dia orang
terseksa lagi. Lepaskanlah saja dia orang,” mohon Sir Rendy pada Doktor Man
Shah.
“Wah,
kau pun dah pandai nak menghalang aku Rendy. Dasar manusia tak sedar diri!”
jerit Doktor Man Shah lalu dia membuat sesuatu kepada Sir Rendy. Sir Rendy kaku
dan membisu secara tiba – tiba, matanya kelabu lalu dia menyembah pada doktor
gila itu. Ini memang dah betul – betul di luar kawalan. Dia menyalah gunakan
kebolehan tersebut.
“Hoi
bodoh! Lepas kan aku lah. Kau Naria, kenapa kau bengap sangat nak ikut orang
tua tak sedar diri ni ah? Kenapa?! Kau sedar tak kalau korang salah gunakan
kebolehan ini, hidup korang akan binasa. Aku tanya ni, jawablah!” Naria hanya
tersenyum sinis dengan kata – kataku.
“Kau
ingat aku nak percaya cakap kau? Memang taklah jawabnya.” Kau bermain dengan
orang yang salah Naria. Kau akan menyesal dengan apa yang kau buat dekat aku.
Perasaan
marah mula membuak – buak pada masa ini. Aku tak sanggup lagi tengok keluarga
aku didera sampai begini. Aku harus lakukan sesuatu.
Gari
yang bersambung di tanganku, aku tarik hingga ia terlepas dari tiang tersebut.
Mataku berubah warna serta merta. Naria yang tersengih tadi, terkaku melihat
aku. Wajah serius marah lagi berang aku berikan pada Naria. Dia mula takut.
Kepalanya aku tarik lalu menghentakkannya kedinding. Dia tidak menyedarkan diri
lagi. Aku harap kau tak hidup lagi.
Doktor
Man Shah yang melihat kelakuanku dari jauh cuba menghentikan aku tapi dia di
halang oleh Ray yang tiba – tiba timbul entah dari mana. Bila Ray masuk? Mulut
Kayla yang tertutup pula sudah terbuka.
“AAAAAAAAA!!!”
jeritan maut mula keluar dari mulut Kayla yang mana membuatkan kami semua
terpaksa menutup telinga. Sir Rendy yang dipukau tadi terus tersedar lalu
melarikan diri.
“Berani
kau buat keluarga kawan aku macam ini?!” jerit Ray pada Doktor Man Shah
“Ray,
kau nak buat apa tu? Bahaya oi! Lari!” arahanku hanya dibalas dengan pandangan
kosong dan jari telunjuk dibibirnya. Apa yang dia cuba buat?
Tiba
– tiba tubuh Ray dipenuhi dengan bulu – buluan dan cecair dan membesar. Mukanya
pula berubah, mulutnya dipenuhi dengan gigi yang tajam, matanya berubah warna
merah. Kukunya pula menjadi panjang dan di penuhi dengan cecair melekit, macam
acid. Apa Ray sebenarnya? Sejak bila dia…. Ray! Dia lah The Killer Monster,
yang mereka pernah katakan bahaya dan hilang itu. Semua kriterianya raksasa itu
sama sekali dengan Ray. Dia lah raksasa itu. Kenapa dia sorokkan dari aku?
Sementara
Ray sedang berdepan dengan doktor, aku pergi mengejar Sir Rendy yang melarikan
tadi itu.
“Kemana
Sir nak larikan diri?” soalku setiba dihadapannya.
“Bila
kau sampai depan aku ni?” soalnya balik dalam keadaan yang takut. Tangannya aku
gari lalu menariknya masuk kedalam makmal persembunyian mereka. Aku mengikatnya
di tiang dan menampar mukanya supaya dia tidak menyedarkan diri.
Aku
harus membantu Ray menumpaskan Doktor Man Shah.
“Kau
tak kan dapat buat apa – apa pada aku. Aku yang paling berkuasa dekat sini!
AHAHAHA” ketawa doktor berdekah – dekah dengan nada gila.
Ray berlari mendekati
Doktor Man Shah begitu juga aku. Renjatan elektrik aku mula keluarkan dari
tanganku dan sepantas kilat renjatan itu tiba di badan doktor tapi tidak ada
apa – apa yang berlaku. Ray yang melihat terus berlari menerkam doktor tapi Ray
sebaliknya di humban jauh dari Doktor Man Shah. Kuat gila manusia sorang ni.
Aku tidak mengaku kalah,
kali ini aku menggunakan kebolehan yang terpendam yang aku pernah gunakan tiga
puluh tahun lalu. Kali ini berjaya, doktor rebah. Dia sudah naik berang. Dia
terus berlalu menghampiri Kayla yang masih tergantung (cuba melepaskan
dirinya).
“Kalau kau serang aku
lagi dengan kuasa kau itu, adik kau ni akan mati!” ugutnya. Niatku untuk
menyerang terbantut. Ray yang melihat aku berhenti untuk menyerang mula membuas
lalu cuba untuk menerkam Doktor Man Shah lagi.
“Ray jangan!” jeritku.
“Korang degil ya!!” gari
yang terikat dikaki Kayla dipotong. Aku cuba mendapatkan Kayla dari terjatuh
tapi aku terlambat. Kayla jatuh kebumi
yang mana membuatkan kepalanya terhentak dengan kuat dan lehernya terpatah.
“KAYLA!!!!!!!” Kayla
tidak menyedarkan diri. Kayla… Kayla dah… Mati.. “DASAR LELAKI TUA TAK GUNA!
Ray! Selesaikan dia!” Aku terus berlari menuju ke arah Doktor Man Shah lalu
melompat menyerang dia dengan kebolehan terpendam aku, pisau berlian biru
(terhasil dengan sendirinya) dan menikam leher doktor dari bahagian kiri dan
kanan. Namun dia masih boleh begerak sambil ketawa.
Ray yang sakit hati
melihat doktor itu masih boleh begerak terus mengeluar kuku yang lebih tajam
dan dipenuhi dengan racun lalu menikam perut Doktor Man Shah sehingga menembusi
badannya. Tidak cukup itu, Ray menggunakan taringnya untuk menggigit bahagian
depan leher doktor yang mana membuatkan leher doktor itu hampir tercabut.
“Kau dah bunuh ayahanda
dan Kayla, kau patut menerima semua ini,” kataku mendatar lalu air mataku
mengalir.
Ayahanda, Kayla, maafkan
Atif sebab tak dapat selamatkan kamu berdua. Air mataku mengalir lebih deras.
Ray yang kembali kepada bentuk asal membantu aku mengangkat mayat Kayla keluar
dari tempat itu. Aku pula mengeluarkan ayahanda dari bekas tersebut.
Mayat ayahanda yang
sudah mereput itu, aku peluk dengan erat. “Ayahanda, maafkan Atif. Maafkan
Atif, ayahanda. Maafkan Atif! Ayahanda!!!!!” jeritku dalam tangisan.
BONDA memandang
mayat Kayla dan ayahanda begitu lama sebelum muka mereka ditutup. Bonda sudah
kehabisan air mata. Bila kami membawa tubuh Kayla dan ayahanda semalam, bonda
sangat tidak menerima akan apa yang dilihatnya itu. Dia hampir pitam. Semalaman
air matanya tidak berhenti mengalir. Maafkan Atif, bonda.
Mengenai Ray pula.
Selepas kejadian semalam, Ray di kurung di satu bilik khas di D.I Department
untuk ujian lebih lanjut mengenai kebolehannya yang tiada siapa tahu akan
kewujudannya kecuali Uncle Mirza.
Ray mendapat kebolehannya itu dari sisa kuasa yang ada dalam tubuh Uncle
Mirza. Kuasa yang pada mulanya hanya kuasa biasa, bertukar menjadi satu
kuasa yang lain lagi merbahaya bila turun kepada Ray. Kuasa Ray hanya akan
timbul bila dia marah. Patutlah selama ini, dia selalu gembira dan tak pernah
marah, hanya merungut. Uncle Mirza terpaksa merahsiakan kuasa anaknya
itu kerana kuasa itu yang telah menyebabkan isteri mati. Isteri Uncle Mirza
mula sakit selepas beranak kan Ray dan bertahan selama dua belas tahun sebelum
dia mati. Oleh sebab itu, tiada siapa tahu mengenai kuasa Ray.
Selepas pengebumian
ayahanda dan Kayla, aku dan bonda duduk buat beberapa minit di sisi kubur
ayahanda dan Kayla. Aku masih tidak percaya yang sekarang ini hanya tinggal aku
dan bonda sahaja.
Aku belum sempat untuk meminta
maaf pada Kayla jika aku pernah sakiti dia sebelum ini. Adinda yang aku sayangi
dalam diam ini, satu – satunya adinda aku, sudah meninggal pada usia yang masih
muda. Aku masih tidak percaya. Aku masih rasa bersalah dengan Kayla. Kayla,
maafkan kanda.
Ayahanda yang aku
sayangi, yang aku hanya dapat merasai kasih sayangnya yang sebenar pada tiga
puluh tahun yang lalu, sudah pergi meninggalkan aku dan bonda. Kenapa perkara
ini harus berlaku pada mereka? Kenapa?
Sukar untuk aku
mengucapkan selamat tinggal buat mereka.
“Ayahanda, Kayla,
Assalamualaikum.. Selamat tinggal,” kataku perlahan lalu mengelap air mata yang
menitis.
Aku bangun dari dudukku
lalu membantu bonda yang masih tidak berganjak itu untuk bangun. Berat rasanya
untuk dia meninggalkan suami yang disayangi selama beberapa puluh tahun ini.
Perginya ayahanda dari
dunia ini, walaupun perit dan menyakitkan tapi ianya membuatkan aku bertekad
untuk meneruskan tugasnya menjadi seorang detektif yang dapat menyelesaikan
pelbagai jenis kes, tidak kira ianya senang atau pun susah kerana seperti yang
ayahanda katakan dulu, tiada siapa yang mampu menghalang Detektif Luar Biasa.
~TAMAT~
No comments:
Post a Comment