BAB 2
Papan
kekunci pantas ditekan. Setiap nota – nota penting yang harus dimasukkan
kedalam slide show untuk dibentang esok, disemak satu persatu untuk mengelakkan
sebarang kesilapan. Ada masanya dahinya berkerut memikirkan adakah nota yang
dia dapat itu, betul ataupun tidak. Matanya semakin merah. Manakan tidak merah,
jam didinding sudah menunjukkan pukul 12.55 malam.
“Huh!”
keluhan dihembuskan dengan berat. Penat sangatlah tu.
Kawannya
yang sedari tadi tidur, terbangun kerana lampu dibilik mereka masih terpasang.
“Wei,
kau tak tidur lagi ke?” soal Johari sambil melihat jam meja di tepi katilnya
itu.
“Jap
lagi. Tak lama lagi siaplah assignment aku ni. Kau tak payah risau.
Tidur je,” jawab Jeremy dengan pandangannya masih pada skrin komputer riba
miliknya.
“Aku
bukan risaukan kau tapi lampu bilik ni, tutuplah. Susah aku nak tidur dengan
aman. Terang sangat. Apa guna ada lampu meja tapi kau tak pakai,” rungut
Johari.
“Hih,
aku tak berapa nampak sangat guna lampu meja ni. Kejap la.” Johari hanya
memberi pandangan tajam pada belakang Jeremy. “Jo, Prof ada pesan tak, pakai
font besar mana?” soal Jeremy sambil memusingkan tubuhnya kearah katil Johari.
Namun soalannya terbantut apabila melihat Johari menyambung tidurnya dengan
dengkuran yang amat kuat. Mengalahkan bunyi guruh dilangit.
Tch.
Tadi kata susah sangat nak tidur pasal lampu masih terpasang. Dasar, lakonan
semata – mata. Monolog Jeremy didalam hati.
Jeremy
meneruskan kerjanya yang hampir selesai itu.
“Aku
mesti buat yang terbaik untuk mengambil hati prof. Markah terbaik adalah milik
aku!” katanya dengan penuh semangat.
“Oi
diam!” jerit Johari dari katilnya.
“Eh,
hidup masih rupanya,” sahut Jeremy dengan perlahan.
PROF
HAEL memandang wajah Jeremy dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Jeremy yang berdiri dihadapan, tersipu – sipu, tertunduk menunggu ulasan dari
pensyarahnya itu.
Pen
ditangan masih lagi dimain. Tidak lama kemudian, pen dilepaskan lalu kedua –
dua tangannya bertemu untuk menampung kepalanya. Semua pelajar yang
mengambil course yang sama dengan
Jeremy, melihat gerak – geri prof mereka itu. Masing – masing menunggu ulasan yang
hendak diberikan pada Jeremy. Hampir
lima belas minit mereka menunggu, namun sepatah perkataan pun belum
keluar dari mulut lelaki berusia 32 tahun itu. Mereka mula rasa kepenatan.
Jantung
Jeremy mula berdegup dengan kencang. Debarannya semakin terasa tatkala mulut
pensyarahnya terbuka sedikit. Wajah penuh harapan diberikan. Mudahan juga
ulasan yang diberikan oleh Prof Hael baik dan memuaskan aku. Katannya didalam
hati.
Prof
Hael berdiri selepas lima belas minit memanaskan pungggungnya. Buku nota yang
digunakan untuk mencatat segala benda penting diangkat dengan perlahan. Lalu….
TRRRINNGGGG!!!!!
“Oh,
baiklah! Kita jumpa pada kelas yang akan datang! Kamu boleh besurai,” katanya
yang membuatkan Jeremy bengang buat seketika. Cipan punya prof, bukan main aku
tunggu dari tadi, boleh dia suruh bersurai? Ujar Jeremy dalam hatinya.
Ketidak puas hati jelas
terukir diwajah Jeremy. “Tapi prof, prof belum beri sebarang ulasan mengenai
pembentangan saya tadi!” kata Jeremy dengan lantang. Tindakannya itu membuatkan
yang lain terkejut. Namun, mereka mengerti akan perasaan yang dirasakan oleh
Jeremy itu.
Reaksi wajah Prof Hael
berubah. “Kenapa Jeremy? Awak dah tak pandai sabar untuk kelas minggu depan?
Saya rasa boleh kot.”
“Memang saya tak sabar
prof. Mana boleh kalau tunggu minggu depan. Minggu depan sudah bermulanya
peperiksaan bagi semester kali ini dan prof sendiri cakap topik yang saya
bentangkan pada hari ini akan keluar. Jika berlakunya kesilapan dalam
pembentangan ini, kemungkinan besar saya dan yang lain tidak akan lulus dalam exam
yang akan datang. Besar kot topik ni. Luangkan lah sedikit masa yang prof
ada,” jelas Jeremy dengan penuh perasaan. Pelajar yang lain turut meng’ya’kan
kata – kata yang keluar dari mulut Jeremy itu. Mana tidaknya, pensyarah mereka
itu langsung tidak memberikan sebarang nota mengenai topik tersebut.
Prof Hael memandang yang
lain dengan wajah yang tenang. “Saya pergi dulu.” Tiga perkataan itu keluar
dari mulut lelaki itu lalu dia bergerak keluar dari bilik kuliah.
“Prof!” Panggilan itu
tidak dihiraukan olehnya. Jeremy mengeluh dengan kuat. Perasaan marah semakin
membara.
“Kalau aku tak lulus,
aku akan cari kau!” bisiknya seorang diri.
PEPERIKSAAN bagi
semester kali ini sudah tamat. Sudah tentu ramai yang tertanya apakah keputusan
yang akan mereka perolehi. Terutama sekali bagi yang mengambil bidang bussines
and marketing. Pensyarah yang disanjungi pelajar wanita di universiti ini,
menjejak masuk kedalam bilik kuliah.
Kertas ditangan dihempas
perlahan keatas mejanya. Matanya liar memandang setiap seorang yang berada
dibilik tersebut. Semuanya terdiam, berdebar – debar kerana ekspresi wajah yang
diberikan pada masa ini sukar untuk ditafsirkan.
Tiba – tiba…
“Apa semua ni?! Apa
jenis sampah yang kamu tulis dalam kertas soalan ini? Kamu tidak belajar ke?!”
jeritnya yang mana membuatkan orang diluar mampu mendengar apa yang dikatakan
itu. Pelajar wanita yang sedari tadi menjengah dari luar terus lari tergopoh –
gapah. “Baru first question, kamu semua sudah buat silap besar. Apa ni?!
Bukankah saya sudah memberikan nota mengenai topik ini?”
Ben yang berada dihadapan
sudah tertunduk kerana topik itu, dia yang membentangkannya. Atleast,
dia ada kena bagi ulasan tapi aku. Wala! Monolog Jeremy didalam hati.
Pelajar lain hanya mampu
membisu tatkala amarah Prof Hael semakin membara. Kecuali seorang sahaja iaitu
Jeremy. Matanya menatap wajah pensyarahnya itu dengan tajam. Reaksi wajah yang
diberikan pula adalah ‘benci aku tengok kau ni’.
“Soalan ke tujuh! Lagi
hancur! Saya tak faham lah dengan budak zaman sekarang ni. Apa kamu buat
sebenarnya ha selain dari belajar?!” Mata Jeremy membesar bila Prof Hael
berkata sesuatu mengenai soalan ke tujuh
kerana soalan itu ada topik yang dibentangkan olehnya. Panas wei panas.
“Sah – sah dia yang
punya salah, dia nak marah pula. Entah pensyarah jenis apa lah kau ni. Harap
muka saja ada rupa tapi otak, aku pun tak tahu nak cakap macam mana,” kata
Jeremy tidak puas hati dengan perlahan.
Namun suara yang
disangka perlahan, sebenarnya tidak. Semua mata terus memandang kearahnya
dengan reaksi wajah ‘tidak percaya – kau biar betul wei – berani gila mamat
Filipino ni’
“Apa? Saya tak dengar.
Boleh awak ulang lagi sekali apa yang awak katakan tadi, Encik Guttiraz?” Air
muka Jeremy terus berubah pabila melihat Prof Hael sudah berdiri dihadapannya.
Matilah aku. Jerit
lelaki berusia 22 tahun itu didalam hati. Itulah kau Jeremy, tunjuk berani
lagi. Bukan main becok lagi mulut tu.
“Aaaa… Ummmm” Jeremy
gagap buat seketika.
“You! My office now!
Yang lain, saya berikan awak semua peluang kedua untuk membuat kertas ini lagi
minggu depan. Kalau ada yang gagal lagi, kamu tahu nasib kamu! Bersurai!”
Mampus.
PROF HAEL dan
Jeremy duduk menghadap antara satu sama lain. Jeremy menundukkan kepala. Sikap
berani yang ada telah hilang. Prof Hael memandang Jeremy dengan wajah yang
serius.
“Pelajar jenis apa kamu
ni? Saya tak pernah langsung jumpa pelajar sekurang ajar seperti kamu ini,”
onar Prof Hael.
“Memanglah tak pernah
jumpa kalau kau pun baru saja bekerja sebagai pensyarah,” balas Jeremy dengan
perlahan sambil tertunduk. Dahi Prof Hael mula berkerut. Perasaan geram mula
terasa.
“Apa awak cakap?”
“Mana ada saya cakap apa
– apa,” jawabnya dengan tenang. Sebenarnya tidak. “Tapi prof, mengenai soalan
tujuh tu. Prof tak boleh nak salahkan kita orang kalau kami salah. Saya rasa
itu silap prof sebab prof tidak memberi sebarang ulasan mengenai pembentangan
saya sebelum ini. Patutkah kami dipersalahkan?”
“Ya, memang patut!
Terutama sekali awak. Sebabkan awak, yang lain membuat kesilapan.”
“Kenapa pula?!” jerit
Jeremy tidak puas hati.
“Sebab, dalam kertas assignment
yang saya berikan sebelum ini. Ada tertera segala benda - benda yang harus awak masukkan kedalam slide
show tersebut, point apa yang awak patut cari tapi apa yang awak masukkan, sebahagian
daripadanya salah. Seratus peratus salah. Ini mesti kes kerja last minute
kan? Apa awak nak cakap sekarang?” Jeremy terdiam. Apa yang dikatakan oleh
pensyarahnya itu adalah benar belaka.
Jeremy berdiri dari
tempat duduknya. “Saya rasa prof tak ada nak cakap apa – apa lagi kan. Saya
minta diri dulu. Panas dalam bilik ni,” ujarnya sambil membuat gaya kepanasan
lalu menuju kepintu keluar dari bilik itu.
“Saya belum habis cakap
lagi! Jeremy! Sit!” Namun kata – kata Prof Hael tidak dihiraukan oleh
Jeremy langsung. Oleh yang demikian, Prof Hael bangun dari tempat duduknya lalu
berjalan menuju ke arah Jeremy. Baju Jeremy ditarik supaya pemuda itu menghentikan
niatnya untuk keluar dari bilik tersebut.
Namun apa yang berlaku
adalah sebaliknya apabila kaki Prof Hael tersandung dan tertarik baju Jeremy
pada masa yang sama. Ini membuatkan Jeremy berpusing lalu tergugur menimpa
badan Prof Hael. Kedua – dua mereka terkesima. Jam didinding sepertinya
terhenti. Mata bertentang mata. Muka si pensyarah dan pemuda itu hampir sekali.
Tubuh mereka kaku.
DDUP! DDUP! DDUP! DDUP!
‘Kenapa jantung aku
berdebar?’ soal Jeremy didalam hati.
‘Oh my! I didn’t
expect this to happen. Sh**!’ jerit
Prof Hael didalam hati.
Selepas beberapa minit
terkaku, Prof Hael menolak tubuh Jeremy ketepi. “Awak boleh keluar sekarang,”
ujar Prof Hael dengan tenang sambil menepuk – nepuk bajunya. Jeremy menggelabah
lalu memulas tombol pintu dan berjalan keluar.
No comments:
Post a Comment