BAB 4
Dulang
– dulang yang bertimpa dihadapannya, dipandang dengan pandangan kosong. Jeremy
melihat jam yang bergantung didinding belakangnya. Baru pukul sebelas pagi. Dia
hanya menghelakan nafas penat.
Memandangkan
cuti semester ini agak panjang, dia memohon kerja di Café Sweet Indigo
sebagai sumber pendapatannya dalam masa yang sama mencari ilham untuk memulakan
bisnesnya sendiri dimasa yang akan datang. Malas hendak meminta – minta wang
dari keluarganya. Dia lebih suka berdikari, merasa susah senangnya mencari duit
itu.
Sejak
cuti ini jugalah, kejadian yang berlaku diantara dia dan Prof Hael sering
bermain difikiran. Kenapalah aku tidak tepis tangannya masa hari itu dari
menarik bajuku. Tapi macam nampak biadab juga kalau aku buat begitu.
“Awak
boleh pergi sekarang.” Ayat yang pernah keluar dari mulut pensyarahnya itu,
berulang sekali lagi. Dadanya diraba bila terasa jantungnya mula berdegup
dengan kencang. Dah gila ke apa aku ni?
“Jeremy,
tolong hantarkan pesanan ini ke meja sepuluh. Terima kasih,” arah Hani dari
belakang pantri.
“Baik,
Cik Hani.” Jeremy menurut perintah bosnya itu lalu mencapai dulang berisi Lava
Cake dan Vanilla Shake.
Setiba
sahaja di meja sepuluh, pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut, diletak
satu persatu ke atas meja. Kerjanya tidak berakhir disitu, bila meja sebelah
perlu dibersihkan. Dua biji mug tanpa isi, diambil lalu meletakkannya ke
atas dulang tadi. Kemudian di bawa ke pantri untuk dibersihkan oleh pekerja
didalam dapur.
Selesai
tugas yang dilakukan itu, Jeremy berdiri semula ditepi cake fridge
menyambung lamunannya.
“Babe,
aku pergi lunch dulu. Bakal suami sudah menanti didalam kereta. Bye!”
jerit Hani Batrysia pada sahabatnya, Kelly.
“Bakal
suami lah sangat. Olok – olok je pun. Hati – hati babe. Jangan lambat
masuk kerja pula. Sedar diri sikit,” omel Kelly dari belakang kaunter
pembayaran.
“Ceh,
jeles lah tu!,” ejek si Hani pada Kelly.
“Tak
kuasalah aku nak jeles dengan kau. Dah pi sana!” Pintu dikuak, lalu kaki
melangkah keluar meninggalkan café tersebut.
Dengar
sahaja perkataan lunch, Jeremy terus melihat jam G-Shock yang tersarung
di pergelangan tangannya itu terus. Dah tengah hari rupanya. Nantilah aku
makan, tunggu giliran.
Bila
tiba tengah hari, sudah tentu orang ramai akan bersesak – sesak masuk ke dalam
kedai itu. Memang sibuklah ceritanya. Oleh sebab itu, Jeremy hanya perlu
menunggu giliran untuk makan tengah hari, dalam masa itu, melayan pelanggan
yang datang menjadi keutamaannya.
Dalam
kesibukkan itu, pintu kedai ditolak dari luar. Lelaki berbaju T lengan pendek
dengan menyarung joggers jenama JAXON dan mengenakan snapback cap dikepala,
memasuki café tersebut. Kaca mata hitam di anggota penglihatan dicabut, lalu
menyarung kaca mata biasa.
Lelaki
tersebut berjalan menuju ke kaunter pembayaran untuk membuat pesanan.
“Abang
Hael! Kenapa datang tak bagi tahu Kelly? Abang datang seorang saja ke?” sapa
Kelly bila menyedari akan kehadiran abang angkatnya itu.
“Taklah.
Abang temankan Jumi ni. Dia nak makan Mee Laksa Sarawak korang katanya. Abang
pun ikut je lah, sebab perut ni pun minta di isi,” jelas Hael Lim pada Kelly
yang sibuk mengira wang kertas yang banyak itu.
“Eh,
panda seekor ni! Bukan ke baru tadi pagi dia melantak Mee Laksa Serawak tu? Dia
nak lagi? Besar betul space minah seorang ni,” omel lelaki itu.
“Sudah
– sudah lah kau nak mengata aku, ikan keli oi. Sebelum aku kentut dalam kedai
ni, baik kau diam. Ni, aku nak Mee Laksa Sarawak dengan Air Limau Kasturi sejuk.
Abang nak apa? Jumi belanja.”
“Kalau
dah Jumi kata macam itu. Abang nak Nasi Goreng Chicken Chop dengan Ais Kosong
saja.” Kelly yang mendengar pesanan itu, ligat menuliskannya keatas kertas lalu
di berikan ke pekerja di dapur dan pembuat air.
*Ais
kosong bermaksud air sejuk.
Beberapa
minit kemudian…
“Jeremy,
meja tiga. Lysha, meja lima belas. Tolong hantarkan. Terima kasih,” arah tukang
masak dari belakang pantri.
“Yes
Chef!”
Pesanan pelanggan yang
sudah siap dibawa ke meja tiga oleh Jeremy. Jarak pantri dan meja tiga tidaklah
jauh mana, sekelip mata saja boleh sampai.
Setiba saja dimeja tiga,
“Mee Laksa Sarawak?” soal Jeremy pada pelanggan disitu dengan penuh hormatnya.
“Sini. Hehehe,” kata
Jumi dengan riang. “Terima kasih,” sambungnya lagi sebelum membaca doa lalu
menyuapkan sedikit mee kedalam mulutnya tanpa menghiraukan keadaan
disekeliling. Memang kuat makan betul si Jumi ni.
“Nasi Goreng Chicken
Chop,” kata Jeremy lalu meletakkan pinggan berisi nasi goreng itu ke depan
Hael Lim.
“Thank you,” kata
Hael lalu menebalikkan muncung snapback cap nya kebelakang dan
membetulkan kaca matanya itu. “Thanks once again, Jeremy,” ulangnya
lagi. Kali ini matanya memandang ke arah Jeremy sambil tersenyum manis.
Mata Jeremy membesar
kerana terkejut. “Prof!” katanya sepatah sebelum berlalu pergi dari meja
tersebut dan menyorok di satu penjuru Café Sweet Indigo. “Macam mana dia
boleh ada dekat sini?” soal Jeremy pada dirinya lalu meletakkan tapak tangannya
ke dada tatkala jantung berdegup dengan kencang.
“Bodohnya perasaan ini!”
gumamnya seorang diri. Kepalanya diketuk – ketuk.
Hael yang baru habis
menyuci tangannya itu, ternampak Jeremy sedang bercakap seorang diri. “Awak
buat apa dekat sini, Jeremy?” Jeremy berdecit bila terdengar suara yang amat
dikenali menyoal dirinya. Kepala didongakkan sedikit. Badannya membeku. Matanya
masih lagi memandang orang yang berada dihadapannya itu.
Tangan Hael secara
automatik membetulkan topi pekerja yang
dipakai oleh Jeremy kerana agak senget dipandangannya. “Kalau kerja tu, pakaian
mesti kemas. Baru senang mata pelanggan melihat. Ok, kerja baik – baik,”
katanya sebelum berlalu pergi.
Makin laju jantung
Jeremy berdegup. Mahunya, terkena serangan jantung juga budak seorang ni
dibuatnya. Kenapa ada perasaan yang aku tidak pernah rasakan pada mana – mana
wanita sebelum ini? Kenapa setiap kali aku bertembung dengan manusia ini,
selepas kejadian itu, aku mula tak tentu rasa? Argh! Jangan gila, Jeremy.
Jangan gila, Jeremy. Kepalanya diketuk lagi.
Nafas ditarik lalu
dihembus berulang kali untuk menenangkan dirinya. Rentak jantungnya kembali normal.
Fikirannya dikosongkan. Jeremy terus pergi ke tandas untuk menyuci mukanya
supaya terasa segar sedikit . Kemudian, kakinya melangkah ke dapur untuk
menikmati jamuan tengah hari yang dibekalkan oleh nanay (ibu) nya.
JEREMY bersila diatas katilnya sambil bermain dengan
kucing berbulu tebal peliharaannya itu, Gabu. Bila kucingnya lari ketempat
lain, telefon Samsung S7 edge yang terletak di atas meja sisi katil, dicapai
lalu di buka.
“Banyaknya,” katanya
sepatah apabila melihat mesej yang ditinggalkan oleh sahabat – sahabatnya,
beratus. Grup ‘Cuti Sem Best’ di tekan lalu dibaca setiap isi perbualan mereka.
“Oh, nak bawa ke Melaka rupanya.”
Jeremy pun membalas text
tersebut dengan ringkas. ‘Sorry guys, aku tak dapat join. Busy
kerja.’ Telefonnya diletakkan semula ke atas meja sisi katil lalu dia bersandar
di kepala katil. Mata dipejam sekejap kerana terlalu penat bekerja seharian.
“Thanks once again,
Jeremy!”
Hukkk! Matanya terbuka
semula apabila suara dan senyuman pensyarahnya tiba – tiba timbul entah dari
mana. Aku dah kenapa? Monolognya didalam hati selepas itu pipinya ditampar
lembut.
Namun, apa yang
dilakukan itu langsung tidak membantu dirinya bagi melupakan apa yang terjadi
tengah hari tadi. Tidak lama kemudian, kepalanya disentuh bila teringat topi
pekerjanya dbetulkan oleh Prof Hael.
Jeremy mula mengelamun
dengan muka tanpa ekspresi.
“Nak, makan!”
jerit nanay dari luar biliknya.
“Opo! (Ya!)”
balas Jeremy tersedar dari lamunannya.
Pada masa yang sama…
“and send!”
Butang enter ditekan dan segala karyanya sudah pun dihantar ke publishernya.
Dia menutup komputer apple miliknya itu lalu memusingkan kerusi kerjanya
ke arah pemandangan yang penuh dengan kotak – kotak hadiah dari peminatnya di
universiti. Bukan kotak saja, sampul surah pun ada.
“Nak buka ke tidak?
Kalau buka malam ni, memang sampai esok pagi tak habis,” guraunya seorang diri.
“Nanti jelah. Now, nak buat apa?”
Dia memikir lagi, kali
ini kedua – dua tapak tangannya bertemu dan diletak berhampiran dengan
mulutnya. Jari kelingkingnya bergerak – gerak menunjukkan dia berfikir. Sejam
juga lah dia tidak berganjak duk memikirkan apa nak buat.
Selepas sejam berfikir,
matanya mengerling kearah jam yang tergantung didalam biliknya. Pukul sembilan
setengah. Keluar jalanlah. Bawa dia orang terus.
iPhone 7 dicapai lalu…
Adik – adik abang semua~~
|
|
Encik Vogue da vas
Ya bang~~ Ada apa text malam – malam ni?
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Hael oppa~~ Wae?
|
|
Panda Kaki Gosip
Apa dia kekasih gelapku?😘
|
|
Jumi… Jumi… Sudah – sudahlah berangan tu.. Memang tak akan berlaku
punya. Ni abang nak tanya ni. Korang free tak malam ni?
|
|
Panda Kaki Gosip
Alo abang ni😢, orang baru je nak berangan dapat boyfriend handsome macam
abang… Potong steam betul lah..
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Free jugalah. Kenapa bang?
|
|
Encik Vogue da vas
Free ler~~ Kenapa tanya?
|
|
Abang nak ajak lepak kat kedai mamak dekat condo abang ni. Sapa nak
join?
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Ok, jap. Hani siap – siap. Babe! Ambik aku! Aku malas nak bawak keta.
|
|
Encik Vogue da vas
Babe mana satu ni? Aku ke Jumi?
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Kau lah. Siapa lagi yang selalu ambik aku kalau aku malas bawak keta?
Kau kan… banyak tanya lagi. Jangan lambat..
|
|
Panda Kaki Gosip
Abang.. Jumi tak join kut.. Nak layan drama yang banyak tetinggal ni
plus nak relax - relax
|
|
Ok Jumi.. Siapa yang dapat saja.. Abang tak paksa..
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Kau tak pergi, Jumi? Menyesallah kau.. Aku baru nak gossip – gossip
pasal date aku dengan Tengku Rykarl tadi..
|
|
Panda Kaki Gosip
Kelly! Ambik aku terus! Aku dah dekat bawah apartment aku ni. Cepat!
Kita dah lambat…
|
|
Encik Vogue da vas
Pulak dah… Kau ni.. aku dah jauh dah ni… Menyusahkan betul..
|
|
Panda Kaki Gosip
Cepat! Cepat! Aku takut ni berdiri lama – lama dekat bawah ni..
|
Jumi… Jumi. Pantang nak
dengar pasal gosip, terus cancel tengok drama kau. Kalau dah kaki gosip
tu, memang tak dapat nak buat apa.
****
Encik Vogue da Vas - Kelly
Budak Korea Sesat Jalan - Hani
Panda Kaki Gosip - Jumi
No comments:
Post a Comment