BAB 5
Pintu
kereta dibuka dengan kasar. Bunyi nafasnya agak kuat akibat penat teramat
sangat.
“Sorry,
dah lama tunggu?” soal Hani Batrysia mengah, masuk saja ke dalam kereta Tengku
Rykarl Hes. “Susah nak cari kereta awak tadi, rendah sangat. Sikit lagi saya
fikir awak tinggalkan saya tadi.”
“Tak
lah lama mana. Sejam setengah macam tu lah. Fikir saya, awak tak jadi tadi.
Niat di hati memang nak tinggalkan tapi bila nampak awak masuk, terbantut pula
niat saya.”
Hani
mengecilkan matanya bila melihat Rykarl. “Lawaknya awak ni. Tunggu kejap ek.”
Tingkap kereta diturunkan lalu matanya ligat mencari sesuatu.
Rykarl
yang berada dikerusi pemandu hairan melihat gerak – geri Hani. “Awak buat apa
tu?,” soalnya tertanya – tanya.
“Tengah
cari punchline awak.” Jawapan yang diberikan oleh Hani membuatkan Rykarl
ketawa tanpa dia sedari. Pandai juga kau berlawak ya, Hani.
Tanpa
membuang masa, enjin kereta dihidupkan lalu tayar kereta mula meluncuri jalan
raya tersebut. Keadaan agak sunyi didalam kereta. Si Haninya membisu begitu
juga dengan Rykarl. Masing – masing membuat hal sendiri, Hani bermain dengan
telefon pintarnya, Rykarl pula memandu dengan penuh perhatian. Janggal. Satu
perkataan yang dapat menjelaskan situasi pada masa ini.
Lama
lagi ke nak sampai? Jauh lagi ke restoran ni? Soal hati Hani. Hani… Hani… baru
saja sepuluh minit kereta itu bergerak dari café kau. Dah nak merungut.
Sekejap
– sekejap, Hani mengerling ke arah Rykarl dengan menggunakan ekor matanya.
Kenapalah Encik Korea ni kacak sangat? Dah lah kacak, comel pula tu. Hadui
mata, janganlah kau pandang dia lama – lama, maksiat oi. Tapi yang peliknya
ini, taka da ke perempuan dekat luar sana tepakaikan Encik Korea aku ni? Atau
ada tapi lelaki ni saja yang jual mahal. Aku pula rasa beruntung sebab dapat
jadi teman wanita dia. Tak kisahlah walaupun hanya berlakon.
Kali
ini matanya melihat keadaan didalam kereta itu. Tangannya meraba – raba badan
didalam kereta yang dinaiki itu. Mesti mahal kereta ni. Bila tangannya tiba
dipunat ‘start’ radio, jari telunjuknya menekan punat tersebut dengan laju.
Lagu
Ramlah Ram, Kau Kunci Cintaku sedang berkumandang. Mata Hani terus membesar.
Lagi nostalgia aku! Jeritnya didalam hati. Lantas mulutnya terkumat – kamit
turut menyanyi bersama. Bila bahagian korus dinyanyikan, suaranya terus
membesar yang membuatkan Rykarl terkejut lalu menoleh sedikit kearah Hani.
“Sukarnya..
Untukku..;
Berpisah denganmu,;
Kau kunci.. Cintaku..;
Didalam hatimu..
Meronta… ,” nyanyi Hani dengan lantang,
penuh perasaan dan gaya. Reaksi wajahnya pun seperti orang terseksa.
Hani
yang perasan ada sepasang mata sedang melihatnya sambil menggelengkan kepala
sedari tadi, terus berhenti menyanyi.
“Kenapa?”
soal Hani bengang.
“Suara
awak sedap sangat,” jawab Rykarl sambil tersenyum manis lalu menggelengkan
kepalanya lagi. Macam – macam…
“Perli
lah tu. Lama lagi ke nak sampai?” Kali ini perut diraba, menunjukkan tanda
lapar.
“Kejap
lagi sampailah. Tu depan tu je.”
MUKASURAT
berganti mukasurat. Mata liar melihat menu yang ada disitu. Tak lama kemudian,
mata digosok lalu memandang Rykarl yang agak tenang. Dia berpaling semula ke
arah menu yang dipegangnya itu. Mahal gila! Dah lah mahal, sepatah perkataan pun
aku tak faham apa yang di tulisnya dekat menu ini.
Sungguh
café aku dikirakan café yang paling termewah di Malaysia tapi menu tak lah
susah mana nak disebut mahupun difahami. Apa aku nak makan ni? Rungut Hani
kelaparan. Tiba – tiba matanya tertarik pada satu hidangan. Hidangan yang
paling dia faham dan sudah tentu enak rasanya.
“I
want Lamb Chop with mushroom sauce and Apple Juice, please. Thank you,”
pinta Hani dengan accent London. Kononnya. Mengada – ngada betul.
“You,
sir?” soal pelayan perempuan itu pada Rykarl dengan sopan.
“Ini,”
kata Rykarl sepatah lalu menunjukkan hidangan yang diingini. La… Dua kali lima
juga tak tahu sebut. Dia tahu ke apa yang dipesannya itu? “Minum… Sama macam
Cik Cinta Hati saya ni.” Hani terpanar dengan ayat yang keluar dari mulut
Rykarl itu. Pipinya mula memerah. AAAAA! Gilanya hati ini!
“So,
saya ada soalan untuk awak,” kata Rykarl tiba – tiba memecah lamunan Hani.
“Ah,
apa dia?” soal Hani sambil membetulkan duduknya yang membongkok tadi.
“Apa
saya patut panggil awak sekarang ni?”
“OOO…
Awak boleh panggil saya Hani. Bukan H-O-N-E-Y tapi H-A-N-I. Hani. Tapi kalau
awak nak panggil saya ‘honey’ tu pun tak apa sebab saya sudi jadi honey awak.
Cia cia cia cia.” La… Main pickup pickup line pula minah ni.
“Mmmm
okay. Now, awak nak panggil saya apa?” soalnya lagi. Pickup line Hani tidak
dihiraukan.
“Rykarl?
Awak? Baby? Sayang? Abang tak sebab awak muda dari saya. Mungkin Bibi? Or
Darling?” Hani memberikan senarai gelaran untuknya memanggil Rykarl.
Rykarl ketawa kecil bila mendengarnya.
“Banyaknya.
Manasatu?”
“Bibi?”
jawab Hani teragak – agak.
“So,
saya tak akan panggil awak Hani.”
“Kenapa
pula?” soal Hani bengang.
“Sebab
saya akan panggil awak Bubu,” jawab Rykarl lalu mendekatkan tubuhnya pada Hani
sedikit. Hani tersipu – sipu malu lagi. Nakal betul lah Encik Korea ni!
RRING!!!!
RRING!!!!!
Dalam
sibuk menjamu selera, tiba – tiba telefon pintar Rykarl berbunyi memecah
kesunyian. Nama yang tertara di skrin telefon tersbut dilihat. Mummy? Punat ‘menjawab’
ditarik kekanan.
“Ya
mummy. Assalamualaikum. Ada apa?” soal Rykarl dengan penuh hormat pada mummynya
itu.
Hani
yang khusyuk memotong daging dihadapan Rykarl, memandang lelaki tersebut dengan
pandangan yang kosong. Kenapa? Sebab dia tidak mahu masuk campur dan lagipun
lebih baik dia mengisi perutnya yang lapar itu.
“Ya…
Ya mummy… Tapi mummy.. Alaaa… Okay okay minggu depan ek? Okay bye.
Assalamualaikum.” Rykarl mengakhiri panggilan itu dengan salam. Mukanya pula
sudah masam mencuka.
Wajah
Hani yang tidak memandang dia itu, dipandang lalu tersenyum sinis.
“Awak?”
panggilnya.
“Hmmm
apa?” soal Hani dengan mulutnya yang penuh
“Saya
rasa awak perlu sediakan skrip untuk minggu depan,” kata Rykarl sambil menyeduk
sedikit hidangan didepannya itu lalu dimasukkan kedalam mulutnya.
“Untuk
apa?” soal Hani hairan.
“Sebab
saya akan bawa awak jumpa mummy saya minggu depan. So, get ready untuk
memulakan lakonan awak,” arah lelaki itu.
“What?
Jumpa mummy awak? For what?” soal Hani terkejut
“Untuk menghancurkan
rancangan dia yang nak menyatukan saya dengan anak kawan karibnya.”
“Oh….
Okay then,” balasnya selamba. Rykarl menggelengkan kepalanya sambil
tersenyum. Macam - macam perempuan
seorang ni.
KELLY,
Jumi dan Hael memandang wajah Hani dengan penuh khusyuk. Mulut masing – masing
ternganga sedikit. Tidak lama kemudian, mata si Kelly menjeling ke arah Hael
dan Jumi. Si Haelnya menjeling ke arah Jumi dan Kelly. Si Juminya pula
menjeling ke arah Hani.
“Itu
je jawapan kau?” soal Jumi.
“Yalah,
kau nak aku jawab apa?”
“Jadinya
minggu depan hari khamis, kau pergi rumah si Rykarl tu lah?” soal Kelly pula. Hael
yang melihat gelagat adik – adik angkat nya itu hanya membisu dan menghirup
sedikit Milo Ice yang dipesannya tadi.
“Iyer,
Encik Diva ni ya,” jawab Hani dengan nada meleret.
Kelly,
Jumi dan Hael menggelengkan kepala dia orang serentak. Sungguh hebat sahabat
aku seorang ini. Sepantas itu dia sudah akan berjumpa dengan bakal ibu mertua
olok – oloknya itu. Monolog Kelly dalam hati.
“Jadi,
bila Hani nak buat skrip tu?” soal Hael dengan lembut.
“Malam
ni ler. Itu yang nak minta tolong ni. Nasib baik Hael Oppa bawa minum malam ni.
Hani buntu tak tahu nak masukkan apa dalam skrip ni nanti. So, tolong
ek?” pinta Hani sambil memberikan wajah kesian. Namun wajah kesian itu hanya
untuk sementara, bila Kelly mula menolak kepala kawannya yang ting tong itu.
“Menyusahkan
orang je. Cepat! Keluarkan telefon kau,” arah Kelly.
“Ha’ah,
cepat! Aku dah ada idea ni,” sambung Jumi pula.
“Abang
ke toilet jap. Nak cuci tangan,” kata Hael lalu bangkit dari tempat
duduknya dan berlalu pergi.
Setiba
di sinki di dalam tandas, kepala paip dipulas. Sabun tangan yang ada ditepi
sinki dipicit lalu tangan sebelahnya pula menadah sabun yang keluar. Tangan dicuci
dengan bersih. Usai membersihkan tangannya, Hael keluar dari tandas. Lalu…
“Aduh.
Sorry encik. Minta maaf, saya tak pera..,” ayatnya terhenti bila melihat
lelaki dihadapannya itu. “Prof!”. Kenapa aku asyik bertembung dengan dia
kebelakangan ini ah? Bengang Jeremy.
“Jeremy?”
Tangan yang menyapu baju yang tertumpah sup daging itu, berhenti dengan
perlahan. Aku jumpa dia lagi. Monolog Hael pula dalam hati.
“Minta
maaf, saya pergi dulu,” kata Jeremy sebelum berlalu pergi kerana tak tentu
rasa.
“Tunggu
kejap!” panggilan Hael pada Jeremy tidak dihiraukan olehnya. Kenapa dia lari?
Soal Hael pada dirinya sendiri. Weird~~
No comments:
Post a Comment